Monday, 29 February 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 7



 
 
 
 

                          NIK memberhentikan keretanya di hadapan bangunan di mana alamat rumah Natalia tertera. Dia menoleh ke arah Natalia di sebelah. Lalu mengoyangkan bahunya perlahan.

Penat dia melayan karenah Lia yang suka bermain-main dengannya. Tadi Lia kata rumahnya di Selatan Rome. Setelah dia pandu kereta ke sana. Lia memberitahunya bahawa rumahnya bukan di situ tapi di daerah central. Hampir setengah hari dia memandu keliling Rome melayan karenah Lia. Jika beginilah cara Lia mengusiknya selalu, dia boleh pendek umur.

                        “Lia! Dah sampai!,” ujarnya lalu menoleh ke arah Lia sekilas.

                        Wanita itu tidak sedar dari tidur. Tidak sedar atau sengaja! Nik mengeluh kecil. Dia benar-benar tidak menyangka akan bertemu Lia di Rome. Di dalam ramai-ramai pelajar sekolah SMTI dia boleh bertemu semula dengan Lia dan tidak teman lain.   Dan terus terang dia tidak berapa teruja bertemu dengan Lia semula kerana dia masih ingat akan perlakuan Lia terhadap dirinya dahulu.

                        Dan sepanjang perjalanannya menghantar Lia pulang ke rumah. Lia tidak penat bercerita mengenai perihal dirinya sejak dia tamat sekolah sehinggalah sekarang. Nik  hanya mendengar sahaja celoteh Lia. Lia dengan sendirinya mahu menceritakan kisah hidupnya. Semua Lia ceritakan kepadanya tanpa dia minta.

Dia merasa pelik kerana dia tidak pernah berkawan dengan Lia semasa di sekolah kerana mereka berdua tidak boleh bersua muka. Musuh ketat utama dan setiap kali bertemu, mereka pasti akan bertelagah.

Lia yang menyebabkan keningnya berparut dahulu. Lia juga yang meninggalkan bekas gigitan di tangannya bila Lia mengiggit tangannya ketika dia tidak mahu melepaskan tangan Lia semasa Lia mahu menampar pembantunya Dania.

Pendek kata hubungan mereka berdua memang tidak pernah aman. Dia tidak suka pada Lia. Begitu juga Lia. Pada Nik, Lia seorang wanita yang bermasalah dan sentiasa mahukan perhatian. Nik tidak suka dengan perangai Lia sejak dari dulu lagi. Lia seorang spoilbrat. Harap rupa sahaja cantik tapi perangai tidak seindah wajahnya.

                        Namun takdir menemukan mereka semula setelah 10 tahun lamanya tidak bertemu. Kali terakhir dia bertemu dengan Lia ketika dia menyelamatkan Lia dari lemas. Itu kali terakhir. Dia benar-benar tidak menyangka akan bertemu semula dengan Lia selepas kejadian itu.

                        “Lia bangun!,” ujar Nik menolak lengannya.

                        Lia masih tidak mahu bangun. Nik mematikan enjin keretanya. Dia keluar dari kereta lalu menuju ke arah pintu bangunan rumah Lia. Dia menekan buzzer lalu berkata sesuatu. Seketika kemudian pintu bangunan terbuka.

                        Nik kembali semula ke keretanya lalu membuka pintu penumpang. Dia mengejutkan Lia.

                        “Lia please..we are at your place now!,” ujar Nik menarik tangannya.

                        Lia tidak membuka matanya. Dia malah tidur tanpa sedar.

                        Unbelieveable!!,” ujar Nik lalu mengangkat Lia bila Lia tidak mahu bangun setelah di kejut berkali-kali.

Dia tahu Lia sengaja tidak mahu bangun namun dia tidak punya pilihan lain. Jika dia biarkan, Lia tidak akan bangun dan terus tidur di dalam keretanya. Bukan dia tidak tahu perangai merepek Lia. Semua dia berani lakukan. Jika tidak, masakan dia berani tidur di lokap berkali-kali di Rome. Dan masih tidak serik-serik lagi.

Ia, Lia ceritakan semuanya kepadanya semasa dia memandu tadi. Lia kerap kali tidur di lokap kerana melakukan kesalahan di Rome. Dan perbuatannya tadi adalah salah satu antics yang dia mahu tidur di dalam lokap semula. Dia sendiri tidak tahu apa masalah dan penyakit Lia.

                        Lia memeluk tengkuk Nik sebaik sahaja lelaki itu mengangkatnya. Nik mendengus geram kerana dia tahu Lia sengaja mahu dia mengangkatnya. Ikutkan hati ingin sahaja dia membaringkan Lia di atas lantai dan tinggalkan dia di situ. Namun Nik tidak sekejam itu.

                        Thank you,” ujar Nik bila pembantu rumah Lia membukakan pintu rumah agar mudah Nik membawa Lia masuk ke rumahnya.

                        Who are you young man?,” teguran seseorang cukup membuatkan Nik berhenti di hujung tangga.

Nik memandang ke atas di lantai 2 rumah itu. Berdiri tercegat seorang lelaki matang usianya. Mungkin dalam lingkungan 50an. Lelaki itu memandang wajahnya dengan padandangan serious menunjukkan dia tidak suka.

                        “Nik Faisal,” jawab Nik lalu memandang wajahnya.

                        You are malay?? What happen to my niece?? Where do you find her?,” ujar lelaki itu dengan nada risau bila melihat lelaki itu terpaksa mengangkat anak saudaranya. Lia sakit?

                        She’s ok..She’s sleeping! I found her at Trevi Fountain,” jawab Nik jujur lalu mendaki anak tangga menaiki tingkat 2 rumah itu. Dia mengekori pembantu rumah menuju ke arah bilik Lia.

                        Sebaik sahaja pembantu Lia membetulkan bantal di katilnya. Nik membaringkan Lia di atas katil. Nik menyerahkan tas tangan yang tersangkut di bahunya kepada pembantu rumah Lia.

                        Grazie giovanotto. Il mio padrone preoccupato per sua nipote,” (Thank you young man. My master worried about his niece) ujar pembantu rumah Lia dengan wajah lega.

                        Preoccupato ?? Perché? Non sta bene?,” (Worried?? Why? She's not well?) jawab Nik perlahan kerana tidak mahu Lia terdengar perbualan mereka. Lagipun dia tidak tahu samada Lia benar-benar sudah tidur atau berpura-pura.

                        Aveva mancato rapporto di recente. Si suppone di sposarsi il mese scorso. Ma cauzione dello sposo per la sua,” (She had relationship failure recently. They are supposed to get married last month. But the groom's bail on her),” terang pembantu rumah Lia dengan wajah simpati.

                        Lia terdengar akan perbualan Maria dengan Nik kerana dia tidak benar-benar tidur dan dia sengaja mahu Nik mengangkatnya hingga ke bilik. Ingin lihat sejauh mana Nik sanggup melayannya. Hatinya tiba-tiba merasa sebak mendengar perbualan mereka lalu menitiskan airmata.

                        È così? Va bene che sono il suo vecchio amico, se hai bisogno di contattarmi, qui è il mio contatto no,” (Is that so? It's ok I'm her old friend, if you need to reach me, here's my contact no,) ujar Nik lalu menyerahkan business cardnya kepada pembantu Lia.

                        Grazie. Tu sei bravo ragazzo!,” (Thank you. You are nice young man!) ujar pembantu rumah Lia dengan wajah ceria. Melihat keikhlasan lelaki itu mahu membantu anak saudara majikannya membuatkan dia merasa lega kerana lelaki itu dapat meringankan bebanan mereka. Mana tahu Lia berubah sikap dan menjadi wanita yang baik.

                        Non parlare,” (Don't mention) jawab Nik lalu membalas senyumannya. Dia keluar dari bilik Lia lalu menuju ke arah lelaki yang menegurnya tadi. Menurut pembantu rumahnya lelaki itu adalah pakcik Lia.

                        “Maaf Encik-,” tegur Nik kerana lelaki itu berdiri membelakangkannya.

                        “Firdaus...., terima kasih kerana menghantar anak saudara saya pulang dengan selamat,” jawab lelaki itu lalu menoleh memandang wajah lelaki yang menghantar anak saudaranya pulang ke rumah. Dia tidak pernah bertemu dengan pemuda melayu itu sebelum ini. Siapa lelaki itu? Kenalan baru Lia? Dia tidak pernah nampak Lia keluar bersama lelaki itu.

                        “Kembali,” jawab Nik sopan. Dia ingin meminta diri dari lelaki itu untuk pulang ke rumah. Rumahnya jauh dari rumah Lia dan dia ingin segera pulang kerana penat melayan Lia tadi.

                        “Awak kenalan Lia??, Sila duduk-,” ujar Firdaus lalu duduk di sofa berdekatan. Dia ingin tahu lebih lanjut mengenai anak muda itu. Mereka berada di bumi asing. Jarang sekali dia bertemu dengan pemuda sebangsanya di Italy. Dan lihat dari cara dan turut kata pemuda itu. Firdaus percaya dia seorang pemuda yang baik dan berhemah tinggi.

                        “Nik Faisal,” jawab Nik memperkenalkan dirinya kepada pakcik Lia lalu duduk setelah di pelawa. Niatnya untuk pulang cepat terpaksa ditunda kerana pakcik Lia seperti tidak mengizinkannya pergi. Dia dapat merasakan pakcik Lia mahu tahu tentang dirinya.

                        “Nik, dah lama awak kenal Lia?,” tanya Firdaus lalu memandang wajah anak muda itu.

                        Nik tersenyum bila Uncle Firdaus Lia mengajukan soalan itu. Bagaimana hendak dia terangkan kepada pakcik Lia bahawa dia kenal Lia sejak di sekolah menengah dan mereka sebenarnya bukan kenalan. Mereka musuh ketat di sekolah.

                        “Boleh dikatakan kenalan lama juga, saya dulu ketua pengawas sekolah,” jawab Nik tanpa mengulas panjang.

                        Huh?? Really?? Let me guess, she happens to know you, sebab she break school rules??,” ujar Firdaus lalu tersenyum.

Jika pemuda itu mengatakan dia Ketua Pengawas sekolah. Maka Lia telah banyak melakukan kesalahan dan seringkali didenda lelaki itu.

Dia selalu menerima aduan dari kakaknya mengenai Lia, semasa Lia di sekolah menengah dahulu. Kakaknya Fazuin seringkali di panggil ke sekolah menemui pengetua sekolah mengenai perihal anak saudaranya yang nakal tidak terkawal.

Nik tidak menjawab dia hanya tersenyum. Senyuman yang di berikan cukup membuatkan Uncle Firdausnya faham.

Right! Saya dah duga. Lia..Lia,” ujar Firdaus tersenyum lalu mengelengkan kepalanya perlahan. Dia sudah masak dengan perangai kenakalan Lia. Perbuatan Lia membuatkan kakaknya dan arwah abang iparnya pening kepala memikirkan cara untuk menangani perangai Lia yang suka membuat masalah.

Dahulu mereka menyangka Lia begitu kerana nakal dan berperangai kebudak-budakkan. Tapi setelah Lia dewasa, mereka sekeluarga mendapat tahu bahawa Lia mengidap penyakit Histronic Personality Disorder Symptoms. Penyakit yang sentiasa mahukan perhatian.

There’s one incident she caused trouble injuring one of the student in school dan my sister kena bertemu dengan pengetua sekolah dan meminta maaf dengan that student on Lia’s behalf,” ujar Firdaus teruja bila dia teringatkan suatu peristiwa bila anak saudaranya bertindak di luar kawalan dengan membaling pen parker kepada seorang pelajar sekolahnya. Dan perbuataannya itu telah membuatkan Lia di gantung sekolah selama 3 hari.

Nik tersenyum lagi bila Firdaus teringatkan salah satu incident yang berlaku di sekolah. Dan pelajar yang di maksudkan itu adalah dia.

Masih segar di ingatan Nik, ibunya Lia, Puan Fazuin meminta maaf darinya berkali-kali dia atas perbuataan anaknya yang menyebabkan kepalanya luka.

Nik tidak menyangka pengetua sekolahnya telah memanggil Puan Farzuin ke sekolah. Dan dia tidak pernah meminta Puan Farzuin meminta maaf darinya. Dia kasihan pada Puan Fazuin kerana terpaksa menanggung malu diatas perbuataan dan kenakalan anaknya maka sebab itu dia tidak mahu membesar-besarkan cerita.

The student is a guy. Pengawas juga..wait don’t tell me it’s you!,” ujar Firdaus lalu memandang wajah Nik bila pemuda itu tidak bersuara sedari tadi malah mendengar celotehnya sahaja mengenai Lia.

Nik tersenyum lalu menganggukkan kepalanya perlahan mengiyakan tekaan Firdaus.

Oh my goodness..it’s really you! Lia told me that both of you can’t look eye to eye..you guys are sworn enemies..I can’t believe it!..it’s just so coincidence, you both met again after? Like what? 9 years?-,”

10 to be exact,” jawab Nik lalu tersenyum.

10 years???..How time flies!





bersambung....








 



No comments:

Post a Comment