“Nah
ada orang beri kau hadiah,” ujar Ika lalu meletak paperbag di hadapan Marsha.
Aku yang sedang sibuk membaca
tersentak bila Ika tiba-tiba meletak paper bag R&R di atas mejaku. Aku
mengerutkan dahi lalu memandang wajahnya dengan wajah hairan. Hadiah? Ada free
gift ke?
Azlee mencapai paperbag dari atas
meja lalu membeleknya tanpa di suruh. Aku menjeling bila dia berbuat demikian. Sesuka
hati pakcik dia sahaja sentuh barang aku tanpa izin.
“Hadiah??? Dari siapa??,” soalku
ingin tahu. Siapa pula yang murah hati hendak memberi aku hadiah tidak
semena-mena ni? Hari ini bukan hari lahir aku? Dan aku tidak menyertai sebarang
contest dari R&R pun.
“Dari tu?,” ujar Ika lalu
menundingkan jari kearah Mr. Eddy. Lelaki itu sedang leka membaca novelnya dan
tidak sedikitpun memandang kearah mereka.
“Tak nak!! Beri dia balik!..,”
jawabku bila mengetahui hadiah itu dari siapa? Dari mamat sombong tu? Issk tak
nak aku. Apasal beri aku hadiah? Rasa bersalah? Orang sombong macam dia pandai ke
rasa bersalah.
“Betul kau tak nak? Issk ambik
ajelah Marsha aku pilih cantiknya ada bling-bling..design limited edition lagi
tu?,” ujar Ika serba salah bila Marsha tidak mahu menerima pemberian Mr. Eddy.
“Kalau gitu kau ambil ajelah..,”
jawabku acuh tak acuh. Hati terasa hendak terima juga pemberian lelaki sombong
tu. Apa yang dia belikan untuk aku? Hendak tahu juga?
“Hah Ika..ambil aje kalau tak nak,
beri balik pada mamat tu cakap Marsha tak sudi terima,” jawab Azlee menyampuk
cakap Marsha.
Aku memandang wajah Azlee dengan
wajah kurang senang. Eh mamat ni dahlah datang tak dijemput pulang tak
berhantar sibuk pula mencelah dan kepo hal aku. Hissh sibuk betul mamat ni. Apa
dia tak faham dan mengerti bahawa aku benar-benar sakit hati dengannya dan aku belum
bersedia untuk menjadi teman rapatnya lagi. Inilah kalau orang tak tahu malu
kan? Ala terima aje Marsha pemberian si mamat sombong tu mana tahu si Azlee
rasa tercabar bila ada lelaki lain yang meminati aku? Aku mengulum senyum bila
memikirkannya. Betul juga kan? Apa si Azlee ingat aku hard-up sangat pada dia.
“Err..tak apa Ika aku ambil..cakap
dengan mamat tu terima kasih daun keladi ye,” jawabku mencapai paper bag tu
dari tangan Azlee.
Azlee tersentak bila Marsha
tiba-tiba berubah fikiran dan menerima pemberian lelaki itu.
“I thought you tak nak terima gift
dari lelaki sombong tu?,” tanya Azlee sebaik sahaja Ika meninggalkan meja
mereka.
“I ubah fikiran..,” jawabku lalu
tersenyum penuh makna sengaja berbuat demikian biar Azlee merasa cemburu. Rasakan!
Aku membuka paper bag dan mendapati di dalam bag tersebut terdapat sehelai
t-shirt R&R berwarna light pink. Dan sepertimana yang Ika katakan Limited
Edition. T-shirt?? Ingatkan dia belikan aku buku? T-shirt pula yang di beri
buat apa? Kenapa eh? Aku cuba mencari logic pemberian dari mamat sombong yang
aku tidak kenali namanya itu. Aku melirik kearah blouseku. Oh! Patutlah dia
beri aku t-shirt sebab dia dah kotorkan baju aku. Hmm ok! Aku tersenyum lagi
bila lelaki itu tahu akan saiz badanku. Cantik juga t-shirt limited edition
R&R ni kan? Aku menayang t-shirt itu di hadapan Azlee.
“I nak ke toilet,” jawabku lalu
bangkit dari sofa.
“You kan baru balik dari toilet
tadi..nak pergi lagi kenapa?,” soal Azlee dengan wajah kurang senang.
“Eh you ni banyak tanyakan?? Suka
hati I lah nak pergi toilet berapa banyak kali, kenapa you nak ikut ke?,”
sindirku lalu menjeling lagi. Semakin
lama makin meluat pula aku dengan Azlee. Dahulu tak clingy macam ni? Kenapa
sekarang tiba-tiba macam mamat clingy ni? Pelik aku dengan Azlee. Bila aku gila
cinta habis kat dia. Dia buat tak endah. Bila aku dah dapat terima hakikat
bahawa Azlee tidak cintakan aku dia pulak macam lelaki gila talak. Hissh pelik
aku dengan perangai lelaki ni kan.
“Tak adalah..you macam malas hendak
layan I aje sejak akhir-akhir ni? Kenapa Marsha? I miss the old you Marsha,”
ujar Azlee ingin tahu kenapa Marsha bersikap dingin dengannya.
“The old Marsha dah pergi planet
Mars..ni new Marsha..so deal with it,” jawabku ringkas lalu menuju kearah
ladies membawa t-shirt yang di beri. Malu juga pakai baju blouse yang kotor.
Ada faedahnya juga dia beri aku t-shirt.
*****
Eddy
perasan wanita yang di beri hadiah itu melintas mejanya untuk menuju kearah
tandas. Ini bermakna wanita itu menerima pemberiannya. Eddy menyandarkan
badannya di sofa lalu menyambung membaca bulu novelnya. Dia tidak mengharapkan
ucapan terima kasih dari wanita itu kerana dia tahu mereka berdua memang tidak
berkenan diantara satu dengan lain. Dari awal lagi mereka sudah tidak berkenan.
Dia belikan baju itu kerana dia merasa kasihan pada wanita itu. Dia tidak
bermaksud apa-apa.
Sekali
lagi Eddy tersenyum bila wanita itu mengenakan t-shirt yang di beri. T-shirt
R&R light pink itu memang padan dan sesuai dengan wanita itu. Sweet sangat
sayang sekali baju merchandise R&R. Wanita itu tidak menoleh ke arahnya
malah menuju kearah sofanya.
“Mr.
Eddy apple crumble pie for you,” jawab Ika lalu meletakkan piring berisi apple
crumble pie di mejanya.
“Saya
tak order desert Ika,” jawab Eddy terperanjat bila Ika meletak piring berisi
apple crumble pie di mejanya.
“Memang
Mr. Eddy tak order..ni dari Marsha sebagai tanda terima kasih,” jawab Ika lalu
tersenyum.
Eddy
tersenyum lalu mengelengkan kepalanya perlahan. Dia menoleh kearah wanita yang
memberinya pie. Wanita itu tidak memandang ke arahnya malah sibuk membaca novel
seperti yang di buat awal tadi semasa Ika memberi paperbag kepadanya.
“Ok ni apple pie dari R&R kan?,”
soal Eddy lalu memandang wajah Ika.
“Yelah Mr. Eddy mana boleh beli dari
luar? Kenapa Mr. Eddy tanya?,”
“No reason, ku sampaikan salam dan
terima kasih padanya,” jawab Eddy lalu tersenyum. Dia mencapai garfu kecil lalu
mencuit apple crumble pie yang diberi Marsha lalu di masukkan ke dalam
mulutnya.
Aku tersenyum sebaik sahaja lelaki
itu menyuapkan apple crumble pie ke dalam mulutnya. Aku pura-pura tidak
memandang ke arahnya namun aku dapat melihatnya dari ekor mataku. Sudi juga dia
terima pemberian aku. Sweet juga kan kita ni?
Aku menoleh kearah Azlee bila teringat
bahawa lelaki itu masih lagi berada di sini denganku.
“Eh you tak ada plan ke?,” soalku
lalu memandang wajahnya.
“Why you ada plan nak pergi tempat
lain ke?? Come let’s go!!..I pun boring duduk sini lama-lama,” jawab Azlee lalu
mencapai kunci keretanya yang di letak di atas meja tadi. Dia tidak tahu kenapa
Marsha suka pergi ke tempat-tempat begini. Lepak di café sambil membaca buku.
Hissh boring.
Aku menjeling bila Azlee seperti
tidak faham akan maksud soalan aku ajukan tadi. Dia tidak tahu ke aku menyindirnya
tadi. Tak faham atau saja buat-buat tak faham?
“Maksud I you tak ada plan ke petang
ni..macam free aje temankan I kat sini? Setahu I you tak suka lepak-lepak kat
café baca buku,” ujarku memandang ke arahnya.
“Tak ada plan..saja hendak spend time
dengan you, like I said earlier..I miss hang out with you Marsha,”
“Azlee give me some space ok..I
belum ada mood untuk keluar dengan you..,” ujarku berterus terang pada Azlee.
Tiada apa yang aku perlu selindung kerana itulah perasaan aku tika dan saat
ini. Kalau Azlee terasa aku benar-benar minta maaf. Seriously aku memang tak
ada mood hendak melayan karenah Azlee sejak dia tolak cinta aku dahulu.
bersambung....
No comments:
Post a Comment