Gusti Ayu tersenyum puas merasa bangga dengan kejayaan
anaknya Erhan. Cita-cita Erhan untuk membuka kedai buku dan Bistro tercapai
juga akhirnya. Tidak sia-sia anaknya menetap di Malaysia. Sangka Gusti Ayu,
Erhan hanya mengharapkan harta kekayaan ayahnya. Dia tahu Erhan seorang anak yang
akan kotakan apa yang dia impikan. Dia kenal benar pada anak terunanya itu. Setibanya
dia di bangunan kedai buku Erhan. Dia terus jatuh hati dan tidak terus bertemu
dengan Erhan malah membelek buku yang terdapat di kedai anaknya. Hampir
setengah hari dia berlegar-legar di kedai buku anaknya dari satu lantai ke satu
lantai. Dia dan Erhan gemar membaca buku. Malah Erhan mengikut jejaknya yang
suka membaca manakala ayahnya Erhan gemarkan makanan gourmet dan Erhan mengikut
jejak ayahnya juga yang gemarkan makanan gourmet.
“Ibu Ayu..sudah ke Bistro di lantai atas?? Mas Erhan lagi
menunggu ibu Ayu,” tegur Lieza bila ibu majikannya sedang leka membaca salah
sebuah buku fiction tulisan Stephen King. Sejak tiba di kedainya sehingga
sekarang ibu majikannya tidak datang menjenguk bossnya. Merata juga dia mencari
ibu majikannya kerana kedai buku R&R besar dan mempunyai 3 lantai ini tidak
termasuk Bistro R&R jadi kesemuanya 4 lantai. Bila Erhan meminta dia mencari
ibunya jenuh juga dia mencarinya.
“Eh Lieza..apa khabar kamu..lama kita tidak ketemu
ya..,” jawab Gusti Ayu tersenyum ramah bila pembantu Erhan menegurnya.
“Alhamdullilah baik aja Ibu Ayu..ngapa Ibu Ayu tidak
terus ketemu dengan Erhan..dia mencari ibu terus dari tadi, saya yang jadi
mangsa teriaknya,” ujar Lieza lalu tersenyum. Dia tahu majikannya tidak sabar
untuk bertemu dengan ibunya kerana sudah hampir 6 bulan dia tidak bertemu.
“Anak saya masih suka teriak-teriak?? Kasihan kamu Lieza..iya
saya ketemu sama dia..kamu bilang sama dia saya ketemu di Bistro jam 4.00
nanti,” ujar Gusti Ayu lalu menjeling kearah jam di pergelangan tangannya.
“Ok..saya akan beritahu Mas Erhan,” jawab Lieza lalu
meninggalkan Gusti Ayu sendirian. Lieza menuju kearah tangga spiral yang
menyambungkan tingkat 3 ke tingkat 4 Bistro R&R untuk memberitahu
majikannya.
*****
Aku
menolak pintu kaca kedai buku baru yang aku teringin sangat hendak pergi tempoh
hari. Sudah sebulan usia kedai buku itu, baru kini aku dapat menjejakkan kaki masuk
ke dalamnya. Wah so cool!!
Bestnya ala Borders! It’s gonna be my latest hangout place!!. Aku tersenyum
sendiri. Sedikit penerangan tentang diri aku. Aku selain hopeless romantic kind
of person. Aku juga seorang yang ulat buku. Hehe. Favorite hangout place
seperti borders kalau dahulu tak ada borders aku selalu lepak di library. Tapi
sekarang sudah banyak konsep kedai buku yang ala-ala Borders yang boleh baca
dan santai dan bonus point ada Bistro. Best kan! Satu hari suntuk pun aku boleh
lepak kat sini kalau tak ada kerja. Buat apa?? Apa lagi baca buku lepak one
corner, kalau berkenan buku tu aku beli. Dan apa yang aku suka sekali ada
Bistro boleh lepak minum latte atau makan cheese cake. Betul tak?
