Sebaik sahaja abang posmen pergi meninggalkan gate rumah.
Aku cepat-cepat menuju kearah peti surat. Tidak sabar rasanya. Aku ingin tahu
samada Erhan membalas surat aku ke tidak? Sudah hampir 3 minggu. Erhan tidak
balas surat aku langsung. Apa dia tahu surat itu bukan dari Lasindah? Kalau dia
tahu jangan haraplah aku dapat surat balasan dari Erhan. Aku mencebik sedih.
Aku membuka peti lalu mencapai surat-surat yang terdapat di dalam peti. Aku
menutup peti surat lalu berjalan menuju ke dalam rumah. Surat-surat ku campak
ke atas meja. Aku ke dapur membancuh kopi. Aku kembali ke ruang tamu dan mug
berisi kopi ku letak di atas meja.
Aku mencapai surat-surat di atas meja.
Salena..Salena..Marsha…Lasindah. Uikk!!! Lasindah! Hatiku melonjak gembira.
Erhan balas surat aku! Yes!!! Jeritku kuat. Surat yang tidak berkenaan aku
campak di atas meja. Sampul surat berwarna beige itu ku buka dengan segera.
Lalu menarik kertas dari dalam sampul itu perlahan. Jantungku dup..dap..dup..dap
ingin tahu apa yang di tulis Erhan.
Bismillah, aku membuka lipatan surat itu lalu membaca
surat dari Erhan. Tulisan tangan Erhan memang cantik kemas dan teratur. Aku
dapat membayangkan Erhan seorang lelaki yang teratur dan segak. Yelah tu! Macam
aku tahu. Buatnya dia orang tua sebab orang tua yang ‘old school’. Aku sudah
bayangkan lelaki tua memakai suit. Isskk potong betul. Dah!! aku hendak
bayangkan pelakon ganteng Indonesia..macam Teuku Zacky atau macam Randy
Pangalila ke??!!. Yes!
Erhan tidak tahu aku bukan Lasindah kerana di suratnya
masih gunakan perkataan ‘Sayang’. Kalau dia tahu bukan Lasindah tak kan dia
hendak tulis sayang kan? Wah! Feeling aku sekejap bila Erhan bersayang-sayang
dengan aku. Rasa macam hendak peluk-peluk aje. Sweet sangat! Ini baru baca
suratnya sahaja belum bertemu dengan orangnya. Ah syok sendiri aku di buatnya.
Aku memang sah dah senget bercinta dengan orang pengirim surat yang aku tidak
pernah temui dan kenali. Aku jatuh cinta dengan hanya kerna tulisannya sahaja.
Ah lantaklah! Aku menyambung baca suratnya.
Aku cuba fahami isi kandungan suratnya. Apa yang aku
boleh buat kesimpulan di sini. Pertama. Erhan belum pernah bertemu dengan
Lasindah. Kedua. Erhan mahu tahu tentang diri Lasindah, dalam erti kata lain
Erhan mahu Lasindah menceritakan kepadanya tentang dirinya. Apa yang Lasindah suka dan gemar. Macam
surat pen pal. I loike! Ketiga. Erhan juga berjanji akan menceritakan tentang
dirinya kepadaku. Dan menurut Erhan lagi Lasindah tidak perlu cerita tentang
dirinya secara detail. Yes! Erhan sukakan misteri. Aku pun sukakan misteri. We
share same common. Double Like!
Aku
sudah mendapat idea apa yang hendak ku balas nanti. Aku akan ceritakan kepada Erhan
tentang diriku. Kalau Erhan rasa apa yang aku tulis itu berlainan dengan
Lasindah yang di kenali mudah sahaja aku hendak explain pada Erhan. People
change. Lagipun selama setahun mereka tidak berbalas surat. Dalam masa setahun
banyak perkara boleh berlaku ye tak? Entah-entah Erhan sudah berkahwin? Oh
gosh! Aku mengetap bibir bila hatiku tiba-tiba berdetik demikian. Ah tak
mungkin! Kalau benar dia sudah berkahwin mana mungkin dia berani membalas surat
dari aku. Jika dia benar-benar sudah berkahwin mana mungkin dia membalas karna
Erhan bercinta dengan Lasindah. Kalau Lasindah sudah di nikahinya. Mana mungkin
dia membalas surat aku. Ye tak?
Sorry Lasindah! Aku sudah mencopet kekasih hatimu. Aku
mencapai surat Erhan lalu mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Sudah mendapat idea apa yang hendak ku
balas surat Erhan nanti. Aku membuka pintu bilik. Surat di tanganku ku letakkan
di atas cabinet lalu membuka laci.
Huh???
Stationary aku dah habis??? No!! Macamana aku hendak balas surat Erhan? Aku menuju
kearah meja disisi lalu mencapai handphone. Mintak-mintak Salena belum sampai
taman ni lagi. Boleh minta dia tolong belikan stationery buat aku.
“Na..kau kat mana??,” tanyaku sebaik sahaja Salena
menjawab telefon.
“Issk kau ni salam tak de..tiba-tiba tanya aku kan
mana?,”
“Assalamualaikum Salena..kau kat mana sekarang?,”
ujarku dengan lemah lembut dan sopan santun.
“Waalaikumsalam..Hah macam itu lah cakap sedap sikit
telinga aku mendengarnya, aku on the way balik rumah..kenapa??,” jawab Salena.
Tangannya menolak stering membelok ke kanan kearah simpang di hadapan.
“Kau boleh singgah belikan stationery untuk aku tak?,”
“Marsha sayang ni dah pukul berapa? Kedai semua dah
tutup..esok-esok tak boleh beli ke?,” jawab Salena. Ingatkan si Marsha hendak
kirim beli makanan untuk dia. Rupanya mahu dia singgah ke kedai stationery mana
bukak dah pukul 9.30 malam pun. Apa yang urgent sangat?
“Isskkk tak apa lah,” jawabku lalu mengeluh perlahan. Tak ada chance aku hendak membalas surat
Erhan malam ni. Isskk orang dah feeling-feeling ni.
bersambung...
No comments:
Post a Comment