Erhan duduk di sofa tersandar
kepenatan. Sudah lama dia tidak keluar berjogging. Selalunya waktu begini dia
keluar berjogging di taman yang berdekatan dengan pejabatnya. Erhan selalu
menyimpan pakaian gymnya di pejabat. Namun sudah lama juga dia tidak menyentuh
pakaian gym kerana tidak ada mood untuk berjogging semula. Bila dia mula semula
terasa mengah sedikit.
Pintu pejabat Erhan di buka. Lieza
masuk ke dalam pejabatnya.
“You dari mana boss?,” tegur Lieza
bila di lihatnya Erhan tersandar kepenatan di sofa dengan sweat shirt dan track
pants. Seperti baru lepas pergi berlari kayaknya.
“Baru pulang dari jogging..aku capek
bangat, Lieza sayang bisa bikinkan aku air, aku haus sekali,” ujar Erhan kali
ini dia berbaring di atas sofa.
“Ya itu bisa di atur boss..balik
jogging??? Lama you tak jogging sir dah hampir 6 bulan kenapa tiba-tiba nak
berjogging semula,” usik Lieza lalu menuju kearah mini pantry yang terdapat di
bilik Erhan. Dia membancuh air kegemaran Erhan signature coffee R&R.
Bossnya itu memang pelik. Tidak kira pagi petang siang malam. Kalau dia minta
buatkan air tiada air lain yang di minta selain signature coffee R&R.
“Aku rasa sudah semakin gemuk
sekarang, tidak fit seperti dulu,” jawab Erhan lalu duduk bila Lieza meletak
secawan kopi di atas meja.
“What GEMUK!!! Ah sir I think you
kena ganti cermin you di rumah..badan you fit begini you kata gemuk? You ok tak
sir?,” ujar Lieza terperanjat bila Erhan mengatakan dia sudah gemuk sebab itu
dia pergi jogging semula. Apa cermin di rumahnya itu perlu di ganti?
“Kamu lucu sekali Lieza, kan ke aku
mahu bertemu dengan so-call Lasindah..jadi aku ingin menyiapkan diri dan mahu
kelihatan hebat di matanya ah gitu lor, kamu fikir hanya wanita sahaja yang
bisa berdandan dan mencantikkan diri,” terang Erhan lalu menangalkan sweat
shirt yang di pakainya tadi lalu di campakkan di bawah.
“Oh gitu..boss vain jugak kan! Aku
yakin sekali so-call Lasindah pasti tertarik pada wajah kamu boss..ngak perlu
stress amat,” jawab Lieza tersenyum simpul bila mengetahui akan sebab kenapa
Erhan beria-ia pergi jogging semula. Rupa-rupanya mahu impress teman wanita
barunya.
“Itu kata kamu..,” jawab Erhan
bangkit dari sofa lalu menuju kearah kamar mandi ensuitenya.
****
Aku
berjalan menuju kearah cubicle lalu menghempaskan punggungku di kerusi. Aku
mencapai cermin yang terdapat di mejaku lalu membelek-belek kepalaku yang
terhantuk tulang bahu lelaki itu. Betul apa yang aku sangka terdapat kesan
benjolan di kepalaku. Aku sepatutnya minta wang pampasan dari lelaki itu sebab
muka aku yang cantik menawan ni sudah tidak cantik lagi kerana ada bejolan
tidak enak di mata terdapat di situ. Cet! Hilang seri wajah aku.
“Nah..ice
pack!,” ujar Salena lalu menghulur ice pack yang sempat di microwave tadi agar
ice pack itu bertukar menjadi warm pack untuk ditekapkan di kepala benjol
Marsha.
“Thanks!!
Nasib baik kau ada ice pack kalau tidak mana aku hendak cari lean meat.., suah
sueh ke morning betul..,” gerutuku geram. Sebal betul dengan kejadian tadi.
Apalah nasib dahlah tak jumpa dengan ED. Boleh jumpa dengan Mr. Arrogant pulak.
Hissh potong betul.
“Yang
kau marah sangat kat mamat tu kenapa? Kau yang langgar dia kan tadi? Patut kau
yang kena minta maaf dengan dia,” ujar Salena lalu duduk mengadap Masha dia
ingin tahu cerita Marsha dengan mamat yang melanggarnya tadi. Untung-untung
Marsha ada phone number lelaki itu.
“Memanglah
aku yang langgar dia, tapi sakit kepala aku tau!..kau ada nampak benjol di
kepala aku ni? Sebab tu aku tak perlu minta maaf dari dia,” ujarku lalu menekan
ice pack atau warm pack di dahiku. Terasa bisa dan sengal-sengal pula. Aku
hendak kena pergi check-up takut-takut bergegar otak aku di sebabkan terhantuk
kuat tadi.
“Kau
ni kan kadang-kadang perangai mengalahkan anak sedara aku yang usia 5 tahun..,”
komen Salena lalu mengelengkan kepalanya perlahan.
“Aku
bukan apa..aku bengang sangat dengan mamat tu!..kau ingat aku pernah cerita kat
kau dulu yang mamat ni yang sombong gila aku jumpa kat Café dulu..ah dialah
sebab tu aku geram sangat dengan dia tadi,” ujarku lalu mencampak ice pack di
atas meja.
“Mamat
sombong gila yang kau cerita kat aku tu dulu??? Mamat tu?? Wah Marsha..handsome
gila mamat tu? Kalau aku di tempat kau, aku tak kisah dilanggar mamat tu tadi,”
jawab Salena dengan wajah tidak percaya.
Aku
menjeling bila Salena kelihatan teruja. Salena memang pantang. Pantang nampak
muka handsome sikit mesti excited. Ini mesti nak tahu lebih lanjut tentang
lelaki itu dari akulah tu sebab dia baik sangat dengan aku hari ini.
“Sorry..aku
tak tahu apa-apa tentang mamat sombong tu..nama dia pun aku tak tahu..kalau kau
hendak kenal dia sangat..dia selalu lepak kat R&R Bistro waktu petang..,”
jawabku sambil lewa. Aku mencapai copy majalah bulan ini. Tidak sabar hendak
membaca artikel ‘ED’. Ada baiknya aku
layan artikel ‘ED’ dari berdikusi dengan Salena tentang lelaki yang otaknya
setengah masak tu.
“Mana
kau tahu aku hendak tahu tentang lelaki itu??,” tanya Salena dengan wajah
terperanjat. Marsha seakan dapat membaca apa di fikirannya.
“Please
eh aku kenal kau dah lama sesangat..aku dah cukup faham benar dengan perangai
kau tu,” jawabku tanpa memandang wajah Salena. Malas hendak melayan. Kalau
tanya tentang orang yang aku berminat ok lah jugak ini tanya tentang orang yang
aku tidak minat dan tidak suka langsung memang tak layanlah.
*****
Erhan
sedang baring di sofa sambil membaca buku bila pintu biliknya di buka
seseorang. Erhan tidak menoleh melihat siapa yang datang. Bila tiba-tiba dia di
kejutkan seseorang melompat ke atas badannya.
“Eryan..ini
anak buat kakak terkejut, kamu dari mana?? Mama mana?,” ujar Erhan lalu duduk
dan mendukung adik tirinya yang tersengih bila dia dapat mengusik kakaknya.
Erhan meletak buku yang di baca di atas meja. Wajah comel milik adik lelakinya
itu di pandang sambil tersenyum.
Eryan
menjungkit bahu tanda tidak tahu lalu tersenyum nakal.
“Nakal
kamu ya..,” ujar Erhan lalu menarik hidung mancung milik adiknya. Erhan
mendukung Eryan lalu menuju ke arah pintu. Tombol pintu di pulas perlahan.
Bayang Lieza tidak kelihatan di mejanya. Mana sahaja semua orang pergi. Erhan
mengerutkan dahinya merasa pelik adiknya Eryan disini tanpa di temani sesiapa.
Dia kembali ke pejabat mengambil kunci kereta dan dompetnya.
“Sir
ada nampak Eryan???,” ujar Lieza dalam keadaan termengah-mengah. Puas dia
mencari Eryan di merata R&R namun tidak di temui. Dia meminta pertolongan
security mencari Eryan adik tiri bossnya itu. Bagai hendak terlucut jantungnya
bila mendapati Eryan tidak berada di children section dimana dia tinggalkan
sebentar di bawah jagaan pekerja R&R kerana mahu ke tandas. Sekembalinya
dari tandas dia mendapati Eryan tidak lagi bermain-main di children section. Itu
yang membuatkan dia panic bagai hendak gila. Kalau Eryan hilang habis kepalanya
akan di pengal dengan Gusti Ayu dan Mr. Erhan.
Erhan
menoleh kearah Lieza yang berdiri di muka pintunya.
“Alhamdullilah..Eryan
gi mana aja tadi..puas ‘bibik’ mencari kamu,” ujar Lieza lalu mengambil Eryan
dari tangan Erhan.
“Bibik??
Bukan ‘Tante’,” ujar Erhan lalu tersenyum kerana gelaran bibik adalah gelaran
yang selalu di berikan kepada pembantu rumah. Masakan Eryan menyamakan Lieza
dengan bibiknya.
“Eryan
yang memanggil saya ‘bibik’ hendak tak hendak terpaksa terima ajelah,” jawab
Lieza dengan wajah pura-pura sedih. Jatuh standardnya di panggil bibik. Pakai
baju office wear glamer begini dah ditukar status menjadi bibik. Apalah nasib.
“Eryan
nakal kamu ya..ini ‘Tante’ bukan nya bibik ok??,”
Eryan
tidak menjawab dia hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
“Mama
saya di mana Lieza??,” tanya Erhan bila mamanya tidak kelihatan bersama dengan
Lieza. Masakan Lieza pula yang menjaga Eryan.
“Gusti
Ayu pergi shopping, dia minta tolong I babysit kan Eryan,” jawab Lieza serba
salah. Dia takut di marahi majikannya. Dia terlupa hendak memberitahu Erhan
tentang perancangan Gusti Ayu untuk keluar shopping hari ini dan dia di minta
untuk menjaga Eryan hari ini.
“Shopping???
Kamu babysit Eryan? Biar saya aja menemani Eryan hari ini,” ujar Erhan lalu
menghulurkan tangannya untuk mendukung Eryan.
“Betul??
Sungguh?? Kamu yang benar boss??,” tanya Lieza berkali-kali ingin kepastian
dari Erhan. Betul Erhan mahu menjaga Eryan? Boleh ke dia menjaga dan handle
Eryan yang cute dan nakal tu?
“Kamu
ingat saya tidak pantas menjaga anak kecil?? Begitu??,” tanya Erhan kembali
bila Lieza seperti tidak yakin dia dapat menjaga Eryan. Dia sukakan anak kecil
dan sebelum ini dia anak tunggal tidak punya kakak mahupun adik untuk di kongsi
dan di ajak bermain bersama.
“Eh
tidak..I know you are capable to look after Eryan,” jawab Lieza lalu tersengih
bila Erhan tidak senang dengan komen yang diberikan tadi. Yelah Erhan belum
punya keluarga dan anak sendiri. Sebab itu dia kurang yakin dengan kebolehan
Erhan untuk menjaga Eryan. Eryan anak kecil yang lincah. Boleh ke Erhan melayan
karenah Eryan tanpa bantuan sesiapa?
bersambung....
No comments:
Post a Comment