Assalamualaikum…lama betul tak
buat entry DIY ni..aku tak berani nak letak label resepi sebab aku ni bukanlah
pandai memasak dan tidak pro..so letak nama DIY (Buat sendiri..haha) lebih kena
kot..ok dah lama benar aku tak buat dessert untuk putera puteri dan big boss
kat rumah. So aku pun pegilah tengok Pinterest..cari resepi dessert yang mudah
untuk orang rajin cam aku ni hehe..bila tengok cake dan dessert cantik dan
mengiurkan aku pun dah semangat..aku suka makan cheesecake haha..so beria-ia
cari cheesecake yang mudah lagi senang yang tak yah bakar.
Itu hari, aku ada merayau dekat
area opis aku masa time lunch..terjumpa lah kedai cake jelly heart. Wah sedap
ke jelly heart ni? Tengok macam cantik je..macam sedap je. So aku pun gi search
kat pinterest..eh ada yang buat kata senang..so apa lagi aku pun trylah membuatnya..maka
aku berpuas hati kerana memang sodap cheesecake jelly heart ni..tak caya buat
lah sonang gila hendak membuatnya.
Jelly Heart Cheesecake
Bahan2 untuk base
cheesecake:-
1 paket biskut digestive (dihancurkan)
1 blok mentega (dicairkan)
Bahan2 untuk
cheesecake:-
2 blok phidelphia creamcheese (atau yang sewaktu dengannya)
120gm gula castor
1 sudu kecil esen vanilla
Secawan cecair agar-agar (ni
digunakan untuk mampatkan cheesecake sebab saya tak guna gelatin..unless ada
gelatin yang halal maka guna satu sudu makan dan larutkan dengan air)
Bahan2 untuk Jelly:-
1 paket jelly kunikoniya perisa strawberi
Buah strawberry segar
Cara2 membuatnya:-
Step One
Biskut digestive yang telah di
hancurkan itu digaulkan bersama mentega cair hingga sebati. Make sure biskut
tak berderai. Dah sebati tu mampatkan biskut tu kat atas dulang. Dah siap
masukkan ke dalam peti sejuk biarkan keras.
Step 2
Sementara menunggu biskut tu
keras. Pukul creamcheese dan gula sehingga kembang. Dah kembang masukkan esen vanilla
dan cecair agar2. Keluarkan dulang biskut tu. Tuangkan ke atas dulang ratakan.
Lepas tu masukkan ke dalam peti sejuk biarkan keras.
Step 3
Potong buah strawberi dan buat bentuk
seperti hati. Ni guna creativity sendiri yek..lepas tu cairkan serbuk jelly strawberi
jangan terlalu banyak air agak2 berapa besar bekas cheesecake supaya jelly
tidak terlalu cair dan berair. Dah tu apa lagi susunkan buah strawberi kat atas
cheesecake yang telah di sejukkan. Dah susun tuangkan jelly di atas cheesecake
dan ratakan. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam peti ais sekali lagi biarkan
jelly anda beku dan cantik. Alhamdullilah..dah siap dessert yang persis dan setaraf café but DIY..harga
di luar S$47 dolar. Buat sendiri lagi muai kan3. Tapi pic yang di atas tu kawan keje beli maka kelihatan cantik dan pro..hehe yang aku buat tidaklah secantik yang di atas tu maklumlah first time membuatnya. Tak pe practice makes perfect! Pasti akan jadi serupa kek atas tu. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment