ZARA mengurut perlahan
lehernya yang terasa lengguh tadi. Dia membuka laci lalu mencapai botol
ubat-ubatannya. Dia mengeluarkan setiap satu pil dari botol-botol itu lalu di
masukkan ke dalam mulutnya. Dia mencapai air putih lalu meneguk perlahan.
Zara mematikan lampu sisi lalu baring mengiring ke kanan. Walaupun
badannya terasa penat namun matanya masih belum mengantuk lagi. Dia teringatkan
akan perbualannya dengan Haider siang tadi. Haider mengatakan dia sudah
menganggap Zara sebahagian dari ahli keluarganya dan Zara tidak perlu merasa
dirinya tersisir.
Zara beruntung kerana
Haider dan ibunya begitu baik terhadap dirinya. Mereka banyak membantu Zara dan
Zara tidak akan dapat melupakan jasa-jasa mereka.
Bagaimana baiknya
layanan Haider dan mamanya terhadap diri Zara, Zara tetap merasa hatinya sepi kosong
dan kehilangan. Dia tidak tahu siapa keluarganya dan siapa dirinya yang
sebenar. Dan Zara merasa hidupnya tidak lengkap kerana dia merasakan dia
kehilangan sesuatu yang besar dalam hidupnya.
Zara mengosok jari manisnya perlahan. Ia sudah menjadi kebiasaan Zara
bila dia merasa sedih, dia akan berbuat demikian. Dan setiap kali itu juga dia
cuba mengingati apakah cerita di sebalik parut kecil yang terdapat di jari
manisnya kerana Zara tidak tahu bagaimana jarinya terluka kerana kesan dari
luka itu membuatkan parut kecil itu kekal dijarinya.
Terlalu banyak perkara
yang Zara tidak dapat ingat dalam hidupnya. Sehinggakan namanya sendiri dia
tidak dapat mengingatinya walaupun dia cuba berkali-kali.
Haider mengatakan salah satu perkara yang dapat membantu Zara
memulihkan ingatannya, jika dia pergi ke tempat-tempat yang selalu dia kunjungi
dahulu. Dan juga sekiranya Zara melihat wajah-wajah yang familiar dalam hidupnya, ia dapat juga memulihkan ingatannya
semula.
Namun sehingga kini Zara tidak dapat mengingati apa-apa kerana
mungkin tempat dimana Zara berada, bukan tempat-tempat yang dia selalu kunjungi
dan tidak terdapat wajah-wajah familiar
yang dia kenali di sini, maka ia tidak dapat membantu memulihkan ingatannya
semula.
Setiap hari Zara tidak pernah jemu berdoa moga Allah memulihkan
ingatan semula agar dia dapat mengenali siapa dirinya yang sebenar dan selagi
dia tidak tahu, dan selagi itulah hatinya tidak akan merasa tenang.
18 December, 2012
“SAYANG if one day I tak ada, you cari perempuan lain sebagai penganti
I tak?,” tanya Lia lalu menoleh
memandang wajah Nik ketika mereka berjalan menuju kearah station keretapi.
“If you tak ada?? You pergi mana dear? Of course lah I cari you sampai dapat, tak kan I
nak cari perempuan lain pulak kan!,” ujar Nik lalu tersenyum. Dia sengaja
memberi jawapan sebegitu walaupun dia tahu bukan itu maksud pertanyaan Lia
tadi.
“You ni?? I’m serious ok!,” ujar Lia lalu menepuk
lengan Nik bila lelaki itu cuba bergurau dengannya.
“Oklah I’m serious, if you
tak ada? You tetap berada di hati I walaupun I bersama dengan perempuan lain,” jawab Nik tersenyum lagi lalu
memeluk Lia erat.
Lia memandang wajahnya tanpa berkedip tidak percaya dengan jawapan
yang di beri Nik. Is he serious?
“Eii jahat!!,” jawab Lia dengan wajah geram bila Nik memberinya
jawapan yang dia tidak suka dengar. Jika dia tidak ada lagi Nik akan berkahwin
lain? Sampai hati Nik!
“Lah kenapa pulak, I
jahat sayang? I beri jawapan yang
jujur tu! You nak I beri jawapan yang bagaimana?,” tanya
Nik bila Lia menunjukkan rasa tidak puas hati dengan jawapan yang di berikan.
“I thought you would say,
you akan sayang I sampai bila-bila! Ini nak kahwin lain pulak!,” jawab Lia dengan
wajah merajuk. Dia terasa hati bila Nik memberinya jawapan sebegitu. Nik tidak
benar-benar sayang padanya. Dia fikir Nik akan setia padanya dan tidak akan
bernikah lain.
Nik tersenyum melihat Lia merajuk dengannya. Sepertimana yang di
katakan, dia tidak pandai bermain dengan kata-kata. He is not a sweet talker. Menabur janji yang dia khuatir tidak
dapat ditepati.
Dia tahu jawapan yang di berikan, tidak akan menyenangkan hati Lia,
namun sejujurnya, jawapan itu yang terbaik yang dapat dia berikan kepada Lia.
Dia tidak dapat meramal apa yang akan terjadi di masa hadapan. Hanya Allah sahaja
yang tahu. Apa yang dia tahu ajal maut dan jodoh semua di tentukan Allah.
“Sayang…I akan sayang you sampai bila-bila kerana you adalah wanita pertama yang I benar-benar cinta dan menyayangi
setulus hati, even if I’m with someone
when you are not around, that person won’t get the same love as I love you, you
are my soulmate!,” terang Nik
lalu memandang wajah isterinya.
“This statement only applies
when I’m not around kan?,” tanya Lia lalu memandang wajah Nik.
Dia terpaksa menerima kenyataan Nik dengan hati yang terbuka
kerana dia tahu Nik tidak suka berjanji kerana khuatir dia tidak dapat menepati
janjinya.
“It only applies when you
are not around! Please talk about other things dear! We are on honeymoon, let’s
not spoilt it!,” ujar Nik dengan wajah serious.
Dia mula merasa tidak selesa bila Lia mengutarakan pertanyaan sebegitu.
Membuatkan hatinya merasa tidak senang tiba-tiba. Dia sendiri tidak tahu
bagaimana sekiranya suatu hari dia terpaksa berpisah dengan Lia. Dapatkah dia
meneruskan hidupnya seperti biasa? Dapatkah dia meneruskan hidup tanpa Lia?
bersambung....
No comments:
Post a Comment