LIA
berdiri tercegat lalu meletak bakul di hadapan pintu pejabat. Dia mengeluarkan
kad Nik untuk memastikan bahawa dia tidak tersilap office. Dia melirik kearah jam di pergelangan tangannya. Jarum jam
menunjukkan pukul 11.30 pagi. Masih awal lagi dan dia percaya Nik belum keluar
makan tengahari.
Lia mencapai bakul yang penuh sarat dengan sandwiches yang dia sediakan bersama Maria pagi tadi. Pelbagai
jenis sandwich yang dia buat untuk
Nik kerana dia tidak tahu sandwich
kesukaan Nik. Maka dia sediakan pelbagai rasa dan pilihan. Bijak tak dia.
Senyum Lia sendiri.
Sekali pandang dia kelihatan seperti pekerja sandwich delivery kerana bakul yang dibawa Lia besar dan dalamnya
penuh dengan pelbagai jenis sandwich gourmet.
“Buon pomeriggio! Consegna Sandwich per Nik Faisal!,” (Good Afternoon!
Sandwich delivery for Nik Faisal!,” Ujar Lia lalu meletak bakul besar itu
di atas kaunter penyambut tetamu pejabat Nik.
“Sandwich per Nik! (Sandwich for Nik!)
“Sì!,” (Yes!) jawab Lia
tersenyum lebar.
“Ok, io fargli sapere,” (Ok, I will let
him know),” jawab si penyambut tetamu itu lalu membalas senyuman wanita
delivery itu.
Perempuan itu menekan extension Nik lalu memandang wajah delivery lady itu.
“Da quali Deli?,” (From which
Deli?)
“Maria Deli,” jawab Lia tanpa
berfikir panjang dan wajah kelihatan selamba sahaja.
*****
“YOU send the lady home straight last night?,”
tanya Dante kerana dia ingin tahu sangat tentang cerita Nik bersama dengan
teman wanita yang dikatakan bermasalah itu.
“Don’t ask!,” jawab Nik lalu menyandarkan badannya di kerusinya. Dia
memandang wajah Dante yang sedang duduk di mejanya ingin tahu apa yang berlaku
setelah dia menghantar Lia semalam.
“Why?? Is she that bad! Why do you hate her so much!,” jawab Dante
lalu ketawa kecil bila Nik berkata demikian dan tidak berminat bila dia
bertanya tentang wanita itu.
“Can’t you read? Trouble written all over her face!,” ujar Nik dengan
wajah tidak percaya bila Dante menuduhnya seorang lelaki yang tidak
bertimbangrasa.
Selepas dia keluar dari rumah Lia. Dia merasa lega teramat sangat.
Seakan bebannya sudah di tinggalkan di rumah itu. Dia merasa serik dan tidak
mahu terlibat dengan Lia lagi. Cukuplah Lia menderanya di sekolah dahulu. Dia
tidak perlu di dera lagi.
“Maybe she is not well? Maybe she has the same illness like your sister?,”
ujar Dante lalu mencapai frame gambar
yang terdapat di atas meja pejabat Nik. Gambar yang sama sentiasa berada di dalam
dompet Nik. Dia tahu kisah sedih Nik. Dan dia bersimpati dengan nasibnya.
Nik terdiam seketika bila
Dante berkata demikian, mungkin ada kebenaran pada kata-kata Dante. Mungkin juga
Lia mengidap penyakit yang sama.
Nik tersentak
terperanjat bila telefon pejabatnya berbunyi tiba-tiba. Nik mencapai gagang
telefonnya.
“Si, Rina..What??? Who???? I’m coming now!,” ujar Nik lalu meletak
gagang telefonnya semula. Dia mengelengkan kepalanya perlahan tidak percaya
dengan apa yang dia dengar dari Rina. Bala sudah tiba. Baru sekejap tadi dia memberitahu
Dante jangan di tanya tentang wanita itu. Lia sudah menjelma. Bagaimana Lia
tahu dimana dia bekerja?
“Who’s that?,” tanya Dante bila Nik kelihatan tidak selesa sebaik
sahaja menerima intercom dari penyambut tetamu syarikat mereka, Rina.
“The troublemaker!,” jawab Nik ringkas lalu bangkit dari kerusinya.
Dia ingin segera bertemu dengan Lia. Dia tidak mahu Lia membuat stunt yang bukan-bukan dan membuat officenya huru hara. Sebelum berlaku
apa-apa ada baiknya dia menghalau Lia keluar dari pejabatnya.
“Troublemaker?? You mean she’s here! Really??,” jawab Dante tetawa
kecil lalu mengekori Nik dari belakang. Dia tahu Nik pasti merasa tidak aman
bila mengetahui wanita itu berada di pejabatnya.
Semalam sahaja dia lihat Nik seperti tidak sabar mahu menghantar
wanita itu balik ke rumahnya. Nik seakan tidak sanggup melayan karenah wanita
itu. Teruk sangatkah perangai wanita itu. Dante akui wanita itu sedikit gila
bila dia berani melakukan kesalahan di Trevi Fountain. Mungkin ada benarnya apa
yang Nik katakan. Wanita itu suka mencari masalah.
****
“Hi Nik!, Hi Dante!,”
tegur Lia mesra sebaik sahaja kedua-dua lelaki itu muncul.
“Hi Lia.., We meet again!”
jawab Dante mesra lalu tersenyum. Dia mendekati meja penyambut tetamu lalu
duduk di atas kerusi di sebelah Rina lalu berbual kosong dengannya. Dalam masa
yang sama dia ingin tahu akan tujuan Lia ke pejabat mereka. Apa pula antics Lia
kali ini.
“Yes Dante..we will meet
again and again and again!!,” jawab Lia dengan wajah selamba.
Nik seakan hendak pitam bila terdengar Lia berkata demikian. Nik
tidak menjawab sapaan Lia. Wajahnya kelihatan serious.
“Hi Nik!,” ujar Lia lalu melambaikan tangannya di hadapan wajah
Nik seolah-olah Nik tidak dapat melihatnya kerana Nik tidak membalas sapaannya
sepertimana Dante membalas. Dari reaksi wajah Nik dia dapat merasakan Nik tidak
merasa selesa bila dia datang ke pejabatnya. Hmm..kenapa eh? Nik tak suka ke?
“You buat apa kat
sini??,” tanya Nik memandang tepat ke wajah Lia.
“I bawak lunch for you??,” ujar Lia lalu
mengangkat bakul berisi sandwich dari atas meja reception.
“Lunch?? Why??,” ujar
Nik tanpa tersenyum. Wajahnya masih kelihatan serious. Dia memandang kearah
bakul Lia yang penuh dengan pelbagai sandwich.
She’s crazy! Bisik Nik dalam hati.
Dia tahu, jika dia melayan Lia. Lia pasti akan selalu ke pejabat
menganggunya. Sepertimana yang selalu dia katakan kepada Dante. Lia is troublemaker dan dia tidak mahu
wanita itu menganggu hidupnya lagi.
Namun wanita yang bernama Natalia tidak akan berhenti dari
menyusahkan hidupnya. It is a big mistake
bila dia mengambil keputusan untuk membantu Lia semalam. Sepatutnya bila dia
mengetahui siapa wanita gila yang berada di Fountain itu. Dia terus sahaja
beredar dan perkara ini tidak akan terjadi lagi pada dirinya.
Lia menunjukkan wajah sedih bila Nik berkata demikian. Dia mengelip-gelipkan
matanya dengan menunjukkan wajah seperti karektor kucing Puss-In-Boots ketika dia merayu meminta simpati.
“Penat tau I buatkan lunch untuk you, subuh-subuh lagi I
dah bangun buatkan untuk you, sampai
hati you!,” jawab Lia lalu menangis di
kaunter reception. Perbuataanya itu
memeranjatkan Rina dan Dante. Mereka memandang wajah Nik bila Lia menangis.
Mereka tidak tahu apa yang Nik dan Lia bualkan kerana mereka tidak faham bahasa
mereka bualkan.
“Why Lia?? Nik?? Why you make her cry?,” tegur Rina dengan
wajah simpati bila wanita itu tiba-tiba menangis kesedihan.
Nik mengeluh lalu mengelengkan kepalanya kerana tidak percaya Lia
sanggup berlakon di hadapan teman sekerjanya hendak memburuk-burukkannya. Dan
Nik secara tidak langsung di anggap lelaki yang tidak berhati perut walaupun
dia tidak berkata apa untuk menyakitkan hati Lia dan dia tidak salah apa-apa.
“I didn’t make her cry..she
just-, ah forget it!” jawab Nik
cuba mempertahankan dirinya untuk menerangkan kepada teman sekerjanya bahawa
dia tidak menyakitkan hati Lia, namun dia batalkan niatnya kerana mereka tidak
kenal dan faham perangai Lia yang “Drama
Queen”. Hanya dia sahaja yang tahu.
“Ok..ok, terima kasih sebab buatkan I lunch. But..banyak macam ni siapa yang nak makan semua!,” ujar
Nik mengalah lalu memandang kearah Lia.
Lia menyapu air mata buayanya lalu tersenyum lebar. Lakonannya
berjaya kerana Nik terpaksa menerima lunch
yang disediakannya.
“Eh sandwich I buat
untuk you..satu aje,” jawab Lia
dengan wajah bersahaja.
“SATU! Habis yang lain??,” tanya Nik dengan wajah hairan. Sebab di
kesemua wrapper sandwich itu tertulis
nama Nik.
“You boleh terhabis ke
makan semua sandwich ni Nik??? I tak
sangka you ni gagah,” jawab Lia lalu
ketawa. Dia menepuk dada Nik spontan.
Tiada reaksi di wajah Nik bila Lia cuba berjenaka dengannya.
“I buat 40 sandwiches ni sebab I tak tahu you suka makan
sandwich apa..so I make 40 different types of sandwiches so that you can choose..selebihnya
tentulah I kasi your colleague!,” terang Lia dengan wajah selamba.
“40?? You are really-,”
“What?? Crazy??? Memang!
Itu yang selalu you cakap pada I kan!,” jawab Lia lalu memandang wajah
Nik dengan wajah selamba. Dia terasa hati bila Nik selalu mengatakan dia wanita
gila.
Kenapa Nik selalu mengatakan dia gila. Dia tidak gila, dia hanya
sakit. Dan Nik tidak akan faham dengan masalahnya.
Nik tidak membalas bila Lia terasa ketika dia hendak memberi komen
sebegitu. Lia terasa hati??
“So what is your sandwich??,”
tanya Lia lalu memandang wajah Nik tepat.
“Smoke Salmon,” ujar Dante
bila Nik tidak menjawab pertanyaannya malah hanya berdiri tercegat memandang
wajah Lia.
Lia mencari smoke salmon
sandwich dari dalam bakulnya. Setelah bertemu dia menyerahkan sandwich itu
kepada Nik.
Nik mencapai sandwich itu dari tangan Lia. Namun Lia tidak mahu
melepaskan sandwich itu kepada Nik. Malah dia menarik lengan Nik perlahan lalu membisikkan
sesuatu ke telinga.
“Beware!!..I dah
mandremkan sandwich you supaya you gilakan I!,” ujar Lia lalu tersenyum seperti wanita pyscho. Dia mengenyitkan matanya pada Nik bila lelaki itu kelihatan
tergamam dan tidak mampu berkata apa-apa bila Lia berkata demikian.
“Ok Rina and Dante..I’m in a
good mood today, so I treat you guys and your colleagues sandwiches
today!..Please help yourself and enjoy!,” ujar Lia lalu meletak bakul itu
di atas kaunter.
“Thank you so much!
Lia,” jawab Dante dan Rina gembira mendapat sandwich
percuma dari teman Nik.
“Don’t worry Nik. I tak
mandrem apa-apa kat sandwich you. I’m not
that crazy! So enjoy the sandwich sayang!,” ujar Lia lalu mencubit pipi Nik
sebelum dia meninggalkan pejabat Nik lalu menuju kearah Lift.
Nik hanya mampu memerhatikan kelakuan Lia yang sememangnya luar
biasa. Dia menyangka dia dapat lari dan mengelakkan diri dari terbabit dengan
wanita seperti Lia. Namun takdir menemukan dia dengan Lia. Dia tidak mahu
bersangka buruk dengan Allah. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Dia tidak
tahu rancangan Allah berikan untuknya. Mungkin kehadiran Lia dapat membantu
melenyapkan kesedihan hati yang selama ini dia tanggung.
bersambung.....
salam sis, lama xtgk sis update! ingat kan sis dh bhenti mnulis.. alhamdulillah still ada.. xsabar tggu next episode
ReplyDeleteWaalaikumsalam sis Syira..In Sha Allah masih menulis selagi ada ilham..cuma tulah idea datang pun semput2..jadi update pun semput2 :)
Deletehehehe xpe sis usaha tangge kejayaan! kami disini sabar menanti.. :)
Delete