Monday, 7 March 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 10







Tahun 2001, Di SMTI, Malaysia

KAU cuba tengok si perempuan gedik tu?,” ujar Yana lalu mencuit lengan Lia supaya memandang kearah Nik dan Dania yang sedang berjalan di koridor dan kelihatan berbual mesra.

Lia menoleh memandang kearah mereka. Dania sedang membetulkan tali leher pengawas Nik yang kelihatan senget. Dan Nik pula tersenyum bila Dania membantu membetulkan tienya. Ala lovingnya meluat pula dia melihatnya. Dah macam hero dan heroin dalam filem cerita ‘Sembilu’.

Dia tidak jealous hanya merasa meluat. Dia ssudah lama tahu Dania sukakan Nik. Kerana kemana sahaja Nik pergi pasti Dania ada sama dengannya. Sudah seperti belangkas. Alasan yang selalu Dania berikan bila kelihatan selalu bersama Nik. Dia adalah pembantu ketua pengawas. Lame excuses!

Dan Lia pula suka mencari masalah bila mereka bersama kerana dia sengaja mahu membuatkan Dania cemburu padanya. Dania memang tidak suka padanya kerana dia selalu mengambil perhatian Nik.

“Biasalah…, perempuan hegeh-hegeh memang macam tu perangainya ye tak Yana? Kalau aku taknya hegeh-hegeh macam tu! Tak ada class!,” ujar Lia kuat sengaja mahu Dania mendengar sindirian yang di ajukan kepadanya.

Dania berhenti melangkah bila terdengar Lia berkata demikian. Dia tahu Lia menyindirnya. Manakala Nik tidak perasan kerana dia sibuk berbual dengan seorang pelajar lelaki di hadapan kelas 5 Jasmine ketika Lia memberi komen sedemikian.

Setahu Dania, hobi Yana dan Lia mereka bukan sahaja suka mencari masalah dan menyusahkan pengawas terutama sekali Nik. Nakal bukan main. Namun Dania seringkali juga ternampak mereka meluangkan masa mengkaji pelajaran di kompaun sekolah.

Dania menjeling kearah Lia dan Yana yang sedang duduk di meja luar kelasnya sedang mentelaah pelajaran pada pada waktu rehat. Dia tahu Lia menyindirnya makin sengaja dia menarik lengan Nik menunjukkan kemesraan mereka.

Lia dan Yana menjeling meluat bila Dania berbuat begitu. Nik pula tidak perasan bila Dania berbuat begitu kerana masih sibuk menerangkan sesuatu kepada pelajar lelaki itu.

Yana dan Lia terkejut terperanjat bila volley ball tiba-tiba terpelanting dari arah mana lalu terkena kerusi yang mereka duduki.

Oppsss sorry Lia tak sengaja!,” ujar Nancy bila bola volley yang mereka sedang bermain di volley court terjatuh terkena tepat pada kaki Lia.

Lia tidak menjawab, dia mencapai bola volley di sebelah kakinya. Dia mahu membaling bola itu kepada Nancy semula. Namun dia mendapat idea yang lebih baik. Apa kata bola itu dia balingkan kepada perempuan gedik tu? Lia tersenyum lebar.

Lia menoleh kearah Yana. Yana tersenyum seakan dapat membaca apa yang terdapat di fikiran Lia. Lia mencampak bola itu kearah Dania dan bola itu terkena tepat pada badan belakang Dania. Kuatlah juga balingannya sehingga bola volley itu terpelantun kembali berdekatan dengan mejanya semula.

“Aduh! Sakitlah!,” jerit Dania lalu menoleh ke belakang. Sakit badannya terkena bola volley.

Nancy menutup mulutnya merasa terperanjat bila Lia membuat perkara tidak senonoh lagi.

Yana dan Lia pantas duduk semula di tempat mereka sebelum sempat Dania tahu siapa yang membalingnya. Mereka pura-pura buat tidak tahu apa yang telah berlaku.

Dania berjalan kembali ke tempat Lia dan Yana sedang duduk. Dia yakin tak lain dan tak bukan ini mesti kerja budak berdua itu. Tiada siapa yang buat kerja tidak berfaedah selain dari mereka berdua.

“Ni mesti kerja korang kan!!,” ujar Dania kuat lalu bercekak pinggang. Sakit belakangnya di baling bola tadi. Baran dia di buatnya. Jika tidak memikirkan dia seorang pengawas sudah lama dia cekik-cekik Lia di atas perbuataannya. Lia fikir lucu??

“Eh kenapa ni Dania??,” tegur Nik terperanjat lalu menghampiri Dania bila Dania tiba-tiba memarahi Lia dan Yana.

Tadi dia tidak tahu apa yang telah berlaku kerana dia sibuk berbincang sesuatu dengan Ketua Kelas 5 Jasmine mengenai mesyuarat projek seni mereka petang nanti. Dia hanya sedar bila Dania tiba-tiba marah pada Lia dan Yana.

“Diaorang ni baling bola kat belakang I, sakit tau!,” rengek Dania cuba meraih simpati dari Nik.

“Eh jangan nak main tuduh-tuduh kalau tak ada bukti! Kan kita tengah study kau tak nampak! Mata kau buta ke???,” ujar Yana lalu menjeling kearah Dania.

“Yana…bila berbicara tu tolong sopan sikit! Jangan cakap ikut sedap mulut awak sahaja!,” tegur Nik perlahan kurang senang dengan bahasa kasar yang Yana gunakan.

Darah Lia terasa menyirap bila Nik menyebelahi Dania. Dania tersenyum gembira bila Nik membelanya.

“Eh suka hati Yana lah nak cakap macam mana pun mulut dia kan…, bukan mulut kau!, Kau kenapa??,” ujar Lia lalu menjeling Nik tajam. Nak backing matair lah konon! Geli!

“Siapa yang baling bola ni pada Dania?,” ujar Nik lalu memandang wajah Lia dan Yana.

Dia malas hendak bertekak dengan Lia kerana dia percaya Lia tidak akan mengaku kalah. Dalam pada masa yang sama dia memandang kearah beberapa orang pelajar yang berdiri atau berada berdekatan dengan mereka.

Semua pelajar tersebut berhenti dari melakukan aktiviti mereka bila Nik memandang wajah mereka. Semua pelajar tidak berani bergerak dan seakan menjadi statue bila di tanya Ketua Pengawas mereka.

Semua mengelengkan kepala perlahan tanda mereka tidak membaling bola itu kepada Dania. Mereka tidak berani bila Nik sudah bersuara. Dia tahu Nik Ketua Pengawas yang garang dan takut di denda Nik. Hanya Lia dan Yana sahaja kelihatan selamba.

“Nancy awak ke yang baling bola ni pada Dania?,” tanya Nik dengan wajah serious kerana pelajar itu memakai baju sukan. Dia tahu Nancy tidak membaling bola itu kepada Dania. Nancy seorang pelajar yang baik dan jujur. Jika bola itu terkena pada badan Dania itupun disebabkan Nancy tidak tersengaja.

“Eh tak abang Nik..bola tu terkena kaki Lia,” jawab Nancy jujur dengan wajah serba salah bila di soal Nik.

Lia merenung wajah Nancy seperti hendak menelannya hidup-hidup bila Nancy berkata demikian.

Tahulah Nik siapa punya angkara. Namun dia tahu Lia tidak akan mengaku.

“Macamana bola yang terkena kaki Lia boleh terpelanting jauh ke badan Dania?? Macam tak logic?? Kalau tidak ada orang lain yang mengambil bola itu lalu dibalingkan kepada Dania?,” ujar Nik lalu memandang wajah Lia bila dia berkata demikian. Nik mencapai bola volley yang berdekatan dengan mereka lalu mencampakkannya semula kepada Nancy. Nancy menyambut bola yang di campak Nik.

