Aku menolak pintu transparent
R&R lalu melangkah masuk. Kali ini aku tidak singgah membelek buku di
tingkat bawah kerana aku tidak bercadang untuk membeli buku hari ini dan aku
mahu terus ke Bistro. Buku novel yang ku beli tempoh hari masih belum sempat ku
baca lagi. Maka hari ini aku hendak bersantai sambil duduk minum coffee di
R&R. Hendak merehatkan mindaku kerana terlalu asyik bekerja hingga aku
tidak punya masa untuk diri aku sendiri. Aku melirik kedalam café sekilas mencari
tempat duduk kosong. Mataku tertancap pada wajah seseorang yang familiar di
mataku. Lelaki yang aku bertekak kelmarin. Eh ada pulak jantan sombong tu kat
sini hari ini? Kebetulan?
Eddy mencapai cawannya sebaik sahaja
pelayan R&R menyerahkan coffee yang di pesan. Belum sempat bibirnya
menyentuh cawan coffee itu dia meletak kembali cawan itu di atas meja kembali kerana
aroma bau coffee itu berlainan dengan coffee yang selalu di pesan. Matanya
melilau mencari pelayan R&R. Tiada seorang pun dapat di ambil perhatian
kerana pekerja R&R sibuk melayan pelanggan. Eddy mengambil keputusan untuk
membawa coffee itu ke kaunter sendiri untuk mendapatkan coffee yang di pesan.
“Lama tak nampak kemari sibuk
ke???,” tegur Ika sebaik sahaja terpandang wajah Marsha di kaunter. Sejak
peristiwa Marsha berselisih faham dengan pelanggan tetap mereka Mr. Eddy.
Marsha tidak lagi kemari hinggalah hari ini. Dia fikir Marsha sudah serik
hendak ke mari atau mungkin Marsha merajuk hati.
“Ah mestilah sebab sibuk dengan
kerja kan..kenapa kau rindu aku eh??,” usikku lalu tersenyum meleret bila Ika
bertanya kenapa aku sudah lama tidak datang ke mari. Kalau tidak kerana di
pressure dengan Mr. Haiqal tak lah aku sibuk mana.
“Aku nak rindu kau?? Kenapa eh??
Baik aku rindu dengan buah hati,” jawab Ika lalu tersenyum sengaja mahu
mengusik Marsha.
“Yelah orang ada buah hati..mana nak
rindukan kita,” jawabku dengan nada merajuk. Semua orang ada buah hati. Aku
jangan kata buah hati. Bayang buah hati pun tak ada. Apa taknya sibuk dengan
kerja memanjang. Tak ada masa untuk bersosial. Haha like real!
“Ceh..ceh..kau tu yang memilih
sangat nak tunggu Putera Idaman datang melamar..lambatlah,”
“Eii putera Idaman..please eh tak
ada aku mimpi Putera Idaman datang melamar ok..belum ada orang yang berkenan so
solo ler..,” jawabku tersenyum lagi. Bila Ika mengatakan bahawa aku terlalu
memilih. Mencari pasangan hidup haruslah memilih mana boleh pakai tangkap muat
aje ye tak?
“Eh bukan ke kau dengan
Azlee..couple??,” soal Ika kerana Marsha selalu kelihatan bersama dengan Azlee
setiap kali dia ke Coffee Bean dahulu, tempat kerja lamanya. Dia tahu Marsha
sukakan Azlee dan selama ini dia menyangka Azlee adalah teman lelaki Marsha
kerana mereka kelihatan mesra bersama dan macam belangkas.
“Azlee?? Dia good friend aku aje..,”
jawabku perlahan malas hendak mengulas tentang hubungan aku dengan Azlee kepada
Ika kerana tiada apa yang hendak aku ceritakan kepadanya selain dari kekecewaan
aku bila mengetahui Azlee hanya menganggap aku hanya teman biasa dan tidak
lebih dari aku. Aku yang perasan lebih menyangka Azlee sukakan aku.
“Lah aku ingatkan selama ini kau
dengan Azlee couple..hmm tak apa..aku percaya kau pasti bertemu dengan
seseorang,” ujar Ika lalu tersenyum. Wanita cantik seperti Marsha mudah sahaja
mendapat penganti.
“Amin..In Sha Allah..moga termakbul
doa kau lah hendaknya,” jawabku membalas senyuman Ika. Haha..kalau masinlah
mulut kau Ika biarlah Erhan menjadi jodohku. Bisikku dalam hati.
Eddy berdiri di belakang seorang
pelanggan wanita yang berada di kaunter. Lama juga dia menunggu sehingga wanita
di hadapannya selesai membuat pesanan. Namun dia tetap menunggu dengan sabar.
“Ok nah ambil nombor ni nanti aku
hantar order kau,” jawab Ika.
“Thanks,” jawabku tersenyum lagi
lalu menoleh ke belakang dengan spontan.
“Awas!!,” ujar Eddy belum sempat dia
memberi amaran kepada wanita yang berada di hadapannya terlanggar tangannya dan
coffee yang di pegangnya terkena pada baju blouse cream wanita itu. Oh dear!
“What the hell!! Panas tahu tak??,”
ujarku marah lalu menarik blouse cream ku yang terkena air coffee. Aduh!
melecur kulit aku. Mata lelaki itu letak kat mana?? Kat kepala lutut eh! Issk
kenapa setiap kali aku ke R&R ada sahaja musibah yang melanda diri aku.
“Sorry..by the way you yang langgar
I, Ika this is not my coffee,” ujar Eddy lalu meletak cawan itu di atas
kaunter. Pantas tangannya mencapai napkin yang terdapat di kaunter lalu menghulur
napkin tersebut kepada wanita yang melanggarnya tadi.
“You berdiri dekat sangat dengan I
kenapa?? Sebab tu lah I terlanggar,” jawabku marah kerana tidak puas hati
dengan komen lelaki itu. Aku merentap kasar napkin dari tangannya.
“Mata awak letak kat mana?? Sampai
boleh terlanggar orang,” jawabnya sambil tersenyum sinis. Kalau wanita itu
berhati-hati dan awas dia tidak akan terlanggar dirinya.
“Issk..tak boleh ke you jangan
banyak cakap dan tak sakitkan hati orang!..,” jawabku lalu memandang tepat ke
wajahnya. Bagai hendak pitam aku di buatnya bila menyedari bahawa lelaki itu
adalah lelaki yang sama aku selisih faham dengannya kelmarin dan lelaki itu
juga yang aku bertekak sekarang kerana dia juga, baju aku disirami air kopi
panas.
Lelaki itu tidak berkata apa bila
aku memberi komen sedemikian mungkin terasa dengan komen aku.
“Kenapa Marsha?? Kenapa dengan baju
you??,” soal Azlee bila di lihatnya blouse cream Marsha kotor dan Marsha sedang
bertengkar dengan seseorang. Tadinya dia mengekori Marsha kerana dia ingin tahu
kenapa Marsha bersikap dingin dengannya. Dia ingin hubungannya kembali seperti
dahulu dengan Marsha.
“Azlee??? Apa you buat kat sini??,” ujarku
terperanjat kerana Azlee juga berada di R&R.
“I nampak you masuk R&R tadi..so
I cari you,” jawab Azlee lalu tersenyum. Mana mungkin dia memberitahu Marsha
dia mengekorinya sejak keluar dari office tadi.
“Cari I buat apa??,” jawabku malas
hendak menunggu jawapan dari mulut Azlee lalu mencari tempat duduk kosong. Aku
mahu meletak bag dan hendak ke ladies untuk membersihkan bajuku yang kotor.
“I miss hang out with you Marsha…you
have been avoiding me since that day..,” jawab Azlee mengekor kemana sahaja Marsha
pergi.
“Miss hang out with me?? Really?? Ok..,”
jawabku lalu menyerahkan handbag dan buku ku kepadanya dengan wajah selamba.
Selama ini aku yang bantu Azlee angkatkan bagnya, bantu belikan kopi untuknya
kerana selama ini aku sangka dia benar-benar suka dan sayangkan aku. Tapi kali
ini aku tidak lagi menjadi socai Azlee kerana aku tidak mahu memikat hatinya. Mataku
melilau mencari tempat duduk kosong. Hissh penuh pulak tadi masih banyak tempat
duduk kosong.
“Here you go..Mr. Eddy maaf sebab
tersalah hantar order tadi,” jawab Ika dengan wajah serba salah. Khuatir Mr.
Eddy akan marah padanya kerana cuai. Bagaimana Khairul boleh terhantar salah
coffee kepada Mr. Eddy.
“It’s ok Ika,” jawab Eddy tersenyum
lalu memandang kearah wanita yang terlanggarnya tadi. Wanita itu bersama dengan
seorang lelaki. Tidak tahu samada lelaki itu adalah teman lelakinya kerana
wanita itu kelihatan tidak menyedari kehadiran lelaki itu.
“Err Ika..boleh bantu saya?,” tanya
Eddy lalu memandang wajah Ika.
“Bantu?? Bantu apa Mr. Eddy?,” soal
Ika dengan wajah hairan. Apa bantuan Mr. Eddy kehendaki darinya.
“Boleh belikan saya t-shirt wanita R&R
size medium..I tak tahu pilih..jadi you boleh belikan untuk saya,” ujar Eddy
lalu tersenyum. Dia mengeluarkan dompet dari saku seluarnya lalu mengeluarkan
note 3 keping note RM50 lalu di serahkan kepada Ika.
“In Sha Allah boleh..eh?? saya rasa
100 ringgit sudah lebih dari cukup Mr. Eddy,” ujar Ika terperanjat bila lelaki
itu menyerahkan RM150 untuk dia membeli sehelai t-shirt R&R.
“Tak apa lebih duit tu kira upah awak
sebab Ika telah membantu saya,” jawab Eddy tersenyum lagi.
“Terima kasih Mr. Eddy..sekarang
juga saya pergi beli,” jawab Ika membalas senyuman yang bisa mencairkan hati
wanitanya dari Mr. Eddy pelanggan gantengnya. Kalau Mr. Eddy tak beri upah pun
dia sanggup belikan untuknya sebab dia suka melihat wajah kacak milik Mr. Eddy.
Sebenarnya Mr. Eddy tidak sombong mana..sepertimana yang Marsha lemparkan padanya.
Marsha dan Mr. Eddy sama cantik dan sama padan. Sesuai sangat. Tapi Mr. Eddy
sudah mempunyai isteri dan anak. Nasib Marsha tidak begitu baik kerana Mr. Eddy
sudah berkeluarga dan Marsha seringkali bergaduh dengan Mr. Eddy. Kalau tidak
memang dah jodoh Marsha dengan Mr. Eddy.
Sebaik sahaja Ika meninggalkannya
lalu pergi ke tingkat satu. Dia menoleh kearah wanita yang melanggarnya tadi.
Wanita itu duduk tidak jauh darinya di temani lelaki yang di lihat awal tadi.
Namun wanita itu hanya melayan lelaki itu endah tak endah seolah-olah tidak
berminat untuk berurusan dengannya. Kenapa?? Mungkin wanita itu merajuk hati
dengan kekasihnya dan lelaki itu sedang memujuk wanita itu. Eddy tersenyum
sendiri lalu menyambung membaca novel yang di baca separuh jalan tadi.
Eddy tersentak bila paper bag
R&R di letakkan di atas mejanya.
“Cepatnya..terima kasih Ika..saya
ada satu permintaan lagi,” ujar Eddy tersenyum lalu memandang wajah Ika.
“Ada lagi?? Apa dia Mr. Eddy?,”
tanya Ika.
“Boleh berikan bag ni kepada wanita
yang saya langgar tadi?,” ujar Eddy lalu menoleh kearah tempat wanita itu
berada. Tadinya dia nampak wanita itu ke tandas. Mungkin membersihkan bajunya
yang terkena air kopi. Walaupun sudah di bersihkan dengan air masih lagi kelihatan kesan kotor di bajunya.
“Oh jadi baju ni untuk Marsha lah
ye?? Ok I berikan pada dia,” jawab Ika sambil tersenyum simpul.
“Ya untuk kawan awak Marsha..terima
kasih Ika,” jawab Eddy lalu membalas senyuman Ika yang anggap pelik seperti ada
makna di sebaliknya.
“Sama-sama kasih,” jawab Ika membawa
paper bag R&R berisi baju t-shirt yang di belikan untuk Mr. Eddy tadi
seraya berlalu menuju kearah Marsha dan Azlee berada.
bersambung...
No comments:
Post a Comment