Romantik movie pilihan aku kali
ini best among the best kerana (2 in 1) gourmet food dan romance. Good
combination. Haha. Di sebabkan these few days aku angan-angan menjadi chef.
Maka aku teringatkan movie romantic yang menjadi favoriteku dan juga koleksiku.
Iaitu “No Reservations”. Movie lakonan Catherine Zeta Jones (The Mask of Zorro)
dan Aaron Eckhart
(Batman) sungguh berkesan kerana menurut Catherine Zeta Jones dia tidak pernah
ke dapur. Dia terpaksa menghadiri kelas belajar memasak cara chef demi untuk
menghidupkan wataknya sebagai seorang chef di dalam filem tersebut.
Kate (Catherine Zeta-Jones) adalah
seorang master chef di sebuah restaurant trendy 22 Bleecker Street in
Manhattan. Dia mengendalikan restaurant mengikut system dan caranya tersendiri
demi menghasilkan hidangan yang hebat. Kate seorang chef yang garang dan tidak
menerima sebarang alasan sekiranya hasil masakannya tidak tip top. Caranya itu
membuatkan para pekerja merasa tidak senang dan selesa bekerja dengannya kerana
merasa tertekan jika mereka tidak dapat menghasilkan mutu masakan seperti
beliau kehendaki. Boss Kate menghantar Kate ke terapi untuk menangani
masalahnya. Kate seorang Chef yang sukar untuk meninggalkan dapurnya sekira
pelanggan ingin memuji hidangannya akan tetapi dia bersedia untuk menemui
pelanggan yang mengadu tentang hidangannya. Adik Kate terkorban di dalam
kemalangan jalan raya dan anak saudara perempuannya yang berusia 9 tahun kini
menjadi tugasnya untuk menjaganya. Kate
terpaksa menyesuaikan diri dan mengimbangi pekerjaannya dan mengurus anak saudaranya.
Boss Kate menyuruh Kate mengambil cuti sehingga dia bersedia untuk kembali
bekerja semula. Boss Kate mendapat seorang chef baru bagi mengantikan tempat
Kate buat seketika. Chef Nick (Aaron Eckhart) adalah seorang chef yang namanya sedang
meningkat naik. Nick boleh menjadi ketua chef di mana-mana restaurant yang dia
kehendaki akan tetapi dia mahu bekerja bersama Kate. Kate merasakan kedudukkannya
sebagai master chef di restaurantnya tergugat dengan adanya Nick kerana cara
Nick mengendalikan dapur tidak sama sepertinya. Nick punya cara tersendiri dan
ini membuatkan para pekerja Kate suka bekerja dengan Nick. Nick gemar mendengar
Opera semasa dia memasak dan Nick akan meniru cara Opera menyanyi sedikit
sebanyak membuatkan pekerja terhibur dengan gelagatnya. Kate tidak berkenan
dengan cara Nick akan tetapi mereka berdua serasi bekerja bersama di dapur.
Nick cuba mengambil hati Kate dan anak saudaranya. Hubungan mereka menjadi akrab
dan Kate mula sukakan Nick sehinggalah suatu hari Boss Kate menawarkan Nick
untuk menjadi chef di restaurantnya.
Cerita “No Reservations”
membuatkan kita teringin mencuba makanan yang kita tidak pernah rasai. Seperti
yang terdapat di dalam filem tersebut. Cara Chef menyediakan sesuatu hidangan
begitu artistic dan menyelerakan. Tak percaya cubalah tonton “No Reservation”.
Aku percaya selepas ini pasti ada yang akan mencari resepi gourmet food untuk
mencubanya.
No comments:
Post a Comment