Monday, 29 February 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 8







                         LIA membuka pintunya sedikit dan mengintip dari celah pintu biliknya, dia ingin mendengar perbualan di antara Nik dengan pak usu Firdausnya. Dia tidak tidur sebaik sahaja Nik meninggalkan biliknya tadi. Dia yakin dan pasti pak usunya mahu berbual dengan Nik terlebih dahulu sebelum membenarkan lelaki itu pergi.

Lebih-lebih lagi kenalan yang dia bawa pulang kali ini sebangsanya kerana sebelum ini, yang selalu menghantarnya pulang ke rumah jika tidak anggota polis pasti lelaki berbangsa Italy, belum pernah lelaki berbangsa melayu menghantarnya pulang. Dia yakin Pak usunya akan merasa curious. Pasti dia ingin tahu dimana dia mengenali Nik.

                        Lia tersenyum bila pakcik Firdausnya baru menyedari siapa Nik. Pak usu Firdausnya tahu mengenai Nik, kerana pak usunya seringkali menerima aduan dari ibunya dahulu yang mengatakan dia selalu mencari masalah dengan ketua pengawas. Dan Nik pula merupakan musuh ketatnya semasa di sekolah dahulu.

                        Dan perbuataannya itu juga membuatkan atas kening kanan Nik berparut dan parutnya kekal sehingga sekarang. Kesian Nik. Dia selalu mencari sebab untuk bergaduh dengannya. Dia tidak tahu kenapa? Dia seakan ketagih jika tidak di denda Nik sehari di sekolah.

Dia akan sanggup mencari Nik dan membuat perkara yang boleh menyebabkan dia di denda Nik lagi. Dan terkadang itu Nik tidak mahu mendendanya kerana Nik tahu dia hanya mahukan perhatian darinya. Kerana Lia hanya berbuat begitu bila pengawas yang bertugas Nik sahaja. Pengawas lain dia tidak pernah membuat hal.

                        Setelah menyedari taktik Lia. Nik cuba menukar jadual tugasnya dengan pengawas lain agar Lia tidak dapat bertemunya. Namun Lia tidak pernah berputus asa. Dia tetap mahu di denda Nik.

Kerana sungguhpun dia selalu mencederakan Nik. Salah satu darinya meninggalkan kesan parut di atas keningnya dan dia pernah meninggalkan kesan gigitan di tangan Nik.

Nik tidak pernah hilang sabar dengannya. Nik hanya mendendanya sahaja seperti biasa. Selepas didenda. Lia akan mencari masalah baru dengan Nik lagi.

Lia tahu Nik benci padanya walaupun Nik seringkali menunjukkan bahawa dia tidak pernah ambil berat dengan kelakuan dan perangainya yang kadang kala terlebih batasan dan bersikap kurang ajar dengannya. Dia tahu Nik benar-benar membenci.

Namun Nik tidak pernah melakukan apa-apa atau membalas balik akan perbuataan kasar keatas dirinya. Mungkinkah kerana Nik seorang Ketua Pengawas sekolah maka dia sentiasa mahu rekodnya baik. Atau Nik sememangnya seorang lelaki yang benar-benar penyabar? Belum pernah dia lihat Nik marah atau hilang kawalan diri. Nik sentiasa cool bila melayan karenah mengakalnya. Seolah-olah perbuataan mengakalnya itu tidak memberi kesan apa-apa ke atas dirinya.

Lia memanggil Maria perlahan sebaik sahaja Maria melintas biliknya setelah menyediakan air minuman buat Nik dan pakcik. Maria masuk ke dalam bilik Lia bila dipanggil.

Sì. Signorina Lia,” (Yes. Miss Lia)

Proprio ora Nik ti ha dato il suo biglietto da visita, si può dare a me?,” (Just now, Nik gave you his business card, can you give it to me?)

Lui vuole che io do a tuo zio,” (He want me to give it to your uncle)

Voglio solo vedere, si può dare a lui più tardi!,” (I just want to see, you can give it to him later!) ujar Lia mendesak agar Maria menyerahkan business card Nik kepadanya.

Tutto ok,” (All right) jawab Maria mengalah setelah di desak. Dia menyeluk saku bajunya lalu menyerahkan card yang di terima dari pemuda yang bernama Nik kepada Lia.

Grazie! Io darò questo a te più tardi!,” (Thank you! I will give this back to you later!) ujar Lia dengan wajah teruja. Matanya bulat membesar bila dapat kad Nik dari Maria. Bibirnya menguntum senyum. Kepalanya sudah plan sesuatu untuk Nik. Lia merasa teruja sendiri kerana dia sudah mendapat kembali teman gaduhnya.

Maria mahu keluar dari bilik Lia. Namun di tahan Lia.

Potete preparare per me ogni tipo di ingrediente per fare panini. Ho bisogno di fare il pranzo di domani!,” (Can you prepare for me all sort of ingredient to make sandwiches. I need to make lunch tomorrow!)

Volete preparare il pranzo di domani ??,” (You want to prepare lunch tomorrow??)

! Pranzo per Nik! Quindi assicuratevi di avere gli ingredienti pronti!,” (Yes! Lunch for Nik! So make sure you get the ingredients ready!)

Sì. Signorina Lia,” (Yes. Miss Lia) jawab Maria mengangguk perlahan. Dia segera keluar dari bilik Lia.

Lia menarik nafas lega. Matanya masih meneliti name card pemberian Nik. Nik bekerja sebagai seorang appraiser di Auction House di salah sebuah syarikat terkemuka di Rome.

Interesting!!,” ujar Lia lalu tersenyum. Dia teringatkan perbualannya dengan Nik di dalam kereta siang tadi.



****

 

                        “Tak sangka kan kita jumpa lagi eh Nik!, What a small world!,” ujar Lia teruja bila dia dapat bertemu semula dengan Ketua Pengawas yang selalu menjadi teman gaduhnya masa sekolah dahulu. Dia benar-benar tidak menyangka akan bertemu semula dengan Nik.

                        I must have done something terribly wrong, that’s why my past is catching up with me!,” jawab Nik lalu tersenyum sinis menyindir Lia.

Dia tidak seteruja Lia. Dia bukan kenalan Lia. Mereka benci antara satu dengan lain. Di sekolah Lia selalu menyusahkan hidupnya. Dan dia, selaku ketua Pengawas tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mahu reputasinya tercemar. Dia banyak bersabar dengan karenah Lia di sekolah dahulu. Dan dia juga tidak sangka tahap kesabarannya tinggi kerana dia dapat mengawal marahnya dan bertindak cool setiap kali dia berdepan dengan pelajar bermasalah seperti Lia.

                        “Nik you still single eh??? Belum kahwin lagi? How come? Berapa eh umur you sekarang? You my senior kan?,” tanya Lia bertubi-tubi kerana merasa excited. Matanya melirik ke arah jari manis di tangan Nik tidak tersarung sebarang cincin. Ini bermakna Nik belum berkahwin lagi.

                        Please don’t give me more headache with all your questions!,” jawab Nik tidak melayan kesemua soalan Lia ajukan kepadanya. Dia tidak mahu berkongsi apa-apa tentang dirinya pada Lia kerana selepas menghantar Lia pulang ke rumah. Dia tidak mahu berhubungan dengan Lia. It’s a one time thing only. Dia tidak mahu membabitkan dirinya dengan Lia. Cukuplah Lia menderanya waktu di sekolah dahulu.

                        You tahu lepas sekolah dulu..I pindah ke London dan sambung belajar di Oxford..after degree I tak kerja sebab I sibuk buat persiapan for my wedding..and then-,” Lia tiba-tiba terdiam dan merasa sebak bila dia teringatkan bekas tunangnya. Dia memalingkan wajahnya ke arah tingkap cuba menahan kesedihan di hatinya.

                        Dia tidak bekerja kerana dia mahu mendirikan rumah tangga bersama Eryan kerana dia benar-benar sayang dan cintakan Eryan. Namun harapannya hancur bila Eryan tidak mahu bernikah dengannya dan meminta putus sehari sebelum pernikahan mereka.

Lia tidak dapat menerima kenyataan lalu ibunya meminta pak usu Firdausnya membawa Lia tinggal bersamanya di Rome untuk mengubat hatinya. Namun ianya tidak mudah seperti yang di sangka. Lia kembali kepada tabiat buruknya dahulu. Suka mencari masalah semata-mata mahukan perhatian. Dia tidak dapat mengawal perangai buruknya kerana dia sememangnya mengidap penyakit Histronic Personality Disorder Symptoms.

                        Nik menoleh ke arah Lia bila wanita itu tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak menyambung semula ceritanya. Dia bukan hendak tahu cerita Lia. Tapi dia merasa hairan bila Lia tiba-tiba mendiamkan diri pasti ada yang tidak kena.

                        “Bila wedding you?,” ujar Nik bila ayat terakhir yang dia ingat keluar dari mulut Lia, Lia menceritakan dia sibuk membuat persiapan perkahwinannya.

                        “Nik you ni gay or straight??? I tak pernah tengok you dating dengan mana-mana budak perempuan SMTI dulu?,” ujar Lia tiba-tiba tanpa menjawab pertanyaan Nik. Dia sengaja mengubah tajuk perbualan.

                        What do you think?,” jawab Nik dengan wajah bersahaja, dia tidak sedikitpun merasa terperanjat dengan pertanyaan Lia. Di sekolah dulu Lia selalu mengatakan dia ‘gay’ kerana dia tidak pernah keluar dengan mana-mana pelajar perempuan di sekolahnya.

Dia tidak keluar dengan pelajar perempuan di SMTI kerana fokus Nik, dia ke sekolah hanya untuk belajar dan bukan untuk bercinta. Dia tidak punya masa untuk bercinta semasa di bangku sekolah.

Nik seorang lelaki yang perfectionist. Dia tidak mahu di sebabkan bercinta pelajarannya terganggu. Sebab itu, dia mengelak setiap kali pelajar perempuan cuba rapat dengannya.

Lia memerhatikan Nik sekali lagi. Nik seorang lelaki yang kacak lagi tampan. Masa sekolah dahulu Nik memang pelajar senior terkacak dan fisikal Nik masa itu agak kurus. Bukan itu sahaja, Nik punya karisma sebagai seorang ketua sejak di bangku sekolah lagi. Nik dipilih menjadi Ketua Pengawas pun kerana dia layak dan padan menyandang gelaran itu.

Nik yang sekarang memilik badan idaman wanita. Fit dan punya six pacs dari analisanya sendiri. Tidak mungkin Nik minat kaum sejenis. Tapi kenapa dia tidak pernah lihat Nik dating dengan mana-mana pelajar perempuan dahulu. Adakah Nik lelaki cerewet dan terlalu pemilih orangnya?

Nik tell me?? I want to know!,” desak Lia lalu mencubit pinggang Nik yang tidak berlemak dengan wajah selamba.

Nik tersentak bila Lia berbuat demikian. “I’m driving!,” ujar Nik dengan wajah kurang senang. Hampir sahaja dia terlanggar bahu jalan tadi bila Lia tiba-tiba mencubitnya kerana dia terperanjat.

“Nik! Cakaplah?,” desak Lia bila Nik tidak melayannya.

Lia membuka laci di hadapannya mencari sesuatu di dalamnya. Dia menutup semula setelah apa yang di cari tidak bertemu. Dia menoleh ke arah dompet Nik yang diletak berdekatan dengan stering keretanya. Lia tersenyum sendiri. Dia mencapai dompet Nik.

You are too much! Really!,” jawab Nik lalu menjeling ke arah Lia bila wanita itu mengambil dompetnya dan Nik tidak dapat menghalang kerana dia sedang memandu lalu dia membiarkan sahaja Lia membelek dompetnya dengan bebas.

Eyes on the road Nik! Eyes on the road!,” ujar Lia lalu tersenyum mengejek. Dengan selamba sahaja dia membuka dompet Nik.

Di dalamnya terdapat sekeping gambar Nik bersama seorang wanita cantik. Lia menarik gambar itu keluar dari dompet Nik agar dia dapat melihat dengan jelas. Nik duduk di sofa dan wanita cantik itu duduk di sebelahnya. Mereka kelihatan gembira dan bahagia. So Nik is not gay afterall! Bisik Lia dalam hati lalu memasukkan gambar itu semula ke dalam dompet Nik. Dompet Nik di letakkan semula di tempat asalnya.

Nik melirik ke arah Lia, bila wanita itu tiba-tiba mendiamkan diri sebaik sahaja dia terpandang gambar yang terdapat di dalam dompetnya.

“Kenapa senyap tak ada soalan untuk I lagi ke?,” sindir Nik bila Lia tidak berminat hendak bertanya soalan tentang dirinya lagi.

I’m tired. I want to sleep,” jawab Lia lalu memejamkan matanya. Dia tidak tahu kenapa dia merasa cemburu bila melihat gambar mereka.


 
bersambung.....






No comments:

Post a Comment