Thursday, 23 June 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 48



 
 
 
 

FIRDAUS memandang wajah Zara lalu memandang wajah Nik semula. Dia benar-benar tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Benar kata Nik. Wajah Zara saling tidak tumpah seperti anak saudaranya Natalia.

 
 
 
Nik menghubunginya siang tadi mengatakan dia mahu menemukan teman yang baru di kenali kepadanya dan Firdaus meminta Nik membawa temannya itu ke rumahnya untuk minum petang.

 
 
 
I’m sorry for staring, you look exactly like my niece!,” ujar Firdaus lalu duduk di sofa hadapan Zara. Hampir sahaja dia tidak percaya yang wanita itu bukan Lia kerana penampilannya sama sekali seperti Lia.

 
 
 
 
Tadinya pembantu rumahnya Maria menangis memberitahunya wanita yang di temani Nik, kelihatan saling tidak tumpah seperti Lia. Dan dia terpaksa memujuk pembantu rumahnya supaya jangan bersedih kerana dia tidak menyangka sama sekali teman Nik itu betul-betul kelihatan seperti Lia.

 
 
 
 
“Zara, ini Firdaus my wife’s uncle!,” ujar Nik kepada Zara bila pak usunya kelihatan terperanjat sehingga dia tidak sempat memperkenalkan dirinya kepada Zara Lia.

 
 
 
 
“Maaf Zara for being rude earlier, I’m just speechless when I see you!,” ujar Firdaus lalu memandang wajah Zara.

 
 
 
 
It’s ok, you are not the first!,” jawab Zara lalu membuahkan senyuman kepada pakcik Nik. Waktu pertama kali Nik bertemu dengan dia dahulu. Nik berperangai pelik dan asyik memandang wajahnya sehingga dia menyangka Nik tidak sihat.

 
 
 
 
Nik tersenyum manakala Firdaus ketawa kecil bila Zara berkata demikian.

 
 
 
 
How can it be possible?,” jawab Firdaus dengan wajah tidak percaya. Selama dia tinggal di Rome. Dia tidak pernah bertemu dengan Zara sebelum ini.

 
 
 
 
Zara hanya tersenyum bila Firdaus berkata demikian kerana dia sendiri tidak ada jawapannya. Semua ini kuasa Allah. Menurut Nik, pak usu Lia menetap di Rome. Dan selama ini, dia tidak pernah bertemu dengan pak usu Lia. Dan Nik yang bercuti di Rome dapat bertemu dengannya. Ini dinamakan takdir. Jika takdir tidak mahu menemukan mereka. Waimah mereka tinggal di negeri yang sama. Mereka tidak akan bertemu.

 
 
 
 
Zara mengalihkan pandangan kearah photo-photo frame yang tersusun cantik di meja sisi ruang tamu rumah uncle Firdaus. Dia mengerutkan dahinya perlahan bila terpandang akan wajah familiar di salah satu photo yang terdapat di frame tersebut.

 
 
 
 
Zara bangkit dari sofa lalu menuju kearah meja sisi. Frame yang terdapat gambar familiar itu diangkat lalu dia berjalan menuju kearah uncle Firdaus kerana ingin tahu siapa orang itu.

 
 
 
 
“Siapa orang ini uncle?,” tanya Zara lalu menunjukkan jarinya kepada wajah yang terdapat di photo tersebut.

 
 
 
 
That’s my late brother-in-law! Lia’s father,” jawab Firdaus lalu memandang wajah Zara bila wanita itu bertanya padanya siapa lelaki  yang terdapat di dalam frame gambar itu.

 
 
 
“Lia’s father!,” bisik Zara perlahan. Wajah lelaki itu sering kali bermain di fikirannya. Namun dia tidak tahu siapa lelaki itu dan tidak tahu akan namanya. Kenapa wajah itu sering terbayang di ruang matanya. Tapi setelah di lihat gambar yang terdapat di photo frame itu, wajah lelaki yang sering bermain di fikirannya tiba-tiba menjelma. Dan menurut Firdaus lelaki itu adalah ayah Lia? Adakah ini kebetulan?

 
 
 
“Ya..Dato Nasrun Nazri!..kenapa Zara?,” tanya Firdaus bila wanita itu ingin tahu siapa lelaki yang berada di dalam gambar tersebut.

 
 
 
 
Nothing..,” jawab Zara tanpa memberitahu Firdaus apa yang berada di fikirannya. Zara tidak dapat mengaitkan lelaki itu dengan dirinya kerana dia tidak pernah bertemu dengan lelaki itu, hanya wajahnya sahaja seringkali terbayang di ruang matanya. Adakah dia benar-benar Natalia? Jika bukan kenapa dia seringkali melihat wajah lelaki itu?

 
 
 
 
Zara menoleh kearah Nik. Lelaki itu duduk memandang wajahnya. Jika benar dia Lia! Ini bermakna Nik adalah suaminya? Zara menjadi tidak keruan sendiri lalu duduk di sofanya semula. Bukan dia tidak suka dengan kenyataan Nik itu suaminya. Dia senang sekali bila mendapat tahu identitynya semula. Hanya dia perlukan masa untuk memproses semua ini kerana ingatannya yang dahulu benar-benar hilang dan dia perlukan masa untuk menerimanya.  

 
 
 
 
Zara masih belum sempat menceritakan kepada Nik tentang mimipinya. Walaupun ianya hanya mimpi dan mimpi hanyalah mainan tidur, namun Zara merasakan ianya seolah-olah benar dan pernah berlaku ke atas dirinya. Dia terasa bahagia bersama dengan Nik.

 
 
 
 
Zara memandang keadaan sekeliling rumah Uncle Firdaus. Serasanya rumah ini pernah didiami dahulu. Walaupun ingatannya hanya samar-samar namun dia mula menyedari sesuatu familiar tentang keadaan ruang tamu Uncle Firdaus.

 
 
 
 
“Kenapa Lia?,” tegur Nik lagi bila wanita itu tiba-tiba mendiamkan diri dan merasa tidak selesa tiba-tiba.

 
 
 
 
“Rumah ni! It looks familiar as if I ever been here before,” jawab Zara lalu menoleh memandang wajah Nik.

 
 
 
 
Can you tell us anything familiar in this room?,” ujar Firdaus lalu memandang wajah Zara. Dia turut merasa teruja bila Zara mengatakan dia pernah ke rumahnya.

 
 
 
 
Zara bangkit dari kerusi lalu menuju kearah meja sisi yang terdapat di sebelah kerusi tempat Firdaus duduki. Dia merasakan ada sesuatu yang tiada di situ.

 
 
 
Russian dolls???,” jawab Zara ringkas lalu menyentuh meja itu kerana tiada terdapat Russian dolls lagi di situ seperti yang dia ingat.

 
 
 
 
Russian dolls?,” ujar Firdaus lalu mengerutkan dahinya. Dia tidak pernah ambil perhatian akan barang perhiasan di dalam rumah ini kerana dia tidak mengambil berat. Pembantunya yang selalu menghias rumah. Firdaus bangkit dari kerusi lalu menuju ke ruang bawah mencari pembantunya Maria.

 
 
 
Sorry Nik, I knew you might think I’ve make it up or con artist!,” ujar Zara lalu duduk di sofanya kembali. Dia tidak mahu Nik menyangka bahawa dia hanya berpura-pura. Dia tidak berpura-pura kerana sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah ini. Ingatannya mula kembali satu persatu. Walaupun ianya tidak begitu jelas dan nyata but at least it’s helping her to fix the puzzle.

 
 
 
Con artist???,” ujar Nik lalu tetawa kecil.

 
 
 
“Kenapa you ketawa Nik? You tak pernah terfikir jika I’m not what you think? You tak takut? What if I’m a con artist? Serial killer or something?,” ujar Zara lalu tersenyum. Dia tidak tahu kenapa dia merasa alive bila berada di dalam rumah ini. Seolah-olah everything falls into place.

 
 
 
Nik tidak menjawab malah dia tersenyum bila melihat Zara full of energy! Seperti Natalia yang dia kenali. Isterinya itu seorang wanita yang full of energy.

 
 
 
“Not at all dear! You are making progress!,” jawab Nik merasa gembira bila Zara mula mengingati sesuatu.

 
 
 
 
Firdaus kembali bersama pembantu rumahnya Maria.

 
 
 
 
Si fa a mettere tutte le bambole russe qui prima Maria?” (Do you put any Russian Dolls here before Maria?) tanya Firdaus kepada pembantu rumahnya.

 
 
 
 
Ah sì! Non hai mai notato nulla prima. Come fai a sapere signore?” (Ah yes! You never noticed anything before. How do you know Sir?) jawab Maria lalu menoleh memandang wajah majikannya.

 
 
 
Selama dia bekerja dengan Signore Firdaus belum pernah lelaki itu perasan apa-apa yang dihias di rumahnya sebelum ini. Hanya anak saudaranya Lia sahaja yang selalu bermain dengan Russian Dolls kerana Lia mengatakan Russian Dolls cute. Lia akan mengeluarkan anak patung itu satu persatu lalu menyusunnya cantik di atas meja sisi itu dan dia pula akan memasukkan patung itu kembali semula bila Lia sudah menyusunnya.

 
 
 
Maria tersenyum sendiri bila mengingati perangai keanak-anakan Lia. Adanya Lia tinggal di dalam rumah ini, tidaklah mereka merasa sunyi kerana Lia seorang wanita yang ceria dan nakal. Tapi setelah Lia tidak ada, Maria menyimpan Russian Dolls itu di dalam bilik Lia kerana dia tidak mahu Russian Dolls itu mengingatkan dia pada Lia kerana dia rindukan Lia.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment