Mood
aku super baik hari ini kerana Erhan membalas suratku. Walaupun aku terpaksa
menunggu beberapa hari untuk menerima surat Erhan. Aku tetap setia menunggu.
Setiap kali posmen lalu depan gate jantungku berdegup kencang bukan kerana aku
nak jumpa pak posmen tapi kerana aku menanti surat dari Erhan. Hissh dah macam
pungguk rindukan bulan aku di buatnya. Seksa pulak kerana terpaksa stalk Mr.
Posmen gara-gara Erhan. Selama ini posmen lalu aku tidak pernah kisah pun.
Kalau ada nombor Erhan kan senang. Boleh telefon..boleh ‘watsapp’ boleh ‘Line’.
Aku juga yang gatal sangat hendak menyamar sebagai Lasindah. Apa Lasindah tidak
pernah menghubungi Erhan melalui telefon sebelum ini??
“Ni
dari tadi aku tengok kau senyum sampai ke telinga sebab kerja kau dah siap dan
kau dah submit kerja kau pada Encik Haiqal???,” tanya Salena bila temannya
seperti orang yang terkena sampuk senyum tak sudah-sudah sejak dari semalam. Marsha
kalau mood begitu maknanya pekerjaannya sudah siap.
“Belum
buat pun nak hantar macamana,” jawabku sambil lewa. Tidak khuatir langsung
tentang kerjaku. Ah aku tengah mood feeling-feeling dengan Erhan mana ada idea
hendak menulis. Aku tersenyum lagi bila teringatkan surat yang ku terima dari
Erhan. Erhan menceritakan tentang ibunya yang manja dengannya dan Erhan juga
menceritakan tentang adik tirinya yang comel dan lucu. Walaupun aku tidak
pernah bertemu atau tahu akan rupa Erhan aku semacam dapat membayangkan Erhan
bagaimana.
“Habis
happy semacam aje..kena loteri ke??,” tanya Ena lalu duduk di cubiclenya. Dia
menaip password di keyboard.
“I
think I’m in love..,” jawabku lalu tersenyum. Yes! Believe it or not. I’m in
love with Erhan. Lelaki yang tidak pernah aku temui sebelum ini.
Salena
berhenti menaip sebaik sahaja Marsha berkata demikian. Dia memusingkan
kerusinya lalu memandang kearah Marsha.
“In
Love??? Dengar siapa??? Erhan???,” soal Ena ingin tahu.
Aku
menoleh kearah Ena lalu menganggukkan kepalaku perlahan. Aku benar-benar sudah
jatuh cinta pada Erhan. Ikutkan aku bukanlah seorang wanita yang mudah jatuh
cinta. Benar..aku seringkali di cap wanita yang ‘Hopeless romantic’ tapi aku
seorang wanita yang tidak mudah untuk jatuh cinta. Dan aku benar-benar tidak
tahu kenapa hatiku begitu mudah untuk jatuh cinta pada Erhan. Aku tidak pernah
bertemu dengannya apatah lagi mengenalinya. Aku hanya mengenali Erhan dari
surat. Dan aku tahu aku tidak boleh mempercayainya seratus peratus kerana orang
boleh menipu. Tapi aku tidak tahu kenapa hatiku yakin bahawa Erhan tidak
begitu. Oh hati usah kau permainkan perasaanku.
“Kau
ni dah gila eh??? Jatuh cinta pada orang yang kau belum pernah bertemu..buatnya
dia orang sakit mental atau perogol bersiri baru kau tahu?? Please eh
Marsha..tolong cari lelaki kat luar sana yang kau kenal perangai dan hati
budinya..bukan kenal melalui surat eh..,” jawab Ena tidak merasa senang bila
Marsha mengatakan dia sudah jatuh hati pada Erhan.
“Astarfirullah
Al Azim..mulut kau ni ada insurance eh?? Sedap aje cakap Erhan orang sakit
mental dan perogol bersiri..he’s nice person lah..naluri hati aku berkata
bahawa Erhan adalah jodohku..In Sha Allah,” jawabku dengan penuh yakin. Aku
kembali menaip tanpa memandang wajah risau Ena. Aku tahu Ena tidak senang hati
bila aku mengatakan bahawa aku telah jatuh cinta pada mat Indon tu. Haha Mat
Indon eh! Penasaran aku di buatnya.
“Jodoh
kau?? Eh kau dengar sini..,” ujar Ena lalu memusingkan kerusi Marsha agar dia
memandang ke arahnya. Dia tidak puas hati dengan angan Marsha. Sebagai seorang
sahabat sejati dia benar-benar risau akan Marsha yang angau tidak tentu hala
pada mamat Indon tu.
Aku
memandang wajah Ena bila dia meminta aku memandang wajahnya.
“Aku
telefon Azlee-,”
Sebaik
sahaja Ena menyebut nama Azlee aku memusingkan kerusi mengadap pc ku kembali
kerana aku tidak berminat hendak mendengar Ena menyebut nama orang yang buatkan
aku sakit hati. Salah satu sebab aku tidak mudah jatuh hati juga kerana mamat
itu juga.
“Marsha!!
Aku belum habis cakap lagi,” ujar Ena lalu memusingkan kerusi Marsha kembali
mengadap wajahnya. Dia tahu Marsha tidak suka nama Azlee di sebut lagi. Tapi
dia tidak ada pilihan lain. Walaupun Marsha bencikan Azlee. Ena tahu Azlee
sahaja yang benar-benar tahu talk sense to Marsha.
“Hah
apa?,” ujarku dengan wajah bosan.
