“Ena..kau
nak dengar cerita tak???,” soalku lalu menarik lengan Salena cukup membuatkan
wanita itu tersentak terperanjat. Apa taknya dia sedang tekun mengadap monitor tertiba
ada orang menarik lengannya. Selalunya yang buat kerja tidak berfaedah begitu
tidak lain dan tidak bukan teman karibnya Marsha.
“Astarfirullah
Al Azim…kau ni cuba istifar sikit..excited semacam ni kenapa?,” soal Salena
lalu memandang wajah temannya. Cemin mata bacaannya di letak di atas meja. Wajah excited
temannya di pandang.
“Tadi aku terdengar Mr. Haiqal berbual dengan ED..,” ujar
seakan berbisik kerana aku tidak sepatutnya tahu tentang ED. Top secret tu.
“Mr. Haiqal berbual dengan ED??? Eh mana kau tahu dia
berbual dengan ED in the first place??,” soal Salena turut merasa teruja bila
Marsha mengatakan bahawa Pengarah Editor mereka itu berbual dengan penulis
misteri yang disukai ramai.
“Shhh..perlahankan sikit suara kau..,” ujar ku lalu
merapatkan bibirku ke telinga Salena kerana aku tidak mahu orang terdengar akan
perbualan kami. Almaklumlah cubicle kami rapat di antara satu dengan lain.
Buatnya budak lain terdengar susah aku di buatnya nanti. Mereka pun minat pada
ED dan juga ingin mengetahui siapa penulis misteri itu. Tapi mereka tidaklah
sefanatik aku.
Salena membesarkan matanya tidak percaya dengan apa yang
di dengarnya. Dia sendiri tidak menyangka bahawa ‘ED’ itu seorang lelaki.
“Kau biar betul??? Serius dia lelaki? Ntah-ntah kau
salah dengar tak? Mungkin suaranya garau macam lelaki??,” ujar Salena masih
tidak dapat menerima berita dari Marsha. Masakan ‘ED’ lelaki? Cara penulisannya
begitu menyentuh perasaan. Issk tak kan iya si ED itu lelaki si Marsha ni bukan
boleh di percayai sangat..dia kan ke kuat berangan ntah-ntah dia tersalah
dengar.
“Eh engkau ni?? Aku belum pekak lagi ok?? Memang dia
lelaki..confirm lelaki?,” ujarku bersungguh-sungguh agar Salena percaya dan
yakin pada ku. Yang aku excited sangat si ED tu lelaki kenapa eh? Haha yang
penting aku sudah dapat tahu jantina penulis idola aku itu. Boleh tahan macho juga
suara ED tu eh?? Aku tersenyum sendiri bila teringatkan suara ED tadi. Alahai
boleh cair aku di buatnya. Dari analisa aku buat tentang suara ED. Mungkin
umurnya dalam lingkungan pertengahan 30an. Ok lah. Matured.
“Apa yang dari tadi confirm lelaki-lelaki?? Ni awak
berdua ni dah tak ada kerja ke??,” sergah Haiqal bila di lihat Marsha dan
Salena seronok berceloteh hingga tidak sedar dia berada di belakang mereka.
Aku menelan air liur bila di tegur Encik Haiqal. Aduh!
Janganlah dia dengar aku tersebut nama ED tadi. Mati aku di buatnya!
“Encik Haiqal ni..asal kita berbual aje kata tak ada
kerja?? Kami tengah release stress ni Encik Haiqal..tak kan kerja aje memanjang
tanpa rilek..nanti kerja kami tidak productive..siapa yang susah?? Encik Haiqal
juga yang susah ye tak??,” ujar Salena cuba menyelamatkan keadaan.
“Oh
ye ke??? Yang awak cakap confirm-confirm lelaki tu awak cerita pasal siapa??,”
tanya Haiqal ingin tahu. Yelah dia lihat Marsha excited benar bila bercerita
dengan Salena tadi. Apa yang seronok sangat dia hendak tahu juga. Haiqal
walaupun garang namun dia masih boleh bergurau dan di ajak berbual dengan
pekerjanya.
“Salena kenal dengan nyah..,” ujarku pantas sebelum
Salena membuka mulut.
Salena membesarkan bola matanya bila Marsha berkata
demikian. Dia kenal dengan Nyah!! Ceh! tak de reason lain ke yang si Marsha
hendak beri pada Encik Haiqal.
“Hi Ena awak dah tak tahu hendak membezakan di antara
wanita sejati dengan nyah ke?,” soal Encik Haiqal lalu tersenyum bila Marsha
mengatakan dia berkawan dengan nyah. Bukan dia memandang rendah pada mereka.
Malah dia punya beberapa teman yang kategori itu. Mereka kawan yang baik.
Salena tidak menjawab malah tersengih bila Encik Haiqal
menyindirnya.
“Bab tu belum mahir lagi Encik Haiqal..,” jawab Salena
lalu menjeling kearah Marsha yang tersenyum-senyum bila Encik Haiqal bertanya
soalan begitu padanya.
Sorry Ena..aku tak hendak Encik Haiqal suspect kita
berbual tentang ED sebab tu aku pandai-pandai create cerita yang dia berkawan
dengan nyah..kwang..kwang..kwang..
“Ok dah pukul 5.30 petang..Ena kau ada interview dengan
Cik Felisya kan??,” ujarku lalu melirik kearah jam tanganku. Bukan apa aku
hendak Encik Haiqal beredar pergi. Nanti dia tanya macam-macam susah kami
hendak menjawabnya nanti.
“Ah..iskk nasib baik kau ingatkan..kalau tak lambat aku
nanti?,” ujar Salena kembali mengadap monitor untuk ‘saved’ apa yang di taip
tadi. Kalau hilang menangis tidak berlagu lah dia di buatnya.
“Hmm elok lah tu..buat kerja jangan asyik nak menular
aje..nanti akhir tahun bonus sikit aje yang dapat jangan nak salah kan saya
pulak,” ujar Encik Haiqal lalu menjeling kearah kedua-dua anak buahnya.
bersambung....
No comments:
Post a Comment