Erhan
melirik kearah screen di telefon pejabatnya bila telefon itu berdering. Dia
tahu siapa pemanggilnya, sebab tadi Lieza sudah memberitahu bahawa dia akan
transfer call ke telefon pejabatnya. Erhan mengeluh kecil lalu mengangkat
gagang telefon. Gagang telefon di lekapkan ke telinganya.
“Assalamualaikum
ma,” jawab Erhan meletak gagang telefon di bahu kanannya kerana tangan kanannya
di perlukan untuk menulis sesuatu.
“Sayang..ngapa-in
kamu tidak hubungi mama..mama risau sama kamu dong,” ujar Gusti Ayu sebaik
sahaja anak terunanya sambut panggilan telefon darinya. Sudah banyak kali dia
cuba hubungi Er namun selalu tidak berada di kantor dan bila cuba hubungi nya
melalui handphone selalu tidak di jawab panggilannya.
“Ah
ma ngak perlu risau ah..Er kan udah dewasa ma risau-in terus kenapa ma?,” jawab
Erhan. Mamanya memang manja amat. Fikirnya bila mama sudah bernikah baru mama
tidak lagi manja dengannya walaupun mamanya sekarang sudah punya anak kecil
lelaki berusia 3 tahun hasil pernikahannya yang baru. Tapi manjanya mengalahkan
anaknya yang berusia 3 tahun.
“Yalah..mama
mahu kamu ketemu dengan Lasindah kamu ngak mau..di minta hubunginya pun kamu
ngak mau..kenapa sih Er?? Emangnya kamu dan Lasindah sudah tidak pacaran
lagi??,” tanya Gusti Ayu dengan suara risau. Temannya mengatakan bahawa Er
tidak lagi berhubungan dengan Lasindah kerana Lasindah kini sudah menetap di
Bali. Manakala Er masih menetap di Malaysia. Bila di suruh pulang dan kembali
ke Jakarta. Er tidak mahu kerana menurutnya dia lebih selesa menetap di
Malaysia dari di Jakarta Indonesia kerana Er di besarkan di Malaysia. Malah pertuturannya
juga sudah seperti orang melayu Malaysia. Tiada lagi slang Indonesia. Hanya
bila berbicara dengannya sahaja Erhan mengunakan bahasa Indonesia kerana dia
tidak fasih berbahasa melayu Malaysia.
“Mama..Er ngak mahu apa-apa hubungan dengan si
Lasindah..titik..jika mama mau tahu ngapa..mama tanyalah sendiri pada
Lasindah,” jawab Erhan acuh tak acuh. Sebab itu dia tidak mahu menelefon
mamanya kembali kerana dia tahu mamanya tidak putus-putus memaksa dia
menghubungi Lasindah.
“Emangnya kamu tidak bisa beritahu mama sendiri..,”
“Er sudah beritahu, Er tidak mahu ada apa-apa hubungan
dengan Lasindah, itu saja yang Er dapat beritahu mama, selebihnya mama tanya sahaja
pada Lasindah sendiri,” jawab Erhan tidak mahu memberitahu mamanya sebab
mengapa dia tidak mahu menjalinkan hubungan dengan Lasindah.
“Pusing kepala mama dengan perihal kamu berdua, jadi kamu
berdua memang tidak mahu bernikah gitu,”
“Siapa bilang saya mahu bernikah dengan Lasindah?? Mama
aja yang sering tanya melulu,” jawab Erhan lalu mengurut kepalanya perlahan.
Bukan sahaja mamanya pusing dia juga turut pusing bila mamanya terus-terusan
memaksa dia bernikah dengan Lasindah. Tidak kah mamanya tahu bahawa Lasindah
bukan wanita yang cocok untuk di jadikan menantunya. Lasindah hanya mahukan
kemewahan dan kesenangan dan bukan kerana cintakan dia. Dia sahaja yang
bodoh fikirkan Lasindah cinta sama dia selama ini.
“Ah..kamu bikin kepala mama pusing lagi..ia udah kalau
kamu tidak mahu bernikah dengan Lasindah..mama mahu tahu kapan kamu pulang ke
Jakarta temui mama?? Mama udah kangan bangat dengan kamu Er,”
“Insya Allah bila Er senang Er akan terbang ke
Jakarta..tapi sekarang Er lagi sibuk dengan bisnis, Cafe Er akan launch minggu
depan..kalau mama kangan sama Er..mama aja ke Malaysia temui Er,” jawab Erhan
lalu tersenyum.
“Ini anak.., kalu gitu, mama aja kesana lawat kamu..,”
“Ya..sayang jugak mama pada Er..,” usik Erhan lalu
tersenyum bila mamanya mengalah dan akan datang ke Malaysia melawatnya.
“Kamu anak teruna kesayangan mama Er..,”
“Ya...Eryan juga anak teruna kecil mama..kamu jaga diri
ma, kita ketemu minggu hadapan..kalau perlu apa-apa hubungi Lieza terus untuk
urusan penerbangan dan hotel, ya ok..,” pesan Er sebelum meletak gagang
telefon.
Erhan mencapai surat yang di buka semalam lalu membaca
isi kandungan surat itu sekali lagi. Tanpa berfikir panjang dia mencapai sehelai kertas
lalu membalas surat yang di terima. Erhan menoleh bila kearah pintu sekilas bila
pintunya terkuak kecil. Lieza masuk bersama dengan 2 orang lelaki. Erhan
sambung kembali menulis.
“Please have a seat,” ujar Lieza menunjukkan kepada
tetamu kearah sofa yang berdekatan. Setelah itu dia menuju kearah Erhan yang
sedang sibuk menulis sesuatu. Erhan menandatangani surat yang di tulis lalu
dilipat 3 sebelum memasukkan kedalam sampul surat tanpa logo syarikatnya.
Alamat di tulis di envelope lalu menyerahkan envelope itu kepada Lieza.
“Postkan surat ini dengan segera,” pesan Erhan sebaik
sahaja Lieza mengambil surat itu dari tangannya.
“Baik Encik Erhan, kalau tak ada apa-apa lagi saya minta
diri dulu,” ujar Lieza.
“Ok,” jawab Erhan lalu bangun dari kerusinya. Dia
mengenakan butang jaket lalu menuju kearah sofa di mana kedua-dua lelaki itu di
tempatkan.
“Encik Erhan,” ujar mereka serentak lalu bangun dan
menghulurkan tangan kepada Erhan untuk bersalaman. Erhan menyambut lalu duduk
di sofa.
“Jadi Bistro boleh launch minggu hadapan seperti yang dirancangkan?,”
soal Erhan lalu memandang wajah Fahmy selaku interior designer untuk Bistronya.
Erhan membuka sebuah kedai buku mengikut konsep Borders. Café dan book store
yang di beri nama ‘R&R’ ‘Read and Rileks’. Erhan loves to read and enjoys good food. Jadi dia
membuka bisnes yang dia minati. Buku dan restaurant.
“Insha
Allah boleh Encik Erhan, saya sudah buat inspection everything is in order..saya
rasa tiada masalah untuk launch pada hari yang kita tetapkan,”
“Imran..dapur
semua dah ready???, Menu all?,” tanya Erhan pada Imran. Chef yang ditugaskan
untuk mengendalikan Café Bistronya.
“Alhamdullilah
semuanya sudah teratur..insha allah semuanya berjalan dengan lancar,” jawab
Imran lalu tersenyum. Dia tahu Erhan majikan yang serious. Dia tidak suka kerja
yang di tangguh-tangguh dan pekerja cuai dalam mengendalikan perkerjaan mereka.
Erhan terkenal dengan panas baran. Silap dengan caranya boleh kena buang kerja.
“Good..,”
jawab Erhan lalu membuahkan senyum kepada mereka berdua kerana merasa senang
kerana Bistronya akan di launch minggu hadapan. Book storenya sudah dibuka
untuk bisnes seminggu yang lalu. Dapatlah Erhan merasa rileks sedikit kerana
selagi Bistronya belum di buka. Selagi itu dia tidak dapat rileks seperti
dahulu. Erhan seorang lelaki yang sukakan balance in life. Work and play.
bersambung....
No comments:
Post a Comment