“I
think you better talk to Azlee..-,”
“Ena..Ena
kenapa aku hendak kena berbual dengan Azlee??? Sudah terang lagi bersuluh he’s
not interested in me?? Kau hendak aku berbual dengan dia kenapa? Aku ada maruah
juga Ena..aku tidak mahu terhegeh-hegeh pada orang yang tidak sudi,” jawabku merasa
sedih bila Ena mahu aku berbuat demikian. Ena tahu bahawa aku selama ini
bertepuk sebelah tangan. Azlee yang aku sangka sukakan padaku selama ini hanya
menganggap aku teman biasa dan tidak lebih dari itu. Kini aku sudah dapat
melupakan Azlee. Ena pula mahu aku mengingatkan aku pada Azlee semula.
“Tak
Marsha..kau dan Azlee kan teman baik selama ini..apa salahnya kau tanya pendapat
dia tentang Erhan?,” cadang Ena.
“Nope..,”
jawabku ringkas tidak bersetuju dengan pendapat Ena untuk aku hubungi Azlee.
Aku tidak bercadang hendak memalukan diri aku dengan menceritakan tentang Erhan
kepada Azlee. Aku tidak mahu Azlee menyangka bahawa aku berperangai sedemikian
kerana dia telah menolak cintaku. Walaupun ianya tidak benar kerana perasaan
aku terhadap diri Erhan adalah tulus dari hatiku dan bukan kerana aku
benar-benar desperate hendakkan teman lelaki atau hendak buatkan Azlee cemburu.
Tolong sikit eh! Aku buat ini semua bukan hendak buatkan Azlee jealous. Tapi
kerana aku benar-benar sukakan Erhan.
“Kau
jangan buat aku khuatir Marsha..,” ujar Ena.
“Ena..listen
to me..kau tak perlu khuatir tentang diri aku..aku tahu kau takut aku kecewa
lagi bukan?? I’m big girl Ena..I know how to look after myself,” jawabku lalu
tersenyum. Aku tahu Ena khuatir aku kecewa lagi. Ena seorang teman yang baik.
Dahulu semasa aku frust dengan Azlee. Enalah tempat aku mengadu.
“Betul
ni?? Aku tak hendak kau kecewa lagi macam dengan Azlee dahulu..aku sedih tau
tengok kau dulu,” ujar Ena lalu memeluk Marsha. Tiba-tiba merasa emosi. Dia
sayangkan Marsha seperti adiknya sendiri.
“Heh..don’t
worry, Marsha tak macam Marsha yang dulu..trust me..kalau Erhan tidak seperti
yang aku bayangkan..aku ajak kau join aku bakar surat-surat dia,” ujarku lalu
menepuk belakang Ena perlahan.
Mataku
tertancap kepada jejaka tampan yang berjalan arah bertentangan.
“Speak
of the Devil!,” cemuhku perlahan.
Lelaki
itu membuahkan senyuman kepadaku. Aku tidak membalas senyumannya kerana hatiku
masih bengkak kerana dia menolak cintaku. Aku bukan tidak boleh terima
rejection ok. Aku boleh terima. Apa yang aku tidak boleh terima kerana Azlee
seakan memberi aku harapan bahawa dia sukakan aku.
“Siapa?,”
ujar Ena lalu meleraikan pelukan.
“The
Devil!! Azlee,” jawabku acuh tak acuh lalu mengadap pc.
Lelaki
itu berhenti di hadapan cubicleku.
“Hello
my dear Marsha..how are you?? Ena,” tegur Azlee mesra lalu tersenyum.
“Oh
Hello Azlee,” jawab Ena bila Azlee menegur. Azlee Executive Editor di sport
department. Kerana Azlee seorang jejaka yang single dan memiliki wajah yang
tampan dia menjadi peminat kepada ramai pekerja wanita di syarikat dan Marsha
tidak terkecuali. Dan Azlee pula hanya rapat pada Marsha. Itu yang membuatkan
ramai yang menyangka mereka adalah pasangan kekasih.
Aku
mengangkat wajah memandang kerarahnya lalu menjeling sekilas. Aku tidak ada
mood hendak bermesra dengannya. Ni lagi satu suka sangat beri wrong signal pada
kaum sejenisku. Cara layanannya pada orang special dengan tak sama aje. Semua
di layan dan dilabel ‘teman tapi mesra’.
“Kenapa
ni Sha?? You marahkan I lagi?? I’m sorry ok dear,” pujuk Azlee bila Marsha
tidak menyenangi kehadirannya. Dia sangka Marsha sudah dapat menerima kenyataan
dan berharap hubungan mereka akan pulih seperti dahulu. Dia dan Marsha teman
rapat. Dia sukakan Marsha tidak lebih dari seorang teman. Marsha fun loving
girl.
“Eh
aku tak ada masa hendak marah dengan kau Azlee..aku cuma tak ada mood hendak
layan kau hari ni itu aje..tak kan itupun nak emo!!,” jawabku dengan wajah
selamba. Pleaselah hendak manja-manja dengan aku. Ini semua salah kau Azlee.
Kau beri wrong signal pada aku. Selama ini aku fikir kau sukakan aku. Rupanya
kau memang sweet talker Azlee. Dasar lelaki. Cemuhku dalam hati.
Azlee
tersentak bila Marsha berkata demikian. Selama ini Marsha tidak pernah ber-kau
dan aku dengannya. Azlee menoleh kearah Ena ingin tahu kenapa Marsha
berperangai demikian. Kerana Marsha tidak pernah berbual begitu padanya selama
ini. Ena menjungkitkan bahunya menandakan dia tidak tahu jika Azlee mahu
penerangan darinya kenapa Marsha melayannya sedemikian. Seriously!! Azlee tidak
tahu kenapa atau buat-buat tak faham! Man can’t live with them can’t live without
them!
bersambung.....
No comments:
Post a Comment