DANIA
menjadi tidak senang duduk bila Nik mengatakan dia berada lama di Rome. Kenapa
Nik harus berada lama di Rome? Apa yang dia buat disana? Bukan Nik tidak pernah
ke Rome sebelum ini yang perlu dia bercuti lama, hampir setiap tahun dia
kesana. Dia tidak tahu apa tujuan Nik seringkali ke Rome. Yang dia tahu pakcik
Natalia masih tinggal di Rome. Nik masih rapat dengan pakcik Natalia ke? Dania
berfikir sendiri. Dia tidak akan tahu jika dia tidak bertanya pada bakal ibu
mertuanya sendiri.
Dania mencapai handphonenya
lalu mencari nombor telefon ibu Nik.
“Assalamualaikum auntie!”
ujar Dania sebaik sahaja Puan Faezah menjawab panggilan telefonnya.
“Waalaikumsalam Dania! Dania di mana ni?,” tanya Puan Faezah
kerana bakal menantunya itu bekerja sebagai pramugari. Setiap kali dia menerima
panggilan telefon dari Dania pasti Dania berada di berlainan destinasi.
“Dania kat rumah auntie,
cuti seminggu!” jawab Dania lalu duduk di sofa.
“Ah auntie ingatkan
Dania berada di San Francisco atau di
London! Dania tahu tak Nik tak ada,
dia ke Rome!” ujar Puan Faezah memberitahu Dania bahawa anaknya bercuti di
Italy, dia khuatir Nik terlupa hendak memberitahu Dania kerana dia tahu
perangai Nik yang ambil sambil lewa bila dengan Dania.
Dia merasa bersalah pada Dania kerana Dania terpaksa makan hati
dengan perangai Nik. Dia tahu Nik tidak setuju dengan cadangannya untuk
menjadikan Dania sebagai isteri kerana Nik masih sayangkan arwah isterinya. Tapi
dia tidak ada pilihan lain kerana dia tidak mahu Nik berkeadaan begitu
selamanya. Dia mahu Nik mulakan kehidupan baru.
“Oh Dania pun baru tahu Nik berada di Rome auntie! Tapi dia kata kali ini dia beritahu dia bercuti lebih
seminggu, Dania nak tahu juga apa yang Nik buat lama di sana? Travel keliling Europe ke?,” tanya Dania
cuba mendapatkan maklumat dari Puan Faezah kerana Nik tidak memberitahunya apa
yang dia buat di Italy selama 2 minggu.
“Ah mungkin dia berjumpa dengan kawan lama dengan pak usunya Lia,
Nik rapat dengan pak usu Lia, mungkin Nik lama kesana sebab nak luangkan masa
bersama dengan dia,” ujar Puan Faezah bila Dania bertanya kenapa Nik lama
berada di Rome. Nik ada memberitahunya dia mahu ke rumah pak usu Lia kerana
lama tidak bertemu dan juga dia mahu bertemu dengan Dante teman rapatnya di
Rome.
Dania terdiam bila bakal ibu mertuanya mengatakan Nik rapat dengan
pak usu Lia. Dia hanya pernah bertemu dengan pak usu Lia sekali, bila dia
menghadiri kenduri arwah di rumah Nik.
Pak usu Lia masih muda, berusia 49 tahun dan seorang lelaki yang
matang lagi segak. Ramai yang mengatakan pak usu Lia wajahnya mirip pelakon Iron Man, Robert Downey Jr. Berstatus
duda kerana telah lama bercerai. Selepas berpisah dengan isterinya pak usu
Firdaus menerima tawaran bekerja di Rome dan dia menetap di sana sehinggalah
sekarang.
“Kenapa? Uncle Firdaus
hendak bernikah lagi ke auntie??,”
usik Dania lalu tersenyum.
“Nikah lagi? Entah?...Auntie
pun tak tahu? Kakak dia tak ada beritahu auntie
apa-apa, kenapa Dania bertanya?,” ujar Puan Faezah turut tersenyum bila Dania
bertanya samada adik bekas besannya Firdaus mahu bernikah lagi.