Thanks abang Nik!,” ujar Nancy tersenyum, lalu meninggalkan mereka dan menuju kearah volley ball court menyambung game mereka.

“Memang aku yang baling kenapa? Ada masalah?,” jawab Lia dengan wajah selamba. Dia dapat rasa Nik tahu itu adalah perbuataannya.

Dania tersenyum sinis bila Lia mengaku sendiri. Memang dia sudah jangka ia adalah perbuatan Lia.

So Dania..you nak denda apa pada Lia?,” ujar Nik lalu menoleh memandang wajah Dania di sebelahnya. Nik sengaja tidak mahu mendenda Lia. Dia serahkan tugas mendenda kepada Dania kerana Lia telah melakukan kesalahan pada Dania bukan dirinya.

“Eh apsal pulak dia yang denda aku?? Kau kan ketua Pengawas? Kau lah denda aku?,” ujar Lia. Dia menawarkan diri agar Nik yang mendendanya dan bukan Dania.

“Awak buat kesalahan pada Dania bukan pada saya.., tak ada sebab saya hendak mendenda awak,” jawab Nik.

Basket Ball Court! Cemuh Lia dalam hati. Dia mahu Nik mendendanya dan bukan gundiknya. Bagaimana caranya.

Oh Yes! Lia mendapat suatu idea yang bernas. Apa yang dia bakal buat nanti pasti akan membuatkan Nik terpaksa bertindak keras terhadap dirinya. Lia tersenyum sendiri.

Lia tiba-tiba menendang kaki Nik sekuat hatinya.

Dania di sebelah terperanjat bukan kepalang dengan tindakan berani Lia menendang kaki Nik. Lia memang sengaja hendak menempah maut. Perbuataannya itu boleh di kenakan tindakan displin.

Are you nuts?,” ujar Nik mengadu kesakitan bila Lia tiba-tiba menendang kakinya. Dia terduduk di bangku sebelah Lia kerana kakinya terasa sakit teramat sangat.

Lia tersenyum lebar menunjukkan bahawa dia berjaya membuatkan Nik mendendanya kerana dia telah melakukan kesalahan pada Nik.

 

 

 

NIK tersentak terperanjat bila seseorang menutup kedua belah matanya bila dia sedang leka menyiapkan essay Englishnya. Dia tahu perbuataan siapa namun dia hanya membiarkan sahaja tanpa mahu meneka.

“Dah habis buat homework??,” ujar Nik perlahan lalu meletak pennya di atas meja.

Fiqa melepaskan kedua belah tangannya dari menutup mata abang Niknya bila dia bersuara.

“Ala boringlah abang ni? Tak ada benda lain ke nak tanya Fiqa? Asyik-asyik dah belajar? Homework dah siap? Dah bantu mak kat dapur? Dah kemas bilik? Eh abang please tanya soalan lain boleh tak? Bosan tau Fiqa macam ni!,” rungut Fiqa lalu duduk di hadapan abangnya. Dia menutup buku teks English Tingkatan 6 atas yang di gunakan abang Niknya tadi menandakan dia tidak mahu abangnya menyambung membuat kerjanya.

Nik menutup penutup pen dan buku latihannya. Dia memandang wajah adiknya yang kelihatan bosan. Nik hanya dua beradik sahaja. Dia dan adik perempuannya Fiqa.

Fiqa seorang anak yang manja dan sentiasa mahukan perhatian dari keluarga terutama sekali perhatian darinya kerana kedua ibu dan ayahnya sibuk bekerja.

Fiqa selalu menganggap dia abang idola. Abangnya seorang pelajar yang pintar. Dia seringkali merujuk pada abang Niknya jika dia tidak dapat menjawab soalan kerja rumahnya. Dan Fiqa berbangga sekali dengan kejayaan abangnya bila dia dilantik sebagai Ketua Pengawas di sekolah.

