NIK membuka
pintu apartmentnya. Dia berjalan lemah
menuju kearah balcony. Dania menutup
pintu apartment Nik lalu
mendapatkannya di balcony. Lelaki itu
hanya berdiri memandang kearah permandangan di hadapan bangunannya.
Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya sejak mereka
meninggalkan Café di mana Dania bertemu Nik bersama wanita yang kelihatan
seperti Lia tadi. Sepanjang perjalanan menuju ke apartment. Di dalam kereta, Nik hanya mendiamkan diri. Nik tidak melarang
Dania mengikutnya mahupun membenarkan Dania mengikutnya. Nik hanya diam sahaja.
Keputusan Nik untuk mendiamkan diri itu membuatkan Dania menjadi bimbang.
Dia tahu Nik marah padanya maka lelaki itu memilih untuk mendiamkan diri sahaja.
Nik tidak seperti lelaki lain. Jika marah, mereka akan menunjukkan kemarahan
mereka. Namun Nik tidak. Dia memilih untuk mendiamkan diri. Salah satu kualiti
yang ada pada Nik membuatkan dia cinta pada lelaki itu dan dia tidak mahu Nik
di kongsi dengan sesiapa hanya untuk dirinya.
“Sayang!,” tegur Dania lalu mendekati lelaki itu. Dania memandang
wajah Nik. Lelaki itu tidak menoleh kearahnya.
“I’m sorry sayang, please talk to me? I hate it when you are
not talking to me!,” ujar Dania lalu merangkul lengan Nik. Susah sangat ke
Nik hendak memahami perasaannya. Kenapa lelaki itu tidak dapat menerima
cintanya.
“I hendak cakap apa
Dania?,” jawab Nik perlahan tanpa menoleh memandang wajah Dania.
“Sayang! Please don’t treat
me as if I’m a bad person! I just say what I needed to say, it’s the fact, you
are my future husband!,” jawab Dania mempertahankan diri bila Nik
seolah-olah menyalahkan dirinya. Dia hanya mempertahankan haknya.
“But you know the fact that,
if she really is my wife, you have to share me with her, because I won’t leave
her ever!,” jawab Nik lalu menoleh memandang wajah Dania. Dania harus tahu
kedudukannya dan bersedia. Dania yang bersungguh-sungguh hendak bersuamikan dia. Maka Dania terpaksa menerima
segala kemungkinan yang bakal terjadi.
Jika benar Zara Lia itu adalah isterinya. Dia tidak akan
meninggalkan Lia. Hanya ajal maut sahaja yang dapat memisahkan mereka. Selagi
nyawa di kandung badan dia tidak akan meninggalkan Lia.
“You really think that woman
is your wife??? Wake up Nik! Lia dah tak ada? She just someone who look like her!,” ujar Dania geram bila Nik
mengatakan dia harus berkongsi kasih dengan Lia. No way! Not in a million years! Dia tidak sukakan Lia. Lia selalu
merampas kebahagiaannya. Lia juga yang merampas Nik darinya.
“I know my Natalia…Dania,
she is my wife, we share life together,
you wouldn’t understand!,” ujar Nik perlahan. Sejak dari awal pertemuaan
dia dengan Zara. Naluri hatinya yakin benar bahawa Zara itu adalah Natalia
isterinya. Hanya dia tidak mampu membuktikan bahawa Zara itu adalah Natalia
kerana dia tiada bukti yang kukuh sehinggalah Zara menceritakan kepadanya
bahawa dia pernah terlibat dengan kemalangan di Santa Lucia dan dia hilang
ingatan.
Dan setelah apa yang telah berlaku awal tadi, dia tidak tahu Zara
mahu bertemunya lagi. Dia dapat melihat kekecewaan di wajah Zara ketika
meninggalkan dia tadi. Dia dapat merasakan Zara sudah mula cinta padanya. Dan
dia juga kasih dan cintakan Zara.
“Ok..please stop! I don’t
want to hear it anymore!,” ujar Dania tidak tahan mendengar pengakuan cinta
Nik terhadap Lia. Dia tidak sanggup mendengarnya kerana dia hanya mahu Nik
cinta padanya seorang.
“Learn to live with it, Dania!,”
ujar Nik perlahan lalu menuju kearah meja di mana terdapatnya bag tangan Dania.
Dia mencapai jaket Dania dan bag tangannya lalu menyerahkan kepada Dania.
“Why can’t I stay here!,”
ujar Dania bila Nik menyerahkan bag dan jaketnya.
“Learn to be patience Dania!
We will be together soon!,” jawab Nik dengan wajah selamba. Selagi mereka
belum bernikah dan tidak punya ikatan apa-apa. Dia tidak akan membenarkan Dania
tinggal bersama dengannya.
Dia tahu Dania tidak akan berhenti berusaha untuk mendapatkannya.
Dia akan berikan apa yang Dania mahu iaitu jadikan Dania isterinya. Namun hanya
satu yang Dania tidak mampu miliki, iaitu hatinya. Kerana hatinya hanya untuk
Natalia. Dan Dania terpaksa menerima Lia dalam hidupnya walaupun dia tidak suka
kerana seperti apa yang di katakan kepada Dania tadi. Dia tidak akan melepaskan
Lia.
Dania mencapai bag dan jaketnya dari tangan Nik dengan perasaan
geram lalu menuju kearah pintu. Sebaik sahaja pintu apartmentnya di tutup rapat. Nik merebahkan badannya di atas sofa.
“FIR, betul kau tak
bergurau dengan akak??,” ujar Fazuin bila adiknya memberitahunya bahawa bekas
menantunya Nik bertemu dengan wanita yang kelihatan mirip seperti anaknya Lia.
“Kak..apa pula Fir hendak bergurau dengan kakak, Nik bawak sendiri
budak perempuan tu ke rumah Fir! Fir belum rabun lagi kak!,” jawab Firdaus lalu
menyandarkan badannya di sofa. Dia tidak menyalahkan kakaknya jika kakaknya
tidak percaya dengan berita yang di sampaikan kepadanya.
Dia juga pada awalnya tidak percaya bila Nik mengatakan dia
bertemu dengan wanita yang kelihatan mirip seperti anak saudaranya. Tapi
setelah Nik membawa wanita itu ke rumahnya dan dia melihat sendiri baru dia
percaya.
Dia merasa gembira dan berbesar hati bila wanita yang di bawa Nik
itu rela hati mahu menjalani ujian DNA
ke atas dirinya. Firdaus bersimpati dengan Zara bila wanita itu menceritakan
kepadanya tentang keadaan dirinya yang hilang ingatan sejak terlibat dengan
kemalangan di Santa Lucia. Dia juga yakin bahawa Zara itu adalah Lia namun dia
seperti Nik tidak dapat mensahihkan kenyataan itu selagi mereka tidak mendapat
keputusan dari hasil ujian DNA.
“Kalau betul Lia…Alhamdullilah! Kakak rasa bersyukur sangat!,”
jawab Fazuin dengan linangan air mata. Dia kehilangan 2 orang insan yang di
cintai, pertama suaminya dan kedua anak kesayangannya Lia. Mendapat berita
bahawa kemungkinan wanita yang kelihatan seperti anaknya itu adalah Lia
seolah-olah memberinya harapan baru.
“Kami turut bersyukur dan semua berdoa sama kak, moga-moga Zara
itu adalah Lia,” jawab Firdaus turut merasa gembira. Selama 2 tahun mereka
menyangka Lia sudah tiada lagi.
Selama ini mereka sekeluarga tidak pernah mendengar alasan Nik.
Bila Nik mengatakan bahawa Lia masih hidup kerana mereka menyangka Nik
mengalami trauma dan tekanan bila kami mengatakan bahawa Lia sudah meninggal.
Nik tidak pernah berputus asa. Dia tahu Nik selalu ke Rome berharap dia dapat
bertemu dengan isterinya semula. Setelah hampir 2 tahun lamanya Nik cuba
menjejaki isterinya. Doanya terkabul bila saat Nik mahu melupakan Lia dan
meninggalkan kenangannya bersama kerana dia mahu meneruskan hidup tanpa
bayangan Lia. Nik bertemu dengan Zara Lia.
Terdengar keluhan kecil dari corong telefon.
“Kenapa kak?,” tanya Firdaus bila kakaknya tiba-tiba mengeluh.
“Nik? Nik bagaimana?,” tanya Fazuin kepada adiknya. Sungguhpun Lia
tiada lagi hubungannya dengan Nik masih rapat. Dia sudah menganggap Nik seperti
anaknya sendiri. Nik tidak pernah melupakannya. Selalu berkunjung ke rumahnya
dan meluangkan masa bersamanya. Nik seperti penganti anaknya Lia. Dia sayangkan
Nik seperti dia sayangkan Lia. Malah hubungannya dengan bekas besannya Faezah
juga rapat. Mereka sudah seperti keluarga. Mereka berdua juga yang mendesak Nik
supaya menjalinkan hubungan dengan Dania, teman Lia dan Nik semasa di sekolah
dahulu. Mereka mahu Nik kembali ceria dan menjalani hidup seperti biasa. Mereka
tidak sanggup melihat Nik menderita. Mereka mahu Nik bahagia.
“Nik?? Nik ok! Kenapa kakak tanya?,” ujar Firdaus merasa hairan
bila kakaknya bertanya bagaimana dengan Nik.
“Maksud kakak Dania? Hubungan Nik dengan Dania bagaimana?,” tanya
Fazuin dengan nada risau. Jika benar Zara itu anaknya Lia. Ini bermakna Lia
isteri Nik. Fazuin menjadi tidak selesa bila memikirkan tentang Dania.
Dia dan Faezah sudah merancang mahu menjodohkan Dania dengan Nik.
Itu sebelum dia tahu bahawa Nik bertemu dengan wanita yang kelihatan seperti
anaknya Lia. Tapi setelah dia tahu bahawa kemungkinan besar Zara itu adalah
Lia. Dia tidak yakin bahawa anaknya Lia mahu berkongsi suaminya dengan wanita
lain setelah dia bertemu semula dengan suaminya yang telah lama terpisah.
Fazuin menjadi pening sendiri bila memikirkannya kerana dia
wanita. Dia tahu akan perasaan wanita. Dan wanita yang dibimbangkan itu adalah
Lia. Dia tahu Lia tidak akan dapat menerima wanita lain dalam hidupnya kerana
Lia anaknya itu cintakan Nik dan tidak ingin berkongsi kasih dengan orang lain.
“Huh? About that…! Dania was
here and I don’t think she please when she saw Zara,” jawab Firdaus lalu
mengaru kepalanya yang tidak gatal kerana dia turut merasa bingung dengan
dilemma yang Nik hadapi. Dia tidak menyangka teman wanita Nik akan menjejakinya
hingga ke Rome. Jika dia di tempat Nik, dia juga akan merasa bingung.
“Oh dear! Poor Nik,”
ujar Fazuin bersimpati dengan nasib menantunya.
“I’ll guess, man's got to do
what he's got to do!,” jawab Firdaus menyebelahi pihak Nik.
Apapun keputusan Nik, dia akan sentiasa berada di sebelahnya.
Dahulu dia tidak menyokong Nik, bila Nik mengatakan bahawa isterinya masih
hidup. Tapi kali ini dia akan berdiri di belakang Nik dan menyokongnya kerana
dia tahu Nik bijak mengendalikan keadaan dan membuat keputusan yang baik.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment