Assalamualaikum semua...
Lama sungguh tak update blog seperti berkurun lamanya. Tengah mood malas menular tu yang senyap sahaja..tak ada topik pun hendak di kongsi bersama maka lagilah senyap. Sekarang ada topik baru ada semangat hendak menulis. Topik rumah baru..Alhamdullilah setelah menunggu hampir 4 tahun lamanya untuk rumah baru kami siap akhirnya pada 20hb yang lalu kami di jemput untuk mengambil kunci Rumah. Lama kan?? Sistem perumahan di sini memang begitu apa hendak buat! Oleh kenapa aku apply untuk 4 room BTO (93sqm). Maka terpaksalah menunggu..sabar menanti sahaja. Maka aku hendak kongsikan perjalanan untuk rumah baru ni. Hehe..teruja lah sangat maklumlah baru! Dalam masa keterujaan tu, aku cuba terapkan dan kekalkan konsep bersederhana ikut bujet yang sedia ada, takut nanti terlebih bujet pulak kalau tak kawal nafsu ye tak! Semua hendak dibelinya nanti. Dari start apply rumah aku dah mula sikit-sikit buat survey dan baca forum-forum tentang rumah. Apa yang perlu aku tahu tentang kipas, sink, lampu dan semua yang bersangkut paut dengan rumah. Hahaha di akhir projek rumah dah boleh dapat degree master kerana from Zero knowledge tentang benda-benda tu semua sampai dah jadi master sifu! Rumah yang aku duduki sekarang ni, rumah kami beli resale dan masa tu baru kahwin maka simpanan pun tak berapa ada. Cukup sekadar beli apa yang perlu sahaja dan touch-up sedikit-sedikit untuk mencantikkan rumah. Alhamdullilah sedar tak sedar 14 tahun lamanya aku menetap di rumah ni.
Apa? Dah ada rumah kenapa gatal nak pindah rumah? Soalan cepu emas? Banyak faktornya sebab mengapa aku pindah ke rumah baru.
Faktor pertama, rumah yang aku duduki sekarang ni sudah berusia, maka kondisi interior rumah tidak berapa elok dan jika aku hendak buat renovasi perlu buat overhaul satu rumah dan perbelanjaan untuk renovasi pula rata-rata di sini 60k keatas. Haha dengar tu mana nak cekau duit sebanyak 60k (tu basic aje tak ada fancy-fancy). Kenapa tak buat sikit-sikit. Buat sikit-sikit nanti bahagian rumah lain pula iri hati hahaha mula start tunjuk perasaan. Rosak sana rosak sini! Semuanya perlukan duit. Buat Ad-hoc lagi banyak berbelanja.
Faktor kedua, aku berbincang dengan Encik Sam bahawa cost standard of living keep on rising! No joke ok! Tak tahulah bagaimana nasib anak-anak kita nanti sedangkan kita sendiri pening kepala bila memikirkan semua naik harga dan rasa macam nak nangis bila tahun 2019 GST bakal naik hingga ke 9%.
Faktor ketiga, hehehe aku ni tak berapa rajin hendak mengemas rumah. Maka jika pindah rumah yang kecil dan tak banyak perabut tak ler penat aku hendak mengerjakannya jika tak ada pembantu rumah nanti.
Faktor keempat, ni yang best sekali! Aku dapat menghias dan decor rumah mengikut cita rasa aku sendiri!! Yay Bestnye!! Rumah yang aku menetap sekarang ni, aku tak dapat hendak menghias dan decor mengikut 100% cita rasa aku sebab masa pindah rumah resale tu dulu aku tak buat major renovation sebab tak ada bujet. Semuanya DIY wallpaper, cat rumah, tukar lampu, kipas dan beli perabut mengikut theme decor rumah tu.
Haha banyak lah pula mukadimah tentang rumah kan! Berbalik pada appointment collecting keys jam 11.15pagi. Maka hari yang di tunggu-tunggu sudah tiba. Aku pergi HDB dengan Maya. Terpaksa mengajak Maya temankan aku ke HDB kerana Encik Sam join kami later sebab kerja dan hanya di beri time-off selama 3 jam sahaja! Sampai sahaja aku dan Maya meninjau-ninjau model-model rumah baru yang bakal di bina sementara menanti Encik Sam. Teringat dulu bila hendak apply rumah aku juga sibuk meninjau-ninjau estate perumahan mana hendak kami pindah. Haha tentang estate mana kami pindah sabar dulu kerana you all will be surprise!
Bila Encik Sam kata dah dekat nak sampai. Aku print Q number.
Q number for key collection |
Tunggu lebih kurang 15 minit kami di panggil bertemu dengan pegawai bertugas untuk rumah kami. Bismillah...Oh sebelum mengambil kunci aku semak semula surat HDB, apa yang perlu dibawa dan dibuat agar semuanya berjalan dengan lancar bila hendak mengambil kunci. Dalam surat ada menyatakan sebelum kunci di serahkan dan jika kami mengambil loan dari HDB maka kami di minta membeli insuran rumah dahulu dan ditunjukkan kepada pegawai akan sijil insuran. Nasib baik boleh beli online maka awal pagi aku dah mengadap komputer beli House Insurance package premium. Insurance basic hanya $5 dollar plus dan oleh kerana aku mahukan more coverage maka aku beli premium. Total dalam $261.00. Premium cover untuk interior dan basic personal injury coverage selama 5 tahun. Untuk basic $5plus pula hanya hanya cover untuk struktur luaran rumah basic sahaja dan tidak cover buat interior.
Setelah di beri penerangan dari officer bertugas mengenai rumah kami dan tandatangan dokumen-dokumen beli rumah maka kami di beri kunci rumah. Alhamdullilah..semuanya berjalan dengan lancar.
HDB goodies bag |
Keys bag |
Kunci Rumah |
Kami bawa pulang goodies bag dari HDB dan nampak bag sederhana hitam itu tersimpannya kunci unit rumah kami. Kalau perasan background gambar kunci itu ada flat di belakangnya itu. Ah itulah flat kami. Aku dan Maya lepak di park yang terdapat di sebelah flat kami sementara menunggu Mikhail, Encik Sam dan reno contractor datang.
Jumpa lagi di Rumah Baru - Part 2.....
No comments:
Post a Comment