Last saturday aku pergi JB. Jadi
ingatkan minggu ni tak ler main masak-masak sebab penat meronda JB seharian
hari sabtu rasa macam lepak gitu. Maklumlah kita tak berkereta jadi turun naik
bus tu sudah cukup drain energy kami bertiga. Hehe. Mr. Sam cakap this weekend
dapur rest. Tu yang memula rasa macam best leh tengok drama kat internet
lepak-lepak tengok tv. Tapi kan macam boring lak tak ada project nak buat satu
hari suntuk ni. Semalam masa gi JB singgah kat MPH. Pergi cooking section. Haha
macam2 buku resepi ada kat sana. Bestnya. Haha ikutkan hati macam nak beli
semua. Wat kelakar kan. Yelah ada resepi cupcake yang beraneka. Resepi pasta
beraneka dan resepi dessert. Hmm last-last aku pilih dessert cook book. Sebab
ada bermacam-macam resepi dessert yang boleh buat leleh air liur bila
melihatnya. Yang bestnya dia tunjukkan gambar cara-cara membuatnya. Bukan
setakat tulis how to do. Memang sesuai buat orang macam aku ni. Jadi pagi ahad
tu belek-beleklah buku resepi yang ku beli tu. Ada resepi crème brulee,
chocolate soufflé, lemon meringue dan lain-lain. Wah best bangat. Dessert
favorite aku tu..iskk issk..tetiba teringat dessert makan kat Carousel. Tak delah
fancy sangat dessert yang aku teringat dan terasa-rasa sampai sekarang
ni..dessert yang aku maksudkan ialah..Bread pudding with vanilla sauce..haha perasaan
hendak makan Bread pudding with vanilla sauce tu tetiba membuak-buak. Lama tak
makan tu..so apa lagi gi selak-selak buku dessert yang ku beli semalam. Ada tak
resepi bread pudding. Hampa tak de. Chet. So aku pun cari kat
internet..biasalah macam-macam version yang dapat bila mencari di internet tu.
Tengok dari bahan-bahan ada yang best ada yang tak best. Maka seperti biasa aku
improvise resepinya. Apa lagi misi membuat bread pudding pun bermula. Aku cakap
dengan Mr. Sam. Nak pergi marsiling cari bahan buat bread pudding. Member
terperanjat jap sebab dia kata aku tak penat ke? Penat tapi bila dah terbayang
bread pudding tu penat tiba-tiba hilang. Semangat nak buat ada so apa lagi.
Bahan-bahan pudding
10 keping atau lebih roti putih di
toast sedikit (ikut berapa banyak nak buat)
(dari tenet diaorang kata nak
sedap guna French bread atau stale bread..haha mana nak dapat French bread..stale
bread erk tak nak lah..ada juga yang mengatakan kalau tak ada kedua-duanya guna
aje roti putih biasa lepas tu di toast sikit lepas tu siat-siatkan kalau nak
cantik tu potong lah cube)
2 sudu besar gula perang (light
brown sugar)
½ sudu kecil serbuk kayu manis (ground
cinnamon)
¼ cawan butter yang telah di
cairkan
3 cawan susu kotak (full cream)
½ sudu kecil esen vanila
1 kotak kecil kismis perang
Cara-caranya
Panaskan oven terlebih dahulu.
Ambil mixing bowl, pukul 3 biji
telur, gula, gula perang, serbuk kayu manis, butter, susu dan esen vanilla.
Setelah sebati masukkan kismis dan roti yang telah di siat atau di cube.
Tekan-kan roti agar serap dengan bahan yang telah di kacau tadi. Setelah itu
masukkan di dalam loyang pembakar. Tuangkan air di tray letakkan loyang di atas
tray dan masukkan di dalam oven. Agak-agak pudding dah setengah masak ambil
aluminium foil tutupkan permukaan loyang supaya roti tidak terbakar atau
terlalu kering. Biarkan dalam 15-20 minit. Bila permukaan pudding kelihatan
lembab tanggalkan aluminum foil biarkan bakar selama 10 minit. Bila dah kering
sejukkan.
½ cawan gula pasir
3 sudu besar gula perang (light
brown sugar)
1 sudu besar tepung kastad
½ sudu kecil serbuk all spices
1 biji telur
3 sudu besar butter cair
1 kotak kecil whipping cream
3 cawan susu kotak (full cream)
1 sudu besar esen vanilla
Cara-caranya
Pukul 8 bahan pertama di dalam
periuk kecil. Gunakan whisk aje senang. Hidupkan api sederhana. Kacau sehingga
bahan-bahan masak dan menjadi pekat seperti sauce. Akhir sekali masukkan esen
vanilla. Kacau rata. Siap.
Alhamdullilah percubaan pertama
membuat Bread pudding dan vanilla sauce ini menjadi dengan suksesnya. Sedap
bangat gitu lor. Tak yah tunggu nak makan kat Carousel lagi. Wah tu yang
semangat nak try recipe lain pulak..hehe..Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment