Thursday, 23 June 2016

Terima kasih! Thank You! Arigato Gozaimas! Gracias!








Assalamualaikum wbt.

Alhamdullilah sudah masuk ke 18 Ramadhan. Masa berlalu begitu pantas sedar tidak kita bakal menyambut Syawal tidak lama lagi. Pasti ramai kaum wanita sibuk mencari resepi dan membuat biskut dan kuih sendiri. Dan mula sibuk hujung minggu ini kan? Tahun ini, aku tidak buat kuih mengunakan oven sebabnya oven aku rosak maka tahun ni hanya buat chocolate cornflakes almond tu sahaja. Huhu..yang lainnya kuih tunjuk-tunjuk.

Lama betul aku tidak menulis dalam ruangan diary kan? Sebab tak ada idea hendak ditulis apa. Haha. But, hari ini aku ada sebab untuk menulis kerana beberapa hari kebelakangan ini aku perasan ramai pengunjung blog aku datangnya dari US. Australia. Indonesia dan paling ramai sekali dari Malaysia!! Terima kasih! Arigato Gozaimas! Grazie! tidak terhingga dari aku. Dan karya ku "From Boss with Luv" menerima banyak 'page view' dari karya-karyaku yang lain. Baca karya yang lain juga ye..walaupun tidak seberapa tapi menghiburkan.

Wah aku suka sekali kerana ada yang sudi menjengah dan membaca blog aku yang tidak seberapa ini. Kalau ada cacat cela dan salah silap tu harap di maafkan ya. Dan jika sudi silalah tinggalkan komen-komen membina anda ke blog saya ni. Just say “Assalamualaikum”..”Hi” or “Hello” perkenalkan diri dan asal/tinggal di mana. Boleh juga kita menambah kenalan dan mengeratkan siratulrahim. Betul tak? Tapi untuk kaum muslimah sahaja ye..harap maklum.

Ok saya mulakan dahulu, Bismillah....

Salam a'laik…saya Lynda Kamis aka SignoraPrue dari Singapura. Salam perkenalan buat semua!

 





7 comments:

  1. Salam hi dear
    Salama ramadhan kareem
    Im from malaysia
    Saya dah baca hampir semua karya awak
    Dan sngt2 menunggy untuk jodoh pasti bertemu ni
    Hari2 kk blog awak untuk lihat entry terbaru
    keep on writing and keep updating all the best to you; )
    -ana-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..salam Ramadhan Al Mubarak buat sis Salama juga. Salam perkenalan. Insya Allah akan saya update cerita jodoh pasti bertemu. :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Salam ramadhan dan selamat hari raya sis....tersangat menyukai karya2 sis.! Tercari2 lps sis berhenti lps kehilangan almarhum ibu sis dahulu
    . welcome back dear... Agar dpt trs menghasilkan karya2 yg lebih segar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan dan Eid Mubarak buat sis Noorhasni juga. Terima kasih sis kerana menyukai karya saya. Insya Allah berkat doa dari doa sis akan saya teruskan berkarya selagi termampu. :)

      Delete
  3. salam sis lynda.. remember me? syira.. sy keep on repeating baca smua karya sis.. xpernah jemu..���� truskan berkarya ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sis Syira..of course I remember u sis. Terima kasih kerana tidak jemu membaca karya sis yg tidak seberapa ni :). In Shaa Allah jika ada ilham sis akan terus berkarya.

      Delete