Kami berhenti di salah sebuah bistro seafood yang
terletak berdekatan dengan pantai Cannes. Perut mula berkeroncong setelah puas
menjelajah French Riveira dan beberapa buah Museum (sungguhpun aku tak suka
pergi museum) tapi terpaksa pergi kerana Adam hendak sangat pergi. Aku ikutkan
sahaja. Sempat juga aku membeli beberapa buah tangan yang unik dan cute untuk
ku beri kepada Nadia. Adam he’s being such a darling boyfriend bayarkan segala
pembelian aku, bawakan beg shoppingku, bukakan pintu untukku. He’s gentleman.
(ok mode yang tak pernah aku lihat sebelum ini di KL). Dan dia kelihatan hot
dengan imej holidaynya maksud aku “No suit”. Aku sebenarnya sukakan lelaki yang
decent. Yang setia pada yang satu dan tidak womanizer. Malah aku tidak pernah
mahu teman lelakiku seperti Adam sebab aku tidak mahu makan hati dengan
perangai kasanovanya. Tapi bila mengenali Adam aku tidak dapat menafikan bahawa
aku jatuh hati dengannya pun kerana imej bad boynya yang suka menyakitkan hati.
Pada pandangan aku setiap kali bersama Adam it’s like challenging for me,
kerana bukan mudah untuk membuatkan hot and dangerous kind of man macam Adam
untuk melayan wanita sebaik seperti sekarang ini. He’s in hot demand. Tiap kali
Adam berbual dengan kaum hawa tak kiralah yang tua, muda, ordinary looking atau
yang cantik belum pernah aku lihat wanita-wanita itu tidak akan terpikat dengan
charmnya. Kenapa aku cakap macam itu kerana sekarang ini dia sedang berbual
mesra dengan pelayan restaurant wanita yang matanya tidak lepas-lepas dari
terus memandang ke wajah good looking Adam. Aku hanya mampu tersenyum melihat
mereka berbual dalam bahasa peranchis. Aku sudah lali dengan perangai
kasanovanya dan semacam tidak reti lagi untuk merasa cemburu kerana Adam tidak
pernah melindungi perangai buruknya itu. Lama juga aku perhatikan mereka
berbual. Wanita itu tersenyum-senyum meleret bila Adam memujinya (aku agak aje
kerana dia berbual di dalam bahasa peranchis manalah aku faham). Wanita itu
menganggukkan kepala lalu pergi meninggalkan meja kami.
“What are you smilling at,” soal Adam bila dilihatnya aku
tersenyum ke arahnya.
“Tak ada, I cuma kesiankan wanita yang menjadi kekasih
you, boleh ke dia terima perangai you,” soalku sambil meneguk air putih.
“Interesting question,” jawab Adam lalu tersenyum dia
memandang ku dengan memberi aku pandangan mysterious. (hehe..si Vampire ni ada
pelbagai pandangan..kalau dia mengutuk dia akan memberi pandangan sinis dan dia
hanya senyum sikit sahaja..kalau dia cuba memikat wanita..anak matanya yang
berwarna hazel akan kelihatan sedikit jernih dan senyuman yang di berikan
senyuman mengoda yang jarang aku lihat melainkan tujuan itu..dan pandangan teka
teki atau lebih dikenali pandangan mysterious dia akan memandang tepat ke arah
anak mata seseorang lalu tersenyum diantara senyuman sinis dan senyuman
mengoda..itulah sedikit sebanyak pandangan dan senyuman Adam Matin)
“Well,” soalku ingin tahu.
“I’ll change,” jawabnya ringkas tanpa mengulas panjang.
Aku ketawa kecil sambil mengelengkan kepala kerana tidak
berapa yakin akan jawapan Adam. Semudah itu.
“Kenapa tak percaya,”
“Bukan tak percaya tapi susah untuk I percaya yang you
akan berubah hanya untuk seorang wanita,” jawabku lalu meneguk air putih lagi.
Adam tidak menjawab dia hanya tersenyum seraya
menganggukkan kepalanya perlahan tanda mengerti akan maksudku namun dia tidak
membidas kata-kataku bila aku mempersendakannya. Atau mungkin kerana pelayan
wanita yang berbual dengannya tadi kembali ke meja kami bersama seafood
platter. Bulat mataku bila wanita itu meletak cold dish seafood platter di atas
meja kami. Mana seafood yang sudah dimasak. Aku tidak suka makan makanan yang
tidak di masak atau separa masa terasa kembang tekakku dengan hanya melihat
langoustine, oyster dan beberapa jenis cold dish di atas platter tersebut. Adam
sengaja hendak mendera ku.
“Bon appetite,” ujar wanita itu seraya meninggalkan kami.
“You must be kidding me,” jawabku bila Adam mengambil
sebiji oyster dan lemon lalu meletakkan ke atas piring kecil lalu menyerahkan
kepadaku.
“Try, I bet you tak pernah makan raw oyster,” ujarnya
memerah lemon di atas oyster tersebut bersama sos tobasco lalu dihirupnya isi
oyster dari kulitnya dengan sekali hirup. Aku perhatikan Adam begitu mudah
menelannya seolah-olah tiram itu sudah di masak.
“Ok I give up, you menang,” ujarku menolak piring
tersebut. Mengalah sebelum mencubanya terlebih dahulu.
“Come on, it’s fun you belum cuba lagi, you cuba satu
then kalau tak suka I will finish the rest,” pujuk Adam. Dia mengambil tiram
yang sudah di perah lemon dan sos tobasco lalu menyuakannya ke mulutku.
Aku menutup hidungku kerana khuatir sekiranya terbau
hanyir tiram itu akan membuatkan aku muntah. Hendak tak hendak terpaksa juga
aku membuka mulut. Adam cuba menahan tawa bila wajahku kelihatan lucu
seolah-olah di paksa makan ubat lagaknya. Aku mencubit lengannya bila dia
mentertawakan aku. Adam mengeliat kecil bila terkena cubitan berbisa ku.
Sepantas kilat aku menyambar ice lemon tea sebaik sahaja aku menelan oyster
tersebut. Aku memberinya isyarat bahawa aku tidak mahu lagi mencuba cool dish
yang terdapat di atas platter tersebut tekakku terasa kembang sebaik sahaja
menelan osyter aku cuba menahannya dengan banyak membilas dengan air suam dan
menghisap jus lemon. Serik rasanya. Kalau disuruh makan lagi aku rasa pasti
seluruh makanan yang ku makan hari ini akan terkeluar dari perutku.
“Sil
vou play Monsieur!,” ujar Adam sambil melambai kearah pelayan lelaki.
(Excuse me)
“Oui monsieur, vous désirez?,” (Can
I help you sir?)
“Je vourdais Poisson et
pommes frites, s'il vous plait? Elle ne peut pas manger de fruits de mer crus,”
(I would like to have fish
and chips, please? She can’t eat raw
seafood)
“Oh, je vois, la pauvre,” (Oh I see,
poor thing)
“Ouais, elle ne sait pas ce qu'elle
manqué,” jawab Adam seraya tersenyum.
(Yeah, she don't know what she's
missing)
Voulez-vous autre chose,
monsieur?,” (Do you want anything else, sir?)
“Non Merci, ce
serait tout,”
(No thanks, that would be all)
“Oui, monsieur,” (Yes sir.)
Entah mengapa aku merasa terpesona bila setiap kali
Adam berbual dalam bahasa peranchis. Bukan
sahaja Adam fasih dalam bahasa itu cara dia berbual seperti penduduk tetap di
France.
“Why are you looking at me like that,” tegur Adam bila
Era tiba-tiba memandang ke arahnya sambil tersenyum meleret.
“Selain bahasa peranchis bahasa apa lagi yang you tahu
bertutur,” soalku sambil menungkat dagu memandang tepat ke wajah good looking
Adam atau lebih tepat lagi ke arah mulutnya. Aku suka akan senyumannya.
“Italian, Spanish, Oh in case you tak tahu I punya darah
Italian, my father side,” jawabnya ringkas tanpa rasa megah.
“Really, say something in Italian,” ujarku ghairah.
“Non avete idea di quanto ti amo,” (You have no idea how
much I love you)
“Ok what’s that,” soalku ingin tahu akan makna perkataan
yang di sebut Adam tadi. Amazing sounds beautiful.
“Meaning, I don’t like to speak in Italian,” jawab Adam
selamba tanpa memberitahu Era akan maknanya yang sebenar.
“Scusa ti ho sentito dire che la ami, non lo sa?,” (Sorry
I overheard you said that you love her, does she knows?) tegur seorang wanita
cantik yang duduk tidak jauh dari meja kami. Aku sedar wanita itu perhatikan
kami berdua sedari tadi. Dia tersenyum bila terdengar Adam berbual dalam
bahasanya.
To be continue...
No comments:
Post a Comment