YANA
menyenggol lengan Natalia sebaik sahaja dia ternampak kelibat ketua pengawas mereka
masuk ke dalam perpustakaan. Ketua pengawas sekolah popular itu sering kali menjadi
perbualan hangat di setiap bibir pelajar-pelajar perempuan SMTI.
Boleh dikatakan ramai pelajar perempuan di sekolah tergila-gilakan Ketua Pengawas. Namun tiada seorang pun diantara pelajar perempuan di SMTI mendapat
perhatian Nik apatah lagi merebut hati Nik Faisal kerana lelaki itu berhati
batu dan seperti tunggul kayu. Dia tidak pernah melayan mereka. Dan dia juga seorang
lelaki yang dikategorikan sombong kerana dia tidak pernah mesra dengan pelajar
lain. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang terpilih boleh berkawan dengannya.
Yana dan Natalia memang tidak
berkenan langsung dengan Nik Faisal kerana Nik selalu mendenda mereka dengan
hukuman yang berat-berat. Dan guru displin sekolah memberi kuasa kepada Nik untuk
mendenda pelajar yang nakal. Apa ilmu yang Nik guna sehingga guru displin
memberinya sepenuh kepercayaan.
Natalia menjeling merasa
tidak puas hati dan terlampau geram amat dengan lelaki itu. Kerana Nik Faisal,
dia di denda membasuh tandas sekolah selepas habis kelas selama 3 hari
berturut-turut. Malah guru displin dan Puan Pengetua tidak berkata apa bila
mereka didenda begitu kerana mereka terlalu sayang dan percayakan Nik Faisal. Kata
mereka Nik tidak pernah menyalah gunakan kuasanya dan Nik seorang pengawas yang
bertanggungjawab. Tanggungjawablah sangat! Suka-suka hati mendenda mereka.
Kesalahan yang Natalia buat tidaklah sebesar mana. Hanya mengeluarkan
angin dari tayar kereta cikgu Alia. Itu sahaja, dia marahkan cikgu Alia kerana
cikgu Alia tidak memberinya markah yang sepatutnya dia terima, menurut cikgu
Alia, Natalia tidak menumpukan perhatian di kelas semasa dia mengajar dan asyik
berangan. Bukan dia tidak mahu tumpukan perhatian pada kelas cikgu Alia. Alasannya
cara cikgu Alia mengajar amat membosankan. Sebab itu dia lebih suka berangan
sendiri semasa cikgu Alia mengajar.
Nik Faisal mencapai buku
rujukan Kimia tingkatan 6 atasan dari rak terdapat buku-buku rujukan tingkatan 6. Buku
itu di buka lalu diselak perlahan helaian demi helaian muka surat dari buku yang
tebal itu sambil berjalan.
“Lia..tak kan kau nak
tengok sahaja si Nik tu! Kau tak geram dengan dia ke??? Dia yang buat kita basuh
tandas 3 hari berturut-turut. Eiii!!! Geram pulak aku tengok muka dia tau!,”
ujar Yana sambil memintal-mintal hujung tudungnya kerana merasa geram teramat
sangat.
Ikutkan hati mahu sahaja dia menyepak-yepak muka Nik Faisal kerana
Nik hidup mereka sengsara. Nik seorang ketua pengawas yang tidak boleh bertolak
ansur. Dia terlalu tegas.
Dia dan Natalia
benar-benar dendam dengan Nik.
Natalia mengengam pen
parkernya kuat. Perasaan geram mula menyelubungi hatinya. Wajah Nik di pandang
besar kecik sahaja dari tadi. Dia masih berdendam dengan Nik.
3 hari sebelum
“Dah bersih tandas ke
belum??,” ujar Dania dengan wajah serius bila dilihat Natalia dan Yana berdiri
di muka pintu tandas hanya berbual-bual dan tidak berbuat apa-apa.
“Yana..Assistant si mawas sudah mari!!,” sindir
Lia bila pembantu ketua pengawas menegur mereka.
“Eh kau jangan nak berlagak eh!..Setakat Assistant je nak bising-bising, kita punya sukalah! Apsal kau
sibuk!,” ujar Natalia lalu menjentik nametag
Dania.
“Kau berdua ni memang
tak serik kan! Nak kena denda lagi ke? Cuci tandas tak cukup?,” ujar Dania lalu
memandang wajah Natalia tepat.
