Erhan mencium haruman sedozen bunga mawar
merah jambu segar itu lalu tersenyum. Bunga kegemaran buah hatinya Lasindah.
Dia bercadang hendak melamar buah hatinya hari ini. Mereka telah berjanji akan
makan malam bersama di restaurant kegemaran Lasindah. Erhan tersenyum gembira,
hatinya girang sekali kerana Lasindah bakal menjadi miliknya. Dia sudah
memasang angan-angan hendak mengadakan resepsi gilang gemilang di hari
penikahan mereka. Apa yang dimaunya Lasindah, akan ditunaikan kerana dia
benar-benar sayang dan cintakan Lasindah.
Langkah Erhan terhenti bila matanya
tertancap kepada seorang wanita yang berada tidak jauh darinya bersama dengan
seorang pria. Jantungnya berdegup kencang. Wanita itu mirip Lasindah. Nah
mungkin itu Lasindah! kerana wanita itu kelihatan begitu mesra dengan lelaki
itu kayak pacarnya. Erhan tidak berganjak dan masih berdiri terpaku menanti
agar dia dapat melihat dengan jelas akan wajah wanita itu. Jambangan bunga dari
tangannya terlepas jatuh bila mendapati wanita itu sememangnya Lasindah. Erhan
tidak percaya dengan apa yang dia saksikan. Lasindah cinta hatinya berada di
dalam dakapan lelaki lain bukan itu sahaja mereka kelihatan mesra sekali. Erhan
kenal akan lelaki itu kerana dia adalah salah seorang pekerja resort ayahnya di
Bali dan lelaki itu adalah pekerja yang di tugas kan untuk melayan keluarganya setiap
kali mereka bercuti di Bali. Dia tidak menyangka Lasindah punya hubungan sulit
dengan lelaki itu. Dari apa yang di lihat Lasindah amat sayang dan cinta sekali
pada lelaki itu. Jadi selama ini Lasindah hanya berpura-pura mencintai
dirinya? Dan selama ini dia buta tidak dapat melihat bahawa Lasindah hanya
berpura-pura dan tidak mencintainya? Erhan menjadi marah bila menyedari bahawa hatinya
di permainkan oleh Lasindah kerana selama ini dia benar-benar ikhlas mencintai Lasindah.
Dia mengambil jambangan bunga itu dan berlalu pergi kerana dia tidak mahu Lasindah
tahu bahawa dia tahu akan hubungan sulitnya. Dia mahu bersemuka dengan Lasindah
dan mahukan penjelasan darinya.
“Eh sayang..udah lama menunggu??
Maaf kelewatan sedikit,” tegur Lasindah mesra lalu mengucup pipi Erhan
perlahan.
Erhan tersentak bila Lasindah
mengucup pipinya. Dia tidak perasan wanita itu sudah tiba dan sudah duduk di
hadapannya kerana fikirannya sarat dengan pelbagai soalan yang bakal di ajukan
kepada Lasindah.
Wajah cantik milik Lasindah
dipandang. Lasindah seperti selalu ketika mereka bertemu. Wanita yang manja. Dan
Erhan pasti akan merasa sayang sekali pada Lasindah kerana menyangka wanita itu
benar-benar cinta padanya.
“Bunga ini untuk aku, terima kasih
sayang, kamu tidak pernah lupa bunga kesukaan aku,” ujar Lasindah lalu
tersenyum bila menyedari terdapat sejambak bunga rose merah jambu di atas meja.
Jambangan bunga itu di ambil lalu di cium perlahan.
Erhan tidak berkata apa malah hanya
memandang wajah Lasindah dengan perasaan bercampur baur.
“Sayang???!! Kamu kenapa sih?? Diam
terus dari tadi..kamu enggak sihat??,” ujar Lasindah dengan wajah risau bila
Erhan tidak berkata apa sejak dari tadi malah memandang wajahnya terus.
Selalunya Erhan akan kelihatan teruja bertemu dengannya kerana dia tahu Erhan
kangan sama dia dan dia juga kangan sama Erhan. Hubungan mereka tidak seperti
pasangan lain. Erhan seorang pria yang unique. Mereka jarang ketemu kerana
Erhan tidak mahu selalu ketemu. Alasan yang di berikan supaya kami menyimpan
perasaan rindu di antara kami. Lasindah sukakan Erhan kerana dia seorang pria
yang kacak dan tampan, sementelah lagi Erhan anak hartawan. Hidupnya terjamin
jika dia menjadi isteri Erhan. Hanya satu perkara tidak dia sukai tentang
Erhan. Lelaki itu terlalu berjiwa romantic. Dan Lasindah merasakan dia amat
rimas sekali dengan layanan Erhan berikan kepadanya.
