Lysa melirik kearah jam di dinding.
Jarum jam menunjukkan hampir jam sepuluh malam. Arash masih di bilik
pembedahan. Beberapa orang jururawat yang turut membantu di bilik pembedahan
berulang alik membawa pelbagai peralatan pembedahan ke bilik operation teater
di mana Arash berada. Alyssa tidak tahu berapa lama dia harus menunggu.
Beberapa kali dia mendial nombor handphone Shima namun tidak dapat di hubungi
kerana Shima mematikan handphonenya. Telefon di rumahnya langsung tidak di
jawab. Alyssa mengeluh sendiri tak kan lah dia harus bermalam di hospital.
Entah kenapa Alyssa tiba-tiba merasa bertanggungjawab ke atas diri Arash. Dia
bukannya ahli keluarganya hanya sekadar pekerjanya. Sepatutnya dia sibuk
menelefon ahli keluarga Arash terutama sekali Tan Sri Farihin. Tapi bagaimana
dia hendak menghubungi Tan Sri Farihin sedangkan nombor telefonnya di Brisbane tak pernah Alyssa
tahu melainkan Shima. Arash pula diibaratkan sebatang kara di Malaysia kerana ke semua ahli keluarganya
berpindah di Brisbane
kecuali dirinya.
Deringan
telefon bimbitnya benar-benar membuatkan Alyssa tersentak. Cepat-cepat dia
menekan butang on.
“Ahh
apahal Alyssa sibuk nah cari aku sampai answering mesin aku padat dengan
message kau,”ujar Shima dengan nada suara khuatir.
“Aku
ada berita baik dan buruk untuk kau,”jawab Alyssa mendatar.
“Bad
news first,”jawab Shima tak sabar hendak tahu berita baik dan buruk yang
dimaksudkan oleh Alyssa.
“Aku
dah bersuami secara tak seng-,”
“Oh
my god kau kena tangkap basah,”ujar Shima seakan menjerit.
“Please
Shima, let me finish the sentence before you interrupt,”
“O.k.
what happen, I’m getting excited,”
“Arash
accident, cedera parah masih dalam operation teater,”ujar Alyssa seakan
berbisik.
“Oh really that’s not a bad news, it’s
heaven, so apa kena mengena dengan you pula dan apa maksud you dengan bersuami
secara tak sengaja,”ujar Shima, dia pasti berita itu bukan sahaja mengembirakan
mereka berdua malah pekerja lain juga.
“I pretended to be his wife, and they
believe me, so what should I do now,”ujar Alyssa berjalan perlahan menuju ke
arah corridor supaya perbualannya dengan Shima berjalan dengan lancar tanpa
gangguan.
“You kidding aren’t you,”
“Do I sound like I’m kidding, Shima,”
“No, are you serious?”
“For once Shima I’m damn serious about
this,”
“Dia masih hidup,”jawab Shima setelah
pasti Alyssa tidak bergurau. Dan dia tahu soalan yang diberikan adalah soalan
yang bodoh. Namun dia tidak ambil peduli.
“No idea, dah dekat empat jam I tunggu
no news, so are you coming to accompany me or not,” ujar Alyssa kerana Shima
masih tidak menawarkan diri untuk turut serta dengannya.
“So how do you feel being a fraud Mrs. Arash,”usik
Shima.
“Oh please Shima sebut nama dia aje
bulu roma aku berdiri nak jadi Mrs Arash, like hell,” ujar Alyssa wajahnya
berkerut setelah mendengar usikan Shima yang sama sekali tidak menyenangkan
hatinya.
“Puan
Alyssa,” laung seorang jururawat berjubah hijau mencari kelibat Alyssa.
“Eh
Shima I got to go now be here in 20 minutes, I can’t handle this Mrs. Arash
kind of thing,” ujar Alyssa cepat-cepat di menekan butang off setelah
kedengaran jururawat itu memanggilnya.
To be continue...
No comments:
Post a Comment