“Amboi
senyum sampai ke telinga..apahalnya yang kau happy sangat?? Encik Haiqal beri
kau bonus yang kau mintak dari dia ke??,” tegur Salena lalu meletak Yami
yougurtnya di hadapan. Marsha kelihatan tersenyum dan berangan sendiri sedari
tadi. Apa yang dia angankan? Dia hendak tahu juga. Si Marsha ni penuh dengan
imiginasi yang awang-awangan. Maklumlah dia kan ‘Hopeless romantic’ terkadang
tu dia tidak tahu di mana Marsha mendapat idea-idea romantic begitu.
“Encik
Haiqal beri bonus…lambatlah,” jawabku lalu menjeling. Aku tahu Encik Haiqal tu
ada sikit Bakhil. Tak kan ia lah dia hendak beri aku bonus.
Aku
memandang wajah Salena tersenyum lagi bila Salena bertanya kenapa aku kelihatan
gembira dan senyum tak sudah-sudah sejak pagi tadi.
“Aku
dah hantar surat pada Erhan..mesti surat tu dah sampai padanya semalam,” ujarku
tersenyum lebar. Lepas tulis surat tu aku tangkap gambar. Boleh beri pada
Salena supaya dia dapat membaca isi kandungan surat itu.
Salena tersedak kecil bila Marsha mengatakan dia sudah
membalas surat Erhan. Serious???!! Dia fikir Marsha hanya bergurau bila dia
katakan hendak membalas surat Erhan dia benar-benar tidak menyangka Marsha
benar-benar balas surat Erhan.
“Huh..!! kau biar betul?? Kau ni benar-benar gila kan,”
Aku menganggukkan kepala perlahan. Haha dia baru tahu ke
tahap kegilaan aku tu. Ini baru surat belum bab sesi kenal mengenal lagi.
“Kau rasa si Erhan tu convince ke yang tulis surat tu
Lasindah?,” soalku ingin tahu pendapat Salena.
“Eh manalah aku tahu..isi kandungan surat tu pun aku tak
baca lagi, macamana aku hendak beri kau pendapat samada dia convince ke
tidak??,” jawab Salena lalu mengigit sudu plastic yougurt.
Aku mencapai Note 3 lalu menekan gallery mencari photo
surat yang ku tulis buat Erhan setelah jumpa aku serahkan Note3ku kepada
Salena. Salena menyambut. Sudu plastic di mulutnya di letak ke dalam mangkuk yougurt
lalu membaca surat Marsha dengan tekun.
Salena tidak dapat menahan diri lalu tertawa kecil bila
membaca surat Marsha. Betul ke si Marsha ni hantar surat ini kepada Erhan?
“Eh kenapa kau ketawa???,” soalku hairan. Lucu ke isi kandungan
surat aku tu. Bahasa yang aku guna bahasa jiwa bab mana yang lucunya?
“Kalau surat ini lah yang kau hantar confirm dia rasa
suspicious yang pengirimnya bukan Lasindah,” ujar Salena menyerah kembali Note3
kepada Marsha.
“Huh??? Kau biar benar ayat jiwang aku tulis tu..,”
jawabku merasa tidak puas hati dengan komen Salena. Aku baca sekali lagi isi
kandungan surat yang ku beri pada Erhan. Semua ok je.
“Kau tulis lirik lagu ‘Sayang’ dari Shae,” ujar Salena
tertawa lagi.
“Lirik lagu sayang??,” soalku tidak mengerti. Huh!? bila
masa pula aku tulis lirik lagu sayang.
“Ler..tak kan kau tak pernah dengar lagu ‘Sayang’…’Sayang
apa khabar denganmu..Di sini
kumerindukan kamu..Ku harap cintamu tak kan berubah..Karna di sini ku tetap
untukmu..,” nyanyi Salena.
Aku mengerutkan dahi
menafikan bahawa apa yang aku tulis itu adalah lirik lagu ‘Sayang’. Masa aku
tulis perkataan itu keluar laju aje dari fikiran aku.
“Ler..tak tahu
lagi..meh aku nyanyikan korus nya..’Sayang dengarlah permintaanku..Jaga hatimu
untukku..Sayang dengarlah bisikan hatiku..Karna ku sayang kamu..oh..oh..oh,”
nyanyi Salena dengan penuh perasaan dan expresi di wajahnya.
Hatiku menjadi kecut sendiri bila menyedari kebenaran kata-kata
Salena. Semasa aku menulis surat itu memang laju aje idea keluar, sebab masa
balik kerja dalam kereta Salena, DJ radio putarkan lagu itu berulang-ulang. Aku
memang tidak ambil perhatian langsung akan lagu itu. Tapi oleh kerana selalu di
putarkan ia melekat di fikiran ku. Patutlah tangan aku laju aje semasa tulis
surat. Aduh! Kalau yang benar aku tulis lirik Sayang. Tentunya Erhan tahu aku
bukan Lasindah. Aduh! Gila amat!
“Yang benar itu lirik Sayang??,” ujarku lalu menarik
tangan Salena bila wanita itu habis menyanyi.
Salena menganggukkan kepalanya berkali-kali.
Aduh! Bodoh amat aku ni? Aku percaya Erhan tidak akan
membalas surat yang di terima kerana dia tahu si pengirim surat ini bukan
Lasindah tapi wanita yang otaknya mereng!
bersambung....
BEST.
ReplyDelete