Aku melangkah
masuk ke dalam restoren pilihan Erhan. Jantung ku berdegup dengan pantas
sepanjang perjalanan aku ke restoren itu. Red Bean Bag Café di Publika, Solaris
Dutamas. Sudah berpuluh ayatul kursi aku baca untuk mendamaikan hati aku. Ya
Allah! Nervousnya hanya Allah sahaja yang tahu. Hampir sahaja aku mengambil
keputusan untuk berpatah balik ke rumah dan tidak mahu meneruskan perjalanan
aku ke restoren tersebut untuk bertemu dengan Erhan hari ini, kerana rasa diri
ini belum bersedia untuk bertentang mata dan bersua muka dengan Erhan. Aduh
lemah semangat aku di buatnya. Kalau Salena tidak memaksa aku bangun dan tarik
aku bangun katil dan memaksa aku bersiap untuk makan malam dengan Erhan tadi.
Aku pasti masih berada di atas katil dan tidak mahu keluar rumah. Tiba-tiba
menjadi seorang pengecut.
Aku mengekori pelayan menuju kearah meja
yang di tempatkan untuk dua orang. Sengaja aku meminta pelayan memberikan kami
meja outdoor kerana cuaca dan suasana malam ini sejuk dan nyaman sekali. Lagipun
jika aku tidak berkenan pada Erhan mudah sahaja untuk aku cabut lari kalau
duduk outdoor kan?
Lemah lututku hendak mengatur langkah
menuju kearah meja tersebut. Temujanji kami jam 8.00 malam aku tiba 15 minit
awal. Aku mengeluarkan novel In the Groove dari bagku lalu ku letakkannya di
hujung meja agar mudah untuk Erhan mengenali aku. Di surat kami tidak
mendedahkan apa-apa tentang diri kami. Ini membuatkan pertemuan kami bertambah
suspen. Aku tidak tahu samada Erhan seorang jejaka yang tinggi atau rendah?
Kurus atau gemuk? Muda atau tua? Cerah atau gelap? Erhan juga tidak tahu
tentang diriku. Ini baru betul-betul dinamakan blind date. Bagaimana kami
hendak mengenali antara satu dengan lain? Erhan meminta aku membawa novel
kegemaran aku bersama dan dia meminta aku meletak buku itu di hujung meja. Erhan
tahu akan Novel kegemaranku kerana aku pernah menceritakan kepadanya aku
pengemar buku novel cinta. Dan aku pernah menceritakan kepadanya salah satu
novel kegemaran aku ‘In The Groove’. Maka Erhan meminta aku membawa Novel itu
bersama agar mudah untuk dia mengenali aku. Jantungku berdegup kencang bila
jarum jam menunjukkan tepat ke 8.00 malam. Bila-bila masa sahaja Erhan akan
masuk ke dalam restaurant. Ya Allah aku menjadi tidak keruan bila
memikirkannya.
****
Erhan
melirik kearah jam di tangannya. Dia sudah terlewat 15 minit gara-gara kesesakan
jalan raya dan dia tidak dapat tiba tepat pada masa. Dia sengaja memilih
restoren yang cosy dan santai kerana ini adalah pertemuan mereka yang pertama.
Dan Erhan mahu mereka berada di dalam keadaan yang selesa santai. Dalam
perjalanan ke Red Bean Café, Erhan sempat melirik kearah Café tersebut kerana
Café itu berada di tingkat 2. Dan café tersebut punya outdoor seat. Dia tidak
pasti so-call Lasindah memilih meja outdoor atau indoor. Namun matanya tertarik
pada buku novel yang di baca seseorang yang duduk di salah satu meja outdoor.
‘In the Groove’. Mungkinkah itu Lasindah? Detik hati Erhan. Dia tidak dapat
melihat wajah wanita itu kerana wanita itu sedang leka membaca novel itu. Erhan
memberhentikan langkahnya dan duduk di bangku berdekatan. Tiba-tiba merasa
gementar kerana dia sudah ternampak bayang Lasindah. Wanita itu mengenakan
skirt panjang berwarna baby pink dan blouse berwarna putih. Erhan bangkit dari
kerusi menarik nafas lalu di hembuskan perlahan. Bismillah bisiknya dalam hati
ingin mengatur langkah menuju ke restoren bila wanita yang membaca novel ‘In
the Groove’ itu menutup bukunya lalu di letakkannya di atas meja seperti yang
di janjikan.
Handphone
Erhan berdering tiba-tiba dan langkahnya terhenti sebaik sahaja terpandang
wajah wanita itu.
****
Aku
melirik kearah jam di pergelangan tanganku. Merasa resah dan gelisah sendiri
bila Erhan tidak muncul-muncul setelah menunggu hampir setengah jam lamanya. Kenapa
Erhan lewat sehingga setengah jam? Lewat di sebabkan kesesakan lalu lintas?
Lewat di sebabkan di timpa kecelakaan? Astarfirullah Al Azim. Hatiku menjadi
tidak keruan sendiri.
Aku
menjadi lebih gelisah bila terpandang akan wajah seseorang yang paling aku
tidak gemari berdiri di hadapan kaunter. Terdapat banyak restoren dan café di
KL ini. Restoren ini juga menjadi tempat pilihannya? Mungkin juga dia tinggal
di daerah berdekatan. Lelaki itu berdiri di kaunter meneliti menu dan tidak
perasankan aku. Aduh! Janganlah dia mengambil keputusan untuk makan malam di
sini. Doaku dalam hati. Seakan tahu aku sedang berbicara dalam hati tentang
dia. Lelaki itu menoleh ke arahku spontan. Oh fish! Aku cepat-cepat membuka
buku novel bertujuan menyembunyikan wajahku agar dia tidak perasankan aku. Aku
mengeluh lega kerana pasti lelaki itu tidak perasankan aku tadi kerana dia
berjalan melintas mejaku tanpa menegurku. Fuh!! Aku menutup novel lalu meletak
buku itu di hujung meja. Sekali lagi aku melirik kearah jam di pergelangan
tanganku. Mana Erhan?? Sekarang ini sudah masuk jam 8.40. Erhan bukan sahaja
lewat setengah jam tapi lewat 40 minit? Apa yang telah terjadi pada Erhan?
Erhan tidak seperti seorang lelaki yang suka memungkiri janji.
“Hello..I
can’t believe it’s you again..what a coincidence!,” sapaan seseorang dari
belakang membuatkan aku terperanjat katak dan hampir sahaja jantungku berhenti
berdegup.
“Astarfirullah
Al Azim..,” ujarku lalu mengurut dadaku perlahan. Dia duduk di belakang aku
rupanya. Fish head curry betul. Aku tidak menjawab malah mengambil keputusan
untuk tidak melayan sapaannya. Please lah eh? Aku bukan kawan dia atau teman
dia. Kenapa pula aku hendak melayan dia. Issk kalau boleh aku strangle mamat ni
dah aku strangle. Menyibuk pulak! Apalah malangnya nasib aku boleh bertemu
dengan dia bila aku hendak keluar dengan Erhan. Kenapa dia makan bersendirian
malam ini tanpa anak dan isterinya? Bergaduh dengan isteri ke? Hmm aku tidak
menjadi heran jika benar dia bergaduh dengan isterinya jika perangai
attitudenya seperti itu, pasti isterinya tidak tahan dengan perangai egonya.
“Ada
date ke malam ni?,” tanyanya lagi tidak berpuas hati kerana wanita yang dikenali
sebagai Marsha itu tidak menjawab sapaannya.
Aku
menjeling meluat bila lelaki yang aku tidak kenali namanya itu sibuk bertanya
samada aku punya date malam ini. Kalau ye pun ada tak ada maknanya aku hendak
share maklumat dengannya.
Eddy
mengerutkan dahinya bila Marsha tidak menjawab soalannya. Dia bangun dari
kerusinya lalu berpindah di kerusi berhadapan dengan Marsha.
Aku
membesarkan mataku bila lelaki yang tak diundang itu tiba-tiba duduk di
hadapanku. Iskk apa masalah lelaki ini? Mental barangkali? Tak puas hati bila
aku tidak melayannya tadi lalu mengambil keputusan untuk duduk di hadapan aku.
“Eh
kenapa you duduk sini?? I’m expecting someone.., so please leave,” ujarku
dengan nada tidak puas hati. Geram pula bila mamat itu selamba badak aje duduk
di kerusi aku khaskan buat Erhan.
“Jadi
you ada datelah?,” ujar Eddy masih tidak berganjak dari tempat duduknya bila
wanita itu berkata demikian.
“MYOB!!!..so
please leave!,” jawabku malas hendak melayan karenah lelaki itu. Moodku sudah
bertukar menjadi bosan disebabkan kehadiran lelaki itu. Aku tidak mahu lelaki
itu berada di sini bila Erhan sampai nanti.
“Why
don’t I keep you company till your date come?,” ujar Eddy lagi.
Aku
memandang tepat ke wajah lelaki itu dengan perasaan jengkel. Benar-benar tidak
senang dengan perbuataannya. Kenapalah aku boleh terjumpa dengan mamat jengkel
ni hari ini?
“Can
I ask you something??,” tanya lelaki itu.
“Promise
me that you will leave jika I jawab soalan you,” jawabku lalu memandang kearah
seorang lelaki yang baru masuk ke dalam restoren seorang diri. Lelaki yang
duduk di hadapan aku turut menoleh kearah belakang bila aku kelihatan tidak
senang duduk bila lelaki itu berjalan menuju kearah aku. Mungkinkah lelaki itu
adalah Erhan? Lelaki yang kelihatan decent dan matang itu membuahkan senyuman
ke arahku. Jantungku berdegup kencang bila dia menghampiri meja aku.
“I think you better leave…my date is
here,” ujarku lalu memandang wajah lelaki yang duduk di hadapan aku meminta dia
bangun dari kerusi yang aku khaskan buat Erhan.
“Ok,” ujarnya ringkas dan ingin
berdiri bila lelaki yang aku sangka Erhan itu jalan terus kebelakang dan duduk
bersama seorang wanita.
Lelaki itu tidak jadi pergi dan duduk
semula di kerusi Erhan lalu membuahkan senyuman kepadaku.
Aku mengeluh hampa bila lelaki itu
bukannya Erhan. Aku dapat merasakan bahawa Erhan tidak akan datang kerana bukan
sahaja dia lewat 40 minit tapi sudah satu jam lamanya. Apa yang telah terjadi
pada Erhan? Aku menjadi tidak senang hati memikirkan Erhan. Takut perkara yang
buruk berlaku ke atas diri Erhan maka dia tidak dapat datang bertemu denganku.
“You mean you don’t know who is your
date?? How interesting is that?,” ujar Eddy lalu tersenyum bila menyedari
bahawa date Marsha adalah seorang lelaki yang Marsha sendiri tidak kenali.
Kalau tidak masakan dia tidak mengenali siapa datenya?
“Look Mr.-,”
“Eddy,” jawab Eddy ringkas.
“Mr. Eddy…I tak kenal you dan bukan
juga kawan you..so please leave jangan hendak menambahkan sakit hati I,”
jawabku dengan nada sedih. Aku benar-benar merasa kecewa dan sedih. Air mataku
mula bertakung di kelopak mataku. Aku tidak tahu kenapa aku begitu emosi malam
ini. Mungkinkah Erhan tidak bertemu denganku kerana dia tahu bahawa aku bukan
Lasindah. Mungkin Erhan kemari tadi tapi sebaik sahaja melihat wajahku dia
mengambil keputusan untuk menarik diri. Pelbagai soalan singgah di benak
fikiranku.
Eddy terdiam bila Marsha berkata
demikian. Dia tidak berniat hendak menambah sakit hati Marsha. Kalau Marsha
merasakan kehadirannya menyakitkan hati, dia akan meninggalkan Masrsha
sendirian dan tidak menganggunya lagi.
“I’m sorry..but before I go..I just
want to ask you..why do you hate me so much?,” tanya Eddy ingin tahu sebab
mengapa wanita itu begitu benci padanya. Adakah kerana sebab mereka
seringkali salah faham membuatkan wanita
itu merasa jengkel dengannya.
“I don’t hate you..I just don’t like
you..I’m sorry,” ujarku lalu bangun dari kerusi mencapai buku dan bag tanganku
dan meninggalkan lelaki itu sendirian. Aku tidak sanggup berada di restoren itu
lebih lama apatah lagi menangis di hadapan lelaki itu. Kecewa kerana diri ini
dipermainkan lagi. Sampai hati Erhan! Sampai hati dia buat aku begini. Air
mataku mengalir perlahan tanpa dapat aku tahan.
bersambung....
No comments:
Post a Comment