“Kamu dengan pria mana tadi??,” soal
Erhan lalu memandang tepat ke anak mata Lasindah. Wajahnya kelihatan serious.
“Kamu nampak aku,” jawab Lasindah
terkejut, air wajahnya tiba-tiba berubah bila Erhan bertanya soalan begitu.
Lasindah meletak jambangan bunga itu kembali di atas meja. Hatinya menjadi
tidak keruan bila Erhan ternampak dia bersama dengan Andrian tadi.
Erhan tidak berkata apa malah
memandang wajah Lasindah terus meminta wanita itu menjelaskan kepadanya siapa
pria yang di nampak awal tadi bersama Lasindah. Teman biasanya? Atau teman
lelakinya?
“Oh..itu sepupuku dari Bali..dia
kemari berlibur bersama teman-temannya..,” jawab Lasindah cuba tersenyum. Dia
berharap Erhan dapat menerima alasan yang di berikan. Mana mungkin dia berterus
terang kepada Erhan tentang pria itu.
“Sepupu kamu?? Sepupu itu juga
bekerja di Resort aku di Bali??? Siapa namanya Andrian??,” tanya Erhan lagi.
Wajah Lasindah kelihatan pucat bila
Erhan mengenali lelaki yang bersama dengannya tadi. Masakan Erhan ingat pada
wajah lelaki itu? Lasindah menjadi tidak enak di soal terus dari Erhan.
“Oh iya..aku lupa kok dia bekerja di
resort kamu di Bali..kok kamu ingat namanya sekali..sayang! kenapa sih kamu
nyoal aku terus kayak polisi..kamu tidak percayakan aku?? Aku hanya sayang dan
cinta pada kamu seorang,” jawab Lasindah ketawa kecil cuba bercanda dengan
Erhan.
“Yang benar kamu hanya cinta dan
sayang pada aku seorang,” tanya Erhan dengan wajah serius tanpa secalit
senyuman di bibirnya.
“Aku sayang dan cinta pada kamu
seorang,” jawab Lasindah lalu menyentuh tangan Erhan yang berada di atas meja
untuk menyakinkan lelaki itu. Dia tidak mahu Erhan terus menerus membuatkan dia
merasa tertekan dengan soalan-soalan begitu.
Erhan memandang wajah Lasindah cuba
mencari keikhlasan di wajahnya ketika dia mengaku dia cintakan dirinya.
“I only love you, sayang
percayalah!….,” pujuk Lasindah lembut untuk menyakinkan Erhan.
“Ok,” jawab Erhan setelah agak lama
mendiamkan diri. Mungkin Lasindah berkata benar bahawa lelaki itu adalah
sepupunya dan dia hanya cemburu buta kerana tidak betah melihat wanita yang di
cintai di peluk pria lain.
Lasindah mengeluh lega bila Erhan
dapat menerima alasannya. Dia mencapai menu di meja untuk membuat pesanan kerana
dia tahu Erhan sudah kembali kepada mood asalnya.
“Maafkan aku sayang kerna aku nyoal
kamu melulu..aku buat ini semua kerana aku begitu sayang pada kamu dan tidak
mahu kehilangan kamu,” ujar Erhan mengengam jari Lasindah lembut. Dia kesal
kerana menuduh Lasindah tidak jujur dalam hubungan dan telah berlaku curang.
“Ah nggak apa-apa aku ngerti
perasaan kamu..aku juga akan soal kamu melulu jika aku lihat kamu bersama cewek
lain..aku jugak cemburu..,” jawab Lasindah lalu tersenyum.
“Thanks sayang,” ujar Erhan
tersenyum lalu mencubit pipit Lasindah perlahan.
“Shall we order?? I’m famished,”
ujar Lasindah lalu membelek menu di hadapannya.
“Ya ok,” jawab Erhan lalu menyeluk
saku seluarnya bila handphonenya bergegar. Dia membaca pesanan ringkas yang di terima.
Tadinya dia menghantar pesanan ringkas kepada manager resortnya di Bali untuk
mengetahui latar belakang Andrian. Sekarang dia tidak perlukan kerana Lasindah
dan Andrian hanya sepupu. Namun dia merasa pelik dengan pesanan yang di beri
Sofian.
Please
call me back..urgent! Sofian Budi.
“Sayang..kamu order dahulu..aku mahu
ke gents sebentar,” ujar Erhan memberi alasan mahu ke toilet kerana dia mahu
menelefon Sofian dan tidak mahu menghubunginya di hadapan Lasindah.
“Ok..don’t go too long,” ujar Lasindah
lalu tersenyum.
“Don’t go too long???,” soal Erhan
pelik bila Lasindah berkata demikian.
“Cos..I miss you already,” ujar
Lasindah lalu tersenyum manja. Dia tahu Erhan suka jika dia manja begitu.
“I miss you too sayang,” jawab Erhan
lalu meninggalkan mejanya dan menuju kearah luar restaurant tanpa pengetahuan
Lasindah. Jarinya pantas mendial nombor Sofian.
“Ah Fian..apa berita yang kamu dapat
tentang Andy…,” soal Erhan tidak sabar kerana dia merasa tidak enak sebaik
sahaja menerima pesanan ringkas dari Sofian. Namun apa yang di dengar tidak
seenak yang dia harapkan. Berita yang di terima benar-benar merubah hidupnya.
*****
“More coffee Mr. Eddy??,” tegur
pelayan R&R.
“Yes..please thank you,” jawab Eddy
lalu tersenyum.
Ika menuang coffee ke dalam cawan
pelanggan tetapnya yang bernama Eddy. Lelaki itu tidak pernah miss walaupun sekali
berkunjung di Bistro R&R tempat dia bekerja. Dan dia selalu datang
bersendirian tidak seperti awal pertama kali dahulu dimana dia ditemani anak
kecil dan isterinya. Kemana anak dan isterinya?? Dan Mr. Eddy tidak bekerja??
Kerana seringkali berada di Bistronya pada masa yang sama iaitu di antara 3
hingga ke 5 petang. Waktu-waktu begini Mr. Eddy pasti akan ke Bistro dan
memilih tempat duduk yang sama setiap kali dia berkunjung. Malah pekerja
R&R tidak perlu bertanya apa yang mahu dipesan kerana mereka sudah tahu
akan minuman kesukaan pelanggannya itu.
“Do you want to order anything else
to go along with your coffee Mr. Eddy?,” soal Ika ramah kerana Mr. Eddy tidak
memesan sebarang dessert sampingan dan hanya memesan coffee. Lelaki itu tidak
pernah memesan dessert atau pie dari Bistronya. Dia hanya memesan coffee
sahaja. Mungkin dia tidak tahu apa dessert apa yang sedap terdapat di Bistronya
kerana tiada siapa yang mencadangkan kepadanya.
“What’s nice here…Ika?,” tanya Eddy lalu
membuahkan senyuman. Buku yang berada di tangannya di letak di atas meja.
Setiap kali dia berkunjung di Bistro dia tidak pernah memesan apa-apa selain
coffee kegemarannya iaitu R&R signature black coffee.
“Ah jadi Mr. Eddy tak tahu apa yang
sedap di sini?? Kenapa tidak bertanya kepada pelayan R&R?,” ujar Ika mesra.
Dia sangka Mr. Eddy seorang lelaki yang sombong kerana teman baiknya Marsha
pernah di marahi lelaki itu sebelum ini. Sejak kejadian itu dia tidak pernah
berbual mesra dengan Mr. Eddy seperti sekarang kerana dia tidak suka pada orang
yang sombong. Dia tidak tahu kenapa hari ini dia mahu menegur Mr. Eddy.
“Saya segan hendak bertanya? Saya ni
pemalu orangnya,” ujar Eddy lalu tersenyum. Selama dia berkunjung di R&R
tiada seorang pekerja R&R yang ramah dengannya. Mungkin mereka takut untuk
mendekatinya khuatir akan di marahinya disebabkan peristiwa kelmarin dimana dia
berselisih faham dengan seorang wanita.
“Segan?? Pemalu?? Eh biar betul Mr.
Eddy ni?,” ujar Ika lalu tersenyum. Dia tahu Mr. Eddy hanya bergurau dengannya.
Orang berkarisma seperti Mr. Eddy pemalu? Maksud dia berkarisma sebab Mr. Eddy
punya daya tarikan di kalangan orang wanita. Dia seorang lelaki yang segak dan
kacak. Sayang sekali dia sudah berkahwin dan punya keluarga. Kalau tidak ada
chance juga dia hendak tackle Mr. Eddy yang kacak lagi tampan. Tapi tulah, dia
selalu kemari di antara pukul 3 hingga ke 5 petang. Apa Mr. Eddy tidak bekerja
ke?
Eddy ketawa perlahan bila Ika tidak
percaya dengan apa yang di kata tadi. Sebenarnya dia tidak pemalu hanya dia
mahu seseorang menegurnya dan ramah dengannya. Kerana dia adalah pelanggan
tetap R&R. Malah semua pekerja R&R tahu akan minuman kegemarannya dan
baru hari ini salah seorang pekerja R&R berbual dengannya.
bersambung...
No comments:
Post a Comment