Tuesday, 7 June 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 40









NIK di sambut mesra oleh Maria pembantu rumah Pak Usunya. Nik mengikut pembantu rumah pak usunya Maria ke dapur menemaninya menyediakan minuman kepadanya, sementara menunggu Pak Usunya keluar dari bilik.




Maria banyak bertanya tentang dirinya. Maria senang dan suka pada Nik kerana Nik seorang anak muda yang baik. Dia masih ingat lagi pertemuannya dengan Nik dahulu. Nik yang menghantar anak saudara tuannya pulang ke rumah.




Dia juga dapat merasakan bahawa Nik akan menjadi suami anak saudara tuannya bila melihat keserasian mereka berdua. Dan dialah orang yang pertama mengucapkan tahniah kepada Lia, bila Lia mengatakan dia telah jatuh cinta pada Nik dahulu. Maria rapat dengan Lia semasa Lia tinggal bersama dengan pakciknya dahulu. Lia selalu menceritakan kepadanya tentang Nik dari mereka bersekolah sehinggalah sekarang. Maria mengatakan Lia bertuah mendapat suami seperti Nik.




Maria turut berduka cita dan bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga tuannya terutama sekali Nik.




So che venite oggi torta di pecan così ho fatto per te!,” (I know you are coming today so I've made pecan pie for you!) ujar Maria dengan wajah ceria. Dia di beritahu tuannya semalam bahawa Nik akan datang kemari. Awal pagi lagi dia sudah membuat pie untuk Nik.




Grazie Maria!,” (Thanks, Maria!) jawab Nik lalu duduk di sofa.




Maria meletak teh yang di sediakan berserta pie di atas meja. Dia beredar menuju ke arah dapur semula. Tinggalah Nik duduk sendirian di ruang tamu menunggu pak usunya.




“Assalamualaikum Nik!,” ujar Firdaus.




“Waalaikumsalam!,” jawab Nik lalu menoleh kearah tangga. Dia bangkit dari kerusi lalu bersalaman dengan pak usunya. Firdaus memeluk Nik erat kerana rindu padanya. Lama dia tidak bertemu dengan Nik.




Dia bertemu dengan Nik setahun yang lalu ketika Nik berada di Rome. Dia jarang pulang ke Malaysia. Nik tetap anak saudaranya walaupun Lia tiada lagi, mereka masih berhubung rapat.




Hubungan Nik dengan kakaknya masih seperti dahulu. Nik rajin ke rumah kakaknya bila dia berpeluang berbuat demikian dan kakaknya menganggap Nik seperti anaknya sendiri. Malah kakaknya menasihati Nik supaya bernikah lagi dan jangan bersendirian terlalu lama. Dia tahu Nik masih cinta dan sayangkan anaknya namun Nik harus sedar Lia tidak akan kembali lagi.




How are you Pak Usu? Good?,” ujar Nik sebaik sahaja pelukan mereka lerai.




Alhamdullilah! I’m good! And you Nik? You look so much better now! Hubungan you dengan Dania macamana?,” tanya Firdaus lalu duduk di sofa. Dia tahu Nik mempunyai teman baru Dania. Kakaknya akan memberinya berita dan memberitahunya tentang perkembangan Nik dari masa ke semasa.




Dia merasa bersyukur mendengar berita baik dari kakaknya. Mereka semua risaukan Nik. Nik tidak dapat menerima kematian Lia dengan baik 3 tahun yang lalu. Nik mengalami kemurungan yang agak teruk, personality Nik turut berubah. Nik menjadi seorang lelaki yang pendiam dan suka menyendiri.




“Alhamdullilah! Dania? It’s too early to say, our relationship are still new,” jawab Nik lalu tersenyum.




Dia tahu pasti pak usunya mendapat berita tentang hubungannya dengan Dania dari ibu mertuanya. Ibunya dan ibu mertuanya berpakat mahu menjodohkan mereka berdua, kerana mereka merasakan Nik padan dengan Dania. Mereka tahu Dania suka pada Nik dahulu. Dan mereka juga restu hubungan Nik dengan Dania. Hanya Nik tidak mahu terburu-buru kerana hubungannya dengan Dania masih baru. Dan Nik belum ada perasaan cinta pada Dania.