“Dania sahaja bertanya sebab Nik kata dia hendak berada lama di
Rome, ingatkan uncle Firdaus hendak
bernikah lagi! Tak apalah auntie Dani hanya hendak tahu sahaja,” ujar Dania lalu
menyandarkan badannya di sofa. Dia merasa hairan kenapa Nik perlu ada lama di
Rome? Dania merasa tidak senang hati tiba-tiba. Jika dia perlu ke Rome. Dia
akan mencari Nik di Rome.
“Oh Dania rindu pada Nik ke?” tegur Faezah tersenyum bila Dania
kedengaran risau bila anaknya mengatakan dia berada lama di Rome.
“Dania takut Nik cari perempuan Itali pulak kalau lama dia
disana!” ujar Dania lalu tersenyum bila bakal ibu mertuannya seakan tahu apa
yang dia rasa. Sudah tentu dia rindukan Nik. Dia sayang dan cintakan lelaki
itu. Hanya lelaki itu tidak pernah ambil tahu tentang hati dan perasaannya.
Sungguhpun Nik tidak ada Lia lagi, tapi dia tetap merasa khuatir
Nik akan bertemu dengan wanita lain. Dia tahu Nik tidak cintakannya dan Nik
hanya bersama dengan dia kerana hendak menjaga hati orang tuanya. Dan Dania
tidak kisah kerana dia tahu, lambat laun Nik akan cinta padanya dan dia akan
memastikan bahawa Nik akan menjadi miliknya suatu hari nanti.
“Kalau takut..why don’t you
go to Rome then? Give him a surprised visit!” cadang Faezah tersenyum
lagi.
“It’s not a bad idea auntie!
Why didn’t I think of that? Thanks auntie!” jawab Dania dengan suara
teruja. Kenapa dia tidak terfikir membuat kejutan pada Nik. Dia pun sudah lama
tidak bercuti ke Rome. Cadangan bakal ibu mertuanya itu memang baik sekali.
“No problem! Enjoy your
Holiday!” jawab Faezah lalu tersenyum bila Dania kedengaran excited bila dia memberinya cadangan
untuk ke Rome.
NIK
menarik laci lalu mengeluarkan keratan akhbar mengenai pengeboman di Santa
Lucia Station pada tahun 2012. Keratan akhbar itu masih elok di simpan kerana
Nik tidak bersedia untuk membacanya sebelum ini. Nik mencapai salah satu keratan
akhbar yang terdapat photo tempat kejadian. Keretapi yang terlibat kelihatan
rentung dan kedai-kedai kecil yang berdekatan dengan platform turut terjejas sama kerana bukan sahaja keretapi berkenaan
sahaja dipasang bom malah terdapat beberapa tempat di persekitaran kedai dan
platform turut terjejas sama.
Dan ketika kejadian itu berlaku Nik berada berdekatan dengan salah
satu kedai yang terjejas. Nik memandang gambar itu dengan perasaan sebak. Di
situlah kali terakhir dia lihat Lia. Dia lihat Lia duduk di salah sebuah bangku
berdekatan dengan platform sedang
berbual-bual dengan seorang wanita dan anak perempuannya. Melihatkan isterinya
sedang leka berbual dengan wanita itu. Nik mengambil keputusan untuk ke kedai
sebelah membelikan Gelato buat isterinya.
“Sembri felice il mio amico? (You look happy my
friend?) tegur si Penjual Gelato itu mesra bila di lihat pelanggannya itu
kelihatan tersenyum sedari tadi menandakan dia di dalam keadaan mood yang baik.
“Bene grazie! Ho appena sposato, mia moglie è seduto
lì!” (Well thank you! I've just got married, my wife is sitting there!)
jawab Nik tersenyum lagi lalu menunjukkan kepada penjual Gelato itu ke arah
tempat duduk Lia.
“Oh congratulazioni! E 'sulla casa per gli sposi,”
(Oh congratulations! It's on the house for the newly weds) jawab si penjual
Gelato lalu menghulurkan tangan memberi tahniah kepada pelanggannya. Dia
meminta pembantunya memberi Gelato yang di pesan kepada pelanggan yang baru
berumahtangga itu.
“Grazie mille!” (Thank you very much!) jawab Nik lalu
tersenyum dia menoleh kearah isterinya.
