Friday, 26 July 2013

Sweet Revenge - Part 2


             Alyssa menolak troli yang sarat dengan luggage kepunyaan abang dan kakak iparnya. Fikri di sebelah turut membantu menolak troli kerana di lihatnya maksunya tak larat menolaknya sorang. Kalau sekali pandang tak macam anak saudara dengan mak saudara. Macam pasangan kekasih, mana taknya si Fikri tinggi menonjang ikut abangnya yang macam galah. Raut wajahnya pun kelihatan seperti abangnya di zaman remaja dahulu hensem. Alyssa tersenyum sendiri. Yelah mana kuah nak tumpah kalau tak ke nasi. Alyssa gelihati sendiri bila mengimbas kembali akan kisah percintaan abangnya Aliff. Memang tidak di nafikan abangnya terkenal dengan ketampanannya sehinggakan Alyssa sendiri tidak terlayan akan teman-teman wanita yang sibuk mencari abangnya. Kadang-kadang Alyssa rasa dia ramai kawan pun kerana pengaruh abangnya. Kawan-kawannya semua hendak berkenalan dengan abangnya. Maklumlah budak tengah naik gediknya lebih. Tapi satu pun abangnya tak layan. Tapi entah macamana dia boleh terpaut hati dengan kak Hanum. Kalau hendak di ikutkan teman wanita abang Aliff yang tergila-gilakannya lebih cantik, malah tidak keterlaluan ada di antara mereka memiliki wajah jelita seperti artis terkenal. Sudah jodoh abangnya dengan kak Hanum. Sungguhpun kak Hanum tak sejelita gadis-gadis yang meminati abangnya tapi wajahnya manis dan tak jemu di pandang. Malah abangnya sendiri pernah mengakui wajah manis dan peribadi kak Hanum yang membuatkannya jatuh hati.

 

            “Apa Lysa, senyum sorang-sorang,” tegur abangnya Aliff setelah dilihatnya Alyssa tidak mengambil perhatian apa yang di pesannya sebentar tadi. Dia meminta Alyssa untuk menjaga anaknya yang lagi dua sepeninggalannya nanti.

 

            “Apa dia bang, sorry tengah berangan,” jawab Lysa seraya tersengih. Aliff hanya mengelengkan kepalanya melihat gelagat adik perempuan tunggalnya yang masih belum berumahtangga.

 

            “Ni masa abang tak ada Lysa tinggal di rumah abang, tolong tengok-tengok kan Faries dan Farisha, kalau takut tinggal sorang ajak kawan Lysa temankan, tapi kawan perempuan jangan lelaki pulak,” pesan Aliff. Kak Hanum hanya tersenyum dan menganggukan kepalanya mengiyakan pesanan suaminya.

 

            “Don’t worry, akan Lysa jalankan tugas menjaga rumah dan harta abang dengan baik,” jawab Lysa. Abang Aliffnya pernah menyuruh Alyssa tinggal bersama mereka. Dia yang tidak mahu kerana jauh dari tempat kerjanya. Susah untuk dia berulang alik. Lagipun rumah sewanya berdekatan dengan pejabat. Tapi bila dia dikehendaki menjaga 2 lagi anak sedaranya. Alyssa terpaksa tinggal bersama. Ikutkan dia tak perlu pun menjaga Faries dan Farisha kerana kedua-duanya tinggal di dorm dan hanya balik ke rumah hujung minggu. Tapi abangnya mahu juga Alyssa tinggal di rumahnya. Lysa tidak membantah. Bolehlah dia berlagak seperti tuan rumah memandangkan abangnya memberi hak memilihara rumah tersebut sepenuhnya kepadanya.

 

            Fikri memeluk emak saudaranya erat setelah pengumuman terakhir dari pihak penerbangan diumumkan.

 

            “Study hard Fikri, make your parents proud,” nasihat Lysa lalu menepuk bahu Fikri.

 

            “Sure,” jawab Fikri sambil tersenyum. Lysa tak menyangka anak saudara sulungnya itu sudah bujang. Dia benci bila menyedari bahawa dirinya sudah tua. Maksudnya dia akan menjangkau usia yang ke 27 tahun, tahun ini dan masih lagi sendiri.

  

            Lysa mencium tangan abangnya begitu juga kakak iparnya. Mereka berbalas pelukan. Selama satu semester Aliff dan isterinya akan ke New Zealand menemani Fikri. Sementara Lysa di tugaskan menjaga rumah dan kereta milik Aliff.
 
 
              Lysa memandu kereta abangnya dengan cermat sekaligus kereta audi milik abangnya turut menjadi tanggungjawabnya menjaga dengan baik. Lysa tersenyum lebar kerana tidak perlu bangun awal dan berebut-rebut menaiki bas atau komuter untuk ke pejabat. Jalanraya licin dan hujan masih kelihatan renyai-renyai. Perjalanan ke Shah Alam agak lembab kerana kesesakkan lalu lintas. Kereta di pandu oleh Lysa bergerak perlahan.
 
            “Eh kenapa jam pulak,”bisik Lysa dia mengerling ke arah jam di dashboard.
 
Lysa menoleh ke dua-dua arah jalanraya. Kedua-dua arah jalanraya pergerakannya agak perlahan. Kenapa? Hujan renyai-renyai sahaja bukan lebat pun. Ada pokok tumbang ke?
 
            “Ah ada road block agaknya,” Alyssa mengeluh.
 
Di Kuala Lumpur selalu ada road block. Kalau tak jam tak kerana road block, kegiatan membaiki jalan raya pula dan begitu lah seterusnya ada sahaja yang membuatkan jalan raya sesak dan jam.
 
            Selang beberapa kereta ada kelihatan lampu berwarna biru dan merah di ikuti dengan bunyi siren yang agak kuat.
 
            “Ada accident rupanya patutlah jam,”aku menjengah tempat kemalangan.

            Alyssa ingin melihat berapa kenderaan yang terlibat dalam kemalangan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta limousine dengan treler. Alyssa menjeling ke arah kereta limousine yang terlibat. Beberapa orang ahli bomba cuba membuka pintu kereta limousine yang remuk teruk di bahagian pemandu dan juga di belakang kerana di rempuh oleh lori. Manakala kereta limousine itu kelihatan seperti sandwich tersepit di antara lori dan treler. Tidak rasa pemandu serta penumpang kereta tersebut boleh terselamat dengan keadaan keretanya yang remuk teruk. Kereta yang dipandu Alyssa kini berhenti betul-betul di sebelah tempat kejadian. Kelihatan beberapa pegawai polis traffic sedang sibuk mengawal keadaan lalu lintas yang sesak.
 
            Setelah bersusah payah cuba memotong dan mengopak pintu kereta di bahagian penumpang akhirnya pintu kereta tersebut dapat di buka. Dan beberapa orang bomba menarik badan mangsa kemalangan tersebut. Alyssa dapat melihat dengan jelas bahawa penumpangnya adalah lelaki dan hanya dia seorang sahaja penumpang yang berada di dalam kereta tersebut. Badannya berlumuran dengan darah apa yang dapat dia lihat kepalanya di basahi dengan darah pekat yang mengalir tidak henti-henti dari dahinya. Tiba-tiba hati Alyssa berdebar-debar bila mendapati mangsa kemalangan tersebut adalah orang yang amat dikenali.
 
            “Arash,” tiba-tiba nama itu terpacul keluar dari mulut nya berderau darahnya tatkala terpandang akan wajah mangsa kemalangan tersebut yang kelihatan tidak bermaya.
 
            Tanpa berfikir panjang aku menolak stering ke kiri ke arah baru jalan serta mematikan enjin kereta.
To be continued...

No comments:

Post a Comment