Dia tidak suka pada Natalia. Siapa yang tidak kenal Natalia,
Natalia adalah pelajar perempuan ternakal di Tingkatan 5. Dia tidak mengerti mengapa
sikap Natalia begitu. Natalia seorang pelajar yang pintar namun dia juga nakal
bukan main tidak padan dengan perempuan.
“Denda??? Eh aku tak
takut dengan ugutan kau lah? Dengan si mawas aku tak takut inikan pula gundik
si mawas!,” jawab Natalia dengan wajah selamba.
“Kurang ajar kau eh!,”
pantas sahaja tangan Dania menampar mulut Natalia yang celupar. Impak dari
tamparan Dania membuatkan Lia jatuh terduduk di lantai.
Dania tidak dapat mengawal marahnya bila Natalia berkata demikian
kerana Natalia benar-benar kurang ajar dengannya.
“Eh kau dah kenapa??? Berani
tampar-tampar orang ni tak puashati!..Jumpa aku pukul 4.00 petang nanti kat
padang sekolah kalau kau nak tunjuk terrer sangat!,” celah Yana bila Dania
menampar muka Natalia. Dia tidak menyangka Dania berani menampar muka Natalia.
“Suka
hati kau nak tampar muka aku eh! Kau dah lama hidup ke?,” ujar Natalia menyapu
pipi merahnya perlahan bila di tampar Dania. Dia bingkas bangun lalu menghampiri
Dania. Tangannya mahu di hayunkan ke muka Dania.
“Natalia!!,” jerit Nik
Faisal tangannya sempat menahan tangan Natalia dari hinggap di pipi Dania.
Dania dan Yana tergamam
seketika bila Nik tiba-tiba muncul entah dari mana.
“Eh lepaskan tangan aku
lah BERUK!!!,” jerit Natalia cuba melepaskan tangannya dari gengaman Nik
Faisal. Dia menumbuk-numbuk bahu Nik Faisal sekuat hati mengunakan tangan
kirinya bila lelaki itu tidak mahu melepaskan tangan kanannya. Semakin kuat
genggaman Nik Faisal, dia sengaja tidak mahu melepaskan tangan Natalia kerana
khuatir jika dia lepaskan tangan Natalia, Natalia akan menampar Dania.
“Dania awak pergi balik,
biar saya sahaja yang handle
Natalia,” ujar Nik perlahan lalu menoleh kearah Dania yang berdiri di belakangnya.
“Tapi
Nik!,”
“Balik Dania, biar saya yang uruskan Natalia,” ujar Nik bila Dania
enggan pulang.
“Eh perempuan jadi budak baik! Dengar cakap boyfriend kau! Dia suruh kau balik..balik ajelah!, Apsal??? Kau
takut eh??,” ejek Natalia dengan wajah sinis bila Dania kelihatan teragak-agak
untuk meninggalkan mereka.
“Nik..you see lah. She’s very rude!,” ujar Dania manja bila
Natalia mengejeknya.
“Just ignore her, I see you
tomorrow,” pujuk Nik perlahan.
Natalia pura-pura menguap kecil rasa meluat bila Nik memujuk Dania.
“Lame!,” cemuh Natalia
lalu tersenyum sinis.
Dania terpaksa menurut perintah Nik. Dia sebenarnya keberatan
hendak meninggalkan Natalia bersama Nik. Dia tidak mahu Natalia cuba mengoda
Nik kerana dia sukakan Nik.
Dia sedar Natalia selalu mencari pasal bila Nik ada agar Nik
mendendanya. Dengan pengawas lain dia tidak membuat sebarang masalah. Dia tahu
Natalia mahukan perhatian dari Nik.
****
LIA tersentak
bila Yana mengoyangkan lengannya kerana Nik sudah semakin hampir ke meja mereka
dan Lia tidak melakukan apa-apa.
Apa yang hendak dia buat
sekarang??? Nik sudah semakin hampir. Lia memandang kearah meja cuba mencari
sesuatu. Dia tersenyum bila menyedari di tangannya terdapat pen parker.
Lia membaling pen parker
itu sekuat hati kearah Nik. Pen itu terkena tepat di kepala Nik. Sehingga
mereka terdengar bunyi ‘keletuk’ menandakan ianya kuat maka ia berbunyi
demikian. Pen parker itu terpelantun jatuh ke bawah.
“Aduh!!,” ujar Nik tersentak
terperanjat bila kepalanya terkena benda keras yang di baling seseorang. Dia
menoleh kearah 2 orang pelajar perempuan yang duduk di meja tidak jauh dari
tempat dia berjalan tadi. Tiada orang lain yang duduk di meja berdekatan melainkan
2 orang pelajar wanita yang terkenal dengan kenakalannya berada di situ.
Natalia tidak merasa gentar jika dia di denda lagi asalkan hatinya
merasa puas dapat melakukan sesuatu. Natalia tersenyum lebar kerana balingannya
terkena tepat pada sasarannya sehingga atas kening Nik kelihatan luka akibat impak
dari hujung tajam pen parker besi yang di balingnya tadi.
Nik menghampiri meja mereka kerana dia mahu penjelasan dari
pelajar itu kenapa dia berbuat demikian.
“Kenapa awak baling pen ni pada saya???,” tanya Nik wajahnya kelihatan
serious dan suaranya tegas.
“Saja suka!,” jawab Natalia lalu tersenyum sinis dengan wajah
tidak bersalah. Dia tidak kisah jika perbuatannya itu akan menyebabkan dia di
denda lagi. Dia sudah lali.
“SAJA!!!,” ulang Nik memandang wajah Natalia tanpa berkedip. Dia
tahu Natalia memang suka mencari masalah dengannya.
Pelajar perempuan itu seperti tidak serik didendanya berkali-kali.
Sayang sekali Natalia seorang pelajar perempuan terpintar di kelas Tingkatan 5.
Namun perangainya tidak sepadan dengan orangnya.
“Ya…saja! Sebab aku tak suka tengok muka kau! Menyemak aje! Kau
fikir sekolah ni..sekolah kau! Suka-suka hendak tunjukkan kuasa! Eh kau tu cuma
setakat Ketua pengawas ajelah! Aku tak takut…,” jawab Natalia sengaja hendak
menyakitkan hati Nik Faisal.
Nik cuba mengawal perasaannya bila Natalia berani bersikap kurang
ajar dengannya. Dia tidak tahu kenapa Natalia selalu menempah masalah. Apa yang
Natalia tidak puas hati dan benci sangat dengannya. Jika Natalia benci
kepadanya kerana selalu di denda. Salah Natalia sendiri kerana dia yang mencari
dan mengundang masalah sendiri.
Dia tiada pilihan lain Natalia pelajar nakal, maka dia harus didenda.
Semua pelajar yang melanggar peraturan dan undang-undang sekolah di dendanya
setimpal dengan perbuataan mereka. Tiada istilah pilih kasih. Dia seorang ketua
pengawas yang tegas dan di segani. Ramai pelajar serik hendak melakukan
kesalahan setelah di denda olehnya. Jika pengawas lain yang denda mereka masih
boleh mengelak dan buli pengawas yang tidak tegas. Tapi dengan Nik mereka tidak
boleh. Kerana Nik punya penyokong kuat dari Guru Displin dan Pengetua sekolah.
Namun Natalia seperti tidak serik. Dia seakan suka di denda selalu
dengan melakukan kesalahan. Dan setiap kesalahan yang dia buat selalu di denda
oleh Nik kerana dia sengaja mahu Nik yang mendendanya dan bukan pengawas lain.
Natalia mahu menyimpan rekod, murid terbanyak di denda Nik.
“Ok,” jawab Nik lalu menarik pen yang terdapat di poketnya lalu menulis
laju di atas note pad atau ‘surat
denda’ yang selalu di bawa bersama.
“Dia dah keluarkan surat saman dia Yana,” sindir Natalia lalu
mencebikkan bibirnya bila Nik mahu mendendanya lagi. Dia tidak kisah kerana dia
sudah biasa. Apa yang dia tahu. Dia merasa puas hati dapat mengenakan Nik. Ini
baru dia kenakan sedikit.
“Nah..ini untuk awak berdua!,” ujar Nik lalu meletak nota itu di
hadapan Natalia dan Yana.
“Eh apa pulak aku kena jugak!! Aku tak buat apa-apa!,” protes Yana
bila Nik mengenakan denda ke atas dirinya juga.
“Awak juga bersubahat dengan dia! So awak juga di denda!,” ujar Nik dengan wajah bersahaja.
Natalia tidak mengambil nota itu. Dia hanya merenung wajah Nik
tanpa berkedip dengan perasaan geram. Yana mencapai nota lalu membacanya.
“What!!! Oh come on!!
Apa ni????? Kemas kantin!..Buka gate
sekolah! Selama seminggu! You are too
much!!,” protes Yana bila dia membaca denda yang di berikan ke atas diri
mereka.
“Too much really???,”
ujar Nik dengan wajah sinis lalu meninggalkan mereka berdua.
bersambung....
No comments:
Post a Comment