NIK melipat
sejadah. Dia menanggalkan songkoknya lalu di letakkan di atas sejadah. Nik
bangun lalu berdiri di tingkap. Dia melemparkan pandangan ke arah luar jendela. Fikirannya menerawang jauh. Pertemuannya
dengan Zara siang tadi memberinya sinaran baru dalam hidupnya. Hatinya kini
merasa tenang setelah sekian lama dia tidak merasakannya.
Sungguhpun dia tidak dapat meramal apa yang akan dia perolehi dari
hubungan dia dengan Zara. Apa yang pasti, pertemuannya dengan Zara seakan
memberinya suatu harapan. Mungkin Zara penganti Lia untuknya. Dia sendiri tidak
tahu.
Semasa Zara tidak sengaja menyentuh tangannya ketika dia membuat
bayaran. Dia dapat melihat wajah Zara kelihatan terperanjat seolah-olah dia
merasakan sesuatu. Nik turut dapat merasakan namun dia tidak mahu membuat
andaian apa-apa.
Jika benar Zara itu
isterinya Lia. Apa yang telah berlaku ke atas diri Lia? Kenapa Lia tidak
kembali ke pangkuannya semula? Dia mencari Lia di serata Rome. Dia membuat report di balai polis Rome dan Di Ministry of Foreign Affairs, Embassy of
Malaysia, Bucharest. Semua mengatakan tiada wanita yang bernama Natalia
Binte Ariffin yang mereka temui atau melaporkan diri.
Hampir 3 tahun Nik cuba menjejaki Lia. Semua Nik lakukan sendiri
tanpa pengetahuan keluarganya kerana naluri hatinya mengatakan bahawa isterinya
masih hidup.
Malah Nik meminta bantuan dari teman baiknya Dante untuk mencari
Lia kerana Nik tidak berada di Rome. Nik tidak pernah berhenti mencari Lia
sehinggalah hari ini, dia berhenti berharap dan redha dengan ketentuaan Allah. Nik
mula sedar jika Lia bukan miliknya, walau seribu tahun dia mencari, Lia tidak
akan kembali kepadanya.
Lawatannya ke Trevi Fountain siang tadi adalah untuk kali terakhir
buatnya, dia mahu meninggalkan kenangannya bersama Lia disitu. It’s a Closure. Walaupun berat untuk dia
berbuat demikian kerana Nik masih cintakan Lia dan cintanya masih mendalam, Nik
sedar dia harus kuatkan diri.
Lia akan tetap dikenang dan sentiasa didalam doanya. Nik merasakan
sudah tiba masanya untuk dia teruskan kehidupannya tanpa Lia di sisi dan
menerima kenyataan Lia tidak akan kembali. Nik tidak pernah putus berdoa ke
hadrat illahi agar Allah permudahkan urusannya. Jika jodohnya masih ada, jodoh
pasti bertemu, dia tidak akan mencari Lia lagi dan dia serahkan nasibnya pada
takdir.
Dan pertemuan yang tidak
disangka dengan wanita yang kelihatan seperti Lia tadi adakah tanda dia akan
bersama dengan Lia semula? Walaupun dia tidak pasti wanita itu adalah Lia dan
Nik pula tidak mahu terlalu berharap kerana dia tidak mahu merasa kecewa jika
wanita itu bukan isterinya dan wanita itu hanya pelanduk 2 serupa. Seperti apa
yang selalu dia doakan. Jika ada jodohnya, dia pasti bertemu dengan Lia semula.
Nik berjalan menuju
kearah meja lalu mencapai handphonenya.
Dia menghantar pesanan ringkas kepada Dante, dia berjanji akan bertemu dengan
Dante setiap kali dia ke Rome sudah lama dia tidak mendengar perkhabaran berita
Dante. Kali terakhir mereka berbalas email. Dante mengatakan dia mahu berkahwin
dan mahu Nik menjadi salah seorang groomsmennya.
Welcome Back my friend! See you tomorrow! balas Dante.
Nik meletak handphonenya di meja sisi lalu berbaring
di atas katil dia mengiring badannya ke kiri.
“Thanks sayang! I know it’s
hard, but you have to moved on sayang! This
will be the last time you see me! Take care sayang and I will always love you!,” ujar Lia lembut lalu membuahkan
senyuman kepada Nik. Tangannya membelai wajah Nik perlahan.
Nik hanya diam memandang
wajah Lia yang sentiasa hidup di dalam halusinasinya setiap kali dia rindukan
isterinya. Seakan-akan Lia masih ada dan selalu menemaninya. Dan Nik merasakan
sudah tiba masanya dia hentikan kebiasaannya kerana dia mahu meneruskan hidup
tanpa bayang-bayang Lia.
“I will always Love you Natalia!,” jawab Nik perlahan lalu meletak
tangannya di katil yang kosong. Lia tiada lagi di situ.
24 January 2014, Ninfea Medical, Hospital
Dr. Haider datang
menghampiri katil wanita yang baru sedar, setelah hampir 3 bulan wanita itu
berada di dalam keadaan koma. Wanita itu kelihatan termenung memandang kearah
tingkap. Dia tahu wanita itu dalam keadaan keliru dan bingung kerana dia tidak tahu apa yang telah berlaku
ke atas dirinya. Tiada siapa yang datang mengunjungi wanita itu kerana mereka
tidak dapat menghubungi waris wanita itu.
“Hello! How are you today Signora? Have you eaten?,” tegur Haider perlahan.
Wanita itu menoleh
memandang wajah lelaki yang menegurnya lalu mengelengkan kepala perlahan kerana
dia tidak lalu makan. Dia tidak dapat mengingati apa-apa mengenai dirinya.
Semua orang yang berada di sekelilingnya terlalu asing di matanya. Dia tidak
kenal pada semua orang yang berada di hospital. Tiada wajah-wajah biasa yang
dia lihat.
“You must eat! How are you going to get well if there’s no nutrition in
your body?,” ujar Haider dengan nada memujuk. Semalam dia tidak menganggu
wanita itu kerana dia memberi wanita itu masa untuk berehat setelah dia sedar
dari koma.
“I just want to know what happened to me?,” ujarnya lalu memandang
wajah lelaki itu. Dia enggan berbual dengan sesiapa melainkan lelaki yang
pertama dia lihat ketika dia sedar.
Haider meletak clipboard wanita itu di tempatnya semula,
lalu mencapai kerusi yang ada berdekatan. Dia tempatkan kerusi itu di sebelah
katil wanita itu lalu duduk.
“Do you remember anything about the accident?,” tanya Haider lalu
memandang wajah wanita itu.
“I don’t remember anything! I can’t even remember my name?, Aku tak
tahu siapa diri aku!,” ujar wanita itu dengan wajah kecewa. Airmatanya mengalir
laju.
Dia tidak mengerti mengapa dia tidak dapat mengingati apa-apa dan
dia tidak tahu kenapa dia terlantar di hospital. Semalam lelaki itu mengatakan
dia terlibat dengan kemalangan maka dia berada di sini. Jika benar dia
kemalangan. Dia kemalangan di mana dan dia terlibat dengan kemalangan apa? Dia
tidak mempunyai keluarga? Kenapa tiada seorang pun yang datang mencarinya?
Lelaki itu hanya
mendiamkan diri, bila wanita itu dalam keadaan emosi kerana dia tidak dapat
mengingati apa-apa. Dia bersimpati pada pesakit wanita itu. Dia tahu wanita itu
akan merasa begitu bila dia sedar dari koma, kerana dia telah mendapat report bahawa wanita itu cedera di
kepala.
Dan dia telah berkerjasama dengan doctor pakar neurologist yang merawat wanita itu
kerana kecederaan yang terdapat di kepala wanita itu. Doktor yang merawatnyanya
mengatakan dari scan yang telah di buat ke atas otaknya wanita itu mengalami amnesia dan dia sedia maklum akan
situasi wanita itu.
“Zara!,” ujar Haider
lalu memandang wajah wanita itu.
Wanita itu menoleh
memandang wajah lelaki itu bila dia menyebut nama Zara.
“It’s that my name??,” tanya wanita itu.
“No! But Zara suits you! Zara Lia!,” ujarnya lalu tersenyum.
Dia suka nama Zara. Nama itu dia dapat dari seorang pesakit yang
pernah di rawatnya dahulu. Zara seorang wanita yang cantik dan seorang wanita
yang mempunyai semangat yang kuat.
Sungguhpun dia menghidap kanser, Zara tidak pernah berputus asa
untuk meneruskan sisa kehidupannya. Dia berikan nama itu kepada pesakitnya
kerana dia mahu wanita itu menjadi seperti Zara yang dikenali seorang wanita
yang tabah. Dan Lia pula adalah nama anak saudaranya.
Wanita itu berbaring di katilnya lalu melelapkan matanya semula
kerana kepalanya terasa sakit bila dia terlalu memikirkan tentang dirinya. Dia
mahu jika dia buka mata semua mimpi ngeri akan pergi dan dia dapat mengingati
siapa dirinya.
No comments:
Post a Comment