Seperti yang di janjikan Adam. Dia benar-benar memberi aku kejutan. Adam
menyewa Aston Martin D89 Volante berwarna hitam. Wow James Bond car (not the
actual car 007 mengunakan model DB9). But what the heck it’s Aston Martin we
are talking about newest model. Aku tidak pernah termimpi akan dapat merasa
menaiki kereta tersebut. Aku begitu teruja. Aku tidak menyembunyikan perasaan
excited aku pada Adam. Seperti orang jakun aku melarikan jari aku merasa kereta
tersebut. Malah aku sempat bergambar dengan kereta tersebut dan menyuruh Adam
memetik gambarku dalam pelbagai gaya dengan kereta itu sahaja. Adam pula begitu
sporting malah melayan kehendak merepekku. Malah dia yang mengalakkan aku
berposing dengan kereta tersebut. Adam memandu Aston tersebut ke arah pekan dan
perkampungan kecil di French Riveira. Adam memandu di sepanjang jalan dan
lorong menuju ke tempat kedai-kedai boutique terkenal di Cannes dan
Juan-Les-Pin. Tiada satu apapun yang aku beli dari boutique tersebut walaupun
didesak Adam berkali-kali agar aku membeli dan berbelanja sesuatu dari
kedai-kedai tersebut. Aku tiba-tiba tidak punya mood untuk shopping bila
mengenangkan pengakuan Adam mengenai diriku. Aku tidak mahu mengambil
kesempatan ke atas diri Adam. Lagipun aku tidak mahu barang yang ku beli akan
meninggalkan kenangan ku bersama Adam.
“Kenapa tak shopping,” soal Adam ketika kami menuju ke
arah kereta. Dia sedar Era tidak membeli
apa-apa dari boutique tersebut.
“Tak ada apa yang hendak I beli,” jawabku acuh tak acuh.
“I thought perempuan suka shopping and this is the best
place to shop in Nice, kalau I bawa wanita lain dalam sehari I boleh declare bankrupt,”
ujar Adam menuju ke arah kereta kami.
“You’re lucky pasal I tak ada mood untuk shopping hari
ni, kalau tidak you will be penniless, and why are you at the passenger seat,”
sindirku seraya tersenyum sinis bila Adam membuka pintu di sebelah kanan tempat
penumpang lalu duduk. Di Europe tempat memandu di sebelah kiri.
“You drive the car,” ujarnya selamba lalu mengenakan
shades Hugo Boss.
“You can’t be serious, I can’t possibly drive this
expensive car, kalau accident macamana,” soalku namun begitu aku membuka pintu
di tempat pemandu lalu duduk. Aku memegang stering kereta idamanku. Selama ini
aku berangan bahawa aku yang memandu kereta porsche bila tiap kali keluar
bersama Adam. Aku tidak percaya bahawa Adam masih lagi mengingati janjinya
padaku.
“I don’t know I will pretend I don’t know how to drive,”
ujarnya lalu memeluk tubuh.
“You’re mean person,” cemuhku lalu menghidupkan enjin
kereta. Enjin kereta Aston Matin mengaum kuat bila aku menekan accelerator
mencuba enjin kereta tersebut.
“Yes I am, by the way you pandai drive kereta tak,”
soalnya bila Era menekan accelerator tanpa menukar gear dan menurunkan break
tangan.
“My name is Bond, Janes Bond,” ujarku sambil mengenakan
shadesku sambil tersenyum lagak seperti James Bond. Aku menekan clutch dan
menukar gear satu. Adam tidak dapat dari menahan tawa bila aku berbuat
demikian. Lucu barangkali. Dia tak tahu ke aku ni Joker. Hehe. Aku menurunkan
break tangan dan menekan accelerator. Kereta meluncur laju ke hadapan.
Wajah Adam kelihatan pucat walaupun dia tidak
menunjukkannya begitu ketara bila aku memecut laju ke jalan raya yang agak
sempit tidak senang duduk dia di buatnya bila aku membelok laju di salah satu
selekoh terdapat di sepanjang jalan kecil tu.
Nasib baik tiada kereta di arah bertentangan kalau tidak naya.
“Heh, slow down tigeress, I didn’t know you can drive
well,” ujarnya kerana Era cekap memandu seperti pemandu berpengalaman.
“See the leg lah dulu,” jawabku lalu tersenyum gembira
kerana tercapai juga impianku untuk memandu kereta sport terutama sekali Aston
Martin. Sebenarnya aku memang pandai memandu kereta hanya aku tidak mendapatkan
lesen kereta. Belajar memandu kereta dari abang kawan rapatku ketika di sekolah
menengah. Sejak pandai memandu aku tidak punya masa untuk mendapatkan lesen
kerana aku tidak terfikir untuk memiliki kereta.
Adam ketawa lagi bila aku berkata demikian. Gosh he’s
ridiculous good looking face menyerlah bila dia ketawa.
“Turn right, kita nak pergi flower market, I’m sure you
will like it,” ujarnya memberi arah ke tempat yang dimaksudkan. Aku memerlahan
had kelajuan. Untuk sekian kalinya apa yang dikatakan Adam tidak pernah
mengecewakan aku. Dia benar-benar mengetahui kesukaanku. Kami menjelajah flower
market atau namanya Cours Saleya Flower
Market di mana bermacam-macam jenis bunga terjual disana
berwarna warni. Ikutkan hati ingin sahaja aku memborong banyak bunga apakan
tidak bunga hidup dan segar semacam ini mahal di Kuala Lumpur. Di sini dijual
dengan harga yang jauh lebih murah. Mengila aku melihat kecantikan bunga-bunga
tersebut. Adam melayan sahaja kepala gilaku dengan membayar setiap apa yang aku
beli yang kebanyakkannya bunga, buah peach dan apple.
“Buat apa dengan banyak bunga dan apple ni,” tegurnya
mengambil alih tempat pemandu kerana aku sudah puas merasa memandu kereta Aston
Martin tersebut. Lagipun mana ada wanita memandu kereta membawa penumpang
lelaki. Kalau wanita yang memandu kereta terutama sekali Aston Martin dia harus
memandu seorang. Itulah alasan yang kuberikan kepada Adam tadi agar dia
mengambil alih tempatku.
“I ada mission buat you, you kena beri setiap wanita yang
you nampak sepanjang perjalanan kita untuk ke Hotel dengan buah apple dan buah
peach,” ujarku tersenyum lebar.
“It’s easy for me, I like challenge, but you have to be my
challenge if not it’s not challenging at all, why don’t you bagi setiap seorang
lelaki yang you jumpa dengan sekuntum bunga yang you beli, kita tengok siapa
menang and the winner dapat satu kiss,” ujarnya tersenyum mengoda seraya
melirik ke arah ku.
“You crazy,” ujarku seraya menjeling ke arahnya. Perangai flirtingnya dah balik semula.
“I won’t do it if you tak agree with me, why are you
afraid to take the challenge,” cabar Adam.
“Ok whatever, hidup hanya sekali let’s get on it,”
jawabku lalu mengangguk kepala menyahut cabaran Adam. Aku teruja bukan kerana
hadiah yang ku terima sebagai pemenang tapi kerana aku tidak menyangka Adam
gila-gila macam aku juga. Selama ini aku ingatkan Adam jejaka kaya dan kacak yang
boring.
To be continue..
No comments:
Post a Comment