Venice, 18 December, 2012
SETELAH
menjamu selera dan menaiki gondola. Nik dan Lia menaiki boat taxi menuju kearah Santa Lucia Station untuk kembali ke Rome.
Sementara menunggu Nik mendapatkan ticket keretapi. Lia berjalan-jalan di
sekitar station Santa Lucia. Menurut
Nik mereka akan menaiki keretapi berangkat jam 5.25pm dari Venezia Santa Lucia
to Roma Termini.
Lia merasakan percutiannya di Venice kali ini amat bermakna sekali
kerana dia bercuti dengan suami yang tercinta dan bukan bercuti seorang.
Selepas mereka bernikah dan setelah Nik menguruskan pekerjaannya di Malaysia
mereka kembali ke Rome dan berbulan madu di Venice.
Lia merasakan hidupnya lengkap dan bahagia dengan kehadiran Nik.
Nik seorang suami yang penyayang dan juga seorang lelaki yang cool spontan kerana Nik telah mengenakan
dia tadi.
Dia tidak menyangka Nik sanggup mengupah orang untuk
mengenakannya. Dahulu Lia selalu mengenakan Nik. Baru dia tahu akan perasaan
Nik bila dia selalu membuatkan lelaki itu cemas dengan perbuatan nakalnya.
Mereka berada di stesyen keretapi awal. Nik meminta Lia
menunggunya di bangku sementara dia ke kedai membeli sesuatu.
Mereka masih punya masa untuk menikmati gelato sebelum menaiki train
mereka. Lia teringin sekali mencuba gelato yang terdapat di kedai Gelateria
Venezia. Menurut unclenya Gelato di
kedai tersebut sedap.
Lia menanggalkan cincin dari jari manisnya kerana jarinya mula terasa
kebas, disebabkan cuaca yang sejuk. Dia menyimpan cincin itu ke dalam poket
jaketnya dan bercadang akan memakainya semula bila dia berada di dalam
keretapi.
“Dah tahu musim sejuk kat Venice tak nak beli winter jaket! Inilah kalau cakap dengan orang degil! Sekarang baru
rasa sejuk!,” marah seseorang.
Lia menoleh kearah wanita melayu yang memarahi anak perempuannya.
Lia melemparkan senyuman kepada wanita dan anak perempuannya yang duduk di
sebelah bangku di mana Lia sedang duduk seorang menunggu Nik.
“Tak bawak winter jaket?
Venice tengah musim sejuk ni?,” ujar Lia ramah lalu membuahkan senyuman.
“Cik dah cakap..budak ni degil tak hendak dengar. Ah sekarang dah
mengokol sendiri!,” ujar wanita itu lalu menjeling kearah anaknya.
“Mak ni semua orang hendak beritahu!,” jawab anaknya menarik wajah
masam bila ibunya mengadu pada orang yang tidak di kenali.
“Yelah degil tak nak dengar kata!,” marahnya lagi.
Lia tersenyum lalu membuka jaketnya.
“Nah ambik jaket ni! Pakai nanti sakit pula adik dah tak dapat nak
enjoy holiday!,” ujar Lia lalu
menyerahkan jaketnya kepada budak perempuan itu. Saiz badan mereka nampak sama.
Malah rambut dan bentuk badan mereka juga hampir sama. Kebetulan pula budak itu
memakai dress pink. Sama sepertinya.
“Eh habis untuk adik macamana?,” ujar wanita itu bila wanita yang
tidak di kenali itu memberikan jaketnya kepada anaknya yang kesejukkan.
“Ah..tak apa jangan risau, saya dah biasa,” jawab Lia lalu
tersenyum.
“Betul ni? Terima kasih ye dik! Cuba cakap terima kasih pada kakak
tu!,” ujarnya lalu menoleh memandang anaknya.
“Thanks kak! Cantik
jaket ni!,” ujarnya tersenyum lalu mengenakan jaket yang di beri ke atas
badannya. Jaket yang di beri kakak yang tidak dia tahu namanya itu kelihatan
cantik sekali.
Seperti yang Lia jangkakan saiz badan mereka sama dan baju itu
terletak cantik di badannya.
“Sama-sama!,” jawab Lia lalu tersenyum. Jaket itu diberi Eryan
kepadanya dahulu. Ada lebih baik dia berikan kepada budak perempuan itu kerana
dia tidak mahu menyimpan apa-apa barang pemberian dari Eryan lagi.
“Adik nak kemana? Seorang sahaja ke?,” tanya wanita itu ramah.
“Saya dan suami hendak ke Rome!,” jawab Lia lalu tersenyum.
“Oh nak ke Rome! Adik on
Honeymoon ya?,” ujarnya lalu
tersenyum bila dilihat wanita itu aura seperti orang baru berumahtangga dan ke
sini untuk berbulan madu.
“Ya saya,” jawab Lia tersenyum lagi.
“Selamat berhoneymoon ya!
Terima kasih sekali lagi jaketnya!,” ujarnya bila mendapati keretapinya sudah
mahu beredar.
“Enjoy your holiday!,”
ujar Lia lalu membuahkan senyuman kepada mereka.
Lia mahu menyeluk tangannya kedalam kocek cuba mencari sesuatu bila
dia mula sedar dia tidak memakai jaket.
“Oh my god!,” ujar Lia
terperanjat bila dia menyedari cincin pernikahannya berada di dalam salah satu
kocek jaket yang di beri kepada budak perempuan itu tadi.
Lia bangkit dari kerusi lalu mengejar mereka sebelum mereka
menaiki keretapi dan jika tidak, Lia tidak akan dapat cincinnya kembali.
Tiba-tiba tercetus letupan yang kuat dari keretapi yang mereka
cuba naiki. Terdengar jeritan dan laungan orang-orang yang tercedera meminta
tolong.
Kebakaran mula merebak dengan cepat dan Lia tercampak tidak jauh
dari tempat letupan itu dan dia diantara mangsa yang tercedera dan terkorban di
dalam kejadian letupan di Santa Lucia Station.
27 December 2012,
Di Ospedale Civile, Hospital
FIRDAUS,
Nik Farhan dan isterinya berada di katil Nik yang terbaring lesu selama hampir
seminggu setelah kejadian letupan yang berlaku di Station keretapi Santa Lucia.
Mendapat berita kemalangan dari pakcik Lia, Firdaus. Nik Farhan
dan isterinya mengambil flight yang
pertama untuk ke Rome untuk melihat keadaan anak dan menantunya. Mereka berdua merasa
risau dan rungsing. Namun mereka tidak putus berdoa agar kedua-dua mereka
berada di dalam keadaan selamat dan tidak membahayakan.
Setibanya di hospital mereka menerima berita bahawa keadaan Nik
stabil namun dia masih tidak sedarkan diri. Manakala menantunya Lia tidak dapat
di selamatkan. Allah lebih menyayangi menantunya. Lia meninggal di tempat
kejadian akibat impak letupan yang kuat kerana dia berada begitu dekat dengan
keretapi yang meletup itu.
Manakala Nik berada agak jauh dari tempat kejadian namun dia turut
terkena impaknya dan turut tercedera sama.
Mereka mendapat panggilan telefon dari pihak hospital memberitahu
mereka bahawa Nik sudah sedar dari koma. Mereka semua bergegas ke hospital
setelah mendapat berita dari pihak hospital. Setibanya mereka di katil Nik. Nik
sedang tidur. Dan mereka tidak mahu menganggu Nik sehingga Nik sedar sendiri.
Mereka hanya khuatir jika Nik tidak dapat menerima berita yang
mereka mahu sampaikan kepada Nik bahawa Lia tiada lagi di dunia ini. Mereka
telah selamat mengebumikan jenazah Lia seminggu yang lalu selepas pihak
hospital membenarkan jenazahnya di bawa pulang ke Malaysia dan di kebumikan di sana.
Mereka hanya menerima jaket yang rosak dan cincin Lia dari pihak
hospital kerana itu sahaja peninggalan arwah Lia dan apa yang dapat di
selamatkan semasa kemalangan.
Nik terjaga dari tidur lalu terbatuk-batuk. Dadanya terasa sakit
seolah-olah ada seketul batu menghempap dadanya. Dia membuka matanya perlahan
lalu terpandang wajah Ibu dan ayahnya berserta uncle Firdaus berada berdekatan
dengan katilnya. Mereka menghampiri katil Nik bila dia sudah sedar.
“Ibu..,” ujar Nik lemah kerana masih terasa sakit di dadanya
akibat kecederaan yang dia perolehi semasa letupan kelmarin.
“Alhamdullilah syukur!!!, Nik selamat,” ujar Faezah mencium Nik
lalu mendakap badan anaknya erat kerana merasa bersyukur dan gembira anaknya
terselamat dari kecelakaan.
“Ibu.., Lia mana ibu?,” tanya Nik lalu memandang wajah ibunya yang
didalam kesedihan kerana wajah ibunya basah dengan linangan air mata yang tidak
putus keluar dari kolam matanya.
Faezah segera menuju kearah suaminya bila Nik bertanya tentang
Lia. Dia tidak sanggup hendak memberi tahu Nik tentang Lia. Dia serahkan tugas
itu kepada suaminya kerana dia tidak mampu menyampaikan berita menyedihkan itu
kepada anaknya.
“Ayah? Pak Usu? Lia mana?,” ujar Nik lalu memandang wajah ayahnya
dan Pak Usunya silih berganti. Nik menyentuh dadanya perlahan cuba menahan
sakit.
“Lia dah tak Nik, Lia dah tinggalkan kita,” ujar Firdaus perlahan
cuba menahan sebak dan sedih.
“Lia tak ada? Tak mungkin, Pak Usu bohong??? Ibu cakap pada Nik!
Lia mana? Tolong jangan bohong Nik, Ibu! Beritahu Nik, Lia dimana????,” ujar
Nik menarik tangan ibunya matanya merah kerana menahan tangis.
“Lia tidak ada lagi Nik! Allah lebih menyayanginya..,” ujar Nik
Farhan perlahan menahan rasa sebak. Sedih melihat keadaan Nik. Dia tahu anaknya
tidak dapat menerima berita kematian isterinya dengan baik dalam keadaannya
sebegini. Namun Nik harus di beritahu supaya dia sedar dan menerima bahawa
isterinya tidak ada lagi.
“Bohong!!!,” jerit Nik. Dia cuba bangkit dari katil. Tube dan wayar-wayar yang terdapat di
badan dan tangannya di cabut satu persatu agar mudah untuk dia mencari Lia.
“Nurse! Per favore aiuto!,” (Nurse! Please help!) ujar Firdaus bila Nik
kelihatan agressive. Mereka khuatir
sesuatu yang buruk akan berlaku sekiranya mereka tidak menghalang Nik.
Seketika kemudian
beberapa orang jururawat berkejar ke tempat Nik dan cuba mendamaikan Nik dengan
memberikannya suntikan. Nik terbaring lemah dan tidak berdaya sebaik sahaja
ubat itu berada di dalam sistem badannya.
Faezah menangis
tersedu-sedu di dalam dakapan suaminya. Dia sedih dan tidak sanggup melihat
keadaan Nik sebegitu.
bersambung....
No comments:
Post a Comment