Good to hear that you have moved on Nik! Kami semua mendoakan kesejahteraan Nik, Lia will always in our heart and in our doas Nik,” ujar Firdaus lalu tersenyum. Dia mahu Nik menjalani hidup seperti biasa. Dia tahu pada awalnya memang sukar bagi mereka semua, kerana Lia adalah sweetheart dalam family mereka. Kehilangan Lia dalam kehidupan mereka memberi impak yang besar.




Nik hanya tersenyum mendengar pak usunya berkata demikian. Dia tahu semua risaukan tentang dirinya. Nik merasa bersalah membuatkan mereka merasa begitu. Mereka tidak perlu risau lagi kerana dia sudah dapat menerima kenyataan dan redha dengan ketentuaan Allah.




You look worried?? Kenapa Nik? Something bordering your mind?,” tanya Firdaus bila Nik kelihatan seperti sedang berfikir ketika dia berkata demikian. Apa yang menganggu fikiran Nik?




I’ve met someone!,” ujar Nik memandang wajah Pak Usunya. Dia berfikir sendiri haruskah dia memberitahu pak usunya tentang Zara! Memberitahunya bahawa ada seorang wanita yang kelihatan pelanduk dua serupa seperti anak saudaranya yang telah tiada.




Someone! That’s good!,” ujar Firdaus dengan wajah excited.




Good?,” tanya Nik kembali bila pak usunya kelihatan excited sebaik sahaja dia mengatakan bahawa dia bertemu dengan seseorang.




“Eh baguslah? Dulu susah hendak mencari penganti Lia. Sekarang bertemu dengan seorang wanita lagi? Tak bagus bunyinya! Apa yang membuatkan Nik risau! Lelaki boleh ada isteri 4 orang!,” jawab Firdaus lalu tersenyum bila Nik terperanjat bila dia mengatakan bagus tadi. Lelaki boleh buka 4 cawangan. Ini baru 2.




Nik tersenyum bila pak usunya mengusik dirinya. Cawangan? Hendak bernikah lagi pun susah baginya inikan pula hendak beristeri 2?




“Kenapa? Tak betul apa pak usu cakap?,” ujar Firdaus bila Nik hanya tersenyum sahaja bila dia mengusiknya.




She just someone I’ve met yesterday. We have a chat! Nothing serious!,” ujar Nik tersenyum mengingati pertemuan mereka semalam. Wajah cantik Zara bermain di ruang matanya.




She’s Roman? That’s even better!,” jawab Firdaus bila Nik mengatakan dia bertemu dengan seseorang itu di Rome. Ini bermakna Nik bertemu dengan wanita yang berbangsa Italy, Firdaus tersenyum lagi lalu menyandarkan badannya. 




She’s not!,” jawab Nik mematikan andaian pak usunya bahawa dia berkenalan dengan seorang wanita berdarah italian.




She’s Not? She’s malay?,” tanya Firdaus dengan wajah ingin tahu.




She is!,” jawab Nik ringkas tanpa mengulas panjang kerana dia tidak pasti samada dia harus memberitahu pak usunya tentang wanita itu.




Ok, so what’s the issue Nik? Is she’s married?? A Divorcee? Or a widow?,” tanya Firdaus dengan wajah keliru bila Nik bermain teka teki dengannya dan tidak mahu berterus terang padanya. Apa yang membuatkan Nik keberatan mahu memberitahunya?




No..the thing is she looks exactly like Lia,” ujar Nik memandang wajah pak usunya ingin melihat reaksi wajahnya bila dia memberitahu bagaimana rupa wanita yang baru di kenali itu.




Firdaus memandang wajah Nik tanpa berkedip bila Nik berkata demikian.




You can’t be serious! She looks like Lia??? Are you sure there’s someone else who looks like Lia here in Rome? That’s impossible!,” ujar Firdaus tidak percaya bahawa ada seorang wanita melayu di Rome yang kelihatan serupa anak saudaranya Lia. Kenyataan Nik sukar untuk dia percayai? Baru dia mengerti mengapa Nik kelihatan bimbang tadi.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment