Alyssa mundar mandir di ruang tamu banglo
tiga tingkat milik abangnya. Dia tidak bekerja hari ini kerana terlalu penat
memikirkan rancangan mereka agar ianya berjalan dengan lancar. Alyssa berdoa
dalam hati meminta agar Arash tidak mengalami Amnesia sepertimana yang doktor
katakan padanya semalam. Dan hari ini kepalanya benar-benar pening hingga tidak
dapat bangun untuk ke pejabat. Shima pula mendesaknya supaya jangan terlalu
khuatir. Senanglah dia cakap yang hendak berdepan dan bersama dengan Arash adalah
dirinya bukan Shima. Hatinya berbelah bagi samada ada hendak ke hospital
melawat Arash atau duduk menghabiskan masanya di rumah sahaja. Alyssa tidak
memberitahu Faries dan Fariesya mengenaikan kawannya yang kemalangan tempoh
hari walaupun mereka ada bertanya. Dan Alyssa tidak yakin rancangan gila mereka
akan berjaya. Deringan telefon yang nyaring benar-benar memeranjatkannya.
Dengan pantas Alyssa mengangkat gagang telefon lalu di lekapkan ke telinganya.
“Hello,
boleh bercakap dengan Puan Alyssa,”suara perempuan kedengaran di corong
telefon.
“Ya,
ada apa yang boleh saya bantu,”jawab Alyssa lambat kerana dia tidak pernah
memberitahu sesiapa nombor telefon rumah abangnya melainkan Shima. Lebih-lebih
lagi perempuan itu memanggilnya dengan panggilan Puan Alyssa.
“Saya membuat
panggilan dari pihak hospital, suami Puan, Encik Arash sudah sedar dari koma,
saya harap Puan dapat bergegas ke hospital sekarang,”ujarnya panjang lebar.
Hampir
hendak gugur jantung Alyssa mendengar berita dari jururawat berkenaan. Arash
sudah sedar dari koma. Alyssa tidak keruan jadinya. Dia mundar mandir seperti
orang memikirkan masalah yang berat. Gagang telefon sudah di letakkan ke tempat
asalnya. Alyssa tidak segera ke bilik untuk bersiap-siap ke hospital malah dia
masih duduk di sofa tidak berganjak dari tempatnya.
“Inilah
masanya untuk kita kenakan anak orang kaya sombong tu,”ungkapan yang sering di
ucapkan oleh Shima apabila setiap kali dia ingin back-off dari rancangan Shima
sering terngiang-ngiang di telinganya.
“Shima,”
tiba-tiba Alyssa menjerit kecil setelah pasti orang yang di perlukan ketika ini
adalah Shima.
Segera
Alyssa mengangkat gagang telefon dan mendial nombor telefon direct Shima dan
berharap Shima berada di desknya.
Doktor
yang memeriksa Arash sudahpun keluar dari ward. Sah Arash mengalami amnesia.
Kalau tidak pasti dia sudah menghalau Shima keluar dari bilik wadnya. Ini tidak
senyap sahaja. Ketika Shima masuk melawatnya. Hanya dia sahaja yang masih lagi berdiri
di luar tidak berani untuk berdepan dengan Arash. Dia takut dia tidak dapat
berlakon seperti yang di rancangkan. Sampai bila dia hendak melarikan diri dari
terus bertemu dengan Arash. Sedangkan doktor dan jururawat yang merawatnya
sering mengajukan soalan yang pelik kepada Alyssa. Naik panik dia hendak
menjawab soalan mereka. Silap Alyssa sendiri kerana tidak melawat Arash selama
tiga hari berturut-turut hingga menyebabkan mereka curiga. Masakan seorang
isteri tidak melawat suami yang sedang sakit selama tiga hari berturut-turut. Alyssa
menarik nafas perlahan dan melangkah masuk ke dalam wad di mana dari jauh dia
perasan Arash memandang kearahnya. Alyssa cuba berlagak setenang mungkin.
Shima di sebelah Arash hanya tersenyum memandang ke arahnya. Alyssa sudah tekad
sekiranya ingatan Arash pulih di tidak teragak-agak meninggalkan kerja gila
rancangan mereka berdua. Sebaik sahaja Alyssa tiba di katil Arash dia mencapai
tangan kanan Arash lalu menciumnya. Shima tersenyum lagi kerana tidak menyangka
Alyssa akan melakukannya secara spontan dan lakonannya lagak seperti seorang
isteri.
Arash
tersenyum namun matanya tak lepas dari terus memandang Alyssa.
“Rash,
this is Alyssa your wife,” ujar Shima seraya memandang Arash yang masih tidak
berkata walau sepatah.
“Rash
dah kahwin? Tanyanya seolah-olah tidak percaya yang dia sudah beristeri.
“Ya, Rash
tak ingat ke,” ujar Shima dengan penuh keyakinan. Alyssa hanya mendiamkan diri
sahaja. Kecut perutnya apabila Arash tidak memberi apa-apa tindakbalas.
“Dan
you siapa,” tanya Arash lagi seraya menoleh ke arah Shima.
“Don’t
you remember I kan your sister in law, Alyssa sister,”jawab Shima dengan penuh
yakin.
Arash
masih seperti tadi. Pandangannya silih berganti dari Shima dan seterusnya ke
arah Alyssa. Alyssa masih berdiri tidak jauh dari katilnya kerana kerusi tidak
mencukupi lagipun dia tidak mahu duduk dan akan memberi alasan untuk pulang
segera.
“Kami
tak ada anak,”soal Arash tiba-tiba.
Alyssa
terbatuk kecil bila Arash tiba-tiba bertanya soalan demikian. Anak? Jauhnya
fikiran sampai ke anak? Alyssa mengelengkan kepala perlahan. Bagaimana Arash
boleh mengajukan soal tentang anak. Orang sadis macam dia sayangkan budak-budak
ke?
“Belum
ada rezeki,” jawab Alyssa tenang. Dia sendiri tidak tahu idea dari mana datang
dan dapat membantunya dalam keadaan terdesak. Shima mengeluh lega kerana tidak
menyangka Alyssa cekap menjawab.
Arash
mula tersenyum. Mungkin berpuas hati dengan jawapan yang di berikan oleh Alyssa
tadi.
“Bila
abang boleh keluar hospital,”ujarnya tiba-tiba.
Alyssa
tersentak kerana Arash mengelarkan dirinya abang. Bermakna mereka berjaya
mempengaruhi Arash. Dan Arash benar-benar hilang ingatan.
To be continue..
No comments:
Post a Comment