Thursday, 18 July 2013

Lebaran 2012 - Balik Kampung..Hati Riang!! - Part 1










Kalau tak beraya di kampung tak meriah kan. Lebih-lebih lagi bagi orang yang ada kampung halaman. Hehe. Shahdu kalau tak balik beraya di kampung. Kampung sangat tu, tidak lah kerana kampung Peserai aku dah kira modern dah. Susah nak cari rumah berpapan lagi. Ayam pun dah segan nak singgah jalan-jalan kat laman rumah. Masa aku tinggal di kampung dulu masih ada banyak ayam yang lalu lalang. Sekarang ni payah nak nampak ayam lagi. Agaknya ayam dah berhijrah. Jadi raya tahun lepas tu balik lah juga. Singapura cuti hari raya sehari sahaja tak macam di negara seberang paling koman pun seminggu. Itu hari ada post gambar photoshoot klassik lebaran kan. Kali ni nak post gambar yang tak berapa nak klassik pulak (harap maklum wajah-wajah yang tidak di solek make up artis). Hehe.
 
Di zaman kanak-kanak aku dahulu bukan setakat main bunga api sahaja pelbagai mercun sudah aku cuba. Sekarang ni kerajaan msia tidak membenarkan bermain mercun. Jadi anak-anakku yang jakun itu hanya mampu bermain bunga api kucing. Ingat tak bunga api kucing yang tak berasap sangat. Meow.

Biasalah bila bab beraya di kampung yang sebenarnya akulah yang paling teruja sangat kalah anak-anakku. Sebabnya mak abah dan 70% adik beradik (haha 8 adik beradik 5 di msia dan 3 termasuk aku di singapura) dan sedara mara semuanya kat sini, teman sekolah dan BFF aku sejak kecik pun di sini. Maka meriahlah raya aku bila beraya kat kampung kan. Bila ada masa tu siaplah aku ajak abg ipar aku dan kakak aku gi last minute shopping..cari balang kuih raya ke last minute beli songkok ke beli samping ke atau beli kuih raya ke..pokoknya last minute shopping. Tapi jalan tak jauh kemana sangatlah. Kita ke BP walk tu aje. Kalau mood diaorang baik kita pegi ke Parit Raja dan Air Hitam.

Beginilah keadaan rumah kampungku pada malam raya. Ada yang sibuk mengemas ada sibuk memasak dan sibuk mengosok baju. Aku pulak sibuk tangkap gambar..Yay yay esok hari raya..Hehe..Rumah nampak tak meriah ni sebab semua adik beradik dan anak sedara belum datang lagi. Tu yang nampak rumah macam clear. Hah tunggulah esok lepas solat raya. Rumah penuh sampai dah tak leh duduk.




 

 

Bonda ku yg tersayang
Pagi raya pertama lepas kaum-kaum Adam di rumah pulang solat raya dan balik dari pusara. Kaum hawa dah mula sibuk nak lipat duit masuk sampul nak kena masak lodeh dan sibuk potong kek sibuk sesibuknya. Ada yang lepas mandi tak sempat nak ganti baju raya sampai rumah dah penuh orang dan orang sibuk nak bergambar barulah sibuk-sibuk nak siap. Isitilah bermaaf-maafan di pagi raya bagi keluarga aku ni tak formal seperti orang lainnya. Apa nak di herankan yang penting niat kita ikhlas bermaaf-maafan terlaksana betul tak? Tak perlu formal sangat. Tengok saje kedua ayah dan bondaku duduk kat mana? Hah kat kerusi yang mereka duduk tulah tempat kami bermaaf-maafan. Bondaku stress nengok budak-budak dah start kecoh dan buat benda bukan-bukan. Maklumlah dah jumpa sepupu tu tak ingat dunia. Ayahanda ku dah tersenyum menanti cucu-cucunya bersalaman dan standby nak beri duit raya. Hehe.




Ayahanda ku yg tersayang



















 

No comments:

Post a Comment