Erhan meletak akhbar lalu tersenyum sebaik sahaja membaca
artikel ‘ED’ kali ini. Ramai peminat ‘ED’ menyatakan mahu bertemu dengan
penulis itu kerana ED telah menyentuh hati mereka dengan hasil tulisannya.
Erhan tersenyum lagi. Tulisan ‘ED’ memang mantap. Dia tidak pernah ‘miss’
membaca ruangan ‘ED’ setiap minggu kerana ingin melihat respon dari peminat ‘ED’.
Erhan melipat akhbar sebaik sahaja Lieza meletak kopi dan
surat yang diterima hari ini di atas mejanya. Erhan mencapai surat-surat
tersebut lalu mencari meneliti satu persatu surat yang diterima. Semuanya surat
dari pihak bank dan bil bulanan. Tiada lagi surat dari pengirim misteri yang
menyamar diri sebagai Lasindah? Erhan seakan mengharap benar si pengirim
menghantar surat kepadanya lagi. Dia seakan rindu dengan hobi lamanya yang suka
menghantar surat kepada Lasindah. Mereka berkenalan dan jatuh cinta melalui
surat. Tanpa pernah bertemu. Dan juga tanpa mendengar suara. Dia dan Lasindah cinta
mencintai antara satu dengan lain. Malah mereka pernah bertunang. Namun dia
tidak percaya wanita yang di puja dan dicintai itu hanya bersandiwara kerana
dia bercinta dengannya hanya kerna dia anak kepada Pangiran Budiman Budiarno
dan juga hartawan ternama di Bandung. Bukan kerana benar-benar cinta tapi cinta
pada kebendaan dan kekayaan. Hati Erhan benar-benar kecewa dengan sikap
Lasindah. Malah Lasindah punya kekasih hati di Bali. Erhan pernah terserempak
mereka bercuti bersama di Bali. Sejak itu Erhan meminta pertunangan mereka di
putuskan dan tidak ingin bertemu dengan Lasindah. Perkara ini tidak di
khabarkan kepada mamanya kerana dia tidak mahu mamanya kecewa dengan sikap
Lasindah.
“You
cari surat pink tu ke Encik Erhan?,” tanya Lieza.
“Ya..,”
jawab Erhan ringkas endah tak endah tidak mahu menunjukkan kepada Lieza bahawa
dia benar-benar berharap menerima surat misteri itu lagi.
“You
balas surat tu tak?,” soal Lieza lalu menoleh kearah Erhan.
Erhan
tersentak seolah-olah baru tersedar dari mimpi bila Lieza bertanya samada dia
sudah membalas surat yang di terima? Memang dia tidak membalas surat itu kerana
surat itu bukan dari Lasindah. Dia tahu Lasindah sudah berpindah dan Lasindah
tidak lagi tinggal di Malaysia dan kini sudah menetap dengan kekasihnya di
Bali. Sebab itu dia tidak terfikir mahu membalas surat itu. Tapi dia tidak tahu
mengapa dia begitu mengharap agar menerima surat misteri itu lagi? Dan jika dia
mahu membalas surat itu, apa yang harus dia tulis kerana dia tahu itu bukan
Lasindah? Dia tidak kenal pada pengirim surat itu.
“Harus
balas ke?,” soal Erhan ingin pandangan dari Lieza.
Lieza
berhenti menyusun cushion kecil di sofa bila Erhan bertanya perlukah dia
membalas surat yang di terima. Yelah, kalau tidak dibalas si pengirim akan
fikir mungkin surat itu tidak di terima atau hilang di post office etc.
“Ye
lah Encik Erhan..jika you tak balas si pengirim mungkin fikir Encik Erhan tidak
menerima surat itu atau surat itu hilang..,” jawab Lieza sambil menyusun
majalah yang terdapat di meja di hadapan sofa.
“Ok..Lieza
nanti bila contractor restaurant datang beritahu saya,” ujar Erhan lalu
mengenakan cermin mata bacaannya bila dia perasan di antara surat-surat yang di
terima terselit sekeping surat yang ditunggu-tunggu setiap bulan.
“Baiklah
Encik Erhan,” jawab Lieza lalu mengatur langkah menuju kearah pintu.
Sebaik sahaja pintu biliknya tertutup rapat. Erhan membuka surat
yang diterima. Cek yang di lampirkan bersama surat itu di letakkan di atas meja
tanpa melihat jumlah yang di terima terlebih dahulu. Erhan lebih berminat membaca
isi kandungan surat yang di terima. Erhan tersenyum dan merasa berpuas hati
sebaik sahaja membaca surat itu. Surat itu di lipat semula lalu di masukkan
kedalam sampul. Dia mengambil surat-surat yang belum di baca dan surat yang
baru di baca itu lalu di letakkan di tepi meja. Surat yang diterima dari
Lasindah di ambil. Erhan membuka surat lalu membacanya sekali lagi. Sekali lagi
bibirnya menguntum senyum kerana si pengirim surat seorang wanita lucu sekali.
Erhan mahu mengenali si pengirim misteri. Dia akan membalas surat si pengirim.
Erhan menarik laci lalu mengeluarkan sekeping kertas
berwarna beige dari laci tersebut. Dia mencapai pen yang terdapat di hadapannya
dan mula menulis sesuatu di atas kertas kosong itu.
Salam Lasindah…
Abang merasa gembira menerima surat dari
Lasindah. Apa khabar mu Sayang? Kapan boleh kita bertemu. Serasanya sudah lama
abang tidak menerima surat dan berita dari mu. Abang fikir hati Lasindah sudah
berubah dan tidak mengingati abang di sini…?? Kenapa kamu menyepikan diri
sayang? Adakah abang telah membuat silap pada mu? Maafkan abang jika ada
melukai hati mu sayang…..
Setahun lamanya abang tidak mendengar khabar dari
mu sayang..terlalu banyak perkara yang abang rindukan tentang sayang..jika
sayang tidak keberatan sayang ceritakan kepada abang tentang diri sayang lagi..abang
tidak pernah jemu membaca tentang diri sayang….
Erhan berhenti menulis. Dia tidak pernah menulis begitu
kepada Lasindah. Oleh kerana si pengirim bukan Lasindah, dia tidak perlu
menulis dengan cara yang sama. Dengan Lasindah dia tidak pernah meminta wanita
itu menceritakan tentang dirinya kerana dia sudah tahu segala-galanya tentang
Lasindah. Tapi oleh kerana dia mahu mengetahui sedikit sebanyak tentang si
pengirim misteri maka dia berbuat demikian dan dia ingin lihat sejauh mana si
pengirim fikir bahawa dia tidak tahu yang mengirim surat itu bukan Lasindah.
Erhan membaca kembali isi kandungan surat yang sudah siap
di tulis. Setelah berpuas hati. Dia melipat surat itu dan memasukkan ke dalam
envelope lalu menulis nama dan alamat di atasnya.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment