Sepanjang
perjalanan Arash hanya mendiamkan diri dan sesekali dia memandang ke arah luar.
Alyssa dan Shima lebih senang dia berkeadaan demikian, tidaklah mereka pening
hendak melayan Arash, mereka tidak mahu tersalah cakap atau tersasul buruk pula
padahnya nanti. Alyssa membelokan kereta ke arah banglo milik abangnya yang
tersengam indah.
“Ini rumah kita,”ujar Arash
tiba-tiba.
“Ya,” jawab Alyssa menganggukkan
kepala, kerana dia sendiri tidak berani mengaku yang rumah ini adalah rumahnya.
Kalaulah abangnya tahu tentang kegiatannya semasa ketiadaannya pasti dia
dimarahi abangnya. Alyssa pula masih belum pulih dengan badi mengenai rancangan
untuk mengenakan Arash. Dia hampir-hampir terlepas kata semasa berbual dengan
doktor yang memeriksa Arash tadi. Hampir-hampir dia ingin menyatakan bahawa
sebagai pekerja dia harus menolongnya. Nasib baik Shima ada bersama dapat
menyelamatkan keadaan.
“Eh kenapa tak masuk lagi, suami kau
dah masuk,”usik Shima setelah dilihatnya Alyssa masih tercegat di tepi kereta
tidak bergerak dari tadi.
“Banyaklah kau punya suami,”jawabnya
seraya mencubit pinggang Shima.
Shima hanya mampu mengadu sakit
kerana tidak bisa menjerit.
Semalaman Alyssa dan Shima tidak
dapat tidur memikirkan rancangan selanjutnya setelah mengetahui Arash di
benarkan pulang setelah hampir sepuluh hari berada di hospital. Pada awalnya Alyssa
hendak menghantarnya ke rumah Arash sendiri kerana selama ini Arash duduk
bersendirian di rumah ditemani pembantu rumah dan seorang pemandu peribadi.
Kerana Tan Sri telah berpindah ke Australia setelah menyerahkan
perniagaanya kepada Arash hanya sesekali sahaja dia datang menjenguk anak
tunggalnya itu. Tapi di tegah Shima dan anak saudaranya kerana mereka tidak
setuju sekiranya Arash di hantar ke rumahnya sendiri pasti rancangan mereka
tidak berjaya. Segala usaha mereka akan sia-sia kerana tidak dapat membalas
dendam terhadap Arash.
“Habis kau nak dia tinggal rumah
abang aku, apa kau gila, nanti kena tangkap basah baru kau tahu,”ujar Alyssa
berkeras agar Arash di pulangkan ke istananya sendiri.
“Eh lysa kau ingat aku ni bodoh
sangat ke, tak kan aku nak biarkan kau duduk dengan dia, tentulah aku ada sama,
aku sendiri tidak percaya dengan kau, silap hari bulan bocor pula rahsia
kita,”terang Shima setelah Alyssa selalu berfikiran negatif.
Alyssa tidak pernah menafikan bahawa
Arash memang kacak kalau tak cukup iman boleh terpikat dengannya. Itu yang
mengkhuatirkan Alyssa. Silap haribulan dia terjatuh hati dengan Arash. Soal
hati bukan boleh di bawa bincang.
“Alah paling tidak pun kau jadi aje
girlfriend si Arash tu, kau single dia pun single dah sepadan lah tu macam
pinang di belah dua,”ujar Shima. Seolah-olah dapat membaca apa yang difikirkan
oleh Alyssa.
“Oh pleaselah nak jadi boyfriend
aku, in another life,” ujar Alyssa segera menafikannya. Shima di sebelah hanya
tersenyum.
“Apa senyum ni kau punya idealah,
aku juga yang jadi mangsa keadaan,”jeling Alyssa.
Alyssa menemani Arash ke bilik yang
di sediakan untuk tetamu dan bersebelahan dengan bilik Alyssa. Hingga ke jam
tiga pagi Alyssa dan Shima mengemas bilik tersebut dan memindahkan sebahagian
baju dan barang abangnya ke dalam bilik tersebut agar tidak ketara yang mereka
hanya berlakon. Arash melangkah masuk ke dalam bilik yang di tunjukan oleh Alyssa
dia duduk di atas katil seraya memandang sekeliling biliknya. Alyssa masih
tercegat di muka pintu. Dia berkeras tidak mahu masuk sekiranya Arash tidak
perlukan apa-apa. Arash menuju ke arah almari dan membukanya. Pakaian pejabat
dan kasual tergantung rapi di dalam almari. Dia segera menutupnya kembali dan
tersenyum ke arah Alyssa yang masih tidak berganjak dari tempatnya.
“Kenapa baju Alyssa tak ada di dalam
almari,”ujarnya perlahan.
Alyssa menyangka dia dapat lari dari
pertanyaan tersebut. Ternyata jangkaannya meleset Arash memang cekap sungguhpun
dia hilang ingatan ini tidak bermakna dia tidak boleh berfikir.
“Ada seperkara lagi yang Alyssa
belum beritahu abang,”ujar Alyssa seraya menuju ke arah katil namun pintu
sengaja di buka luas supaya setelah dia menerangkan segalanya kepada Arash
dengan segera dia akan meninggalkannya.
“Sebelum abang terlibat dengan
kemalangan, kami memang tidak bertegur sapa kerana salah faham, abang terus
mengambil keputusan untuk tidak mahu sebilik dengan Alyssa selagi Alyssa masih
berdegil tidak mahu mengikut abang berpindah ke Australia, Lysa minta maaf
bang, Lysa tidak sanggup tinggalkan Malaysia dan abang telah pun mengambil
keputusan dengan memindahkan ke semua barang dan baju abang ke bilik ini,”ujar Alyssa
pura-pura bersedih. Dia sendiri tidak berani memandang wajah Arash. Dia terus
meninggalkan Arash sendirian.
“Eh lama kau kat dalam dengan dia,
apa dia nak,”ujar Shima sebaik sahaja Alyssa menuju ke arahnya.
“Dia tanya mana baju aku,”ujar Alyssa
separuh berbisik khuatir didengar Arash.
“Jadi, apa kau jawab,”tanya Shima
sengaja dia hendak tahu.
“Eh ikut scriptlah kau pun,”
“Exactly ke,”tanya Shima tidak puas
hati.
“Lah kau dah kenapa, aku ikut betul
dalam script yang kau buat,”terang Alyssa. Geram pula dia tengok perangai Shima
kadang-kadang macam budak bodoh.
No comments:
Post a Comment