“NIK..tujuan saya ingin bertemu dengan
awak hari ini kerana saya telah menerima aduan dari pelajar lain mengatakan
awak telah memalukan nama sekolah kita kerana berkelakuan kurang sopan di luar
sekolah. Awak ketua Pengawas sekolah ini Nik! Saya sedikit terganggu menerima
berita sebegini, awak adalah pelajar contoh di sekolah ini Nik dan saya tidak akan
memanggil awak jika ini hanya berita angin sahaja! Dan jika awak di dapati
bersalah, saya terpaksa menarik balik kuasa awak sebagai Ketua Pengawas!,” ujar
Puan Hasnah dengan wajah serious lalu
memandang wajah Nik Faisal sebaik sahaja dia meminta pelajar itu duduk di
kerusi hadapannya. Nik pelajar kebangaannya. Nik punya quality murid yang baik, berdisiplin dan terpelajar.
“Berkelakuan kurang sopan?
Saya tak faham Puan Hasnah, cuba Puan Hasnah jelaskan kepada saya secara
terperinci agar saya mengerti maksud Puan Hasnah,” jawab Nik dengan wajah
terperanjat bila dia di panggil Pengetua Sekolah kerana dia dituduh melakukan
kesalahan besar.
Kesalahan apa yang telah dia lakukan? Nik cuba mengingati apa yang
telah dia lakukan di luar sekolah sehingga ada pelajar dari sekolahnya mengadu
perihalnya yang tidak berkelakuan baik di luar.
“Cuba awak jelaskan pada
saya apa yang awak nampak dari photo ni?,” ujar Puan Hasnah lalu menyerahkan
kepada Nik Faisal sekeping photo yang diterima.
Nik menyambut photo dari
tangan Puan Hasnah. Gambarnya bersama Fiqa di KFC tempoh hari. Tiada apa yang
pelik di lihat dalam gambar itu. Gambar itu dipetik ketika Fiqa sedang
menyuapkan kentang goreng ke mulutnya ketika dia mengangkat tray menuju kearah
meja mereka. Dari mana Puan Hasnah mendapat photo itu? Dan dari siapa? Siapa
pula yang mengambil gambar dia dengan Fiqa?
“Gambar saya dengan adik
saya Shafiqa,” jawab Nik lalu menyerahkan kembali gambar itu kepada Puan
Hasnah.
“Pelajar sekolah lain
itu adik awak? Saya tak tahu awak ada adik perempuan Nik. Selama ini saya
sangka awak ada adik lelaki,” ujar Puan Hasnah dengan perasaan lega.
“Saya minta maaf jika
perbuataan saya telah memalukan Puan Pengetua dan sekolah ini, jika Puan
Pengetua menganggap perbuataan saya itu salah, saya bersedia menerima hukuman
dari Puan Pengetua,” ujar Nik dengan wajah serious.
“Eh Nik saya yang patut
minta maaf kerana tidak siasat perkara ini terlebih dahulu, orang yang memberi
gambar ini tentu tidak tahu akan hubungan awak dengan pelajar perempuan ini,
awak tidak akan di kenakan hukuman apa-apa. Cuma saya berharap perkara ini
tidak akan berlaku lagi, saya tidak mahu awak di fitnah lagi Nik,” ujar Puan
Hasnah merasa bersalah kerana tidak percaya pada Ketua Pengawasnya.
“Tak mengapa Puan
Hasnah, Puan Hasnah tidak perlu minta maaf dari saya, Puan Hasnah tidak salah
apa-apa pada saya, baiklah Puan Hasnah, saya akan pastikan perkara ini tidak
akan berulang lagi, Insha Allah,” jawab Nik lalu bangun dari kerusinya.
“Saya harap awak tabah
dan tidak merasa terganggu dengan berita-berita sebegini Nik,” ujar Puan Hasnah
merasa bersalah pada Nik.
“Jangan bimbang Puan
Hasnah…Insha Allah tidak!, Assalamualaikum,” jawab Nik lalu keluar dari pejabat
Puan Hasnah. Wajahnya kelihatan sedikit kecewa walaupun dia tidak menunjukkan
kekecewaannya pada Puan Hasnah.
“Waalaikumsalam,”
Dia benar-benar ingin tahu di mana Puan Hasnah mendapat gambar itu
dan siapa pula yang menyebarkan fitnah itu tentang dirinya.
Keluar dari pejabat
sekolah, Dania segera mendapatkannya kerana Dania menunggunya di luar pejabat mungkin
Dania ingin tahu samada apa yang dikhabarkan benar atau tidak.
Nik percaya seluruh sekolah sudah tahu cerita mengenainya. Jika
tidak bagaimana Dania tahu.
“Nik?? Are you ok?? Apa yang telah terjadi?
Puan Hasnah cakap apa dengan you?
Siapa pelajar perempuan yang diaorang gossipkan dengan you?,” tanya Dania bertubi-tubi pada Nik bila lelaki itu hanya
mendiamkan diri sebaik sahaja keluar dari bilik Pengetua sekolah.
Dia benar-benar ingin tahu siapa? Nik punya
teman wanita? Bukankah Nik tahu dia sukakan Nik. Dan Nik sendiri akui dia tidak
punya teman wanita? Jadi dia ingin tahu siapa perempuan itu?
“Nik!!,” ujar Dania lalu menarik tangan Nik
bila lelaki itu tidak focus pada pertanyaan-pertanyaan yang dia ajukan
kepadanya.
Nik memandang wajah Dania bila wanita itu
mendesaknya.
“Fiqa. Pelajar perempuan dalam gambar itu
adalah Fiqa, Ok! Dan orang yang menyebarkan fitnah itu hampir membuatkan Puan
Hasnah menarik balik kuasa I sebagai
Ketua Pengawas, I don’t mind to step down
if someone think I do not fit being a Head Perfect in a fair manner, but this incident really disappoint me!”
ujar Nik dengan wajah kecewa lalu meninggalkan Dania sendirian.
****
“Eh kau orang tak dengar
cerita hangat!,” ujar Yana kepada Felisya dan Nur Adila semasa waktu rehat. Dia
percaya selepas dia memberi tahu kedua-dua pelajar itu. Pasti berita itu akan
sampai dari mulut ke mulut dan seluruh sekolah akan tahu mengenai cerita Nik.
“Cerita hangat?? Cerita
apa eh?,” tanya Felisya dengan wajah teruja.
Felisya dan Adila memandang
wajah Yana kerana ingin tahu akan berita hangat apa yang hendak di sampaikan
Yana kepada mereka.
“Cerita pasal Ketua
Pengawas kita kantoi dengan girlfriend
dia, dengar-dengar dia dah tak jadi ketua pengawas kita lagi, sebab kena tarik
kuasa dari Puan Pengetua!,”
“Ah really???!!! Abang Nik macam itu ke?? That’s really bad, abang
Nik kena tarik kuasa..Oh No!,” ujar Adila
dengan wajah sedih. Dia minat dan suka benar dengan Ketua Pengawas mereka.
Abang Nik baik, seorang yang berwibawa dan dreamy!
“Eh kau suka dia eh??
Eii!! Perasanlah kau ni?,” ujar Yana lalu menolak bahu Adila bila dia
menunjukkan wajah dreamy sebaik
sahaja dia menyebut nama Nik.
“Apa tak sukanya..dahlah
handsome..baik..ketua Pengawas pulak
tu, habis kalau abang Nik tak jadi Ketua Pengawas siapa ganti tempat dia???,”
tanya Adila ingin tahu.
“Entah Danial kot!,”
jawab Yana lalu mengerutkan keningnya. Setahu dia naib Ketua Pengawas adalah Danial.
Manakala Nur Dania hanya pembantu pengawas sahaja.
“Huh Danial??? Tak bestlah Danial ganti tempat dia, Danial tu
tak fun macam abang Nik, Danial tu
sikit boring betul tak Adila? Serious ke abang Nik tak jadi Ketua
Pengawas lagi? Boleh percaya ke sumber yang kau dapat ni?,” celah Felisya pula.
“Tak percaya kau
tanyalah pengawas-. Ah Ezad! Kau tanya Ezad mesti dia tahu,” ujar Yana lalu
menarik tangan Ezad pengawas bertugas di kantin hari ini. Kebetulan lelaki itu
berjalan berdekatan dengan mereka.
“Zad betul ke abang Nik
tak jadi Ketua Pengawas kita lagi?,” ujar Felisya.
“Siapa cakap??,” ujar
Ezad lalu mengerutkan dahinya.
“Yana cakap pasal dia
kantoi dengan girlfriend dia???,”
ujar Adila pula.
“Dia masih Ketua
Pengawas..apa yang kau orang dengar cuma salah faham sahaja, itu semua
fitnah..,” terang Ezad lalu memandang wajah mereka. Dia baru sahaja pulang dari
menghadiri mesyuarat tergempar dari bilik pengetua.
Puan Hasnah menerangkan
kepada mereka akan keadaan yang sebenar. Puan Hasnah juga mengatakan dia tidak
akan bertindak apa-apa terhadap Nik kerana Nik tidak bersalah. Dan Nik kekal
menjadi Ketua Pengawas mereka.
bersambung....
No comments:
Post a Comment