Lia tidak lagi
berada di bangku tempat dia duduk. Dia lihat Lia sedang memanggil wanita yang
duduk bersamanya awal tadi dan berjalan menuju ke arah mereka. Mungkin Lia mahu
memberi wanita itu sesuatu.
Dan kejadian yang
tidak dingini itu berlaku di hadapan matanya sendiri. Bom meletus dengan
kuatnya sehingga dia yang berdiri di kedai Gelato turut terkena impaknya.
Semuanya berlaku dengan pantas.
Nik terbaring
lemah dalam keadaan yang tidak bermaya berdekatan dengan kedai Gelato.
Kedengaran suara cemas, tangisan dan raungan orang yang tercedera dalam letupan itu. Api dan asap
tebal kelihatan di sana sini. Badan-badan orang yang tercedera dan terkorban
bergelimpangan di sana sini.
Dia menoleh
kearah tempat isterinya, dari jauh Nik ternampak badan isterinya yang terdampar
kaku berdekatan dengan platform.
“Lia!,” ujar Nik
perlahan dengan linangan airmata melihat keadaan isterinya yang telah kaku dan
tidak bergerak.
Nik cuba bangun untuk
mendapatkan isterinya isterinya, namun dia sendiri tidak mampu berbuat demikian
kerana kecederaan yang dia alami agak serius, bajunya penuh dengan lumuran
darah. Kakinya tidak dapat bergerak. Darah pekat mengalir dari kepalanya.
Pandangan matanya menjadi kabur dan badannya terlalu lemah untuk bergerak. Nik
memejamkan matanya lalu dia tidak sedarkan diri.
Pengalaman yang
memeritkan dan tidak bisa Nik lupakan. Dia tidak dapat melenyapkan memori ngeri
itu dari fikirannya. Dahulu Nik seringkali mengalami trauma dan seringkali
mimpi perkara yang sama. Keadaan dirinya menjadi serius bila Nik takut untuk keluar
dari rumah kerana khuatir terjadinya perkara yang sama ke atas dirinya.
Keadaannya mula berubah sedikit demi sedikit bila dia mendapatkan rawatan dari
doctor pakar dan mengambil ubat untuk merawat tekanan yang dia alami.
Nik menyimpan keratan akhbar itu ke dalam laci semula bila handphonenya tiba-tiba berbunyi. Nombor
yang tertera di handphonenya nombor
yang tidak dikenali.
“Hello,”
“Hello Nik,” ujar si
pemanggil sebaik sahaja Nik menjawab panggilannya. Semalam sebelum mereka
berpisah Nik ada memberinya nombor telefon handphonenya
sekiranya Zara perlukan bantuan apa-apa darinya. Dia tidak sangka akan
menghubungi Nik hari ini.
“Hi,” jawab Nik sepatah
kerana merasa terperanjat. Seolah-olah yang menghubunginya itu adalah Lia
kerana suara si pemanggil sama seperti suara isterinya. Namun dia sedar yang
menelefonnya itu bukan Lia tapi wanita yang kelihatan seperti isterinya Lia.
Iaitu Zara Lia.
“Maaf jika I menganggu you,” ujar Zara dalam keadaan serba
salah. Dia tidak dapat duduk senang sejak awal tadi kerana dia mahu bertemu
dengan Nik dan menceritakan kepada lelaki itu apa yang dia mimpikan semalam.
“Tak, you tak menganggu,
I’m not doing anything in particular,” jawab Nik lalu berjalan
menuju kearah balcony apartmentnya.
Zara mengeluh kecil di hujung talian. Dia tidak tahu apa yang
telah terjadi pada dirinya sejak dia bertemu dengan Nik. Dia tidak dapat
melupakan lelaki itu. Dia tidak tahu kenapa dia rasakan dirinya begitu attach dan akan merasa rindu bila
berjauhan dari Nik. Dia tidak pernah merasa begitu sebelum ini, dengan Haider
dia tidak pernah rasa sedemikian rupa. Pelik!
Apa istimewanya Nik? Dia sedar Nik seorang lelaki yang kacak, Haider
juga seorang lelaki yang kacak! Haider di kenali hampir 3 tahun dan Nik dia baru
kenali. Tapi kenapa dia sukakan Nik lebih dari dia sukakan Haider? Adakah dia
sudah jatuh cinta pada Nik? Maka dia berperasaan begitu? Zara menjadi tidak
keruan bila memikirkannya.
“Why?? What’s wrong
sayang-,” ujar Nik lancar sahaja bila terdengar keluhan dari Zara. Namun dia
terhenti bila menyedari dia tidak tersengaja mengunakan perkataan ‘sayang’.
Zara terdiam. Bergetar hatinya bila lelaki itu memanggilnya
sayang. But why? Haider pernah
memanggilnya ‘sayang’ ‘sweetheart’
‘darling’ tidak pernah dia rasa getaran apa-apa. Namun bila Nik
memanggilnya sayang. Dia seakan mahu lelaki itu memanggilnya ‘sayang’ sekali
lagi.
“I’m sorry Lia, it’s just slip my tongue, why what’s wrong?,”
ujar Nik perlahan menyedari kesilapannya. Dia tahu perbuataannya itu membuatkan
Zara merasa tidak selesa, tapi dia tidak sengaja berbuat demikian.
Zara tidak segera menjawab pertanyaan Nik. Tujuannya menghubungi
Nik kerana dia mahu bertemu dengan Nik untuk menceritakan apa yang dia mimpikan
semalam. Namun dia merubah fikiran bila Nik tidak sengaja memanggilnya sayang.
“How bad do you want to know
if I’m your Natalia, Nik?,” ujar
Zara perlahan lalu duduk di kerusi. Semalam ketika bertemu dengan Nik dan
setelah dia menceritakan kepada Nik tentang dirinya yang telah hilang ingatan.
Nik tidak mendesak dia melakukan apa-apa untuk memastikan samada dia adalah
Natalia. Mungkin Nik tidak mahu memaksa. Dan Nik mahu dia sendiri yang mulakan
dahulu.
“Badly!,” jawab Nik lalu
tersenyum sayu kerana dia benar-benar ingin tahu siapa Zara Lia sebenarnya? Jika
Zara itu Lia, dia merasa bersyukur teramat sangat kerana Allah temukan dia
dengan isterinya semula. Dan jika Zara bukan Lia, dia redha dengan keputusan
yang diperolehi.
Semalam dia memang tidak mencadangkan apa-apa pada Zara kerana dia
tidak mahu membuatkan wanita itu merasa terpaksa. Namun dalam masa yang sama dia
berdoa agar Zara dengan rela hati mahu menjalani ujian DNA keatas dirinya dan sekurang-kurangnya Zara mengetahui identitynya yang sebenar.
Zara menghela nafas perlahan. Jawapan itu yang mahu dia dengar
dari Nik kerana dia sendiri mahu tahu samada dia Natalia Nik ataupun tidak? Dia
mula suka pada Nik dan mahu tahu keputusannya secepat mungkin.
“And if I’m not. Will you be
nice to me Nik?,” ujar Zara dengan rasa sebak kerana dia khuatir Nik akan
berubah hati jika keputusan yang di perolehi tidak seperti yang disangkakan.
Adakah Nik akan suka padanya atau Nik tidak peduli tentang dirinya lagi?
“Of course dear! Why would
you think of that? I’m still here if you needed me,” jawab Nik bila Zara
khuatir dia akan berubah jika keputusan yang mereka perolehi tidak seperti yang
di jangkakan. Dia akan tetap menjadi teman Zara dan membantu Zara jika Zara
perlukan bantuan darinya. Tiada sebab untuk dia menjauhkan diri dari Zara.
“And if I’m your
Natalia?,” ujar Zara dengan hati gembira.
“I will overjoyed dear!,”
jawab Nik tersenyum lagi kerana dialah manusia yang paling bersyukur kerana
mendapat isterinya kembali.
“That’s mean you are my
husband!,” ujar Zara sayu, airmatanya mengalir perlahan tanpa dia sedar.
Mungkinkah kehilangan yang di rasakan itu adalah Nik? Ya Allah. Jika benar,
terima kasih Allah kerana menemukan dia kembali pada insan yang dicintai.
Walaupun Zara tidak dapat mengingati kenangannya dengan Nik dahulu. Namun dia
tetap bersyukur kerana dapat bertemu dengan suaminya semula.
bersambung....
No comments:
Post a Comment