Dan Nik pula selalu memanjakan Fiqa dengan melayan semua kehendaknya kerana dia sayangkan Fiqa kerana Fiqa adalah satu-satunya adiknya.

“Ok apa yang abang boleh bantu Fiqa? Masalah homework?,” ujar Nik memandang wajah adiknya yang kelihatan bosan.

“Bukan homework! Fiqa dah habis buat..cuma bosan tak ada apa hendak buat!,” jawab Fiqa lalu memeluk tubuh.

“Tak tahu apa nak buat??? Hmm???..pergi lah bantu emak kat dapur,” ujar Nik lalu tersenyum.

Stresslah Fiqa dengan abang Nik dengan mak! Bila Fiqa ke dapur hendak bantu..mak kata pergi buat homework, bila Fiqa jumpa abang, abang suruh Fiqa bantu mak kat dapur..Eii stress tau jadi unwanted ni!,” rungut Fiqa lalu membaringkan kepalanya di atas meja. Dia benar-benar rasa tidak di perlukan di rumah sendiri. Tiada siapa yang hendak melayan dia.

Nik tetawa kecil bila Fiqa merungut begitu. Dia sengaja hendak mengusik Fiqa.

“Oklah..merajuk pulak adik abang yang satu ni, abang bergurau aje tadi. Fiqa nak apa dari abang?,” tanya Nik lalu memandang wajah Fiqa.

“Abang??? Budak perempuan tu masih buat masalah dengan abang lagi ke??,” Fiqa bertanya pada abangnya wajahnya kelihatan ceria. Tujuan dia datang ke abangnya. Sebab dia mahu mendengar cerita-cerita menarik dari abang Niknya mengenai diari seorang Ketua Pengawas.

Dia suka mendengar cerita dari abang Niknya mengenai seorang pelajar perempuan popular yang bermasalah di sekolah. Fiqa tidak belajar di sekolah yang sama dengan abang Niknya. Fiqa belajar di sekolah perempuan penuh.

“Budak perempuan??,” tanya Nik bila Fiqa tidak menyebut nama budak perempuan yang di maksudkan.

“Budak perempuan yang kerap mencari masalah dengan abang di sekolah??? The Attention seeker? Siapa nama dia?? Dhia..?-,”

“Lia!,” keluh Nik perlahan.

“Ah Lia!..Dia tak buat masalah baru ke dengan abang?,” tanya Fiqa penuh minat. Dia selalu bertanya pada abangnya mengenai pelajar perempuan  yang bernama Lia itu kerana apa yang abangnya ceritakan kepadanya tentang Lia agak lucu. Menurut abang Niknya, Lia pelajar perempuan ternakal di Tingkatan 5.

“Lia mana tak buat masalah baru..dia macam Fiqa. Attention seeker!,” jawab Nik. Dia mencuit hidung Fiqa lalu tersenyum.

“Fiqa dengan Lia perangai lebih kurang sama kan! Tapi kan abang, orang macam kita hanya buat begitu pada orang yang kita mahukan perhatian sahaja. Orang lain kita tak buat begitu,” ujar Fiqa lalu tersenyum.

“Abang tak faham maksud Fiqa,” ujar Nik bila Fiqa berkata demikian.

“Contohnya macam Fiqa..Fiqa hanya mahukan attention dari abang sebab Fiqa sayangkan abang dan Fiqa juga tahu abang akan sentiasa penuhkan kehendak Fiqa sebab abang sayangkan Fiqa betul tak?,” tanya Fiqa lalu tersenyum meleret.

Dia tidak berani membuat perangai dengan abah dan mak sebab mereka berdua garang. Lain pula dengan abang Niknya. Abang Nik selalu menurut kehendaknya dan memanjakannya. Bila abang Niknya sibuk dan tidak melayannya. Dia akan merasa restless dan dia mula melakukan sesuatu agar abang Niknya akan memberi perhatian kepadanya.

