Diantara movie romantis yang
menjadi koleksi DVD peribadiku. Movie pada tahun 1995. Aku ni memang romantic
freak. Pantang kalau tahu ada movie yang romantic. Tapi tak semua movei romantik aku beli. Hanya selective movie sahaja dan yang menepati citarasa aku. Akan aku beli untuk di
jadikan koleksi DVD untuk aku tonton bila feeling-feeling hendak rasa seperti
di awang-awangan. Hahaha. SS lah kan “Syok Sendiri”.
Ok. Kenapa aku sukakan cerita “While
you were sleeping”. Pertama. Kerana aku begitu meminati lakonan selamba actress
yang memainkan peranan terpenting di dalam cerita tersebut. Iaitu Sandra
Bullock. She’s so sweet. Walaupun Sandra tidaklah seseksi Angelina Jolie dan
secantik Jeniffer Aniston. Tetapi Sandra punya daya tarikan tersendiri. Pelakon
versatile itu terkenal melakonkan watak cerita RomCom “Romantic Comedy”. Dan
aku memang sukakan cerita bertemakan cinta tidak kiralah message yang
disampaikan berat atau pun komedi.
Sinopsis mengenai cerita While
you were Sleeping
Lucy Moderatz
(Sandra Bullock) adalah seorang pekerja komuter di token kaunter. Setiap hari
pada waktu yang sama di kaunter yang sama dia akan bertemu dengan seorang
jejaka kacak yang menaiki komuter. Lucy jatuh hati pada jejaka kacak itu dan
akan merasa teruja setiap kali dia bertugas untuk melihat wajah kacaknya setiap
pagi. Pada hari natal, Lucy di minta bekerja untuk mengambil alih tugas
temannya yang mempunyai keluarga. Pada hari Natal, dia tidak menyangka bahawa
jejaka kacak itu mengambil komuter dan buat pertama kalinya jejaka kacak itu
menegurnya dengan mengucapkan selamat hari natal kepadanya. Lucy tergamam
kerana tidak menyangka jejaka itu menegurnya. Di platform tempat jejaka itu
menunggu komuter dia diusik sekumpulan remaja dan menyebabkannya terjatuh di
rail komuter hingga tidak sedarkan diri. Lucy lari menyelamatkan jejaka itu
kerana komuter itu laju menuju ke arahnya. Jejaka itu tidak sedarkan diri, Lucy
berjaya menyelamatkan jejaka itu dari bahaya dan menemaninya ke hospital.
Semasa di bilik kecemasan jururawat tidak membenarkan Lucy masuk kecuali Lucy
punya pertalian darah dengan si mangsa kemalangan. Lucy mengeluh kecil dan
tanpa sedar dia berkata bahawa dia akan berkahwin dengan si mangsa. Jururawat
bertugas terdengar akan komen Lucy.
Si mangsa di
dalam keadaan koma. Pelbagai kejadian melucukan berlaku selepas itu. Jururawat
yang terdengar akan komen Lucy memberitahu akan ahli keluarga si mangsa bahawa
Lucy adalah tunangnya dan Lucy juga yang menyelamatkan Peter (Peter Callaghan)
dari bahaya. Lucy tergamam bila jururawat itu berkata demikian. Keluarga Peter
menerima Lucy dengan senang hati. Lucy bertemu dengan jururawat tersebut
mengatakan ianya adalah kesilapan yang besar kerana dia tidak pernah bertunang
dengan jejaka itu. Lucy bertemu dengan salah seorang teman keluarga Peter dan
memberitahunya akan perkara yang sebenar. Suatu malam Lucy tidak dapat
melelapkan mata lalu mengambil keputusan untuk ke hospital melawat Peter. Lucy
bercerita kepada Peter yang di dalam keadaan koma dan memberitahunya bahawa dia
tidak bermaksud untuk menipu keluarga Peter dan ini semua adalah salah faham. Saul
(Peter Kelly) teman keluarga Peter yang berada di luar wad terdengar akan
keluhan hati Lucy. Saul berjanji akan membantu Lucy akan tetapi dia tidak
membantunya malah menyuruh Lucy meneruskan lakonannya kerana khuatir jika Lucy
memberitahu akan perkara yang sebenar akan membuatkan nenek Peter terkena
serangan jantung dan juga kemalangan yang menimpa Peter telah membawa keluarga
mereka dekat. Lucy tidak sampai hati berbuat demikian kerana keluarga Peter
sungguh baik dan cepat mesra dan Lucy sendiri tidak pernah merasa hidup
berkeluarga kerana ayah dan ibunya sudah lama meninggal.
Keluarga Peter
meminta Lucy meraihkan hari natal bersama dengan mereka. Lucy tidak dapat
menolak perlawaan mereka dan hadir ke rumah mereka. Adik perempuan Peter
sungguh mesra dengan Lucy menceritakan kepadanya akan perihal abangnya yang
lagi satu iaitu Paul (Jack Pullman) seorang lelaki yang begitu berbeza dengan
Peter. Peter seorang lelaki yang bekerja di pejabat dan posh manakala Peter
seorang lelaki yang sederhana dan mengendalikan bisnes keluarga dengan membeli
dan menjual perabot terpakai.
Paul pulang
kerumah awal pagi dan mendapati seorang wanita tidur di sofa. Adik paul
memberitahunya bahawa wanita itu adalah tunangan abangnya Peter. Paul tidak
percaya bahawa wanita itu adalah tunangan Peter kerana dia tahu akan citarasa
abangnya yang tinggi. Tidak mungkin wanita cantik yang sederhana itu menjadi
pilihan Peter. Peter merasa curiga dengan Lucy dan tidak percaya bahawa Lucy
itu adalah tunang Peter. Dia cuba mencari silap Lucy dengan bertanya pelbagai
soalan mengenai abangnya di hadapan keluarganya semasa di hospital. Walaupun di
dalam keadaan yang tertekan Lucy berjaya menjawab soalan yang di ajukan Paul.
Sejak itu Paul mula percaya bahawa Lucy adalah tunang Peter. Mereka menjadi akrab
dan dalam masa yang sama Paul mula jatuh hati pada Lucy. Dan Lucy mula
merasakan bahawa dia tertarik pada Paul setelah mengenalinya.
Pada malam tahun
baru, mereka menerima berita dari pihak hospital mengatakan bahawa Peter sudah
sedar dari koma. Semua keluarga bergegas ke hospital. Lucy mula merasa tidak
selesa kerana khuatir Peter tidak mengenalinya dan membongkarkan rahsianya.
Setelah di pujuk Saul, Lucy dengan berat hati turut ada bersama ketika mereka
bertemu dengan Peter. Peter gembira bertemu dengan ahli keluarganya. Sebaik
sahaja matanya tertumpu ke arah wanita yang tidak di kenali dia bertanya siapa
wanita itu. Paul mengatakan bahawa wanita itu adalah tunangannya. Ayah Peter
mengatakan Peter menghidap amnesia kerana tidak mengenali Lucy.
Saul bertemu dengan Peter ketika dia keseorangan di wad.
Saul menasihati Peter bahawa melamar Lucy dan mengawininya kerana Lucy seorang
wanita yang baik. Mendengar nasihat Saul. Peter bersetuju untuk mengawini Lucy
dan melamarnya sekali lagi di hospital. Lucy yang tidak menyangka Peter akan
melamarnya bersetuju mengawininya walaupun hatinya berbelah bagi dan keliru
kerana dia tidak tahu akan perasaannya yang sebenar, samada di mencintai Peter
atau Paul.
Apabila Paul
melawat Lucy sehari sebelum perkahwinannya, Paul bertanyakan Lucy samada Lucy
akan mengubah fikiran untuk tidak berkahwin dengan abangnya. Lucy memberitahu
Paul dia tidak boleh mengubah keputusannya demi menjaga hati keluarga Paul dan
nenek Paul. Jawapan di berikan Lucy mengecewakan Paul.
Pada hari perkahwinannya,
sebelum upacara majlis, Lucy mengambil keputusan utnuk membuat pengakuan dan
memberitahu segala-galanya kepada keluarga Peter bahawa dia cintakan Paul dan
bukannya Peter. Semasa kekecohan berlaku Lucy mengambil keputusan untuk keluar
tanpa pengetahuan mereka dan beranggapan bahawa dia tidak layak disayangi
keluarga Peter setelah apa yang berlaku. Lucy kembali bertugas di kaunter token
seperti biasa walaupun dia merasa sedih. Lucy tersentak dari lamunan bila
seseorang meletakkan cincin di kaunternya. Dia terperanjat bila mendapati Paul
dan keluarganya berada di luar kaunter. Paul melamarnya di situ juga. Lucy
menerima lamaran Paul dengan senang hati kerana dia mencintai Paul. Mereka
berkahwin di keretapi dan Paul berjanji akan membawa Lucy berbulan madu di
tempat. Di akhir filem. Peter bertanya kepada Lucy bila ketikanya dia jatuh
cinta pada Paul. Lucy menjawab “While you were sleeping”.
Ha sorry panjang
sikit sinopsisnya kerana pada awalnya copy dan paste dari Wikipedia tapi bila
gunakan google translate terasa lucu pulak bila membacanya. Jadi terpaksalah
saya membuat sinopsis sendiri supaya lebih terang dan faham.
Bagi yang belum
menonton filem ini aku syorkan tonton kerana cerita ni best sangat untuk para
peminat cerita romantik komedi seperti aku.
No comments:
Post a Comment