Salam Lasindah…
Apa khabar mu di sana sayang..abang terhibur
membaca cerita darimu. Abang dapat membayangkan bahawa sayang seorang wanita
yang periang dan lucu sekali. Dari cerita yang sayang tulis di dalam setiap
surat kiriman sayang. Membuatkan abang sering berharap bahawa kita dapat
bertemu...
Ok..harap kita dapat bertemu??? Aku mengosok mataku
berkali-kali bila membaca ayat itu. Untuk memastikan bahawa aku tidak tersilap
baca. Almaklumlah aku membaca surat Erhan hampir ke satu pagi mungkin mata aku
menjadi kabur kerana mengantuk. Kenapa aku baca surat Erhan hampir satu pagi
sebab aku tidak punya masa untuk membaca sejak balik kerja tadi. Dan aku tidak
mahu membaca esok kerana tidak dapat menunggu hari esok.
Sayang..abang benar-benar mahu bertemu dengan
sayang..tidak tertanggung rasa rindunya abang terhadap diri sayang. Abang
merasakan bahawa abang sudah begitu mengenali sayang dan abang mahu kita
bertemu.
Oh abang! Sayang juga merindui abang tapi sayang takut
hendak bertemu kerana aku bukan sayangmu yang asli. Bagaimana sekarang Marsha!
Bagaimana jika Erhan tahu bahawa aku bukannya Lasindah! Bagaimana jika bila aku
bertemu dengan Erhan aku benar-benar suka dan cintakannya???? Bagaimana?? Aku merebahkan
diri di atas katil. Terlalu banyak Bagaimana??? Di benak fikiranku.
Erhan mahu ketemu. Aku juga mahu ketemu dengannya. Tapi
bagaimana? Bagaimana hendak kuterangkan kepada Erhan bahawa aku bukan Lasindah.
Dapatkah Erhan menerima penjelasanku dan menerimaku nanti. Dan bagaimana jika
aku tidak dapat menerima penolakan cinta dari Erhan sepertimana aku dapat
terima penolakan dari Azlee. Bagaimana Marsha? Bagaimana?
Buntu aku di buatnya. Ini semua pandai aku juga kerana
tidak pernah memikirkan semua ini ketika aku membalas surat Erhan pertama kali.
Aku tidak pernah berharap perbuatan suka-suka aku itu akan menjadi serious. Aku
tidak pernah terfikir bahawa aku boleh jatuh hati pada Erhan kerana aku tidak
percaya dengan cinta blind date.
Dan aku tidak dapat menipu Erhan dengan menyamar Lasindah
selamanya. Lambat laun Erhan akan tahu siapa wanita yang membalas surat itu.
Aku tidak mahu hubungan kami dimulakan di atas dasar pembohongan dan tidak
jujur. Aku akan berterus terang pada Erhan bahawa aku bukannya Lasindah. Jika
Erhan dapat menerima penjelasan, sebab mengapa aku berbuat demikian dan dapat
menerima aku sebagai Marsha. Aku merasa bersyukur. Akan tetapi jika Erhan tidak
dapat menerima bahawa aku bukan Lasindah. Aku redha dan terima keputusannya.
Benarlah kata Salena perbuataan aku ini akan memakan diri
sendiri. Aku benar-benar tidak menyangka hati ini boleh jatuh cinta pada Erhan,
lelaki yang tidak pernah aku kenali dan temui sebelum ini. Aku jatuh cinta
padanya melalui surat-surat kiriman yang di beri kepada Lasindah.
Aku mengeluh kecil memikirkan masalah yang aku reka
sendiri. Aku rasa ada baiknya aku bertemu dengan Erhan dan akhiri masalah yang
aku reka ini. Aku tidak sanggup menipu Erhan lagi. Erhan lelaki baik yang
pernah aku kenali.
Assalamualaikum abang …Lasindah berharap abang di
dalam keadaan baik-baik aja. Sayang juga rindu pada abang dan ingin sekali
bertemu dengan abang. Sayang berharap pertemuan ini tidak membuatkan hubungan
kita semakin akrab namun jika ditakdirkan tidak seperti yang sayang harapkan.
Sayang berterima kasih kepada abang kerana sudi mengenali sayang.
Aku berhenti menulis kerana surat
kiriman ku kali ini tidak seperti surat-surat yang lalu ceria dan gembira
kerana aku menceritakan kepada Erhan. Apa yang berlaku pada kehidupan harianku.
Surat kali ini agak serious kerana mungkin surat terakhir yang dapat ku
kirimkan kepada Erhan. Mungkin selepas pertemuan kami Erhan tidak lagi mengirim
surat kepadaku setelah dia mengetahui siapa aku yang sebenarnya. Hatiku menjadi
sayu tiba-tiba. Kalau ada jodohku dengan Erhan adalah. Bisikku perlahan lalu
menyambung menulis surat kepada Erhan.
****
Erhan
mengerutkan dahinya perlahan bila membaca surat kiriman so-call Lasindah kali
ini. Suratnya tidak seceria selalu. Apa yang telah terjadi pada so-call
Lasindah? Kenapa suratnya kali ini berbaur kesedihan dan kesayuan? Lasindah
bersetuju mahu bertemu dengannya tapi dalam masa yang sama dia merasa sedih.
Kenapa? Mungkin so-call Lasindah merasa khuatir jika dia tidak dapat
menerimanya. Erhan tiba-tiba merasa bersalah. So-call Lasindah tidak mengetahui
bahawa dia sudah tahu bahawa si pengirim surat itu bukan Lasindah yang sebenar.
Erhan melipat semula surat kiriman Lasindah lalu di masukkan ke dalam saku
jaketnya. Dia duduk menyandarkan diri memerhatikan Eryan berlari keriangan ke
sana sini ditemani Lieza. Mamanya masih belum puas berbelanja di KL. Dia dan
Lieza menjadi nanny untuk menjaga Eryan. Erhan tidak kisah kerana dia suka
melayan karenah Eryan yang comel dan lucu itu. Hubungan mereka semakin rapat. Si
kecil sayang sekali pada kakaknya. Semalam dia membawa Eryan ke Amusement Park
sendirian tanpa di temani sesiapa. Erhan tidak menghadapi sebarang kesulitan
kerana dia dibantu oleh beberapa orang ibu-ibu yang membawa anak mereka di sana
kerana merasa kasihan melihat Erhan menguruskan Eryan. Mereka menyangka dia
adalah ayah tunggal kerana membawa anak sendirian tanpa di temani isteri. Erhan
tersenyum sendiri bila mengimbas kembali peristiwa semalam di malam dia dibantu
oleh beberapa orang ibu untuk melayan karenah Eryan. Mereka berkongsi pelbagai
tips dengannya cara-cara melayan anak seusia Eryan.
“Kakak..ayuh
kita ke sana??,” ujar Eryan menarik tangan Erhan lalu menundingkan jarinya
kearah kedai yang menjual belon. Matanya tertarik kepada belon Thomas berwarna
biru. Dia mahu memilikinya.
“Ok,”
jawab Erhan lalu bangkit dari tempat duduknya berpimping tangan menuju kearah
kedai yang menjual belon. Terdapat beberapa orang anak-anak kecil yang turut
berada di sana ingin memiliki belon yang comel-comel.
*****
“Apa
mimpi kau hendak makan ice cream tiba-tiba ni??,” tanya Salena lalu menoleh
kearah Marsha. Lepas lunch tadi Marsha mengajaknya berjalan di seberang
bangunan tempat kami bekerja. Beberapa meter dari situ terdapat sebuah taman
dimana ramai yang suka duduk berehat pada waktu-waktu begini. Ada juga yang
mengambil peluang untuk bersantai dan makan di sana kerana terdapat meja dan
kerusi di sediakan. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk jogging pada waktu
makan tengahari. Taman di tengah kota. Dan disitu juga terdapat van yang menjual
ice-cream.
Aku
tidak menjawab soalan Ena kerana aku masih memikirkan tentang pertemuan aku
dengan Erhan nanti. Aku merasa nervous dan tidak dapat tidur lena semalam
kerana asyik memikirkannya. Aku khuatir Erhan tidak dapat menerima aku.
“Eh
Marsha..aku tanya kau senyap aje..kenapa?? Masalah dengan Erhan??,” tanya
Salena lagi bila temannya hanya mendiamkan diri bila di tanya tadi.
“Kau
tanya apa tadi?,” soalku lalu duduk di bangku berdekatan.
“Apa
mimpi kau nak makan ice-cream musim-musim sejuk macam ni?,” ujar Salena lalu
memeluk tubuhnya menahan sejuk. Angin yang meniup cukup membuatkan dia
kesejukan. Menyesal pula dia tidak memakai cardigan semasa keluar dari office
tadi. Pagi tadi hujan lebat. Dah tengahari baru hujan berhenti.
“Saja..dah
lama kan kita tak jalan-jalan kat Taman ni?? Sesekali santai macam ni best
jugak kan?,” ujarku lalu memandang wajah Salena yang duduk di sebelahku. Kami
leka memerhatikan pengunjung-pengunjung yang berada di Taman. Ada yang duduk
sambil makan dan membaca surat khabar. Ada berjogging dan ada juga yang membawa
keluar bersiar di taman. Aku suka duduk di Taman dan tempat seumpamanya jika
aku mahu release stress memerhatikan gelagat-gelgat manusia cukup membantu aku
untuk melupakan masalah aku seketika.
“Hmm
ni mesti ada masalah dengan Erhan kan???..kau kalau tak ia – ia tak akan ke
tempat-tempat seperti ini..dulu kau frust dengan Azlee pun kau suka ke tempat
seperti ini?,” tegur Salena lalu menoleh kearah Marsha.
“Obvious
sangat ke?? Bukan masalah…cuma aku nervous,” jawabku perlahan lalu memandang kearah
kanak-kanak yang terdapat di taman leka bermain dengan belon sabun.
“Nervous!!
Nervous kenapa??,” tanya Salena.
“Erhan
nak jumpa,” jawabku ringkas tanpa mengulas panjang.
“Dia
nak jumpa yang kau nervous sangat kenapa? Kau juga yang dulu tak sabar menanti
saat untuk bertemu dengan Erhan..bila dia ajak jumpa kau nervous pulak,” bebel
Salena. Marsha pelik. Dulu tak sabar hendak bertemu dengan si Erhan. Tapi bila
Erhan hendak berjumpa dia pula merasa gementar.
“Yelah
nervous sebab aku hendak berterus terang dengannya bahawa aku bukan Lasindah,
dan aku khuatir dia tak dapat terima penjelasan aku,” ujarku lalu menyilang
kaki dan memeluk tubuh.
“Oh
nervous sebab tu..kau betul-betul serious sukakan Erhan ke??,” tanya Salena.
Apa Marsha benar-benar sukakan Erhan? Masakan temannya itu boleh jatuh cinta
pada lelaki yang tidak pernah ditemui dan di kenali. Pelik dia dengan temannya
yang berjiwa romantic karat ini. Naik berbuih dia menasihati Marsha supaya
jangan terjebak dengan cinta angan-angannya ini. Itulah terlalu sangat baca
artikel dari ED hingga Marsha menjadi angau sendiri. Haiz.
“Kalau
aku kata aku cintakan Erhan bagaimana?,” soalku lalu menoleh kearah Salena.
“Aku
rasa kau dah gila,” jawab Salena selamba lalu melemparkan pandangan kearah van
ice-cream. Matanya tertancap kepada seorang lelaki yang berada di van yang
menjual ice-cream.
“Memang
aku gila pun,” jawabku selamba juga dan tidak terasa hati dengan komen Salena.
“Eh
Babe!! Cuba kau tengok lelaki yang pakai baju plaid warna biru kat van
ice-cream tu? Lelaki yang kau langgar kelmarin kan?,” ujar Salena lalu menepuk
lengan Marsha meminta temannya memandang ke arah van ice cream di hadapan
mereka.
Aku
memandang kearah lelaki yang di maksudkan Salena. Lelaki yang memakai baju
kemeja plaid berwarna biru itu sedang memilih ice-cream untuk anak kecil yang
berada di sebelahnya. Memang sah lelaki yang aku langgar kelmarin dan kelmarin
yang seterusnya. Aku tidak akan lupa pada wajahnya bukan kerana aku sukakan
dia. Tapi kerana aku seringkali terlanggarnya dan lelaki itu sudah menjadi
teman gaduhku. Siapa anak kecil di sebelahnya itu? Anaknya? Dia sudah
berkeluarga?
“Dia
kan? Betul tak?,” soal Salena tidak sabar ingin tahu samada betul atau tidak
lelaki itu adalah lelaki yang sama.
“Hmm…,”
jawabku lalu menganggukkan kepalaku perlahan. Malas hendak rasa excited pun.
Aku dengan dia bukan kawan pun. Teman lawan. So tak perlu nak excited. Apa yang
aku pelik. Di mana aku berada pasti terjumpa lelaki itu juga. Dunia ini
benar-benar kecil.
“OMG!!!
Dia dah kahwin dah ada anak?? Melepas lah aku? Baru hendak jadikan boyfriend,”
ujar Salena lalu mendengus perlahan. Dia tidak menyangka lelaki itu sudah
berkahwin. Lagaknya seperti orang yang belum berkeluarga.
Aku
tersenyum bila Salena kecewa benar bila mendapati lelaki idamannya itu sudah
berkeluarga. Haha baru tahu rasa kecewa. Seketika kemudian kami melihat seorang
wanita jelita menghampiri mereka berdua. Dan lelaki itu menyerahkan ice-cream
kepada wanita itu yang aku pasti adalah isterinya. They look so lovely together.
Keluarga yang bahagia. Mereka kelihatan happy sangat. Aku dan Erhan begitukah
nanti? Soalku dalam hati.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment