Arash berbaring
di atas katil sebaik sahaja Alyssa meninggalkannya. Kedua-dua tangannya di alas
di kepalanya. Matanya di pejamkan rapat. Dia cuba mengingati semula apa yang
telah berlaku sebelumnya. Kosong. Tiada imej mahupun clue yang dapat memulihkan
pengingatannya. Percubaannya sia-sia malah kepalanya terasa begitu perit
apabila setiap kali dia cuba
memaksa untuk mengingati semula peristiwa atau kenangan yang pernah di lalui
bersama orang yang di sayanginya. Dia cuba mengingati bagaimana dia
bertemu dengan Alyssa dan seterusnya menikahi wanita itu.
“So macamana dia tak sneak to your
room semalam,”usik Shima sebaik sahaja dilihatnya Alyssa sedang menghirup milo
panas.
Hampir nak tersembur keluar air yang
di minumnya bila Shima mengusiknya dengan usikan yang tidak munasabah.
“Kau jangan tak pasal-pasal kau mandi
air milo pula pagi ni,”ugut Alyssa. Semalaman dia tidak dapat tidur lena dan
senantiasa gelisah. Jam tiga pagi dia cuba hendak ke dapur atas terpaksa
dibatalkan niatnya kerana Arash masih berjaga dan berada di ruang rehat tengah
duduk sendirian. Dari belakang Alyssa dapat melihat dengan jelas dia memakai
pyjama biru favourite abangnya. Alyssa tersenyum sendiri tidak menyangka
pakaian abangnya sama saiz dengan Arash. Kalau tidak pening kepala juga dia
terpaksa mencari beberapa helai baju di pasaraya untuk Arash. Alyssa menutup
semula pintu biliknya perlahan agar Arash tidak sedar bahawa dia sedang
mengintipnya.
“Ah senyum sorang aje, ada apa-apa
ke kongsilah sama,”sergah Shima setelah di lihatnya Alyssa seperti berkhayal.
“Eh.. belum kawin soranglah,”jawab Alyssa
sambil menjeling.
“Siapa yang belum kawin,”tiba-tiba Arash
terpacul di muka pintu dapur.
Alyssa dan Shima terperanjat beruk.
Bila masa pula si Arash ni dah ada kat dapur. Sedangkan Alyssa tidak dengar
bunyi orang menuruni anak tangga.
“Eh tak ni si Shima bila tah nak
kawin, terlalu memilih sangat,”jawab Alyssa spontan.
Shima di sebelah membesarkan mata.
Tidak terima dengan jawapan yang Alyssa berikan. Alyssa membalas isyarat
terpaksa untuk menyelamatkan keadaan.
Arash tersenyum mendengarnya. Lalu
duduk berhadapan dengan Alyssa. Plaster yang di tampal di wajahnya semua sudah
di tanggalkan. Wajahnya kelihatan kemas walaupun masih kelihatan parut-parut
kecil akibat terkena serpihan kaca. Arash kelihatan Arash yang dahulunya kacak
dan bergaya. Walaupun dia tidak mengenakan pakaian pejabat. Dengan pakaian
casual sudah terserlah ketampanannya. Nasib baiklah cita rasa abangnya boleh
tahan walaupun usianya awal 40an namun abangnya itu tidak kurang juga pandai
bergaya ikut citarasa orang muda. Alyssa sendiri tidak tahu berapa umur Arash.
Tapi Alyssa yakin usia Arash dalam lingkungan pertengahan tiga puluhan.
“Kenapa you memilih sangat, Shima
you kan
cantik, tentu ramai yang minat pada you apa lagi yang you cari,”ujar Arash tersenyum
sambil menyelak suratkhabar yang sememangnya tersedia di atas meja.
Alyssa dan Shima berpandangan sesama
sendiri. Apa tidaknya inilah kali pertama Arash berbual mesra dengan mereka. Di
pejabat Arash tidak pernah membuahkan senyum apatah lagi berbual mesra seperti
sekarang. Yang selalu di dengar mereka adalah kata-kata kesat dan herdikan dari
lelaki itu. Ada sahaja yang tidak berkenan di matanya. Malah mereka berdua
tidak menyangka Arash yang berada di hadapan mereka sekarang adalah Arash yang sama.
Arash di hadapan mereka sekarang Arash berubah 360 darjah. Peribadi mereka
ibarat langit dengan bumi. Adakah mereka berdepan dengan orang yang sama.
“Err, you tak tahu ke Rash, kita
sebagai wanita kena memilih kalau tidak kita yang makan hati berulam
jantung,”sindir Shima. Dia tidak pasti samada Arash faham akan maksudnya.
“Maksud you,” ujarnya seraya melipat
suratkhabar yang di bacanya tadi lalu meletaknya di atas meja berminat dengan
topik yang di bualkan.
Arash memandang ke arah Alyssa yang sedari
tadi pura-pura tidak mahu masuk campur lalu memandang Shima. Dia tahu
sungguhpun Alyssa pura-pura tidak mahu masuk campur tapi dia tahu Alyssa ingin
tahu juga.
“Simple, kita tak boleh terlalu
manjakan orang lelaki, kalau tidak egonya mengatasi segalanya, ingat dia berkuasa
dia boleh buat apa yang dia suka, dan kita sebagai wanita harus menurut sahaja,
I tak setuju mungkin dulu bolehlah di praktikan tapi wanita sekarang hampir
setaraf dengan lelaki zaman sekarang dan sudah pandai berdikari,”jelas Shima.
Sememangnya dia geram dengan lelaki seperti Arash sombong, bongkak dan terlalu
memandang rendah pada kaum wanita.
“Betul cakap you tu Shima, tapi tak
semua lelaki berpendapat sedemikian, ada juga lelaki yang menghormati dan
menghargai kaum wanita,” Arash mengulas ringkas.
What! Menghargai kaum wanita. Apa
betul ke apa yang aku dengar ni? Alyssa menjeling kearah Shima kerana hampir
sahaja dia terjatuh dari kerusi mendengar komen dari Arash.
“Lelaki hipokrit selalu berkata
demikian,” bidas Shima tidak mahu mengalah. Alyssa di sebelah tersentak
mendengarnya. Dia mencubit peha Shima supaya berhenti. Dia khuatir Arash dapat
mengingati semula akan kisah silamnya dan mereka akan di dakwa kerana
mempermainkannya. Bukannya Alyssa tidak tahu perangai sebenar Arash. Silap
haribulan mereka berdua di heret ke mahkamah dengan tuduhan menculik anak
tunggal hartawan Tan Sri Farihin.
Arash masih boleh tersenyum
mendengar sindirian pedas Shima yang pastinya di tujukan kepada dirinya.
“I mengalah Shima, memang lelaki
selalunya di labelkan hipokrit dalam hal sedemikian dan I tidak menafikannya,” ujar
Arash tersenyum lagi dia mengalihkan pandangan ke arah Alyssa yang sedang
menyelak akhbar.
“So you all tak terlewat ke pejabat
dah pukul 8.30,”tegur Arash.
“Yelah dah lambat pun, I pergi dulu
kalau apa-apa you call my handphone o.k.,”ujar Alyssa tergesa-gesa baru perasan
sudah pukul 8.30 pagi. Shima turut mengekori Alyssa dari belakang.
“Shima start enjin dulu, aku lupa
tanggungjawab aku,” ujarnya berlari anak menuju ke dapur. Dari jauh kelihatan Arash
berdiri di muka pintu dapur.
“Lysa pergi dulu bang,”ujar Alyssa
sambil mencium tangan Arash. Tanpa menandang atau melihat reaksi Arash bila dia
berbuat demikian Alyssa segera ke arah kereta. Dia mengenyitkan matanya kearah
Shima menandakan bahawa Arash benar-benar sah mengidap Amnesia.
To be continue..
No comments:
Post a Comment