23 January 2014, Ninfea Medica, Hospital
Labels
- Copyright Notice (1)
- Cuti-Cuti (4)
- Disclaimer (1)
- DIY (16)
- Jalan-jalan cari makan (13)
- Lights!! Camera!! Action!! (3)
- Novel Ku (15)
- Oh! Dessert (1)
- Romantika DeAmor (13)
- ShoPaHoLic (9)
- SigNoraPrue Diary (38)
Wednesday, 11 May 2016
Jodoh Pasti Bertemu - Part 36
Kedengaran bunyi mesin dan
titisan air dari tube mengalir ke
dalam saluran darahnya. Dia membuka matanya perlahan lalu menoleh ke arah
kanan, terdapat katil dan seorang wanita terbaring seperti dirinya. Dia di
mana? Dia ingin bangun namun badannya terasa lemah dan kepalanya terasa perit.
“She awake?,”
Dia menoleh
kearah suara itu. Seorang lelaki berbaju biru cair berlengan panjang datang
menghampirinya. Lelaki itu mengeluarkan medical
pocket light dari poketnya lalu di halakan kearah anak matanya pesakitnya.
Dia masih
tidak mampu berkata apa kerana merasa bingung dan tidak tahu apa yang telah
berlaku. Dan mengapa dia berada di tempat yang begitu asing.
“Signora can you hear my voice??,” tanya
lelaki itu lembut lalu memandang wajah pesakitnya kerana wanita itu hanya diam
sahaja sebaik dia sedar.
Dia dengar
lelaki itu bertanya padanya, namun bibirnya tidak mampu bergerak menjawab
pertanyaannya.
“If you can hear me, please response??,”
ujar lelaki itu lagi bila persakitnya tidak bergerak hanya sepasang matanya
sahaja memandang wajahnya tanpa berkedip.
Dia
mengerakkan jarinya perlahan menandakan dia dengar suara lelaki itu, tapi dia
tidak mampu berbicara kerana keadaannya masih lemah dan tidak bermaya sama
sekali. Sehingga hendak membuka mulut pun sukar baginya apatah lagi bahagian
lain di badannya.
Lelaki itu
memandang kearah jari wanita itu. Wanita itu mengerakkan jarinya perlahan.
“Good!,” ujarnya lalu tersenyum. Lelaki
itu menulis sesuatu di clipboard yang
terdapat di katilnya. Dia meletakkan eartip
stethoscopes di telinganya lalu memeriksa denyutan jantung pesakitnya.
Dia cuba
mengerakkan tangannya perlahan. Dia mahu tahu apa yang telah berlaku ke atas
dirinya dari lelaki itu. Dia menarik baju lelaki itu perlahan.
Lelaki itu
menoleh kearah pesakitnya bila terasa bajunya di tarik. Dia membuahkan senyuman
kepada pesakitnya. Dia merasa bersyukur pesakitnya itu telah sedar dari koma
setelah sebulan lamanya dia berkeadaan begitu.
Sekurang-kurangnya dia dapat
menghubungi waris wanita itu kerana tiada sebarang dokumen identity yang ditemui pada wanita itu. Dan pihak hospital tidak
dapat menghubungi keluarga wanita itu.
“You are in the hospital! I’m Dr. Lorenzo. We can chat more when you are
feeling better! But right now.., I need you to rest and the nurse will take
care of you,” ujar Dr. Haider lalu tersenyum. Dia tahu wanita itu merasa
keliru dan ingin tahu di mana dia berada.
Wanita itu terlibat dengan
kemalangan pengeboman di Santa Lucia Station sebulan yang lalu. Ramai mangsa
yang terkorban. Wanita itu bernasib baik kerana terselamat dari maut. Dan oleh
kerana terlalu ramai mangsa yang terlibat dalam kecelakaan itu, sebahagian dari
mereka yang tercedera di pindahkan ke hospital lain.
Pesakitnya menganggukkan
kepalanya perlahan. Airmatanya mengalir perlahan. Dia tidak tahu apa yang telah
berlaku ke atas dirinya sehingga dia berada di hospital kerana dia tidak dapat
mengingati apa-apa.
****
Haider
mengerutkan dahinya bila terpandang Zara sedang duduk berkhayal seorang diri di
luar. Dia tidak tahu Zara berada di luar sehingga dia pergi mencarinya di sini.
Apa yang di fikirkan wanita itu. Lama dia tidak lihat Zara bermenung sendirian.
“Something bordering you Zara?,” tegur
Haider lalu berdiri di sebelah Zara.
Zara
tersentak bila Haider menegurnya.
“Am I able to regain my lost memories
Haider?,” tanya Zara sebak tanpa menoleh memandang wajah Haider. Dia cuba
mengingati apa yang dia telah hilang namun sehingga kini dia tidak dapat
mengingati satu pun. Adakah dia akan kehilangan memorinya terus.
“Anything is possible Zara! Insha Allah!,”
jawab Haider perlahan. Sebagai seorang Dr. dia sendiri tidak dapat menjanjikan
apa-apa kepada Zara kerana Allah sahaja yang dapat membantu Zara.
“Tapi kenapa
sampai sekarang, I masih belum dapat
mengingati apa-apa?? Tiada satu pun perkara dalam hidup I, dapat I ingat selepas kemalangan itu Haider? Tiada satu pun?,”
ujar Zara dengan wajah kecewa lalu duduk di kerusi.
“Sabarlah
Zara,” pujuk Haider lalu menyentuh bahu Zara.
Dia tahu Zara bersedih dan kecewa
kerana dia tidak dapat mengenali siapa dirinya. Dan dia bersimpati dengan nasib
Zara. Dalam perkara ini, dia tidak mampu membantu Zara, hanya Zara yang dapat
membantu dirinya sendiri.
“I want to know who am I?? I want to know who is my family and what is
my name? Am I single or married??,” jawab Zara dengan linangan air matanya
kerana merasa kecewa.
Dia ingin tahu samada dia masih
mempunyai ibu dan ayah. Siapa namanya? Dan adakah dia sudah mempunyai suami dan
berkeluarga? Jika dia sudah bersuami siapakah suaminya? Pelbagai persoalan yang
berada di fikirannya. Dan persoalan itu tidak mampu di jawabnya kerana dia
tidak tahu.
“Mungkin ada hikmahnya kenapa you tak dapat mengingati siapa diri you Zara? You have to moved on, and why don’t you create a new memory with me? I
will always here for you Zara,” ujar Haider lalu memegang tangan Zara.
Dia suka pada Zara. Dan Zara juga
tahu bahawa dia suka padanya. Namun dia tidak mengerti mengapa Zara enggan
menerima cintanya. Seolah-olah hati Zara sudah dimiliki seseorang. Namun Zara
sendiri tidak pasti kerana dia tidak mengingati masa silamnya.
“I can’t moved on without knowing my past Haider! I’m sorry, I can’t
live with that, I will always try to find my memory back!,” jawab Zara lalu
menarik tangannya perlahan.
Di Ospedale
Civile, Hospital
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment