“We are so not having this
conversation right now, Lieza!!..,” ujar Teuku Erhan Daniel Budi kasar tanpa
menoleh kearah PAnya kerana PAnya mengingatkannya tentang Lasindah. Dia tahu
itu bukan salah Lieza. Lieza hanya melakukan tugasnya mengingatkan dirinya mengenai
pesanan dari mamanya. Malah dia tidak pernah ambil peduli. Dia tidak suka akan
rancangan mamanya untuk menemukannya dengan Lasindah.
Lieza terkedu bila di herdik oleh majikannya. Dia tahu Erhan
tidak suka bila setiap kali dia menyebut nama wanita itu. Benci benar Erhan
pada nama itu. Dia tidak punya pilihan dan terpaksa melaksanakan tugasnya
seperti yang di suruh. Sebagai setiausaha Erhan dan secara tidak langsung juga PA
kepada Gusti Ayu Indahputri. Lieza terpaksa akur kepada perintah Gusti Ayu
Indahputri.
“I
can’t believe she still want me to meet her!!, does she know how that woman
behave,” marah Erhan seraya mengurut kepalanya perlahan. Pening setiap kali mamanya
menyebut nama yang di bencinya itu selalu. Tidak kah mamanya mengerti dia tidak
mahu punya apa-apa hubungan langsung dengan wanita itu.
“Sorry
sir, I’m just doing my job,” jawab Lieza terkedu bila di herdik begitu. Sebaik
sahaja dia menyampaikan pesanan dari Gusti Ayu, dia melangkah perlahan menuju
kearah pintu. Dia tidak mahu menitiskan airmata di hadapan Erhan jika dia
berada lebih lama di pejabat Erhan.
“Lieza..,
I’m sorry for yelling at you, I’m having a bad day today, please forgive me,”
ujar Erhan perlahan dengan wajah bersalah. Dia tahu dia tidak sepatutnya
melepaskan kemarahannya pada Lieza, kerana bukan salah Lieza. Dia tidak tahu
kenapa darahnya akan menyirap bila setiap kali mendengar nama wanita itu
disebut.
Lieza tidak menjawab dia hanya
menganggukkan kepala tanda faham. Walaupun dia hampir sahaja mahu menitiskan
air mata bila di herdik Erhan tadi. Namun dia cuba kuatkan hatinya agar tidak
menangis di hadapan Erhan. Dia tahu majikannya, Erhan baik orangnya. Cuma Erhan
seorang lelaki yang panas baran dan garang bila sesuatu yang dia tidak disukai
diingat-ingatkan selalu.
“Err…Lieza, you dah postkan surat
yang I serahkan pada you semalam??,” ujar Erhan lalu memandang wajah Lieza
seolah-olah dia sudah lupa bahawa dia marahkan Lieza tadi kerana intonasinya
sudah berbalik kepada lembut semula. Begitulah mood majikannya Erhan. Hot and
cold.
“Sudah
Encik Erhan,” jawab Lieza lalu menganggukkan kepalanya perlahan.
“Terima
kasih Lieza,” jawab Erhan lalu membuahkan senyuman kepada Lieza.
****
Aku
menuruni anak tangga menuju kearah hall. Rumah kelihatan sunyi sepi tanpa teman
serumah juga merangkap teman baik ku Salena. Itulah Salena mengajak aku pergi
company retreat di Genting Highlands aku tak hendak. Sebab aku tidak berapa
suka Genting. Sekarang rasa bosan sendiri. Boring to the max!!
“So much of having
fun..!!,” keluhku lalu menghempas punggungku di atas sofa empuk berwarna putih.
Aku mencapai shawl lalu membalut tubuhku. Terasa sejuk pula. Hujan masih
kelihatan lebat di luar. Mesti Genting pun hujan juga kan! Aku mencapai novel
dari Beverly Brandt berjudul “Matching Date” dari coffee table lalu membuka ke
muka surat terakhir yang aku baca dahulu. Aku memang suka membaca novel
romance. Teman-temanku selalu melabelkan aku ‘Hopeless romantic’ gal. Haha apa
taknya aku suka pada perkara-perkara yang romantic. Bila tiap kali kawan baikku
Salena bertanya kenapa aku begitu sukakan perkara yang romantic. Jawapanku sama
sahaja, ‘Kerana aku tidak dapat merasa pengalaman romantis seperti di dalam
cerita-cerita buku yang ku baca’. Yeah aku memang romantic freak. Aku menutup
buku novel lalu meletakkannya kembali ke atas meja. Entah mengapa malam ini aku
seperti tidak ada mood untuk membacanya mungkin kerana aku masih tidak dapat
melupakan pertemuan aku dengan Encik Haiqal siang tadi di pejabat.
Sudah hampir 3 tahun aku
bekerja di syarikat penerbitan majalahnya namun Encik Haiqal tidak pernah
memberi aku peluang untuk menulis akan perkara yang aku suka. Katanya aku belum
bersedia. Siapa kata aku belum berpengalaman dan bersedia? Apa 3 tahun masih
kurang berpengalaman lagi? Aku sudah bosan menulis tentang trend fashion
terkini. Aku mahu menulis tentang reality kehidupun orang yang berjaya dan
perkara-perkara tentang kehidupan. Aku mahu menjadi seperti penulis idolaku
‘ED’. Walaupun ED bukanlah penulis tetap dan hanya penulis bebas namun aku suka
akan tulisannya. ED menulis ruangan ‘Bagaikan mimpi’ tentang perkahwinan dan
juga pengalaman mengenai percintaan seseorang. Adakala pengalaman yang ditulis
menyedihkan dan ada juga yang mengembirakan. Setiap tulisannya di majalah
mahupun di akhbar aku kerat dan simpan di dalam kotak. Begitu obsessnya aku
dengan ED. Tiada siapa yang tahu siapa ED kerana ED tidak pernah meletak
gambarnya di setiap penulisannya. Hanya diberi initial ‘ED’.
Aku
tersentak bila kedengaran dentuman kuat berserta petir kilat sabung menyabung diluar
jendela. Nasib baik aku tidak ikut Salena ke
Genting. Cuaca hujan lebat dan sejuk begini sesuai untuk duduk di rumah dan tidur.
Namun mataku masih belum mengantuk dan aku tidak tahu hendak berbuat apa? Aku
bangkit dari sofa lalu menuju kearah pintu. Siang tadi lupa pula aku hendak membuka
‘letter box’. Aku mencapai kunci dan payung lalu keluar dari rumah. Macamlah
tak boleh tunggu waktu siang hari untuk membuka peti surat kan? Tapi oleh
kerana tahap kebosanan aku sudah memuncak. Aku buat kerja gila itu malam ini
juga. Tidak kisahkan hujan lebat dan
petir kilat di luar. Manalah tahu dalam peti surat itu ada brochure ‘Sale’
boleh juga aku tengok-tengok untuk menghilangkan rasa bosan. Aku membuka peti surat lalu mencapai surat-surat yang
terdapat di dalam peti. Wah!! Banyaknya!! Baru pindah rumah sebulan dah ramai
peminat hantar surat. Macam real! Peminat apanya? Aku mengibas surat yang
terkena air hujan dan cepat-cepat masuk ke dalam rumah.
Aku
mencampak surat-surat itu di atas meja lalu kembali duduk di sofa. Aku mencapai
hot cocoa yang ku bancuh tadi lalu menghirup hot cocoa yang masih berwap
perlahan-lahan. Sekeping biscotti yang ku letak di sebelah mug ku capai lalu ku
masukkan ke dalam mulut. Mataku melirik kearah
beberapa surat yang hampir lencun akibat terkena air hujan. Aku membelek setiap
sampul surat yang berada di tanganku..Kebanyakkannya surat dari pihak bank dan
bil bulanan. Aku mengasingkan surat Salena..! Salena..! Marsha..! Marsha..! Salena…!
Aku berhenti menyebut nama yang tertera di sampul surat itu kerana dakwatnya
kabur kerana basah terkena dek hujan. Salena?? Atau Marsha??..Aku mengecilkan
mataku agar aku dapat melihat dengan jelas akan nama yang tertera di sampul
surat tersebut. Salena? Atau Marsha? Haizz!! Susah betul lah!
Aku mencampak surat itu di
atas meja lalu mencapai mug. Setelah meletak mug di atas meja aku kembali membelek-belek
sampul surat berwarna beige itu dengan penuh minat. Dakwat biru yang di gunakan
benar-benar kelihatan ‘smudge’ basah terkena air hujan. Alamat yang tertera di
sampul itu betul dan tidak silap. Surat ini untuk Salena? atau Marsha Insyirah?
Aku meneliti sampul surat itu lagi. Dari siapa agaknya?? Tulisannya kelihatan
begitu kemas dan cantik. Aku jarang sekali menerima surat yang sampulnya tidak
di taip kerana surat yang selalu aku terima dari pihak bank dan juga bil-bil. Lagipun mana ada orang hantar surat lagi di zaman
sekarang?? Semua main hantar email, watsapp etc. Old
school kan hantar surat-surat ni? Aku tersenyum sendiri. Yang sebenarnya, aku pun
tidak suka menerima surat dari email. Kerana melalui email tidak ada sentuhan
peribadi. Jika surat kita boleh menyimpannya dan satu hari nanti kita boleh membacanya
semula. It’s sentimental value. Itu kalau kekasih hati beri surat lagilah. Wah
so romantic! I loike! Aku merasa teruja sendiri. Surat itu masih lagi berada di
tanganku. Aku membalikkan sampul surat itu. Tertera alamat si pengirim. Sekali
lagi aku kerutkan dahi kerana alamat yang tertera tidak familiar di mataku
kerana si pengirim mengunakan alamat PO Box. Sampul surat itu ku kipas
perlahan. Tengah berkira-kira samada mahu membukanya atau biarkan sahaja tunggu
sehingga Salena balik dari Genting, mana tahu surat ini surat nya? Aku meletak
sampul surat itu di atas meja lalu mencapai mug hot cocoa namun mataku tidak
lepas dari memandang kearah sampul surat berwarna beige itu. Seolah-olah ia memanggil-manggil
aku supaya membuka dan membacanya. Isskk..ini tak boleh jadi! Ah buka ajelah!!
Kalau surat itu untuk Salena aku pass kat dia nanti. Aku mencapai surat itu
lalu membukanya dengan penuh hati-hati agar surat yang basah itu tidak terkoyak
dan rosak.
3 lembar surat yang di
lipat kemas itu ku buka perlahan kerana aku khuatir surat itu akan terkoyak
jika aku tidak membukanya dengan penuh hati-hati.
Salam
Lasindah…
“Lasindah…!!!,” Siapa
Lasindah??? Bisikku dalam hati. Dalam rumah ni
tiada seorangpun yang bernama Lasindah. Salena adalah! Ohh mungkin Lasindah penyewa
rumah yang dahulu. No wonder! Sepertimana yang aku katakan pada awal tadi, aku
dan Salena tidak pernah menerima surat selain dari surat-surat yang aku sebut.
Jadi aku tidak tersengaja terbuka surat penyewa lama. Sebaik sahaja mengetahui
bahawa surat itu bukan untuk aku mahupun Salena. Aku melipat surat itu semula
dan memasukkan surat itu kembali ke dalam sampul surat dalam beberapa minit
sebelum hatiku terdetik untuk menyambung membaca isi kandungan surat tersebut
kembali. Naughty me..
Marsha
kau dah buat kesilapan membuka surat yang bukan milik kau! Kenapa kau nak buat
kesilapan yang kedua dengan membaca isi kandungannya pula! Bisik hati kecilku.
Alah
dah tak sengaja terbuka apa salahnya aku cakap aku tak sengaja terbaca! Lagipun
tulisannya agar kabur kerana dakwatnya merata. Bukan aku tak amanah.
Perlukah aku memulangkan semula
surat ini kepada si pengirim kerana orang yang bernama Lasindah tidak lagi tinggal
di rumah ini? Aku pasti orang yang menghantar surat kepada Lasindah ini tidak
tahu bahawa dia sudah berpindah rumah. Aku mengerutkan dahi memikirkan sesuatu.
Surat itu ku kipas perlahan. Tengah berkira-kira samada aku mahu pulangkan
surat ini kepada pengirimnya atau biarkan sahaja. Dan sekiranya kami terima
lagi surat untuk Lasindah baru aku pulangkan balik kepada pengirimnya. Ok kan
macam tu!
Aku meletak sampul surat
itu di atas meja semula lalu mencapai mug hot cocoa, namun mataku tidak lepas
dari memandang kearah sampul surat itu. Read
me! Read me! Isskk!!..tak salahkan aku baca lagipun surat ni dah rosak pun.
Aku mencapai surat itu lalu membukanya.
Sayang…abang
tak sabar hendak mengabarkan berita gembira kepada mama dan papa mengenai
kesudian sayang menerima lamaran abang. Sepertimana yang abang janjikan pada
sayang dahulu. Abang akan menyayangi sayang hingga ke hujung nyawa insya allah.
Abang akan cuba tunaikan permintaan sayang.
Wahdu
Tijah..surat cinta rupanya!! Romantiknya! Err…siapa nama ‘abang’ ni? Aku buka
ke lembar terakhir mencari nama si pengirim surat..Ah Erhan Daniel!! Emo pulak
aku bila membaca surat cinta Lasindah dari kekasih hatinya. Aku mengesat air
mataku perlahan kerana tidak dapat menahan rasa syahdu bila membaca surat
luahan hati Erhan kepada Lasindah si kekasih hati. Sungguh touching! Hatiku
benar-benar tersentuh kerana aku dapat merasakan bahawa Erhan benar-benar cinta
dan begitu menyayangi Lasindah. Beruntung sungguh Lasindah mendapat lelaki yang
benar-benar cinta dan menghargainya. Dari apa yang aku baca dan fahami, Erhan sanggup
memberi dan mengadakan apa yang diimpikan oleh Lasindah kerana terlalu
menyayangi kekasih hatinya itu.
Tapi!!
Surat ini tidak sampai ke tangan Lasindah kerana Lasindah tidak lagi tinggal di
rumah ini! Aku mencapai tisu lalu mengelap air mataku. Oh No! Then how???!!
Lasindah tidak tahu akan rancangan Erhan untuk melamarnya dan Lasindah tidak
tahu isi hati Erhan. But then again..mustahil Erhan tidak tahu cara untuk menghubungi
Lasindah kan? Mesti mereka ada phone number untuk berhubung? Aku melirik kearah
tarikh yang tertera di atas surat tersebut. 2013!!??? What!!! Last year!!! Aiik..surat
yang di tulis setahun lalu, baru sampai tahun ni? Betul ke tidak ni? Aku
mengaru kepalaku yang tidak gatal. Merasa pelik kerana selama ini aku tidak
pernah nampak surat ni di dalam peti surat sebelum ini. Tak kan lah surat ni
terselit dalam peti surat selama setahun dan disebabkan itu juga Lasindah tidak
perasan akan surat itu. Harus ke aku ‘return to sender’?
bersambung.....
No comments:
Post a Comment