Aku
menatap skrin computer di hadapanku tanpa berkedip. Hari ini tulisan ‘ED’
meliputi kisah perkahwinan seorang wanita yang menceritakan kisah percintaannya
dengan suaminya. ED tidak pernah mengecewakan peminatnya. Dan aku tidak pernah
jemu membaca setiap hasil penulisannya. Bila agaknya aku dapat bertemu dengan
idolaku. Anganku sendiri.
“Hoii
apa termenung??,” usik Salena lalu menolak flat skrin Marsha ke arahnya. Dia
ingin tahu apa yang di baca Marsha sehingga dia benar-benar focus dan tidak
perasankan dia yang berada di belakangnya sedari tadi.
“ED
lagi???!!!..kali ni cerita tentang apa pulak??,” soal Salena lalu menarik
kerusi berdekatan dengan meja Marsha lalu duduk. Dia juga minat dengan hasil nukilan
‘ED’ namun dia tidak sefanatik Marsha yang pagi petang siang malam asyik sebut
dan cerita tentang kehebatan idolanya. Tahulah ‘ED’ seorang penulis yang hebat.
Tapi dia tidaklah seperti Marsha terlalu obsess dengan ‘ED’ sehingga semua
petikannya di simpan di dalam peti.
“Tentang
perkahwinan this lady!,” ujarku excited lalu menunjukkan petikan gambar yang
terdapat di artikel ED.
“Kau
ni memang die hard fan si ED tu kan?? Cubalah research tanya budak-budak kat
sini mana tahu diaorang tahu siapa ED boleh kau jumpa dan minta tips dari ED,”
ujar Salena. Dia tahu Marsha begitu meminati penulis bebas initial ED dan
Marsha ingin sekali bertemu dengan penulis itu. Tapi sehingga kini dia tidak
tahu siapa penulis itu?
“Kau ingat aku tak pernah cuba?? Aku dah tanya pada
budak-budak kita..semua tak tahu siapa ED tu?,” ujarku dengan wajah sedih.
Susah betul hendak mendapatkan maklumat tentang ED. Kerana sebab pertama, dia hanya
mengunakan nama initial ED. Kedua, tidak di sertakan gambar. Dan ketiga, dia
penulis bebas. Hai susahlah nak tahu. Dah buat search kat ‘google’ dan ‘yahoo’.
Dia tak ada blog. Private person betul si ED ni.
“Kau rasalah kan..si ED ni
perempuan atau lelaki??,” tanyaku pada Salena.
Salena mengerutkan dahinya bila Marsha bertanya
pendapatnya mengenai ED.
“Aku rasa ED perempuan sebab hanya wanita sahaja yang pakar
dalam interpret perasaan dan menjiwai watak diri seseorang itu dengan begitu
baik sekali,” jawab Salena dengan penuh yakin.
“Betul juga kata kau kan? Lelaki mana tahu tentang
perasaan…dan aku tak rasa lelaki akan tulis feeling-feeling begini kan?,”
ujarku lalu memandang wajah Salena.
“So far aku tidak pernah kenal penulis lelaki yang tulis
macam tu..,” jawab Salena.
Aku mengerutkan dahi lalu menjeling kearah Salena bila
dia berkata demikian. Betul apa yang di katakan Salena. Ruangan tentang hati
dan perasaan selalunya di monopoly oleh kaum hawa kerana kaum hawa lebih memahami
tentang hati dan perasaan. Tapi aku masih tidak dapat melupakan surat Lasindah
yang aku baca semalam. Surat yang di tulis oleh Erhan Daniel. Aku tabik spring pada
Erhan kerana dia tidak merasa segan dan malu meluahkan isi hati dan perasaannya
kepada Lasindah. Kalau lelaki sekarang tak macho kalau tulis jiwang cintan
cintun begitu. Tapi Erhan tidak? Jadi boleh pakai lagi ke teori Salena mengenai
penulis yang ber-initial ‘ED‘ itu adalah seorang wanita?
“Hah Shah, yang kau ni asyik termenung dari tadi dah
kenapa?? Masih
ingatkan si Azlee tu lagi ke?,” tegur Salena bila Marsha termenung lagi. Marsha
jarang bermenung begitu. Adalah apa yang di fikirkannya.
“Azlee?? Issk mana ada..aku dah malas nak fikirkan
tentang dia buat karan aku je..semalam aku terbaca satu surat-,”
“Surat!!?? Surat apa?? Dari
siapa??!!,” Tanya Salena tidak sabar ingin tahu.
“Ni nak beritahu lah kau ni pun..surat untuk penyewa lama
kau kenal siapa Lasindah???,” soalku lalu menoleh kearah Salena.
“Lasindah!!??..aku rasa penyewa sebelum aku dulu..ah
kenapa dengan Lasindah tu??,” soal Salena lagi.
“Kau pernah jumpa Lasindah?,”
“Pernahlah sekali masa aku tengok-tengok rumah nak
sewa..dia yang sambut aku masa tu..ah kenapa?,”
“Cantik orangnya??,” tanyaku ingin tahu.
“Cantik
lah she’s Indonesian malay belanda..macam pelakon Indonesia siapa nama dia tu??
Ala..Tamara Bel-something-something..ah macam muka dia lah,” ujar Salena cuba
mengingati akan rupa paras Lasindah penyewa lama rumah mereka. Orangnya memang
cantik. Berkulit putih gebu.
Aku
membesarkan bola mataku bila Salena berkata demikian. Kalau betul lah Lasindah
secantik actress wanita Indonesia Tamara tadi patutlah Erhan begitu sayang dan
memujanya.
“Kau
dah kenapa besarkan mata macam nak terkeluar biji mata kau tu??,” usik Salena
bila Marsha kelihatan benar-benar terperanjat bila dia beritahu akan paras rupa
Lasindah.
“Tak
ada, semalam..aku terbaca surat Lasindah dari kekasih hatinya..iaitu Erhan
Daniel….I have no idea that both of them are Indonesian?,” ujarku lalu
mengerutkan dahi.
“Kau
ingat kat Malaysia..ni hanya orang Malaysia sahaja yang tinggal ke?,” usik
Salena bila temannya merasa pelik bila mengetahui bekas penyewa rumah mereka
orang Indonesia.
“Tak
adalah..aku cuma hendak beritahu kau, yang si Erhan ni romantic gila orangnya!!..tulis
surat untuk Lasindah..sekarang ni mana ada orang hantar-hantar surat lagi..,”
ujarku lalu mengetuk butang keyboard pantas menaip sesuatu. Ruangan aku masih
belum siap lagi kalau si Singa betina tu tahu pasti aku di bahamnya. Puan Sarah
tu garang macam singa patutlah suaminya Encik Haiqal takut padanya.
“Ah
betul lah tu memang si Erhan tu romantic gila..tulis surat pada kekasihnya..aku
dapat rasakan kau dah buat plan hendak buat sesuatu dengan surat tu kan?,” ujar
Salena lalu menyentuh tangan Marsha. Membuatkan temannya tersentak terperanjat
bila Salena tiba-tiba berbuat begitu.
“Huh???
Buat sesuatu apa?,” soalku bila Salena kata aku sudah plan hendak buat sesuatu.
Salena
memandang wajah Marsha dengan pandangan ‘yelah-tu’.
“Kau
mesti plan nak reply balik surat tu dan menyamar jadi Lasindah kan??? Betul tak
cakap aku? Kau kan suka perkara-perkara merepek begini, lagi-lagi si Erhan tu
berjiwa romantic,” ujar Salena lalu memandang wajah Marsha.
Aku
tersenyum lalu mengelengkan kepala perlahan. Apa Salena fikir aku ni gila pada
perkara romantic hingga aku hendak buat perkara begitu. Tidak pernah aku
terfikir hingga ke tahap itu. Kreatif juga si Salena ni.
“Eh!
kau tak plan macam tu ke?? Really??,” soal Salena ingin tahu merasa pelik
kerana Marsha tidak fikir perkara gila sebegitu. Betul ke?
“Aku
plan hendak return to sender surat tu..tak ada lah sampai hendak balas surat
dia dan menyamar sebagai Lasindah,” jawabku menyambung mengetuk butang
keyboard.
“Ok..maknanya
kau tak segila mana lah,” jawab Salena lalu tersenyum.
Aku
berhenti menaip lalu menoleh kearah Salena bila dia berkata demikian.
“Actually
kan..since kau dah beri aku idea gila ni..aku rasa hendak reply surat dia dan
menyamar sebagai Lasindah lah..lagipun apa yang aku tahu si Erhan tu belum
bertemu dengan Lasindah pun..,” jawabku sambil tersenyum lebar. Suka buat kerja
tidak berfaedah boleh aku jadikan ‘story’ di ruangan aku. First hand experience
haha. Pasti Encik Haiqal berbangga dengan hasil tulisan aku kali ini. Mana tahu
Encik Haiqal akan ubah fikiran setelah membaca artikel kreatif aku kali ini.
“Kau
serious??? Mana kau tahu dia belum bertemu dengan Lasindah?,” ujar Salena
dengan wajah tidak percaya bila Marsha benar-benar mengikut saranannya.
“Kan
aku dah cakap si Erhan tu romantic gila..dari kefahaman aku si Lasindah dan
Erhan never met before..tak tahu pula macamana mereka berkenalan dahulu..dan
dari kandungan surat itu ada menerangkan si Erhan tidak sabar hendak bertemu
Lasindah kerana mereka tidak pernah bertemu sebelum ini.., it’s a blind date!,”
“Wah..jadi
Erhan benar-benar tidak pernah bertemu dengan si Lasindah??,” soal Salena
dengan wajah teruja. Interesting!
“Yup..tapi
he is so sweet!!..selama ini mereka berhubungan melalui surat menyurat dan
jatuh cinta..Erhan melamar Lasindah melalui surat dan aku rasa Lasindah terima..dan
surat terakhir yang aku terima ni tidak sampai ke tangan Lasindah..Erhan
mengatakan dia akan melamar Lasindah bila bertemu nanti,” terangkanku.
“Serious???!!
mereka belum pernah bertemu..Erhan terus hendak melamar Lasindah?,”
“Romantik
kan dia!,” ujarku tersenyum berangan lagi.
“Itu
bukan romantic..itu kerja gila namanya..Lasindah aku tahu dia wanita
cantik..how about si Erhan???..buatnya rupa dia macam ‘Wak Doyok’ pelakon
Indonesia tu macamana?,” ujar Salena cukup menghentikan angan Marsha tentang Erhan
yang di katakan romantic sedari tadi.
“Tak
kanlah rupa Erhan macam ‘Wak Doyok’ kau ni pun agak-agaklah kalau nak imagined
pun..,”
“Aku
selalu imagined the worst case scenario,” jawab Salena.
“Aku
dapat rasakan si Erhan tu not bad looking..maybe dia tidak seganteng Sahrul
Gunawan atau Teuku Zacky Azwar, but he’s not bad looking,” ujarku dengan wajah
yakin.
bersambung....
No comments:
Post a Comment