Tiap-tiap tahun aku pasti buat biskut
Coklat Almond London. Bukan apa aku ni cerewet sikit. Sebabnya bila selalu beli
biskut almond London seringkali berdukacita kerana rasanya tidak seperti yang
aku harapkan. Samada coklatnya terlalu manis atau almondnya sudah lemau. Itu
yang turn off bila setiap kali makan Chocolate Almond London. Sebab tu malas macamana
sekali pun aku terpaksa buat Almond London sendiri. Akan tetapi tahun ni aku
skip buat Almond London dan cuba Hazelnut Chocolate cookies lak. Resepi ikut
Almond London, cuma aku improvise sikit supaya ada kelainan sikit biskut
Hazelnut ni. Puas hati buat sendiri kan. Bukan sahaja fresh from the oven,
sedap, hazelnutnya rangup dan muai. Siap sahaja sudah hampir separuh biskut aku
di bedal my baby Maya dan abangnya. Huhu.
Bahan2
250gm mentega
120gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar kecil esen vanilla
200gm tepung cookies premix atau
tepung jagung
300gm tepung gandum
1 paket kecil serbuk hazelnut
1 paket kacang hazelnut (dibakar
sehingga garing atau digoreng tanpa minyak)
1 blok coklat masakan (jenama
tulip)
Rainbow beats sebagai hiasan
Cara2
Pukul mentega dengan gula
sehingga kembang.Masukkan telur, esen vanilla dan pukul lagi. Masukkan serbuk hazelnut.
Tepung gandum
dan tepung premix yang sudah di ayak masukkan sedikit demi sedikit di dalam
adunan sehingga sebati.
Ambil sedikit adunan
untuk di jadi kan bebola kecil dan sumbatkan kacang hazelnut dan bakar. Bakar
pada suhu 200 degrees selama 5 hingga 10 mins. Biarkan biskut sejuk seketika. Cairkan
coklat masakan mengunakan kaedah double boil. Setelah coklat cair boleh di
celup dan letakkan di paper cup. Taburkan rainbow beats sebagai hiasan. Biarkan
coklat beku dan simpan di dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment