NIK berdiri berdekatan Trevi Fountain, dia mengimbas
kembali kenangannya bersama Lia di Fountain
ini. Jika teman sekerjanya Dante tidak memberitahunya tentang seorang wanita
berbangsa asing yang berkelakuan pelik berada di dalam Fountain 3 tahun lepas, mungkin juga dia tidak akan bertemu dengan
Lia. Sudah tertulis dia akan bertemu Lia di sini setelah 10 tahun mereka tidak
bersua muka.
Setelah dia mengenali dan mula rapat dengan Lia. Dia mendapat tahu
bahawa Lia mengidap penyakit Histronic Personality
Disorder Symptoms sama seperti penyakit adik kesayangannya.
Pengidap penyakit
ini, sentiasa mahukan perhatian dari orang yang disayangi. Dia baru mengerti
mengapa Lia selalu mencari masalah dengannya di sekolah dahulu. Lia mahukan
perhatian darinya kerana Lia suka padanya. Dan ketika itu, dia tidak pernah
terfikir bahawa Lia suka padanya, kerana dia menyangka Lia benci padanya maka
Lia sentiasa mencari masalah dengannya. Namun setiap perbuatan nakal Lia dia
mampu bersabar. Dan Lia seakan tahu dia akan melayannya kerana dia cukup
bersabar dengan perangai Lia dahulu.
Sudah tertulis
jodohnya dengan Lia. Hanya jodohnya tidak panjang kerana Allah lebih menyayangi
Lia.
Sehingga kini
setelah 3 tahun Lia meninggalkannya. Cintanya terhadap Lia masih segar di
sanubarinya dan dia masih sayangkan wanita itu.
Lia sentiasa di
hatinya. Tiada wanita lain yang dapat mengantikan tempat Lia. Walaupun Lia
tiada lagi di sisinya. Wanita itu tetap di rinduinya. Dan oleh kerana itu, dia
tidak pernah lupa akan janjinya pada Lia untuk ke Rome setiap hari ulangtahun
perkahwinan mereka. Nik akan ke Rome sendirian mengimbas kembali memori indah
dia bersama Lia. Kerana itu yang dia ada untuk mengingati Lia.
“Remember the stunt yang I buat kat Trevi Fountain dulu? Cute right?,” ujar Lia lalu memeluk
lengan Nik mesra. Turut memandang ke arah Trevi Fountain.
Nik tersenyum
sendiri bila mengingati kisah lucu yang berlaku di sini 3 tahun yang lalu. Tapi
itu hanya tinggal kenangan. Kenangan dia bersama Lia.
Nik mengeluh
kecil. Sungguhpun Lia tiada. Dia dapat merasakan bahawa isterinya dekat
dengannya. Lia sentiasa hidup dalam dirinya. Dan kerana itu juga dia tidak
dapat menerima kehadiran Dania kerana Lia sentiasa berada dihatinya.
Sedih dan kecewa bagaimanapun dia harus teruskan hidupnya tanpa
Lia di sisi. Dia harus redha dengan ketentuaan Allah.
Setelah dia merasa puas, Nik berjalan perlahan menuju kearah Café
yang berdekatan dengan Fountain tersebut. Café yang pernah dia duduki dahulu
bersama Lia setelah dia menyelamatkan Lia dari polis Rome. Kebetulan tempat
duduk yang mereka duduki dahulu tidak dihuni sesiapa. Nik memilih meja itu lalu
duduk.
“Spiacente Signore se volete
ordinare qualcosa che devi venire
al bancone. Non abbiamo abbastanza personale in questo momento!,”
(Sorry Sir if you want to order something you have to come to the counter. We
don't have enough staff at the moment!) ujar lelaki itu lalu membersihkan mejanya.
“Verrò dentro a fare per poi,” (I will come inside to make order
then) jawab Nik lalu bangun dari kerusi.
