Monday, 7 October 2013

"How Can I Not Luv U" - Part 35


Adam mengeluarkan sebatang rokok lalu di kepitkan di celah bibirnya. Ethan menghidupkan lighter untuk Adam. Adam menghembus keluar kepulan asap rokok dari mulutnya. Adam menghampiri lelaki yang berdiri tidak jauh darinya dengan tujuan yang sama.

 

“Fahmy,” tegur Adam lalu menepuk bahu orang yang ditegur itu dengan hujung jarinya.

 

Lelaki yang di tegur Adam menoleh ke arahnya. Lelaki itu tersenyum sebaik sahaja terpandang akan wajah Adam. Kerana mengenali orang yang menegurnya.

 

“It’s a pleasure to meet you Mr Salvatore,” ujarnya seraya menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Adam. Siapa yang tidak kenal akan Adam Matin Salvatore. Hartawan muda yang amat di kenali. Malah Fahmy pernah menjadi guest di salah satu majlis yang di adakan oleh Adam.

 

“Right, sad to say I don’t like you,” jawab Adam ringkas tanpa menyambut huluran tangan Fahmy. Adam mengaru hidungnya yang tidak gatal.

 

“Excuse me,”

 

Adam memberi isyarat kepada Ethan. Ethan menghampiri Fahmy lalu melepaskan satu penumbuk di mukanya. Fahmy jatuh terduduk. Dia kelihatan terperanjat kerana tidak menyangka akan dipukul bodyguard Adam. Darah merah pekat mengalir keluar dari hidungnya.

 

“What the hell, what did I do,” jawabnya lalu menekup hidungnya dengan sapu tangannya. Dia tidak berani melawan kerana bodyguard Adam besar tinggi. Kalau dia melawan entah apa jadi dengan dirinya.

 

Adam mengeluh kecil sambil mengelengkan kepalanya perlahan. Dia mencampak puntung rokoknya ke tanah lalu mematikannya. Dia menghampiri Fahmy.

 

“Stop messing with my woman,”

 

 

Aku membasahkan muka dengan air.  Rambut yang ku dandan rapi tadi kelihatan berserak dan make-up ku tidak terurus. Wajahku kelihatan pucat. Mataku kelihatan merah dan kepala ku terasa berat. Apa yang aku makan siang tadi semuanya terkeluar semasa aku muntah tadi. Aku tak tahan lagi. Aku mencapai tuala yang di sediakan khas untuk mengelap mukaku. Aku mencapai tas tangan dan berjalan lemah menuju ke pintu namun ku menahan diri untuk tidak rebah di sini. Aku memulas tombol pintu. Ku cuba gagahkan diri berjalan menuju kearah Adam yang sedang sibuk berbual dengan Raoul. Adam menoleh ke arahku. Aku cuba membuahkan senyum.

 

“Heh babe, are you ok, you look so pale,” soalnya bimbang bila Era kelihatan tidak bermaya.

 

“I’m not well, let’s go back to the hotel,” ujarku perlahan cuba menahan sakit.

 

“Why didn’t you tell me earlier, we should have stay in the hotel,” ujar Adam jelas terpancar kerisauan di wajahnya. Adam mendukungku kerana dia tahu aku tidak larat lagi untuk berjalan.

 

“Ethan, get the car, Raoul see you in Kuala Lumpur,” ujar Adam seraya berjalan laju menuju kea rah pintu gerbang.

 
To be continue..

No comments:

Post a Comment