“Ok itu teori Fiqa mengenai perangai Fiqa yang suka di manjakan. Abang faham. Apa yang abang tak berapa faham dengan teori Fiqa, Fiqa mengatakan orang seperti Fiqa hanya buat begitu pada orang yang Fiqa mahukan perhatian sahaja, betul? Apa kena mengena dengan Lia pula? Kenapa dia hendakkan perhatian abang? Abang tak layankan kehendak dia, malah setiap perbuatan nakalnya abang denda,” jawab Nik merasa keliru dengan teori Fiqa.

Fiqa menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. Cara Fiqa menarik perhatian abang Nik. Dia mahu abang Niknya mengajak dia keluar bersiar-siar dan meluangkan masa bersama.

Dia juga selalu meminta abang Niknya menemaninya pergi memancing menaiki bot walaupun abang Niknya tidak suka kerana abangnya tahu dia tidak pandai berenang. Tapi abangnya turutkan sahaja kehendaknya kerana mahu menyenangkan hatinya.

So apa yang dia buat pada abang kali ini??,” tanya Fiqa lalu menjungkitkan keningnya berkali-kali tanda dia ingin tahu. Tidak sabar mendengar cerita lucu Lia dengan abangnya.

Nik tidak berkata apa sebaliknya dia menarik sedikit seluar track pants di sebelah kaki kanannya.

“Astarfirullah Al Azim!! What telah happen?? Kenapa kaki abang lebam sampai begitu sekali! Abang terjatuh motor ke?,” tanya Fiqa lalu membelek kaki abang Niknya yang kelihatan bengkak dan lebam.

“Ini angkara perbuatan Attention seeker!,” jawab Nik ringkas lalu tersenyum kelat kerana kakinya sakit di atas perbuatan Lia. Dia benar-benar tidak menyangka Lia seberani itu. Sanggup menendang kakinya kerana mahukan perhatian darinya. Dia benar-benar tidak tahu apa masalah Lia yang sebenarnya.

“Dia buat apa dengan kaki abang!,”

“Dia tendang kaki abang supaya abang denda dia,”

“Ini dah melampau sampai mencederakan orang..abang tak buat tindakan apa-apa pada dia ke??,” ujar Fiqa dengan wajah simpati. Kesian abang Niknya. Kalau ye pun hendakkan perhatian tak adalah sampai hendak mencederakan orang.

“Dia sudah dikenakan tindakan displin dari pengetua sekolah. Dia digantung sekolah 3 hari,” jawab Nik lalu menurunkan seluarnya semula. Dia tidak mahu emaknya tahu kerana dia tidak mahu merungsingkan hati emaknya. Lagipun dia anak lelaki mana mungkin dia memberitahu emaknya kakinya lebam dan bengkak disebabkan budak perempuan. Mana dia hendak meletak muka.

Fiqa hanya mendiamkan diri bila abang Niknya berkata demikian. Kenapa Lia berbuat begitu pada abang Niknya? Dia tidak dapat menghuraikan masalah Lia kerana cara Lia mengambil perhatian tidak sama seperti dia mahukan perhatian. Dia mahukan perhatian tidaklah sampai mencederakan orang dan menyusahkan orang. Sebab itu dia tidak faham masalah Lia.

“Eh kenapa termenung ni?,” tegur Nik bila adik Fiqa diam seperti memikirkan sesuatu.

“Hari ahad ni abang habis kelas pukul berapa?,” tanya Fiqa.

“Ahad abang habis sekolah jam 3. Kenapa??,” tanya Nik hairan. Bila Fiqa tiba-tiba mahu tahu dia habis sekolah jam berapa. Fiqa mahu dia menjemputnya pulang dari sekolah?

“Fiqa jumpa abang kat sekolah abang nanti? Fiqa tunggu kat gate sekolah abang, lepas tu kita pergi makan kat luar sama-sama. Abang pun dah lama tak belanja Fiqa makan KFC,” ujar Fiqa lalu tersenyum.




bersambung...








No comments:

Post a Comment