Dia berjalan
menuju ke arah pintu Cafe lalu menolak perlahan. Benar apa yang di kata lelaki
itu. Keadaan dalam Cafe ramai pelanggan dan hanya beberapa orang pekerja sahaja
yang ada. Nik menyertai barisan pelanggan yang ingin membuat pesanan di
kaunter.
Dia melihat menu
yang terdapat di atas kaunter tersebut kerana tidak tahu mahu memesan makanan
apa. Kerana Cafe itu sudah di tukar milik. Dan pemilik barunya masih
mengekalkan konsep Cafe seperti dahulu. Hanya Cafe ini dimiliki oleh orang
muslim kerana terdapat tanda halal di pintu dan dalam Cafe tersebut.
Nik mencapai
sekeping menu yang di letak berhampiran kaunter. Matanya sibuk meninjau salad
yang di kaunter dan sandwich filing
sehingga tibalah gilirannya untuk membuat pesanan.
“Posso avere il panino salmone affumicato
con un cappuccino! Grazie!,” (Can
I have the Smoked Salmon sandwich with a cappuccino! Thanks!) ujar Nik lalu memandang wajah pekerja wanita
di kaunter itu.
Nik berdiri terpaku menu
di tangannya terjatuh di lantai sebaik sahaja dia terpandang wajah wanita itu.
Wanita itu mengbongkokkan badannya lalu mencapai menu yang berada di lantai lalu
diletakkan semula di kaunter.
“Cenate in o togliere signore?,” (Dine in or take away sir?) ujar
wanita itu lalu memandang wajah lelaki yang diambil pesanan.
Lelaki itu hanya
berdiri kaku memandang wajahnya tanpa berkedip.
“Signore? Signore?,” (Sir? Sir?) tegur
wanita itu bila lelaki itu tidak mendengar pertanyaannya kerana wajahnya kelihatan
terperanjat.
“Lia....! NATALIA!!!,”
ujarnya dengan nada tidak percaya.
Betulkah matanya
tidak bermain-main dengannya dan dia tidak berhalusinasi. Adakah benar wanita
yang berdiri di hadapannya itu serupa seperti wajah arwah isterinya Natalia?
“Mi dispiace signore! Credo che si ottiene la persona
sbagliata!,” (I'm sorry Sir! I think you got the wrong person!) jawab wanita itu bila pelanggan itu menyebut
nama yang tidak di kenali.
“Kamu bukan
Lia??? Betul bukan??,” ulang Nik lagi kerana dia benar-benar tidak dapat
menerima kenyataan bahawa ada wanita lain yang kelihatan serupa benar seperti
arwah isterinya Lia.
“Awak melayu?,”
ujar wanita itu terperanjat bila pelanggannya bisa berbicara bahasa melayu.
Zara menoleh ke arah Haider yang berdiri tidak jauh darinya. Lelaki itu
memandang wajah Zara dengan wajah pelik bila Zara kelihatan serba salah
tiba-tiba. Zara menoleh ke arah pelanggannya semula.
“I take it as you dine in Sir! Total would be
Euro 23!,” ujarnya dalam keadaan tidak selesa lalu menekan mesin cashier di hadapannya. Dia memandang
wajah lelaki di hadapannya bila lelaki itu masih memandang ke arahnya tanpa
berbuat apa-apa.
Menyedari
kesilapannya. Nik menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan Euro 50 dan
menyerahkan note itu kepada wanita di kaunter kerana dia tidak mahu mencari
masalah dengan wanita itu. Mungkin kerana dia terlalu merindui arwah isterinya
maka dia menyangka wajah wanita yang berada di belakang kaunter itu mirip wajah
isterinya.
Zara menyambut
duit dari tangan lelaki itu dan tidak tersengaja tersentuh tangan lelaki itu
ketika dia mahu memulangkan baki duit lelaki itu.
Zara tidak
melepaskan tangan lelaki itu kerana dia merasakan sesuatu ketika tangan mereka
bersentuhan lalu memandang wajah lelaki itu. Hatinya tiba-tiba berdebar laju.
Siapa lelaki itu? Kenapa dia merasa berdebar-debar bila tersentuh tangannya.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment