Sunday, 7 July 2013

"How Can I Not Love U" - Part 24

                           

                            Adam menekan loceng pintu. Jaket yang dipakai semasa meeting tadi sudah ditanggalkan. Dia menyangkut jaket tersebut di atas bahunya. Penat seharian suntuk di bilik meeting hari ini benar-benar drain tenaganya. Setelah berkali-kali loceng dibunyikan namun tiada siapa membukakan pintu untuknya. Adam menyeluk saku jaketnya lalu mengeluarkan kad kekunci. Sebaik sahaja pintu di buka. Adam segera mencari tempat meletak kad kekunci kerana suite sewaanya itu kelihatan gelap gelita. Era tiada. Adam mencampak jaket dan suit casenya di atas sofa. Dia berjalan menuju ke bilik tidur Era. Pintu bilik Era di ketuk perlahan berkali-kali. Senyap tiada jawapan. Adam memulas tombol pintu. Pintu bilik Era di buka. Biliknya gelap hanya di temani cahaya lampu dari luar Hotel. Pemandangan dari bilik Era sungguh cantik ianya betul-betul bertentangan dengan Eiffel Tower. Eiffel Tower kelihatan cantik di waktu malam. Adam selalu menempah bilik yang sama setiap kali dia ke Paris kerana dia mahukan biliknya bertentangan dengan Eiffel Tower. Tapi kali ini dia tidak memilih bilik yang selalu menjadi pilihannya. Dia berikan bilik ini kepada Era. Dia tahu Era pasti sukakan pemandangan indah Eiffel Tower di waktu malam. Adam tidak tahu kenapa dia begitu pemurah hati. Selama ini dia tidak pernah mengalah atau menjaga hati wanita-wanita yang pernah di dampinginya sebelum ini. Kalau Adam sukakan bilik itu dia tidak akan memberikannya kepada sesiapa. Tetapi dengan Era, dia seakan mahu memberi Era yang terbaik. Dia tidak tahu apa keistimewaan Era. Dia tidak dapat membaca apa yang di fikirkan Era. Era tidak seperti wanita yang biasa di dampinginya. Era tidak predictable. Adam menyangka dia tahu bagaimana hendak handle Era dan Era mengikut kehendaknya. Namun wanita itu seperti tidak kisah dan tidak peduli. Tidak menjaga hatinya atau mengambil kesempatan di atas kekayaannya. Apa yang di mahukan Era sebenarnya. Adam benar-benar tidak faham. Tujuannya membawa Era kemari dia mahu meluangkan sepenuh masa bersama Era. Dia benar-benar ingin tahu apa yang Era mahukan. Adam mengerling kearah jam Cartier di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 12.30 pagi di Paris. Kemana Era? Adam mula risau kerana sudah lewat begini Era tidak pulang lagi. Adam mendial nombor Era. Handphone Era off. Kemana Era pergi? Dengan siapa? Adam keluar dari bilik Era. Dia menolak pintu balcony. Dia berdiri di birai balcony lalu memandang tepat kearah Eiffel Tower. Dia melirik kea rah meja kecil yang terdapat di balcony tersebut bila terdengar akan kertas berlaga bila ditiup angin. Dia meja tersebut terdapat note pad Hotel Plaza Athenee. Adam mengambil note pad tersebut lalu membaca tulisan tangan Era.

 
List of things to do:-

1.     Mencari teman lelaki kaya

2.     Menikmati cara hidup orang kaya

3.     Melancong ke Eropah/Paris

4.     Mencuba makanan yang tidak pernah ku rasai

5.     Menghadiri konsert

6.     Drive fast car

 

Adam mengerutkan dahi membaca list things to do Era. Sambil membaca dia check akan list yang Era sudah dipenuhi. Mencari teman lelaki kaya iaitu dia. Check. Menikmati cara hidup orang kaya. Check. Melancong ke Eropah juga. Check. Tinggal 3 lagi list yang masih belum di penuhi. Iaitu mencuba makanan yang tidak pernah Era rasai, makanan apa? menghadiri konsert? Konsert apa yang Era mahu hadiri? Drive fast car? Fast car really? Adam mengerutkan dahinya tanda hairan. Era yang disangka gadis yang tidak adventurous mahu memandu kereta berkuasa tinggi. Hmm. Adam mengoyakkan kertas tersebut lalu menyimpannya ke dalam saku seluarnya. Dia berjalan menuju ke sofa.




Aku benar-benar gembira hari ini kerana dapat pergi ke Eiffel Tower dan menikmati permandangan yang indah pada waktu malam di menara itu sendiri. Fahmy ingin mengajak ku ke restoren di menara Eiffel tapi di sebabkan kesuntukkan masa kami tidak dapat menikmati makan malam di sana. Tapi sebelum ke Eiffel Tower Fahmy membawaku menaiki Cruise di Siena River ketika itu langit sudah di ambang senja. Aku tidak melepaskan peluang. Semua bangunan yang terdapat di Paris yang aku rasa cantik ku petik gambar hinggakan guard yang bertugas menjaga keamanan di Eiffel Tower ku petik gambarnya. Hehe. Gambar aku bersama Fahmy jangan cakaplah banyak dalam pelbagai gaya. Kelakar juga si Fahmy tak sangka. Tengok macam sombong tapi dia happy go lucky. Sepanjang aku bersama dengannya aku tidak pernah merasa tidak selesa kerana walaupun dia celebrity dia tidak pernah bermegah. Seronok keluar bersamanya. Tak macam keluar dengan Adam. Tidak pernah sekalipun aku merasa santai dan selesa bila keluar bersamanya. Dengan Adam aku tidak boleh bersikap selamba sepertimana aku bersama Fahmy. Kami berkongsi Ice cream ketika kami bersiar-siar di sepanjang jalan. Ada juga para pengunjung asia yang mengenali Fahmy datang meminta autograph dan bergambar dengannya.

 

“Hope you enjoy your evening in Paris with me,” ujar Fahmy sebaik sahaja berada di lobby tempat penginapanku. Sedar tak sedar jam menunjukkan hampir ke 12 malam waktu di Paris. Ikutkan hati aku masih hendak merayap lagi tapi Fahmy terpaksa pulang ke hotelnya kerana MTV mengadakan party dan sebagai presentative Asia dia harus menghadirinya. Fahmy ada memperlawaku tapi aku menolak kerana tidak tahu pukul berapa party tersebut akan tamat dan tidak mungkin Fahmy akan menghantarku pulang ke hotel. Mana mungkin aku bermalam di hotelnya.

 

“I enjoyed very much thank you,” ujarku seraya tersenyum.

 

“Why don’t you come with me to the Party,” jawab Fahmy seraya memegang tangan Era.
 
 
“I don’t think so, it’s already late,” jawabku menolak pelawaannya dengan baik.

 

“If you don’t mind, how much Mr Salvatore bayar you semalam,” soalnya sambil tersengih.

 

Aku berhenti dari melangkah. Menyirap darahku bila dia berkata demikian.

 

“What do you mean by that,” ujarku seraya merentap tanganku yang masih lagi di pegangnya.

 

“I’m sure you salah satu high class escort Mr Salvatore, I selalu dengar rumours dia engage escort bila attend function tapi belum pernah dia engage escort hingga ke Paris, you must be very special to him,” ujarnya dengan wajah selamba.

 

“Kurang ajar,” ujarku seraya menampar pipinya kuat.

 

Fahmy terkejut bila di tampar Era. Dia tidak menyangka Era begitu marah. Apa salahkah apa yang dikatakan tadi. Bukankah itu pekerjaannya. Dia tahu Adam Matin Salvatore belum bertunang apatah lagi berkahwin. Mungkin Era perempuan simpanannya Adam Matin.
 

“I bukan perempuan yang you maksudkan, I punya maruah diri,” ujarku menahan geram. Airmataku mengalir laju tanpa di tahan-tahan. Sedih hatiku bila Fahmy menyangka bahawa aku wanita murahan seperti yang di katakan tadi.

 

“I’m sorry, I thought- you,” ujar Fahmy meminta maaf bila menyedari kesilapannya.

 

“Go to hell,” jeritku geram seraya menolaknya bila dia cuba memelukku. Aku meluru masuk ke dalam hotel. Semua mata memandang ke arahku. Aku tidak peduli dengan pandangan mereka.

 

“Bonsoir Madame,” ucap lift attendant di tempat penginapan ku sebaik sahaja aku masuk ke dalam perut lif.

 

Aku tidak menjawab kerana kehilangan kata-kata.

 

“Are you ok madame moselle,” tutur lift attendant itu dalam bahasa english bila dilihatnya wanita itu menangis.
 
 
“I’m ok thank you,” jawabku teresak-esak cuba menahan tangis.

 

Sebaik sahaja pintu lif buka aku bergegas keluar menuju kea rah Suiteku.




to be continue....






 

 

No comments:

Post a Comment