Wah best! Best!
Aku berjalan menuju kearah rak-rak buku yang berdekatan. Saja hendak tengok dan
lihat koleksi Best Sellers yang terpamer di situ. Aku mencapai buku dari Author
Nora Roberts lalu membaca synopsis di belakang buku tersebut. Buku itu ku letak
di atas rak semula. Aku berjalan menuju kearah fiction mencari buku terbaru
author yang aku gemari iaitu Sophie Kinsella. Sebab apa aku sukakan author
Sophie Kinsella kerana aku suka dengan cara penulisannya yang santai dan lucu.
Kebanyakkan novel romanticnya aku baca dan aku minati. Aku suka membaca
shopaholic series. Dan suka pada watak Rebecca dalam Shopaholic series. Becca
benar-benar wanita yang lucu dan interesting. Mataku bercahaya bila mendapati
Novel Shopaholic terbaru dari author kegemaran aku itu berada di rak. “Shopaholic
to the Stars”. Aku mencapai buku itu lalu menuju kearah counter pembayaran.
Kalau buku Sophie aku tidak perlu membaca sinopsisnya terlebih dahulu. Aku
pasti suka. Sedang beratur untuk membuat pembayaran aku menoleh kearah tangga
spiral yang menghubungkan lantai 3 ke lantai 4 kerana lantai satu ke lantai 2.
Tiada terdapat tangga spiral. Hanya lift dan escalator. Lantai 4 adalah Bistro
R&R.
“Any member
card??,” tegur gadis molek yang berada di belakang cashier.
Aku mengelengkan
kepala lalu membuahkan senyuman. “Kalau nak join member macamana dik?,” tanyaku
kerana aku pasti akan kembali ke R&R. Sepertimana yang aku kata tadi.
R&R would be my latest hangout place.
“Akak isi form
ni..you just have to subscription fee RM65 for 2 years membership..membership
kad ni akak boleh dapat discount bukan sahaja buku yang di purchase di sini
juga 10% di Bistro kami…dan akak akan dapat voucher free latte once you sign
up..,” terang gadis itu lalu tersenyum.
“Oklah I sign up,”
jawabku lalu mencapai registration form lalu mengisi butir peribadiku. Setelah
di isi form itu ku serahkan kepadanya. Dan setelah membuat pembayaran buku dan
membership fee aku menaiki escalator menuju ke tingkat 3 dan seterusnya ke
tingkat 4 dimana Bistro R&R ditempatkan. Tujuan aku ke sana bukan kerana
dapat free voucher maka aku hendak claim. Aku hendak duduk baca buku Kinsella
dan dalam masa yang sama duduk minum-minum latte dan makan cheese cake.
Oh dear! Ramai
pula orang berada Bistro R&R. Lantai 4 dikhaskan untuk Bistro jadi besar
juga Bistro R&R. Aku menoleh ke kiri dan kanan mencari tempat duduk kosong.
Di sebelah kanan Bistro terdapat meja yang di khaskan kepada mereka yang hendak
menikmati makanan dengan selesa. Manakala di sebelah kiri pula terdapat
beberapa sofa yang disediakan untuk pengunjung yang hanya mahu minum petang
atau bersantai. Kedua-dua tempat yang aku maksudkan penuh. Haizz. Laku betul
Bistro R&R. Tunggu sekejap lah. Bisik hati kecilku. Aku mengeluarkan novel
dari paper bag R&R lalu membaca synopsis di belakang buku tersebut.
Sesekali aku memandang kearah kiri berharap ada sofa kosong yang boleh ku
duduk. Oh yes! Aku lihat seorang lelaki yang sedang duduk bersendirian mahu
bangun dari sofa pasti dia hendak balik kan sebab mejanya sudah terdapat cawan
sisa latte. Sebaik sahaja lelaki itu meninggalkan meja aku dengan sepantas
kilat menuju kearah sofa itu lalu duduk. Yes! Haha nice angle and spot dan sofa
yang aku duduk sungguh empuk dan sedap di duduk. Maklumlah Bistro baru. Spring
sofa pun masih intact ye tak? Cuba dah 5 tahun mahu tak sakit punggung sebab
span dan haus. Aku meletak bag di bawah bersebelahan sofa yang aku duduk lalu
bangun menuju kearah kaunter untuk membuat pesanan. Sebab tadi aku lihat
terdapat pelbagai jenis cheese cake. Cupcake. Pies. dan selagi selagan jenis
dessert yang menyelerakan lagi mengiurkan terdapat di display. Wah seronoknya!
“Can I have
hazelnut latte with Chocolate Lava cake?,” ujarku tanpa menoleh kearah wanita
yang berada di kaunter kerana mataku masih sibuk meninjau dessert yang terdapat
di display.
“Marsha??,”
Aku
tersentak bila seseorang menyebut namaku.
“Ika..lah
kau kerja sini??? Eh bukan ke kau kerja kat Coffee Bean yang seberang jalan
dulu,” ujarku bila menyedari wanita yang berada di belakang kaunter itu adalah
kenalan aku. Bagaimana aku kenal Ika? Sebab aku sering kali ke Coffee Bean di
tempat Ika bekerja. Aku regular customer di Coffee Bean dan secara tak langsung
mengenali Ika. Barister Coffee Bean. Tapi hari ini mungkin Ika di tugaskan
untuk menjaga cashier.
“Dah
berhenti..tu yang kerja sini..eh kau ni setiap kedai buku mesti ada kau
kan..lagi-lagi kalau kedai buku yang ada Bistro,” ujar Ika lalu tersenyum.
Aku
tersenyum kambing bila Ika berkata demikian. Bukan Ika tak tahu aku ulat buku
dan hantu gourmet coffee.
“Haruslah..bukan
kau tak tahu pun,” ujarku lalu tersenyum lalu menyerahkan duit untuk bayaran
latte dan chocolate cake yang aku pesan awal tadi. Ika memberi belen duit
kepadaku.
“Ok chat
with you later..nah ambil nombor ni nanti kita hantar your cake and latte..,”
ujar Ika lalu menyerahkan nombor kepada Marsha. Dia hendak berbual lama dengan
Marsha masa tidak mengizinkan lagipun ini waktu bertugas.
“Ok,”
jawabku lalu memusingkan badannya menuju kearah sofa tempat dudukku. Okay! Aku
berhenti melangkah bila ada seorang lelaki duduk di sofa bertentangan tempat
dudukku. Lelaki itu sedang leka membaca kerana di tangannya terdapat sebuah buku
novel. Ini bermakna lelaki itu mahu duduk lama. Tak tahu kah dia bahawa tempat
itu sudah di reserved oleh aku. Hissh problem betul. Angin aku di buatnya. Dia
tak nampak ke ada handbag dan paper bag aku di sebelah sofa itu.
“Excuse me..this seat is taken,” tegurku
perlahan.
Lelaki yang ku
tegur itu menoleh kearahku.
Terpegun aku
seketika kerana lelaki itu ganteng banget gitu lor! Eh apahal pula aku boleh melalut
ke bahasa Indon ni. Ini semua gara-gara si Erhan. Maka aku terbawa-bawa akan
bahasa Indon.
“Taken!!
By whom??,” ujarnya dengan wajah kurang senang.
Yek
eleh! Sombong amat pulak mamat sekor ni? Tak payahlah nak berslang bagai dengan
aku. Dah lidah orang melayu buat ajelah cara orang melayu. Nasib baiklah muka
kau tu kacak. Tapi kan kalau kacak macamanapun tapi perangai hampeh dan poyo
tak guna jugakan. Jatuh sahamnya. Tadinya aku nak bagi mark 10/10 sekarang dah
jadi 3/10 sebab sombong amat.
“Err..by me..,”
jawabku tegas tapi dalam nada perlahan. Dia ingat dia handsome aku hendak
mengalah dengan dia, boleh blah. Aku dah cop tempat ini dia pula senang-senang
duduk. Pergilah cari tempat lain.
“Oh
really??? I tak nampak pun nama you kat seat ni atau reserved sign di sini,”
ujarnya lalu tersenyum sinis. Buku yang di baca di letak di atas meja.
Aku
menarik nafas dalam lalu melepaskannya perlahan. Berdesing telinga aku
mendengar kata-kata sinis dari mulut lelaki itu. Hissh..0/10..His score is
0/10! Tak ada manners and very
rude! Harap muka sahaja handsome tapi tak ada manners. Big pangkah.
“Memanglah tak
ada..tapi mata awak buta ke???..tak nampak barang saya ada kat sini?,” ujarku berang
lalu menunding jari kearah handbag dan paperbag ku. Hilang coolku bila lelaki
itu sengaja hendak mencari pasal hendak bertekak dengan aku. Tak boleh ke dia
cakap baik-baik dengan aku seperti ‘Oh sorry I didn’t know this seat is taken’
atau ‘I can’t find empty seat..can we share?,’ sedap sikit telinga aku mendengarnya.
Aku bukannya wanita yang tidak bertimbang rasa boleh aje aku share meja sebab
ada 2 sofa, tapi kalau beginilah caranya. Jangan harap aku hendak berkongsi
tempat duduk dengan dia.
“Tak!..saya tak
nampak..awak letak barang awak di bawah…so it’s totally not my fault,” jawabnya
dengan wajah sombong dan masih lagi duduk di sofa tidak berganjak.
“What an arse!,”
ujarku geram tanpa peduli mata yang memandang kearah kami. Lelaki itu agak terperanjat
bila aku beri komen sedemikian. What! Terperanjat bila aku cakap begitu! Memang
dia arse pun. Aku mencapai handbag dan paperbag ku lalu menuju kearah kaunter
malas hendak bertekak dengan lelaki gila itu.
“Kenapa Marsha??,”
tegur Ika bila di lihatnya Marsha berdiri di sebelah kaunter sedangkan dia akan
menghantar makanan pesanan Marsha bila sudah sedia nanti. Mereka sendang
memanaskan chocolate cake dan menyediakan latte pesanan Marsha.
“That stupid man
took my seat,” ujarku sengaja menguatkan suara agar lelaki itu dengar. Aku
peduli apa biar dia dengar.
“Oh ok..tu ada
seat kosong.., jom lah duduk sebelum ada orang duduk pulak,” ujar Ika berjalan
pantas menuju kearah seat yang baru di tinggalkan pelanggan. Dia membersihkan
meja dan memberi ruang kepada Marsha untuk duduk.
“Thanks Ika..Eii
sakit hati pulak hati kita tengok muka selamba mamat sombong tu..selamba badak je dia duduk
kat situ..dia ingat Bistro ni Bistro bapak dia agaknya,” cemuhku dengan rasa tidak
puashati. Bengang aku dibuatnya. Dia boleh duduk buat dunno dengan wajah tidak
bersalah. Angin betul aku di buatnya.
“Dahlah tu..orang
macam dia memanglah berlagak kan..bukan kau tak tahu,” ujar Ika perlahan cuba
menenangkan hati Marsha yang tengah marah. Dia perasan lelaki itu duduk di situ
sebelum Marsha duduk tadi. Tapi dia tidak tahu bagaimana Marsha boleh memilih
seat itu sedangkan lelaki itu masih belum meninggalkan Bistro. Ini mungkin
salah faham. Mungkin lelaki itu ke tandas tadi dan kembali ke seatnya dan
Marsha pula menyangka lelaki itu sudah meninggalkan meja dan tidak akan
kembali.
bersambung......
BEST.
ReplyDelete