Friday, 26 February 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 5






                       
                        “SIGNORA prego uscire dalla Fontana!,” (Ms. please exit the Fountain!)

                        “Eiii...Aku tak jumpa lagi lah! Tak faham ke?? Kalau dah jumpa nanti. Aku keluarlah dari Fountain ni!,” jerit Lia geram tanpa memperdulikan amaran pegawai polis Rome itu.

Dia tidak akan berganjak selagi dia tidak bertemu dengan duit siling yang dia telah campakkan ke dalam Fountain ini.

                        See! I told you she’s your race!, Help her! Maybe she don’t understand Italian,” ujar Dante bila wanita itu bersuara.

Dante kenal benar dengan bahasa yang di gunakan wanita itu. Sama bahasa yang selalu di gunakan teman sekerjanya bila dia berbual bersama keluarganya.

                        Ufficiale, mi può aiutare! Forse lei non capisce italiano,” (Officer, I can help you! Maybe she do not understand Italian)

                        Si può capire il suo linguaggio? Si prega di farle sapere che lei non dovrebbe essere nella fontana. Si tratta di un crimine!,” (You can understand her language? Please let her know that she is not supposed to be in the fountain. It is a crime!) terang pegawai polis itu.

                        Naturalmente, io farle sapere,” (Of course, I will let her know) ujarnya lalu mendekati Fountain.

                        Semua mata tertumpu ke arah lelaki dan wanita yang berada di dalam Fountain itu. Semakin ramai yang menyaksikan mereka kerana perbuatan wanita itu telah mengundang ramai pengunjung yang ingin tahu apa yang telah berlaku sehingga terdapat sebuah kereta petrol polis disitu.

                        “Cik...! Cik tak boleh masuk dalam Fountain ini! Ini adalah kesalahan besar!,” ujarnya dengan suara tenang.

Dia ingin membantu wanita itu terlepas dari masalah. Jika benar wanita itu tidak mengerti dan faham akan perbuataannya itu adalah salah. Dia bisa memberitahu pegawai polis itu agar melepaskan kesalahan yang telah wanita itu lakukan.

                        “Aku nak duit aku balik? Sebab itu aku sibuk cari duit aku dalam kolam ni?,” ujar Lia lalu menoleh memandang ke arah lelaki yang bisa berbicara bahasa melayu.

                        Pandangan mata mereka bertaut. Kedua-dua mereka kelihatan terperanjat dan tergamam seketika.

                        What!!,” ujar Lia lalu cepat-cepat menoleh ke arah depan semula. Lia cuba mengingati siapa lelaki itu. Wajahnya cukup familiar di matanya. Tapi siapa? Lia berfikir sendiri.

                        Lelaki itu mengeluh berat kerana seakan kenal pada wanita itu! Sungguhpun wajah wanita itu kelihatan sedikit berlainan kerana dia sudah dewasa. Tapi dia tidak akan lupa wajah wanita itu.

Dia tidak menyangka sama sekali akan bertemu semula dengan wanita itu, setelah 10 tahun lamanya. Dan kini mereka bertemu semula di Rome! What a small world!

                        Officer, I capita di conoscere. Lei è il mio cugino. La sua mente non è stabile. Mi può aiutare a portarla fuori da questo Fontana,” (Officer, I happen to know her. She is my cousin. Her mind is not stable. I can help her out of this Fountain) ujar lelaki itu kepada pegawai polis yang berdekatan dengannya.

                        Lia mengerutkan dahinya bila lelaki itu berbicara dalam bahasa Italian berkata sesuatu kepada pegawai polis berkenaan.

                        Va bene, procedere,” (Okay, proceed)

                        Lelaki itu menanggalkan jaketnya lalu di serahkan kepada temannya. Dia melipat kemeja lengan panjangnya ke paras siku. Dia menanggalkan kasut dan stokinnya. Seluar panjangnya di lipat hingga ke paras lutut.

                        Davvero fastidioso!,” (Really annoying!) cemuhnya sebelum melangkah masuk ke dalam fountain.

                        Lia terdengar lelaki itu mengeluh sebelum dia masuk ke dalam Fountain. Dia mencebikkan bibirnya. Lia berdiri di tempatnya tanpa bergerak. Dia tahu lelaki itu sudah hampir kepadanya bila air di dalam Fountain bergelombang.

                        You sengaja cari masalah ke? Apa you buat dalam Fountain ni?,” tegur lelaki itu perlahan sebaik sahaja dia berdiri di sebelah wanita itu.

                        “Eh sukalah! Yang you sibuk kenapa?,” jawab Lia lalu menjeling ke arah lelaki itu dengan wajah kurang senang. Dia tidak meminta lelaki itu membantunya.

                        You tak berubah kan! Sama sahaja perangainya,” ujar lelaki itu lalu menoleh ke arah wanita itu.

                        “Eh you siapa?? Hendak sindir-sindir I! I tak perlukan bantuan you?,” jawab Lia lalu menolak bahu lelaki itu mengunakan jari telunjuknya berkali-kali. Sakit hatinya bila lelaki itu menyindirnya mengikut sesuka hatinya. Siapa lelaki itu? Bukan abang atau saudaranya.

                        I hanya hendak bantu you! Lebih baik you keluar sebelum polis Rome masukkan you kedalam Hotel istimewa mereka,”

                        “Tak nak!..Selagi I tak jumpa apa yang I cari..I tak akan keluar dari Fountain ini!,” jawab Lia berdegil tidak mahu keluar dari Fountain.

                        “Apa yang you cari???,” tanya lelaki itu.

                        I cari duit satu sen Malaysia I,” jawab Lia lalu menjeling ke arah lelaki itu.

                        “Duit siling 1 sen Malaysia! You betul-betul gilakan! Kalau you hendak duit 1 sen Malaysia..I boleh kasi you,” ujar lelaki itu lalu menoleh ke arah wanita degil itu.

                        “Mana??? Kasi I sekarang?,” ujar Lia lalu menghulurkan tangannya. Dia tahu lelaki itu menipunya. Lelaki itu tidak punya duit 1 sen Malaysia. Dia hanya berkata demikian kerana mahu mengumpannya agar keluar dari Fountain.

                        “Sini tak ada. Kat rumah,” jawab lelaki itu dengan wajah serious.

                        Then too bad..I won’t budge!,” jawab Lia lalu memeluk tubuhnya.

                        Va tutto bene? Si può gestire il suo? Avete bisogno del nostro aiuto?,” (Everything is alright? Can you handle her? You need our help?)

                        Non preoccupatevi ufficiale, abbiamo trovato l'anello! Sto portando la sua ora!,” (Do not worry officer, we found the ring! I'm bringing her now!) jawab lelaki itu.

                        Lia mengerutkan dahinya bila lelaki itu menjawab pertanyaan polis Rome.

                        They are getting restless! You better get out from here! Before they take drastic action!,” ujar lelaki itu lalu memandang wajah wanita degil itu.

                        Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja dia mengangkat wanita itu keluar dari Fountain. Senang cerita. Tapi dia cukup kenal dengan perangai wanita itu. Wanita itu seorang wanita yang cukup degil, dia tidak akan bersetuju dengan tindakannya. Dan dia tidak mahu masuk ke dalam lokap kerana di tuduh ‘molester’ oleh wanita itu.

                        “Kalau you berdegil juga, I pergi sekarang! Pandai-pandailah you jawab dengan polis Rome itu nanti,” ujar lelaki itu berputus asa untuk memujuk wanita degil.

Dia ingin berjalan keluar dari Fountain. Dia cuba untuk membantu wanita itu. Tapi wanita itu degil. Tiada apa yang dapat dia buat jika wanita itu sendiri tidak mahu di bantu.

                        Melihatkan lelaki itu mahu berjalan semula. Lia segera menarik lengan lelaki itu. Dia tidak mahu bermalam di dalam lokap lagi. Dia tidak mahu menyusahkan Uncle Firdausnya lagi kerana dia punya mangsa baru yang boleh mengantikan tempat Uncle Firdaus.

                        “Macamana nak keluar? Apa alasan you beri pada polis itu?,” ujar Lia dengan wajah pura-pura cemas lalu memandang tepat ke wajah tampan lelaki itu.

                        Lelaki itu menyeluk saku seluar panjangnya. Tadi dia ke kedai emas mengambil cincin arwah neneknya yang di beri kepada ibunya yang telah di gilap dan di cantikkan semula. Dia terpaksa mengunakan cincin itu sebagai alasan.

                        Oh ok..smart!,” jawab Lia lalu tersenyum.
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment