Aku
menekan butang ‘Ctrl S‘ artikel yang ku buat tadi saved ke dalam thumbdrive ku.
Esok aku hendak submit kepada Encik Haiqal. Rasanya sudah cukup elok untuk aku
hantar sebelum Encik Haiqal luluskan tulisan aku. Aku mencapai sampul surat
Erhan dan menarik surat di dalamnya. Sambil berbaring aku membaca baris-baris
ayat yang terkandung di dalam surat itu sekali lagi. Aku tidak pernah rasa jemu
membacanya.
Sayang…abang
tidak sabar hendak bertemu dengan sayang kerana abang terlalu rindu pada
sayang...
Hatiku
merasa tercuit setiap kali membaca baris ayat itu seolah-olah surat itu di
tujukan kepadaku dan aku adalah Lasindah kekasih hati Erhan. Kenapa hatiku
merasa teruja dan gembira sekali sedangkan Erhan itu bukan kekasihku. Hailah
aku dah gila agaknya. Terlalu asyik membaca surat dari Erhan. Sampai aku angau
pada Erhan. Aduh! Rosak aku. Aku melipat surat itu dan memasukkan kedalam
sampul surat semula. Aku mengadap laptop click ‘new page’ lalu menaip sesuatu.
Assalamualaikum abang…apa khabar mu di sana??? Lasindah di sini baik-baik aja.
Aku berhenti menaip bila teringat sesuatu..baik-baik
aja?? Eh dah lorat ke Indon lah pulak aku ni. Surat yang di tulis Erhan sikit
pun tidak guna bahasa Indon. Isskk
nanti dia tahu yang balas surat bukan Lasindah. Aku tekan butang ‘delete’ dan
mula menaip ayat baru. Jariku berhenti mengetuk butang laptop bila teringat
sesuatu. Eh?? Si Lasindah ni balas surat pada Erhan tulis tangan atau taip???
Ah sudah! Buatnya si Lasindah tu tulis tangan mana aku hendak tahu tulisan
tangan dia? Aku mula memikirkan sesuatu.
Ah yes! dokumen pindah sewa yang di tandatangan Lasindah.
Aku
bangun lalu menarik laci almari mencari dokumen tersebut. Fail hitam ku capai
lalu menyelak helaian demi helaian kertas-kertas atau dokumen penting yang ku
simpan. Mataku tertancap pada surat ikatan mengenai sewa rumah. Aku
mengeluarkan dokumen itu lalu membuka pada mukasurat terakhir. Terdapat tanda
tangan Lasindah dan juga tulisan tangan Lasindah membetulkan ‘clause’ yang
terdapat di dokumen tersebut. Aku tersenyum lebar. Hah senang aje hendak tiru
tulisan tangan Lasindah kerana aku sememangnya ‘expert’ bab-bab tiru tulisan
dan tandatangan abah dulu. Hehehe. Kes darurat aku tiru kerana takut abah tidak
benarkan aku mengikuti kem bengkel penulisan yang di taja oleh sekolah untuk
pelajar yang meminati bidang penulisan. Aku delete semula apa yang aku taip di
laptop kerana aku hendak balas surat Erhan dengan tulisan tangan kerana aku
yakin Lasindah turut berbuat demikian.
Sayang apa khabar dengan mu? Disini aku
merindukanmu. Ku harap cintamu takkan berubah, karna di sini ku tetap untukmu.
Aku tersenyum ketika menulis surat untuk Erhan. Marsha! Marsha! What’s got into your mind?
Kenapa aku suka buat benda gila macam ni? Aku mengeleng kepala perlahan namun
pen di jariku ligat menari di atas kertas.
*******
Erhan
menjeling ke arah mejanya sekilas. Terdapat beberapa keping surat terletak cantik di
atas mejanya. Surat khabar di sebelah tidak di usik bila matanya terperasan
akan sampul surat berwarna ‘light pink’ personal stationary di tulis tangan dan
tertera namanya. Erhan mengerutkan dahinya tanda hairan. Surat dari siapa? Tidak
mungkin dari? Ah nah mungkin? Ulang Erhan dalam hati. Erhan menghenyakkan
punggungnya di kerusi lalu mencapai ‘letter opener’ dan mencapai sampul surat
pink itu. Sebelum surat itu di buka dia membelek sampul itu beberapa kali
kerana dia tidak pernah menerima surat tulisan tangan dari sesiapa.
Erhan
menarik kertas yang terdapat di dalam sampul itu lalu membacanya. Ya, jelas
sekali surat ini bukan dari dia walaupun tulisannya amat mirip sekali. Bisik
Erhan. Karna Erhan percaya wanita itu tidak akan menulis surat padanya lagi.
Kalau bukan dia? Siapa yang membalas suratnya? Erhan tersenyum bila surat itu
di tanda tangan ‘Lasindah’ kerna dia tahu surat ini bukan dari Lasindah. Dia
hanya ingin tahu kenapa pengirim surat ini menyamar dirinya sebagai Lasindah?
Sekali lagi Erhan tersenyum kerna isi kandungan surat itu di tulis lirik lagu
‘Sayang oleh Shae’.
Lieza
memandang wajah Erhan dengan hairan bila lelaki itu tersenyum-senyum sendiri
membaca surat yang diterima. Surat dari siapa?? Dari buah hatinya? Lama benar
dia tidak melihat Erhan tersenyum begitu. Bossnya itu ganteng orangnya cuma dia
garang amat dan moody sejak putus cinta sehingga kegantengannya hilang kerana
asyik teriak-teriak.
“Ah
Lieza, thank you,” ujar Erhan perlahan bila tidak menyedari PAnya meletak kopi
di atas mejanya kerana dia asyik tersenyum membaca surat yang diterima. Bukan
kerana isi kandungan surat itu lucu tapi kerna si penulis tidak tahu bahawa
surat itu sama sekali dengan lirik lagu ‘Sayang’.
Lieza
tidak menjawab hanya tersenyum bila bossnya mengucapkan terima kasih. Dia
hendak tahu juga surat itu dari siapa? Yelah senyum tak sudah-sudah dari tadi.
“Kamu
pernah dengar lagu ‘Sayang’?,” soal Erhan tiba-tiba lalu memandang wajah Lieza.
“Lagu
sayang?,” jawab Lieza dengan wajah hairan.
“Ya..liriknya
bunyi begini ‘Sayang apa khabar denganmu..Di sini
kumerindukan kamu..Ku harap cintamu tak kan berubah..Karna di sini ku tetap
untukmu..,” nyanyi Erhan lalu memandang wajah Lieza.
Aduh! Lieza suka
sekali kalau Erhan berbicara bahasa ibundanya iaitu bahasa Indonesia kerana suaranya
seksi banget gitu lor. Hehehe lebih-lebih lagi bila dia nyanyi lagu ‘Sayang’
dari Shae. Tadi tu dia tahu lagu yang dimaksudkan Encik Erhan cuma dia sengaja
buat-buat tidak faham. Tidak sangka pula bossnya punya mood untuk nyanyikan
untuknya. Ah..terusik jiwa raga di buatnya. Dan macam Randy Pangalila pula boss
aku ni.
“You know this
song???,” soal Erhan bila PAnya tidak berkata apa-apa ketika dia nyanyikan lagu
dari Shae.
“Yes..kenapa Encik
Erhan?,” soal Lieza bila Erhan tiba-tiba bertanya samada dia tahu lagu
‘Sayang’.
“Surat ini dari
Lasindah,” ujar Erhan lalu meletak surat yang di baca itu di atas meja.
“Surat dari
Lasindah??? Betul?? May I…,” ujar Lieza dengan wajah tidak percaya dia ingin segera
mencapai surat yang berada di atas meja Erhan bila Erhan mengatakan surat itu
dari Lasindah. Kalau betul dari Lasindah kenapa Erhan tidak moody dan
marah-marah? Jangan katakan surat. Sebut nama Lasindah sahaja seakan boleh di
sambar petir dia di buatnya kerana Erhan tidak suka dan terlalu benci bila nama
itu disebut-sebut.
“Sure…,” jawab Erhan
ringkas lalu menyandarkan badannya di kerusi. Bibirnya masih mengukir senyuman.
“Ini lirik lagu
sayang, betul ke Lasindah yang tulis Encik Erhan??,” soal Lieza setelah membaca
isi kandungan surat dari Lasindah.
“I really don’t
know..and I’m going to find out??,” jawab Erhan lalu tersenyum.
Boleh cair hati Lieza
bila boss Erhan tersenyum manis begitu. Hah senyum begitulah.. ini tidak
hari-hari baran dan datang bulan. Tapi dia takut tergoda pula dengan senyuman
manis Erhan. Iskk Lieza kau dah bertunang jangan hendak mengatal dengan anak
pangiran Gusti Ayu Indahputri si Teuku Erhan Daniel Budi ni.
“Ok..good luck finding
Lasindah!!…by the way it’s good to have you back sir!,” jawab Lieza lalu
melangkah pantas menuju ke arah pintu sebelum di marahi Erhan bila dia memberi
komen sedemikian.
“It’s good to have me
back???....apa selama ini saya tidak ada di pejabat?,” soal Erhan dengan wajah
hairan bila Lieza berkata demikian.
“Err salah…It’s good
to see you smile again..sir,” jawab Lieza gugup takut di marahi Erhan.
“Ohh…thanks,” jawab
Erhan tersenyum lagi. Dia sedar dia tidak pernah tersenyum sejak putus cinta
kerana hatinya penuh dengan rasa marah, geram dan benci tiada keceriaan dalam
hidupnya bila cintanya di dustai oleh wanita yang di cintai. Lieza,
teman-temannya dan juga mama selalu menjadi mangsa herdikan dan marahnya. Erhan
menjadi seorang yang pemarah sedangkan dahulu dia seorang lelaki yang begitu
penyayang. Perangainya berubah kerana cinta.
bersambung....
No comments:
Post a Comment