Setiap
wanita menginginkan suami yang baik yang beramal soleh dan penyayang. Pengalaman
percintaan Puan Aida dengan suaminya harap memberi inspirasi kepada
wanita-wanita di luar sana bahawa setiap perkahwinan dan jodoh yang di tentukan
oleh Allah adalah unik. Hingga kita bertemu
lagi di dalam Ruangan ‘Bagaikan Mimpi’. Love, ED.
Aku tersenyum sendiri melihat gambar sisipan Aida dan
suaminya di atas pelamin. Wajah mereka jelas terpancar kegembiraan. Hailah
beruntung Aida mempunyai suami yang penyayang seperti Amirul yang terima Aida
seadanya walaupun Aida lumpuh, Amirul masih mahu memperisterikannya dan menerima
isterinya seadanya. Aku berangan sendiri. Erhan lelaki seperti Amirul ke? Aku
tidak tahu kenapa tiba-tiba membandingkan Amirul dengan Erhan. Sedangkan aku
tidak pernah bertemu dengan kedua-dua lelaki itu.
“Macamana hendak dapat column yang awak inginkan jika
berangan dan tak buat kerja,” tegur Haiqal dari belakang Marsha. Di lihat
Marsha sedang duduk berangan membaca artikel dari penulis bebas ‘ED’. Dia tahu
Marsha begitu meminati tulisan ED kerana Marsha tidak pernah ‘miss’ membaca
setiap penulisan ED. Katanya ED adalah idolanya.
“Encik Haiqal..tak cool tau..terperanjatkan orang macam
ni??,” ujarku lalu menutup majalah yang ku baca tadi. Majalah keluaran bulan
ini ku simpan di dalam laci. Bila senang nanti aku akan potong dan simpan
artikel ED ke dalam kotakku.
“Yelah dari tadi saya tengok awak rilek saja..dah buat
pembetulan pada artikel awak yang saya beri pagi tadi??,” soal Haiqal lalu
melurutkan cermin matanya. Encik Haiqal Head Editor tu rupanya persis Azhar
Sulaiman. Cuma Azhar Sulaiman sekarang dah tak ada rambut. Encik Haiqal
rambutnya masih lebat dan masih kelihatan segak dan bergaya.
“Dah nak siap pun..ni saya tengah take a break baca
artikel dari ‘ED’..,” jawabku lalu tersenyum. Bukan Encik Haiqal tidak tahu aku
peminat nombor satu ‘ED’. Mana mungkin aku terlepas peluang untuk membaca
setiap artikel tulisannya. Yang ini dari majalah syarikat kami. Hari minggu
pula artikel ‘ED’ dari akhbar.
“Hmm macamana hendak maju kalau macam gitu kerja awak..,”
komen Haiqal lau menuju kearah bilik pejabatnya.
Aku segera bangun dari kerusi lalu mengekori Encik Haiqal
dari belakang. Aku dan Salena kan ke staff kesayangan Encik Haiqal jadi aku
boleh lah tanya pada Encik Haiqal siapa ‘ED’. Tak bestlah kalau aku tak tahu
siapa idola aku itu? Perempuan ke lelaki ke? Kalau boleh aku hendak bergambar
dan meminta autograph dari ‘ED’.
“Kenapa awak ikut saya??,” soal Haiqal menyedari Marsha
mengekornya hingga ke bilik pejabat. Apa lagi yang Marsha hendak darinya. Dia
sudah katakan dia tidak boleh memberi ruangan yang Marsha kehendaki kerana
Marhsa belum berpengalaman.
Tanpa menjawab soalan Encik Haiqal, aku menarik kerusi di
depan meja Encik Haiqal lalu duduk. Wajah Encik Haiqal ku pandang lalu
membuahkan senyum.
“Awak jangan nak pujuk-pujuk saya lagi..Puan Sarah kata
you belum boleh ada ruangan sendiri..you inexperience,” jawab Haiqal lalu
mengenakan cermin matanya. Dia tahu kalau Marsha sudah senyum semacam padanya
pasti ada yang Marsha hendak darinya. Marsha bukan sahaja pekerjanya Marsha
juga anak saudara isterinya. Di pejabat mereka berurusan secara professional
tidak ada favour-favour, anak saudara atau tidak.
“Alah paksu ni..formal sangatlah..Marsha bukan hendak
pujuk paksu tentang column tu..,” jawabku tersenyum lagi.
“Marsha..nanti maksu dengar habis paksu dimarahnya,”
jawab Haiqal tidak senang hati bila Marsha memanggilnya paksu di pejabat.
Isterinya sudah berpesan mereka harus professional di pejabat.
“Ala maksu tak ada kat sini..apa yang paksu nak
khuatirkan..ni Marsha nak minta tolong dari paksu..paksu beritahulah Marsha
siapa ‘ED’ tu??,” ujarku lalu mencapai majalah bulan ini yang terdapat di atas
mejanya.
“Marsha…manalah paksu boleh reveal pada Marsha siapa si
‘ED’ tu??? Ini permintaan ‘ED’..dia tidak suka publicity, dia menulis hanya
untuk suka-suka, kalau tidak kenapa dia gunakan initial ED sahaja,” jawab
Haiqal mula merasa tidak senang hati bila Marsha mahu mengetahui siapa ED
sebenarnya.
“Jadi paksu tahulah siapa ED??? Berilah Marsha ‘clue’
sikit…dia perempuan atau lelaki? Tua atau muda..bekerja di mana dan tinggal di
mana???,” soalku ingin tahu. Yelah aku hendak interview ED macamana dia dapat
menulis dengan penuh ekpresi sehingga menyentuh jiwa para pembaca seolah-olah
dia turut merasai apa yang mereka rasa. So touching you know!!!..lebih-lebih
lagi dalam ruangan ‘Bagaikan mimpi’. Aku feeling setiap kali membaca artikel
ruangan itu. Seolah-olah aku turut dapat merasakan perasaan pasangan-pasangan
yang dijadikan bahan di dalam setiap artikelnya itu.
“No can do?? Kenapa Marsha hendak tahu semua itu?? Nak
jadi stalker ‘ED’??,” soal Haiqal lalu memandang wajah anak saudaranya.
“Tak adalah sampai nak jadi stalker ‘ED’..Marsha hanya
nak tahu siapa dia lelaki ke perempuan? Itu sahaja?,” jawabku dengan wajah
kasihan berharap paksu akan memberitahu aku akan jantina penulis idola ku itu.
“Sorry Marsha..paksu tidak boleh reveal siapa
‘ED’..excuse me,” jawab Haiqal lalu mencapai gagang telefon bila telefonnya
berdering.
‘Hello…,
ah..you hold on for a second,”
“Sorry
I have to attend this call..,” ujar Haiqal lalu menekap receiver, dia memandang
wajah Marsha bila wanita itu masih lagi berada di kerusi dan tidak mahu keluar
dari biliknya.
“So?,”
ujarku lalu memandang wajah Encik Haiqal dengan wajah tak bersalah. Alah bukan
dia tak biasa sambut pangilan telefon bila aku berada di dalam biliknya.
“Please
leave my office.., thank you,” ujar Haiqal seakan berbisik.
Aku
mendengus perlahan lalu bangkit dari kerusi bila Encik Haiqal aka paksu aku
sudah menghalau aku keluar dari pejabatnya. Penting sangat ke aku tidak boleh
berada di dalam bilik pejabatnya. Atau paksu ada skandal maka dia takut aku tahu??? Mana paksu berani..sebab isterinya garang macam singa. Aku mengerutkan bibir sebaik sahaja keluar
dari bilik Encik Haiqal. Mataku melirik
kearah Anna setiausaha paksu yang sedang sibuk membaca novel. Eii seronoknya
makan gaji buta eh? Tak ada kerja ke? Aku tengok setiausaha maksu tak cukup
tangan bekerja..dia boleh rilek baca novel eh?
“Anna
you not well ke??..why your lips look so pale!!, You better do something about
it..if tak you look ill!,” ujarku dengan wajah terperanjat.
“Serious
ke Marsha??? I look pale..Oh no?? you jaga my desk sekejap I nak ke ladies..,”
ujar Anna dia menarik laci lalu mencapai bag cosmeticnya. Dia bangkit dari
kerusi lalu menuju kearah ladies. Aku tersenyum lebar bila Anna termakan dengan
helahku. Aku bukan apa..aku hendak tahu dengan siapa paksu berbual di telefon.
Tadi Anna yang transfer call dari telefonnya ke pejabat paksu. Ini bermakna
Anna meletak conference dan aku boleh mendengar dari telefon Anna dengan siapa
paksu berbual. Heheh. Bijak tak aku. Aku duduk di kerusi Anna lalu mencapai
gagang telefon. Aku menekap receiver agar paksu tidak dengar apa-apa dari telefon Anna.
“Betul you tak hendak peminat-peminat you tahu siapa
ED??,” tanya Haiqal lagi. Dia tidak pernah berputus asa bertanya soalan yang
sama setiap kali penulis misteri itu menghubunginya di pejabat. Bukan apa
berkotak-kotak surat dan bertimbun email yang dia terima dari peminat ‘ED’. Dia
tidak tahu bagaimana hendak menyerahkan surat-surat yang diterima dari
peminat-peminat ED kerana dia sendiri tidak pernah bertemu dengan penulis itu.
Mereka hanya berhubungan melalui telefon, email dan surat menyurat. Bila ED
mengirim surat dia tidak menulis sender address di belakang sampul suratnya.
Nama sebenar penulis itu pun tidak dia ketahui.
“I don’t think so…kau tahu kan..aku menulis hanya suka-suka
sahaja..more to hobby..,” jawab ED bila Haiqal bertanya samada dia mahu
peminatnya tahu siapa penulis ruangan bagaikan mimpi. Dia tidak kejarkan
publicity atau glamour.
Haiqal mengeluh perlahan dia tidak tahu bagaimana
caranya lagi untuk memujuk ED. Bukan apa dia penat hendak membalas email-email
mereka dengan jawapan yang sama. Tiada maklumat mengenai penulis bebas ED.
“Ok..nothing
can change your mind at this moment right?? Tapi ED kalau kau ubah
fikiran..promise that our magazine will be the first exposure of your ‘ID’?,”
ujar Haiqal.
“Of
course Haiqal..you will be the first one to know..,” ujar ED berjanji kepada
Haiqal. Mereka tidak pernah bertemu. Hanya berbual di telefon dan membalas
email. Haiqal sendiri tidak tahu siapa ‘ED’ sebenarnya.
What!!!! ED is a guy??? Hampir sahaja aku terpekik bila mengetahui
paksu berbual dengan ED di talian. Patutlah dia mahu aku keluar dari biliknya
bila dia terima panggilan tadi. Serious ED is a guy?? He didn’t sound old??
OMG!!…my idol writer is a guy! Macam tak percaya gitu?? Yelah aku mati-matian
ingat ED itu seorang wanita? Yelah ada ke lelaki yang sensitive seperti ED zaman
sekarang ni?? Lebih-lebih lagi buat ruangan ‘Bagaikan mimpi’. Aku segera
meletak gagang telefon ke tempat asal perlahan-lahan sebelum si Anna balik ke
mejanya. Sepantas road runner aku menuju kea rah meja Salena. Tidak sabar
hendak memberitahunya apa yang aku discover. Hehe.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment